Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Khidmat masyarakat merupakan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan


secara berkumpulan dengan matlamat dan tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan yang
dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun
output yang berguna. Bagi guru, khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting
untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan guru. Bukan itu sahaja, malahan
dengan perancangan khidmat masyarakat yang sempurna sama ada di dalam sekolah atau luar
sekolah akan dapat memberikan impak kepada guru itu sendiri khususnya dalam memberikan
khidmat serta komitmen kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di
peringkat nasional.

Matlamat dalam menjalankan aktiviti khidmat masyarakat adalah untuk :


Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu terhadap
komuniti yang ada di persekitaran.
Memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam
diri setiap individu.
Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat
dan negara
Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong
antara satu dengan yang lain.
Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama,
bangsa, kepercayaan dan ideologi.
Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.
Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu
orang lain yang memerlukan bantuan.

Tumpuan dalam tugasan pada kali ini ialah khidmat masyarakat membersihkan dan
mengindahkan kawasan sekolah dan khidmat masyarakat membersihkan tanah perkuburan.