Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TINGKATAN 2

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2


MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam
masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah
kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

OBJEKTIF KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Objektif Pengetahuan

i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera.
iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera.
iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik.
v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.
vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.

Objektif Kemahiran

i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.


ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia.
iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara.
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.
v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.
vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.
vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 2


Objektif Nilai

i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.


ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.
iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia.
iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama.
vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.
viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 3


BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Mengetahui asas identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.

2 Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.

3 Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan serta
boleh melaksanakan kemahiran sivik dengan baik.

4 Mengetahui, memahami dan mengamalkan kemahiran sivik dengan dedikasi ke arah membentuk warganegara yang
berakhlak mulia bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu.

5 Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten ke arah melahirkan
warganegara yang bersikap positif, bertanggungjawab, berupaya menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi
cabaran.

6 Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten sebagai warganegara yang,
berakhlak mulia, prihatin, berwawasan, bertanggungjawab, patriotik dan bersedia menyumbang ke arah pembangunan
diri, masyarakat dan negara serta boleh diteladani.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 4


TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR

1 Menyatakan ciri-ciri kecemerlangan diri dalam aspek pendidikan, perwatakan, kemahiran


PENCAPAIAN berkomunikasi, dan kemahiran membuat refleksi secara ringkas.
KENDIRI

a. Kecemerlangan diri
2 Membuat refleksi untuk membaiki kelemahan diri dengan jelas.
&

HUBUNGAN 3 Merancang sambutan hari khas keluarga untuk menunjukkan peranan setiap anggota keluarga
KEKELUARGAAN dengan teratur.

b. Perpaduan dalam
keluarga 4 Berupaya menyelesaikan pelbagai konflik dalam keluarga berdasarkan situasi yang diberi secara
rasional.

5 Mencipta dialog dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi untuk menyelesaikan konflik dalam
keluarga dengan beradab.

6 Mempersembahkan lakonan berdasarkan dialog yang telah dihasilkan dengan sempurna.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 5


TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR

1 Menyatakan hak orang lain yang perlu dihormati dengan ringkas.


HIDUP
BERMASYARAKAT

a. Hormati hak orang


lain 2 Menyenaraikan kepentingan menghormati latar belakang, kebolehan dan bakat serta pendapat
orang lain dengan betul.

b. Pemupukan
semangat kekitaan 3 Mengenal pasti perbezaan latar belakang antara rakan sebaya dengan jelas.

4 Mempamerkan maklumat mengenai agensi yang membantu menjaga kesejahteraan masyarakat


secara kreatif.

5 Merangka projek khidmat masyarakat bertemakan Hidup Bermasyarakat dengan terperinci.

6 Melaksanakan projek khidmat masyarakat yang telah dirangka dengan sempurna.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 6


TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR

1 Mengenal pasti jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia dengan betul.
WARISAN
KEPELBAGAIAN
BUDAYA MALAYSIA 2 Menyenaraikan contoh muzik, tarian, dan kraftangan mengikut kaum di Malaysia dengan tepat.

a. Warisan kesenian
3 Menerangkan cara-cara mengekalkan warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia dengan jelas.
pelbagai kaum

4 Mengumpul maklumat salah satu jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia dengan
lengkap.

5 Menghasilkan koleksi tentang warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia dengan kreatif.

6 Melibatkan diri dalam aktiviti warisan kesenian pelbagai kaum seperti pertandingan, pameran,
pertunjukan di pelbagai peringkat dengan aktif.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 7


TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR

1
MALAYSIA NEGARA Menyatakan susunan proses pilihanraya di Malaysia dengan tepat.
BERDAULAT

a. Sistem demokrasi
berparlimen di 2 Mengenal pasti tanggungjawab sebagai warganegara dengan betul.
Malaysia.

b. Raja
Berperlembagaan
Menghuraikan ciri-ciri pemimpin yang berwawasan dalam mewujudkan pentadbiran yang
c. Peranan dan 3 berkesan dengan terperinci.
tanggungjawab
warganegara dalam
kerajaan demokrasi.

CABARAN MASA 4 Menjelaskan tujuan penubuhan dan bentuk kerjasama negara anggota ASEAN dengan tepat.
DEPAN

a. Kestabilan dan
keberkesanan Membuat kajian mengenai penglibatan Malaysia dalam menyelesaikan isu keamanan serantau
5
jentera pentadbiran dan dunia secara sistematik.
negara.

b. Bekerjasama dan
bersatu padu dalam Membuat pembentangan mengenai peranan Malaysia Sebagai Negara Berdaulat dalam
6
meghadapi pelbagai menyelesaikan isu keamanan serantau dan dunia secara kreatif dan menarik.
cabaran

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 8

Anda mungkin juga menyukai