Anda di halaman 1dari 2

Analisis Ciptaan Lagu : Sayang Ibu Bapa

Tugasan ciptaan lagu adalah satu tugasan yang begitu mencabar. Dalam proses
menyiapkan tugasan ciptaan lagu bagi kursus MZU3193 Ciptaan Dan Ensembal II, saya
telah dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan baharu berkaitan dengan ciptaan lagu.
Tunjuk ajar, dorongan dan nasihat yang diberikan oleh pensyarah muzik iaitu Puan Asyira Bt
Ismail adalah sangat membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan
dorongan rakan-rakan sekelas juga yang memebantu saya dalam menyiapkan tugasan
ciptaan lagu tersebut.

Dalam penciptaan lagu ini, saya telah menggunakan motif dari sumber visual iaitu
gambar. Idea penciptaan lagu ini tercetus apabila saya melihat gambar potret sebuah
keluarga. Di dalam gambar tersebut kelihatan sebuah keluaraga yang sangat bahagia dan
penuh dengan kasih sayang. Melalui gambar tersebut, saya menggunakan motif visual
untuk menghasilkan sebuah lagu yang bertema keluarga dan bertajuk Sayang Ibu Bapa.
Dalam proses penciptaan lagu ini, saya telah memilih rentak moden.

Saya banyak menggunakan not yang pendek seperti not krocet, kuaver dan saya
juga telah menggunakan alat perkusi berpic seperti vibraphone, alat perkusi tidak berpic
seperti triangle dan tambourine. Selain itu, saya juga telah memasukkan drum set, bongo
drum, gitar bes dan iringan piano untuk kod bagi memberi kesan bouncy yang
menunjukkan karakter gembira dan menyeronokkan. Seterusnya, saya menggunakan off
instrument seperti soprano rekoder sebagai melodi line, alto rekoder dan tenor rekoder
sebagai harmoni.

Saya memilih untuk menggunkan meter lazim 4/4 dalam penciptaan lagu Sayang
Ibu Bapa. Saya telah memilih meter ini kerana meter ini biasa digunakan dalam lagu kanak-
kanak. Selain itu, meter ini juga adalah mudah untuk dinyanyi jika dibandingkan dengan
meter lain seperti 3/4, 2/4 dan sebagainya. Di samping itu, pemilihan meter ini juga
disebabkan saya lebih menguasai meter tersebut jika dibandingkan dengan jenis meter
yang lain.

Seterusnya, saya telah mencipta lagu ini sebanyak 16 bar termasuk intro dan ending.
Bagi bar 1 hingga 4, saya telah memasukkan intro dan bar 13 hingga 16 pula adalah ending.
Bagi penciptaan verse lagu ini, saya telah menggunakan teknik ciptaan pengulangan corak
irama yang dapat dilihat pada bar 1 dan pengulangan corak irama tersebut pada bar 3,
begitu juga pada bar dan bar 4. Pada bahagian korus lagu ini, saya telah menggunakan
teknik pengulangan corak irama dan teknik pengembangan nilai notasi.
Selain itu, saya juga telah memasukkan ekspresi dinamik mp yang boleh dilihat pada
bar 1 dan bar 3 bagi semua staf. Seterusnya, saya juga telah memasukkan ekspresi dinamik
mf pada bar 2 dan 4 serta bar 15. Di samping itu, saya juga memilih untuk meletakkan
ekspresi dinamik f pada bar terakihir memberi penekanan pada pengakhiran lagu. Selain itu,
saya juga telah memasukkan trilll dan ritat bagi menghasilkan lagu yang lebih menraik dan
menyeronokkan. Berlaku pengulangan pada bar 12 ke bar 2 iaitu pengulangan daripada
intro ke verse, korus setrusnya ending lagu ini.

Konklusinya, dalam proses penciptaan lagu ini, saya berasa sangat seronok dan
mencabar. Selain itu, melalui ciptaan ini juga saya dapat meningkatkan kemahiran saya
dalam menggunaakn perisian muzik finale. Perisian Finale ini sangat membantu saya dalam
menyempurnakan lagu Sayang Ibu Bapa. Oleh itu, bakal seorang pendidik yang
berpengetahuan luas dalam muzik bukan sahaja perlu tahu dalam bermain alat muzik atau
pun bernyanyi, namun perlu menguasai atau boleh menggunakan perisian agar menjadi
insan yang berkebolehan dari semua aspek yang berkaitan dengan muzik.

Anda mungkin juga menyukai