Anda di halaman 1dari 2

TATACARA DAN PANDUAN DALAM PELAKSANAAN SKPMg2 DI SEKOLAH

1. Sekolah bentukkan Jawatankuasa SKPM Sekolah (JKSS).


2. JKSS melantik Pasukan Pelaksana Standard (PPS) yang terdiri daripada semua guru dan
AKP.
3. Ahli PPS hendaklah dinamakan bagi setiap aspek dalam Standard 1, 2, 3.1, 3.2 dan 3.3.
4. Bilangan ahli PPS bagi setiap Aspek/TUMS boleh dilantik lebih daripada seorang untuk
melaksanakan penilaian.
5. Semua guru yang mengajar adalah PPS Standard 4 dan perlu melaksanakan penilaian
kendiri dengan menggunakan Instrumen Standard 4 SKPMg2 (S4g2) sekurang-kurangnya
sekali sahaja bagi tempoh berakhir 31 Mac 2017.
6. PPS Pencerapan PdP hendaklah dilantik yang terdiri daripada PGB dan penolong kanan
(SPI Bil. 3/1987) bagi melaksanakan pencerapan untuk semua guru yang mengajar
sebanyak dua kali setahun (kali pertama: dari April hingga Julai; kali kedua: dari
Ogos hingga November).
7. JKSS mengagihkan tugas penilaian Aspek/TUMS kepada PPS mengikut
tanggungjawab/kesesuaian bidang tugas masing-masing. Keseluruhannya terdapat 50
TUMS yang perlu diagih kepada PPS seperti perkara berikut:
a. Ketua Panitia: Aspek 3.1.2 PENGURUSAN MATA PELAJARAN (3.1.2.1-3.1.2.4) (4
TUMS).
b. Guru Penasihat Kelab/Persatuan: Aspek 3.2.2 PENGURUSAN KELAB/PERSATUAN
(3.2.2.1) (1 TUMS).
c. Guru Penasihat Badan Beruniform: Aspek 3.2.3 PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM
(3.2.3.1) (1 TUMS).
d. Guru Penasihat Sukan/Permainan : Aspek 3.2.4 PENGURUSAN SUKAN/PERMAINAN
(3.2.4.1) (1 TUMS).
e. Semua Guru: Standard 4 PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (4.1.1-4.6.1) (8
TUMS).
f. Standard 1 KEPEMIMPINAN: 1.1.1-1.3.2 (12 TUMS).
g. Standard 2 PENGURUSAN ORGANISASI: 2.1.1-2.7.1 (9 TUMS).
h. Standard 3.1 PENGURUSAN KURIKULUM: 3.1.1.1, 3.1.3.1, 3.1.4.1 (3 TUMS).
i. Standard 3.2 PENGURUSAN KOKURIKULUM: 3.2.1.1, 3.2.5.1, 3.2.6.1, 3.2.7.1 (4
TUMS).
j. Standard 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID: 3.3.1.1 3.3.6.2 (7 TUMS).
8. JKSS mengedarkan instrumen SKPMg2 kepada PPS mengikut tanggungjawab masing-
masing (Aspek 3.1.2, 3.2.2, 3.2.3, 3.2.4 dan Standard 4) dan 35 PPS lain akan
menerima helaian instrumen mengikut bilangan TUMS di mana satu TUMS satu helaian.
9. JKSS mengedarkan Tapak Individu secara Off line yang dimuat turun daripada e-Nazir
kepada:
a. Ketua Panitia : 02 SKPMg2-Tapak Pengurusan Mata Pelajaran Ver 1.2
b. Guru Penasihat Kelab/Persatuan: 03 SKPMg2-Pengurusan Kelab_Persatuan Ver
1.1
c. Guru Penasihat Badan Beruniform: 04 SKPMg2-Pengurusan Badan_Beruniform
Ver 1.1
d. Guru Penasihat Sukan/Permainan: 05 SKPMg2-Pengurusan Sukan_Permainan
Ver 1.1
e. Semua guru: 06 SKPMg2 PdPc Ver 1.2-Sekolah
10.PPS membuat penilaian dan menulis evidens di ruangan yang disediakan di dalam
instrumen/helaian yang diterima.
11.PPS yang mempunyai tapak individu hendaklah membuat penilaian menggunakan tapak
tersebut.
12.Semua PPS hendaklah menyerahkan instrumen/helaian yang lengkap diisi kepada JKSS
bagi setiap peringkat penilaian (Mac, Julai dan November).
13.PPS Pencerapan PdP juga mesti menyerahkan skor pencerapan PdP kepada JKSS.
14.JKSS mengisi skor penilaian ke dalam Tapak Off line 01 SKPMg2 Induk Ver 1.4/Portal
e-Nazir (16 MAC 2017) dan menyimpan dokumen berkaitan sebagai bukti penilaian.
15.PPS boleh menambahbaik penilaian dan menambah evidens bagi Aspek/TUMS masing-
masing pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat bagi setiap peringkat penilaian (31
MAC, 31 JULAI & 15 NOVEMBER).

Disediakan oleh:
Hjh Zainun binti Muhammad
Penyelaras SKPM
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Negeri Pulau Pinang, KPM
3.3.2017

Anda mungkin juga menyukai