Anda di halaman 1dari 51

BAB 1

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 PENGENALAN

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kokurikulum


pembelajaran di politeknik. Untuk persediaan para pelajar menjalani latihan industri
pelajar perlu mengambil dahulu modul soft skill. Pelajar juga disyaratkan lulus latihan
industri sebelum Sijil atau Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Malaysia. Pelajar
akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama satu semester bagi
mendedahkan pelajar-pelajar kepada suasana sebenar di tempat kerja yang berbeza
suasananya ketika pelajar-pelajar menuntut di politeknik.

1
1.1.1 PENDAHULUAN

Penekanan terhadap profesionalisme di negara ini semakin


dititikberatkan di dalam semua bidang dan di dalam konteks ini
bidang pendidikan tidak terkecuali. Pelbagai harapan telah disuarakan
oleh barisan pemimpin di dalam aspirasi negara untuk mencapai
tahap negara maju menjelang Wawasan 2020.

Profesion pembinaan memerlukan kefahaman yang paling


tinggi di dalam aspek teori dan kecekapan untuk mempraktikkannya.
Dalam merealisasikan harapan ini, kerjasama dan kesungguhan
semua pihak adalah amat penting. Disiplin diri perlu diterapkan supaya
objektif pelaksanaan dapat dicapai seterusnya melahirkan graduan yang berilmu,
berbudi dan berbakti kepada negara.

Program latihan industri adalah program luar kampus di mana para pelajar yang
akan menjalani program ini hendaklah memilih tempat atau menyerahkan kepada pihak
politeknik untuk mengaturkan tempat latihan industri sekiranya seseoarang pelajar itu
gagal menempatkan dirinya di salah sebuah firma mengikut tempoh masa yang
diberikan oleh pihak politeknik. Oleh itu, para pelajar disarankan supaya mencari
tempat yang sesuai dengan kursus yang diikuti atau bidang yang diceburi semasa di
politeknik supaya program ini dapat membantu serta memberi pengetahuan yang
berguna dan lebih praktikal kepada pelajar di dalam bidang yang diikuti. Secara tidak
langsung, ianya juga dapat membantu para pelajar memperoleh gambaran tentang
sesuatu kerja yang akan dilakukan kelak dan membolehkan para pelajar bersedia
memperbaiki kekurangan yang akan timbul di masa akan datang.

Dengan cara itu para pelajar dapat membuat perbezaan dengan keadaan yang
berlaku di politeknik berbanding dengan semasa menjalani latihan industri.

2
Ini disebabkan ketika berada di politeknik, kebanyakan pelajar hanya mempelajari ilmu
teori sahaja mengikut bidang yang mereka ceburi berbanding dengan program latihan
industri ini dimana mereka akan didedahkan dengan keadaan persekitaran pekerjaan
yang sebenar seperti bidang tugas yang berbeza, cara kerja, pengunaan prosedur serta
piawai yang ditetapkan dan sebagainya.

Sepanjang mereka mengikuti program latihan industri ini pelajar-pelajar adalah


tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat di mana mereka
menjalani latihan industri di samping tidak membelakangkan peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak politeknik.

1.1.2 LATAR BELAKANG LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar politeknik perlulah menjalani latihan industri selama satu


semester iaitu enam bulan. Pelajar adalah layak menjalani latihan industri setelah
mereka mendaftar modul latihan dan mendapat kedudukan baik atau kedudukan
bersyarat dalam peperiksaan akhir di tahap satu atau dua bagi sijil dan diploma.

Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan sama ada melalui Unit
Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) politeknik masing-masing atau membuat
permohonan sendiri untuk menjalani latihan industri sepanjang satu semester ini.

3
1.1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Secara amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut :

i. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.


ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di
politeknik dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.
iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama
pekerja.
iv. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.
v. Mengamalkan peraturan keselamatan semasa di industri.
vi. Menyediakan laporan rasmi dan tugas lain yang diarahkan oleh
politeknik.

1.1.4 OBJEKTIF LAPORAN

Setelah tamat menjalani latihan industri, setiap pelajar dikehendaki


menyediakan sebuah laporan. Laporan perlu dibuat berdasarkan apa yang telah pelajar
lalui dan lakukan ketika belajar sepanjang menjalani latihan industri. Laporan ini akan
diperiksa dan diserahkan kepada pensyarah-pensyarah yang berkenaan.

Objektif laporan ini dibuat adalah untuk :

i. Menilai sejauh mana pengetahuan, pengalaman, pengajaran yang


diperolehi dan difahami oleh pelajar sepanjang tempoh menjalani latihan
industri ini

4
ii. Menilai sejauh mana tumpuan, minat dan perhatian yang diberikan oleh
pelajar dalam menjalankan latihan industri ini.
iii. Menguji sejauh mana kemampuan pelajar untuk mengaplikasikan apa
yang dibuat dan dipelajari sepanjang tempoh latihan industri dalam
bentuk penulisan laporan.
iv. Memastikan pelajar telah memulakan latihan industri dengan
melaporkan diri dan menamatkan latihan industri dalam tempoh waktu
yang ditetapkan dengaan laporan ini dijadikan bukti kepada penamatan
latihan industri.
v. Selain daripada itu, pelajar boleh jadikan laporan ini sebagai satu bukti
yang menunjukkan bahawa pelajar mempunyai sedikit pengalaman
dalam bidang yang diceburi serta dapat membantu pelajar semasa ingin
memohon sebarang pekerjaan yang berkaitan.

1.1.5 KEPENTIGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan latihan yang berbentuk praktikal di mana setiap


pelajar yang mengambil kursus diploma perlu melaluinya selama satu semester iaitu
selama enam bulan. Dalam latihan ini pelajar-pelajar bukan sahaja dapat mendedahkan
diri ke dalam pekerjaan yang sebenar, malah dapat menggunakan dan mempraktikan
teori yang dipelajari. Pelajar juga dapat menambahkan serta memperbanyakkan
pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.

Dengan itu para pelajar dapat membuka minda untuk menerima, memahami dan
menyelesaikan masalah sesuatu arahan atau tugas diberikan serta mencari jalan
penyelesaian untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul.

5
Dengan latihan industri ini juga memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar untuk
menyelesaikan sesuatu pekerjaan yang sebenar tidak semudah yang dipelajari sama ada
dalam bentuk teori mahupun amali. Melalui latihan industri ini, pelajar-pelajar dapat
menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sebagai bekalan untuk
menempuh alam kerja sebenar kelak.

Selain daripada itu, susah payah yang ditempuhi semasa menjalani latihan
industri sedikit sebanyak dapat member dorongan kepada para pelajar untuk terus
berusaha bagi mencapai kejayaan setinggi yang boleh.

Oleh itu, daya inisiatif perlu dimiliki oleh setiap pelajar sekiranya mahu
memajukan dan meningkatkan prestasi diri bagi menempuh alam pekerjaan yang
sebenar dan secara langsung menghadapi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.

1.1.6 SKOP LATIHAN INDUSTRI

Prosedur penempatan pelajar di sesebuah firma atau jabatan-jabatan kerajaan


adalah bergantung kepada para pelajar, sama ada memilih sendiri tempat latihan industri
atau meminta Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI) untuk mendapatkannya. Skop
latihannya berbeza-beza bagi setiap pelajar dan ianya bergantung kepada tempat pelajar

6
menjalani latihan industri serta mematuhi kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan
di firma-firma mahupun dengan jabatan kerajaan.

Saya telah memilih untuk menjalani latihan industri di Majlis Daerah Tanah
Merah. Sepanjang tempoh latihan industri di sini saya telah ditempatkan di Jabatan
Kejuruteraan dan saya telah didedahkan kepada kaedah dan cara-cara pembinaan
longkang , jalan raya dan sebagainya. Selain itu, saya dapat mendisiplinkan diri saya
untuk menjadi seorang yang lebih penyabar dalam menyelesaikan kesulitan dalam
kerja-kerja pembinaan longkang. Pendedahan ini sedikit sebanyak memberi panduan
dan pengalaman kepada saya untuk berpeluang merasai alam pekerjaan yang sebenar.

1.1.7 CARA PENYUSUNAN LAPORAN

Dalam penghasilan laporan teknikal latihan industri ini, penyusunan yang teliti
telah dibuat mengikut Skema Garis Panduan Latihan Industri dan Penulisan Laporan.
Buku panduan ini telah diberikan kepada para pelajar yang akan menjalani latihan
industri sebagai sumber rujukan serta panduan dalam menghasilkan sebuah laporan
teknikal yang baik. Cara penyusunan laporan teknikal ini dibuat agar mudah difahami.
Di mana pada halaman kandungan disenaraikan seluruh isi kandugan dan bahagian
belakang atau lampiran dalam suatu susunan yang bersistematik. Ini memudahkan para
pembaca mencari bahagian-bahagian laporan dengan mudah.

1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

7
1.2.1 PENGENALAN ORGANISASI

Ditubuhkan pada tahun 1952 bagi mentadbir bandar Tanah Merah. Keluasannya adalah
1.95 km persegi yang kemudiannya di tambah menjadi 10.4 km persegi pada tahun
1958.Ianya kemudian dinaikkan taraf kepada Lembaga Bandaran Tanah Merah pada
tahun 1958.

1.2.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI

Majlis Daerah Tanah Merah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 di bawah Akta
Kerajaan Tempatan (Akta 171) dengan kawasan yang diwartakan seluas 136.60 km.
persegi.

Penubuhan ini dibuat dengan penyusunan semula beberapa kawasan untuk diletakkan di
bawah satu pentadbiran iaitu gabungan tiga Penguasa Tempatan yang sedia ada serta
beberapa pusat pertumbuhan ekonomi yang lain di jajahan ini.

Berdasarkan kepada keluasan kawasan Majlis yang diwartakan pada 1 September 2005,
ianya menjadikan keluasan pentadbiran Majlis kepada 867.67 km persegi dengan
jumlah penduduk seramai 103,487 orang. Penduduk majlis terdiri dari komposisi kaum
utama iaitu Melayu 95%, kaum Cina 3% dan kaum India 1%.

8
1.2.3 YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH TANAH
MERAH

NAMA TUAN HAJI NORAZMAN BIN ABD.GHANI

TAHUN LAHIR 1962

PENGALAMA 1960-1991
N KERJA PEN. KETUA JAJAHAN TANAH MERAH
1991-1994
PEN. KETUA JAJAHAN (TANAH) TANAH MERAH
1995-2000
SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH TANAH MERAH
2000-2003
PEN. PENGARAH UNIT PERANCANG EKONOMI
2003-2006
SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEL
2006
PEN. KETUA JAJAHAN (PEMBANGUNAN 1) KUA
2007-2009
KETUA PENOLONG KETUA JAJAHAN (PEMBANG
2009
TIMBALAN KETUA JAJAHAN KOTA BHARU
2009-2010
TIMBALAN KETUA JAJAHAN BACHOK
2010-2011
KETUA PENOLONG SETIAUSAHA (KERAJAAN T

9
2011
PENGARAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
2012-2014
PENGARAH PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLU
2014
YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH BACHOK

1.2.4 AKTIVITI ORGANISASI

Antara projek-projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditubuhkan bagi memberi


perkhidmatan asas kepada para penduduk di kawasan PBT. Pada asalnya perkhidmatan
asas ini merangkumi pengutipan sampah, kebersihan dan membina serta menyelenggara
parit. Setelah masa berlalu dan pemodenan semakin meningkat, harapan rakyat kepada
PBT bukan sekadar memberikan perkhidmatan asas tetapi merangkumi perkara-perkara
yang lebih mencabar seperti urusan pembinaan bangunan, taman awam, prasarana
seperti jalanraya dan longkang yang besar, perlesenan, pengurusan harta dan
sebagainya.

Antara aktiviti yang dikendalikan adalah :

1. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)

Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar yang cekap dan berkesan:


i. Pengurusan Sisa Pepejal
ii. Pembersihan dan Pengindahan Kawasan
iii. Penyenggaraan Parit & Longkang
iv. Pembinaan & Penyelenggaraan Jalan
v. Penyelenggaraan Bangunan-Bangunan Awam
vi. Penyelenggaraan Tempat-Tempat Awam
vii. Perlindungan & Pengawalan Kesihatan Awam

10
viii. Penyelenggaraan Tanah-Tanah Perkuburan
Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima:
i. Cukai Taksiran
ii. Bayaran-Bayaran Lesen & Denda
iii. Geran Pelancaran
iv. Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan
v. Geran untuk Projek-Projek Pembangunan
vi. Geran Penyenggaraan Jalan
Melaksanakan Projek-Projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan:
i. Perumahan
ii. Perindustrian & Perdagangan
iii. Kemudahan-Kemudahan Rekreasi
iv. Infrastruktur Bandaran

2. Akta Perancang Bandar Dan Desa (Akta 172)

i. Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi


Kawasan Pentadbirannya:
ii. Mengatur , Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula
Tanah dan bangunan dalam kawasannya.

3. Akta Jalan Parit Dan Bangunan, 1974 (Akta 133)


i. Meluluskan Pelan Bangunan
ii. Mengawal untuk memastikan kerja-kerja tanah yang dilaksanakan mengikut
kehendak-kehendak yang ditetapkan.
iii. Memastikan pembinaan sesuatu bangunan adalah mengikut pelan yang
diluluskan.
iv. Memastikan penggunaan sesuatu bangunan adlalah seperti yang diluluskan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan.
v. Mengawal penggunaan bahan-bahan mudah terbakar dalam pembinaan sesuatu
bangunan.
vi. Penyediaan infrastruktur untuk sesuatu pemajuan.
vii. Kawalan ke atas bangunan yang berada di dalam keadaan bahaya.
viii. Pemeriksaan berjadual ke atas bangunan-bangunan yang sudah siap
mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)

4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 Perintah (Tempat-Tempat Letak Keret

11
Perintah Pengangkutan Jalan telah diwartakan di bawah Seksyen 72 Akta Pengangkutan
Jalan 1987. Undang-undang ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 1988. Antara
kesalahan-kesalahan di bawah peruntukan uandang-undang ini adalah seperti berikut:
i. Membenarkan atau meletak kenderaan di mana-mana tempat letak kereta tanpa
kebenaran, melainkan mempunyai resit daripada atenden bagi menunjukkan
pembayaran telah dibuat.
ii. Terus membenarkan atau meletak kenderaan di lot parking selepas tamat tempoh
masa yang dibenarkan dalam resit rasmi yang dikeluarkan oleh atendan MDTM.

1.2.5 HALATUJU ORGANISASI

1.2.5.1 Visi

Ke arah organisasi yang cemerlang dalam memacu perkhidmatan yang unggul


dari persekitaran hidup yang berkualiti

1.2.5.2 Misi
Kami Warga Pejabat Majlis Daerah Tanah Merah Komited Dalam Memberikan
Perkhidmatan Yang Cemerlang Berdasarkan Nilai Teras Perkhidmatan Awam;
Ubudiyyah, Masliyyah dan Itqan Dalam Memenuhi Kehendak Pelanggan dan
Stakeholders

1.2.5.3 Objektif

1. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas kepada para penduduk.


2. Meningkatkan ekonomi dan taraf hidup para penduduk.
3. Memastikan perancangan dan pembangunan yang teratur dalam kawasannya.
4. Mempastikan kebersihan dan keindahan supaya sentiasa wujud.
5. Meneguhkan kedudukan kewangan bagi menuju ke arah penguasa tempatan
yang berdikari.

1.2.5.4 Matlamat

1. Memberi Perkhidmatan kebersihan dan keindahan dalam kawasan operasi.

12
2. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara adil dan saksama.
3. Merancang dan mengawal pembangunan kawasan mengikut Pelan Struktur dan
Pelan Rancangan Tempatan.
4. Menguruskan perbelanjaan dan hasil secara berhemah dan akauntabiliti.

1.2.5.5 Nilai-nilai Kita

1. Kita semua bertanggungjawab memberikan keputusan yang sungguh cemerlang


kepadaa rakan kongsi, pesakit dan rakan sekerja kita.
2. Kita adalah rakan kongsi yang sempurna, sentiasa bekerjasama dengan rakan
sekerja dan pelanggan untuk menjana idea berinovatif supaya dapat
menyelesaikan masakah kesihatan yang semakin mencabar.
3. Kita adalah professional yang sentiasa memberi perhatian serta komited
terhadap peningkatan kesihatan dan keselesaan pesakit seluruh dunia.
4. Kita berusaha untuk memahami sepenuhnya kehendak pasaran, pelanggan,
masyarakat dan pekerja kita.

1.2.6 CARTA ORGANISASI

13
BAB 2

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, ia ringkaskan segala aktiviti semasa menjalani latihan industri.
Sepertimana yang dikehendaki oleh pihak akademik politeknik, setiap pelajar yang
menjalani pengajian di politeknik perlu menempuhi latihan industri dalam memenuhi
syarat yang ditetapkan oleh pihak politeknik itu sendiri. Dalam bab ini, ia menerangkan
sedikit sebanyak perkara yang membabitkan penglibatan pelajar dalam menjalani alam
pekerjaan yang sebenar. Dalam wisma Majlis Daerah Tanah Merah ini, sedikit sebanyak
pengetahuan dan pengalaman dapat dikutip dan menjadi pedoman dalam meneruskan
latihan industri.

14
Ingin dikongsi bersama, dalam tempoh hmpir lima bulan di Majlis Daerah Tanah Merah
amat bermakna. Ini kerana, banyak ilmu yang dapat dikutip dan ini memberi kelebihan
dalam diri untuk lebih maju dan memahami dunia pekerjaan dengan lebih jelas. Dalam
bab ini juga, segala aktiviti dinyatakan di dalam bab ini mengikut urutan minggu.

2.2 JADUAL RINGKASAN AKTIVITI

Jadual di bawah adalah ringkasan daripada aktiviti yang telah saya lakukan
sepanjang saya menjalani latihan industri di Majlis Daerah Tanah Merah . Dari minggu
pertama hingga minggu terakhir.

MINGGU & TARIKH AKTIVITI MINGGUAN

1. Melaporkan diri di Majlis Daerah Tanah


Merah
2. Mengadakan perjumpaan dengan pegawai
1
yang bertanggungjawab untuk menyelia
27 NOVEMBER 2016
pelajar-pelajar latihan industri dan
HINGGA
memberikan penerangan berkaitan dengan
1 DISEMBER 2016
disiplin diri dan pakaian
3. Di tempatkan bersama-sama arkitek
4. Berjumpa dan berkenalan dengan pegawai
dan pekerja-pekerja di pejabat
5. Membuat lawatan ke tapak bagi kerja kerja
penyelenggaraan bagi ruangan letak kereta
OKU
6. Membuat pelan rekabentuk yang ingin
diubahsuai
7. Mengira dan menyenaraikan kuntiti BQ

15
1. Mengemskini dokumen sebutharga bagi
2
kerja-kerja menaiktaraf dan penyenggaraan
4 DISEMBER 2016
jalan.
HINGGA
2. Membuat BQ bagi pembinaan tandas serta
8 DISEMBER 2016
kelengkapan sanitari.
3. Membuat form inspection bagi kerja-kerja
jalan dan longkang.

1. Penerangan mengenai struktur iaitu Gudang


dengan lebih jelas dan terperinci
termasuklah mengukur jarak tanah
3
berdasarkan pelan rekabentuk Gudang dan
11 DISEMBER 2016
bahagian-bahagiannya yang terlibat.
HINGGA
2. Mengemaskini dokumen perindustrian untuk
15 DISEMBER 2016
kerja-kerja menaiktaraf kawasan tersebut
dengan berpandukan dokumen sebutharga
dan bayaran inden kerja.

1. Penerangan mengenai projek pembinaan


4 taman rekreasi di Kuala Tiga sambil
18 DISEMBER 2016 melawat tapak. Antaranya ialah :
i. Ujian-ujian spesifikasi
HINGGA
ii. Semakan kualiti
22 DISEMBER 2016 iii. Dokumen sebutharga

2. Mengemaskini data kompaun yang


dikenakan pada kenderaan.

5 1. Perbincangan mengenai cadangan


25 DISEMBER 2016 rekabentuk pagar padang merdeka (MDTM).
Antaranya ialah:
HINGGA

16
29 DISEMBER 2016 i. Kuantiti BRC
ii. Saiz panjang besi jenis hollow
rectangular'
iii. bill of quantity

1. Penjelasan dari En. Mohd Zuhaidi mengenai


6
cadangan pemasangan pagar di MDTM
1 JANUARI 2017
berserta peringkat kerja yang terlibat.
HINGGA
Antaranya ialah:
5 JANUARI 2017 i. Luas dan panjang security fencing
ii. Saiz besi GI serta rod iron
iii. bill of quantity

1. Mempelajari mengenai cara mengukur


7
panjang jalan dan longkang di atas pelan
8 JANUARI 2017 HINGGA
rekabentuk projek.
12 JANUARI 2017
2. Membuat papan tanda pada premis
perniagaan di Pasar Besar dan Pasar Borong
dengan menerangkan tanggungjawab
pemegang lesen.

8 1. Membuat kerja-kerja menaiktaraf longkang


15 JANUARI 2017 HINGGA di kawasan perindustrian
Antaranya :
19 JANUARI 2017
i. Menetukan kadar invert level
ii. Mengenalpasti kawasan yang terlibat

9 1. Membuat kerja-kerja menaiktaraf longkang


22 JANUARI 2017 HINGGA di kawasan perusahaan bengkel dan
26 JANUARI 2017 perumahan.
Antaranya:
i. Menentukan kecerunan bagi setiap
longkang
ii. Menentukan existing ground level

17
1. Mengambil perhatian pada saiz longkang
pada option1 dan 2 serta pada jarak 400m
10 seperti :
i. Mengambil kira aras kedalaman ikat
31 JANUARI 2017 HINGGA
bata
2 FEBRUARI 2017
ii. Menentukan kecerunan pada
permulaan yang perlu diikat bata
2. Memahami perbezaan diantara starting
point dengan existing ground level

11 1. Membuat kerja-kerja menaiktaraf asas


5 FEBRUARI 2017 HINGGA kawasan berinteraksi dilakukan seperti:
i. Mengubahsuai rekabentuk yang baru
9 FEBRUARI 2017
ii. Mengira kecerunan pada longkang
tersebut.
2. Memahami faktor keselamatan yang perlu
diambil kira semasa kerja tersebut
dijalankan bagi mengelakkan kemalangan
jiwa kepada orang awam/penduduk setempat

1. Membuat kadar sebutharga (BQ) bagi projek


longkang di sepanjang petronas hingga ke
tualang bah seperti:
i. Mengenalpasti item-item kerja yang
12
terlibat
12 FEBRUARI 2017
ii. Menentukan kadar harga semasa
HINGGA iii. Menjumlahkan kos keseluruhan
16 FEBRUARI 2017 projek
2. Mempelajari prosedur kerja yang betul dan
membuat pengiraan bagi data yang telah
diambil secara terperinci

18
1. Mengambil bahagian dalam kerja rondaan
bersama kakitangan penguatkuasaan ke
13 tapak Pasar Besar Tanah Merah bagi
20 FEBRUARI 2017 pengedaran notis perpindahan peniaga
2. Melakar posisi dan kedudukan setiap petak
HINGGA
berniaga di Pasar Borong Manal
23 FEBRUARI 2017
3. Menyediakan dokumen sebutharga dan
menyiapkam borang sebutharga serta
mengecop pada borang tersebut bagi tujuan
pengesahan

14 1. Mempelajari mengenai kaedah pengiraan

26 FEBRUARI 2017 bancuhan konkrit di tapak bina.


2. Mendengar penerangan mengenai kegunaan
HINGGA
borang Request For Information (RFI),
2 MAC 2017
iaitu borang untuk catatan sebarang kerja
yang dilakukan di tapak bina.
Setiap kerja-kerja struktur atau infrastruktur
yang dijalankan hendaklah dicatat ke dalam
borang tersebut (RFI) bagi mendapatkan
kelulusan

1. Menentukan kadar sebutharga bagi


pemasangan pagar dan pembinaan pondok
15 pengawal di perkarangan Wisma MDTM
2. Pembukaan dokumen tender dan sebutharga
8 MAC 2015
bagi projek-projek menaiktaraf jalan dan
HINGGA
longkang di kawasan Tanah Merah
12 MAC 2015
3. Melihat cara pembukaan tender melalui
taklimat yang dibentangkan oleh Jurutera

19
Kanan MDTM
4. Menyediakan borang sebutharga yang akan
dijual kepada kontraktor

1. Mengemaskini borang sebutharga yang akan


dijual kepada kontraktor.
16
2. Menyediakan borang sebutharga BQ bagi
12 MAC 2017
pembaikian surau Nik Daud Al Fathani,
HINGGA
Tanah Merah
16 MAC 2017 3. Menghadiri mesyuarat lawatan pra-audit bagi
projek menaiktaraf kawasan perindustrian
4. Menentukan saiz longkang yang baru pada
option pertama iaitu dari ch675-ch1800 dan
option kedua dari CH1800-CH2100

1. Menentukan kadar sebutharga (BQ) bagi


kerja-kerja membekal dan memasang
17 kabinet dinding dan meja pertanyaaan di
MAC 2017 hadapan bilik YDP Wisma MDTM
2. Menyediakan borang sebutharga (BQ) bagi
HINGGA
kerja-kerja membina dan menyiapkan tiang
MAC 2017
panel kabinet dan almari hiasan serta kerja-
kerja berkaitan
3. Menentukan kadar sebutharga bagi kerja-
kerja mencuci longkang dan bahu jalan di
kawasan industri Tanah Merah

18
MAC 2017

20
HINGGA
APRIL 2017

19
APRIL 2017
HINGGA
APRIL 2017

20
APRIL 2017
HINGGA
APRIL 2017

21
BAB 3

KERJA-KERJA MEREKA LONGKANG DAN SALIRAN

MENGENALI KITARAN HIDROLOGI

Kitaran air atau hidrologi merupakan aspek terpenting dalam merekabentuk sesebuah
saliran atau longkang. Kitaran air ataupun kitaran hidrologi merupakan sains air, kitarn
atau taburannya. Ia merujuk kepada pergerakan air yag berterusan sama ada di atas atau
di bawah permukaan bumi iaitu seperti permukaan laut ke udara atau balik semula ke
darat atau laut.

22
Kitaran hidrologi membolehkan manusia memahami kewujudan air atau
pengurusannya. Pusingan air secara berterusan ini menunjukkan bagaimana sungai atau
cawangan- cawangannya mendapat air. Tiada titik permulaan atau pengakhiran kitaran
ini, kerana jumlah air dibumi sentiasa sama, cuma bentuknya yang berubah.

PROSES-PROSES KITARAN HIDROLOGI

Proses sejatan

Sejatan adalah penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Ianya merupakan
proses asas dan pertama dalam kitar hidrologi yang berlaku secara menegak. Proses ini
berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di
dalam atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu. Proses ini memerlukan bekalan
haba yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air sama ada daripada lautan,
sungai, tasik, kolam dan lain-lain. Kadar sejatan yang paling tinggi berlaku di
permukaan air yang terdedah seperti laut, sungai, tasik, paya dan sebagainya.

Proses sejatan semulajadi akan berlaku sekiranya tekanan wap bagi udara sekitar kurang
daripada tekanan wap pada permukaan air yang tersejat. Proses ini juga berlaku dari
permukaan tanah yang lembab. Antara faktor yang mempengaruhi sejatan ialah
suhu,tekanan wap, angin atau turbulens, kemasinan air, kelembapan bandingan dan luas
permukaan air.

23
Proses sejat peluhan

Proses ini berlaku menerusi proses perpeluhan. Ianya berlaku kerana tekanan wap pada
sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera.
Istilah sejat peluhan dari sudut hidrologi merujuk kepada kehilangan air dari proses
sejatan secara langsung, sejatan dari tanah dan proses perpeluhan dari tumbuhan. Proses
ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu sejat peluhan potensi dan sejat peluhan sebenar.

Faktor-faktor yang mempengaruhi sejat peluhan ialah kelembapan bandingan


permukaan tanah dengan udara diatasnya dan suhu udara diatas permukaan tanah yang
tinggi. Terdapat aliran udara yang tinggi agar dapat mengalir udara tepu diatas
permukaan tanah dan menggantikannya dengan udara kering. Ianya mempunyai
kelembapan tanah secukupnya untuk menyumbang kepda sisitem akar pokok. Terdapat
bahangan matahari dan suhu yang tinggi untuk merangsangkan tumbesaran pokok dan
seterusnya mempengaruhi kadar perpeluhan.

Proses pemeluwapan

Proses ini menghasilkan kelembapan udara seterusnya membentuk awan setelah ia


mengalami proses pemeluwapan. Satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair
seperti hujan atau pepejal seperti salji. Hal ini terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim

24
udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera. Jisim udara menjadi sejuk dan
penyejukan dinamakan adiabatic. Penyejukan juga berlaku melalui sentuhan apabila dua
kumpulan udara yang berlainan suhu bertemu dimana jisim udara yang panas akan
disejukkan oleh jisim udara yang sejuk.

Jika suhu dibawah takat embun, dibawah takat beku maka wap-wap air dalam jisim
udara berkenaan bertukar kepada pepejal. Proses pemeluwapan juga memerlukan zarah
higroskopik seperti garam dan karbon untuk menarik wap wap air berkumpul ke arah
nya membentuk manik - manik hujan. Terdapat tiga keadaan yang membolehkan proses
pemeluwapan berlaku iaitu kandungan wap air dalam atmosfera mesti cukup,
berlakunya proses penyejukan udara hingga ke paras atau ke bawah takat embun dan
mesti terdapat nucleus-nukleus pemejaluwapan. Ketiga tiga faktor ini berintegrasi
antara satu sama lain bagi mewujudkan proses pemeluwapan.

Proses kerpasan

Proses ini didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan
bumi sebagai cecair ataupun pepejal. Sebelum berlakunya kerpasan maka terlebih dahulu
mesti berlakunya proses pemeluwapan dan pejalwapan atau kedua-duanya sekali.Bermula
dengan proses pemeluwapan,setiap bintik air yang terbentuk akan membesar dan
bercantum antara satu sama lain.bintik-bintik air ini akan terapung-apung sebagai awan.

Menurut teori Bergeron-Findiesen menerangkan bahawa pembentukan kerpasan berlaku


apabila suhu atmosfera jatuh dengan cepat di bawah takat beku akibat pertukaran
adibatik.Teori pelanggaran perlu mengemukakan bahawa berlaku pelanggaran hablur-

25
hablur ais atau zarah-bzarah air semasa jatuh dari awan sehingga menyebabkan
percantuman antara zarah- zarah air tersebut.

Antara jenis-jenis kerpasan ialah hujan, salji, hujan batu dan embun yang membeku.Hujan
sebagai bentuk kerpasan utama terjadi melalui tiga cara iaitu hujan perolakan, hujan
bukit(orografi), hujan perenggan dan hujan perolakan bermula dengan sejatan. Kejadian hujan
perenggan pula berkait dengan pertembungan dua jisim udara yang berlainan suhu. Manakala,
hujan bukit pula sering berlaku di kawasan banjaran gunung yang mengadap arah tiupan.

Larian air permukaan

Larian air permukaan adalah baki air hujan yang mengali di permukaan bumi setelah
ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, kerpasan dan yang diguna oleh
tumbuhan. Larian air permukaan berlaku setelah semua liangpori tanah tepu dengan air
yang masuk ke dalam tanah. Air hujan tidak dapat lagi diserap sebaliknya mengalir
dipermukaan bumi menuju ke sungai, tasik, kolam dan seterusnya kelaut.

Susupan dan larian air bawah tanah

Proses susupan adalah dimana air hujan menyusup menerusi liang-liang pori tanah secara
menegak. Kadar susupan bergantung kepada peratus liang pori yang ada dalam sesuatu
jenis tanah, contohnya tanah pasir alami kadar susupan yang tinggi berbanding dengan
tanah liat.

26
Larian air bawah tanah pula ialah air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan disimpan
di dalam tanah dalam satu sistem takungan yang dikenali akuifer. Air yang terdapat dalam
takungan ini akan berfungsi sebagai aliran air bawah tanah menuju ke sungai, tasik, dan
seterusnya ke laut.

SISTEM PERPARITAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perparitan berkait rapat dengan parit yang
berkaitan dengan masalah bekalan air, pelan-pelan dan projek. Sistem perparitan
berperanan penting dalam menghalang tindakan air dari mengurangkan kekuatan dan
ketahanan struktur tanah. Asas utama dalam sistem perparitan ialah mengalirkan air
larian permukaan menuju ke kawasan tertentu yang lebih selamat dan ekonomi.

Secara keseluruhannya, perparitan dilihat merangkumi sub sistem dan sistem


penempatan. Bahkan sangat berkepentingan dalam beberapa aspek seperti ekonomi,
kesihatan, keselesaan dan keselamatan awam. Oleh itu, perancangan bagi sesuatu
sistem perparitan mestilah selaras dengan perancangan pembangunan di sesuatu
kawasan. Hal ini penting agar sistem perparitan tersebut dapat memenuhi tuntutan
keperluan.

Dalam sistem perparitan terdapat juga beberapa perkara yang sering sahaja
dipertikaikan iaitu mengenai cara untuk mengendalikan air larian permukaan. Dalam
hal ini, kajian yang teliti perlu dilaksanakan dalam aspek yang merangkumi kualiti air
larian yang meliputi perkhidmatan bagi proses pengumpulan dan pembuangan sisa
pepejal. Keupayaan dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan optimum dalam

27
pengendalian air permukaan menunjukkan sesuatu sistem itu berjalan dengan baik dan
lancar.

Perancangan Sistem Perparitan

Dalam perkara ini, perancangan yang dibuat dalam sistem perparitan sewajarnya
diselaraskan bersama perancangan sistem pembangunan di kawasan terbabit. Sekiranya
sistem perparitan tidak dipandang dengan serius dalam sesebuah sistem, sudah pastinya
ia akan mengundang permasalahan pada masa akan datang. Perkara-perkara penting
yang perlu diberikan perhatian yang lebih dalam sistem ini adalah seperti laluan semula
jadi air larian, saluran-saluran binaan dan pembetungan

Selain itu, masalah utama yang perlu diberi perhatian merupakan kejadian banjir.
Kejadian banjir yang sering kali terjadi ini adalah berpunca daripada kelemahan dalam
perancangan perbandaran sesuatu sistem perparitan yang akhirnya menyebabkan
berlakunya pertambahan air larian akibat pertambahan kawasan tidak telap air. Merujuk
kepada permasalahan ini, pengendalian yang cekap dalam sesuatu sistem adalah amat
dititikberatkan dalam mengendali da mengawal air larian permukaan, sekali gus dapat
menggelakkan daripada berlakunya kerosakan atau kehilangan nyawa. Sistem
perparitan terbahagi kepada perparitan awal dan perparitan utama:

Perparitan awal

Merujuk kepada proses pengumpulan dan pengaliran air larian permukaan daripada reka
bentuk ribut awal yang terdiri daripada ulangan dua, lima dan 10 tahun yang bergantung

28
kepada guna tanah. Secara amnya, perparitan awal ini sudah cukup mampu untuk
mengurangkan kos penyelenggaraan serta mengelakkan daripada berlakunya kerosakan-
kerosakan kecil. Kebiasaannya, sistem perparitan peringkat awal ini dilaksanakan di
tepi jalan, paip air larian, pembetungan dan struktur lain yang direka bentuk bagi
membawa air larian permukaan.

Perparitan utama

Sistem ini merupakan salah satu saliran terpenting dalam suatu sistem perparitan.
Sistem ini juga antara penyumbang kepada keberkesanan dan kecekapan dalam sistem
perparitan. Ia telah direka bentuk bagi kala berulang dalam tempoh 100 tahun bagi
menggelakkan berlakunya kerosakan harta benda akibat banjir. Melalui sistem ini,
berlakunya proses pengumpulan jumlah air larian daripada sistem perparitan permulaan
ke sungai, tasik atau laut. Perparitan utama ini juga terdiri daripada saliran semula jadi
dan buatan manusia, saliran bawah tanah, saliran jalan raya dan lain-lain struktur yang
direka bentuk untuk membawa air larian permukaan.

Perparitan sekunder

Merujuk kepada sistem saliran sokongan kepada saluran yang utama. Penggunaan
saliran sekunder ini dilihat amat sesuai sekali dilaksanakan di kawasan perbandaran
kerana ia tidak melibatkan penggunaan tanah yang luas. Tambahan pula, sistem saliran
yang teratur mengikut kesesuaian dengan keadaan persekitaran dapat diwujudkan. Air
larian yang telah dikumpulkan oleh saluran sekunder kemudiannya akan dialirkan terus
menuju ke saluran utama.

29
SISTEM SALIRAN

Saliran merupakan sesuatu kaedah yang digunakan untuk menyalirkan air. Sistem
saliran ini akan terbentuk di permukaan bumi apabila air hujan mengalir di atasnya.
Secara kebiasaannya, sistem saliran akan dicipta dan dibina yang bertujuan untuk
mengalirkan air ke kawasan tadahan yang terletak di kawasan paling rendah. Keperluan
dalam memiliki sistem saliran yang baik dan cekap adalah penting bagi memudahkan
proses pengawalan serta mengelak daripada berlakunya bencana alam seperti banjir dan
mengurangkan kesan pencemaran ke atar kualiti air.

Secara saintifiknya, sistem saliran ini berfungsi dalam menyalirkan air larian
permukaan dari sesuatu kawasan seperti bangunan, kawasan berturap, kawasan jalan
dan lain-lain kawasan yang tidak telap air menuju ke kawasan yang selamat seperti
sungai, tasik atau laut. Kemampuan untuk menampung jumlah air larian yang diterima
menunjukkan ia merupakan sebuah sistem saliran yang baik. Sistem saliran yang baik
ini amat penting agar kepentingan ekonomi, keselamatan dan sosial di sesuatu kawasan
sentiasa terjaga dan terpelihara dengan baik.

Jenis-jenis Sistem Saliran

Sistem saliran terdiri daripada pelbagai-bagai bentuk tetapi jenis-jenis sistem saliran ini
hanya dibahagikan kepada dua sistem asas yang dikenali sebagai sistem saliran
permukaan dan sistem saliran utama.

30
A. Sistem saliran permulaan

Sistem saliran permukaan ialah sebuah sistem yang membawa air larian permukaan dari
suatu kawasan tertentu. Contohnya, bermula dari kawasan perumahan atau industri lalu
air permukaan tersebut disalirkan ke kawasan tadahan seperti sungai, tasik dan juga
laut. Kebiasaannya, sistem saliran permulaan akan direka bentuk bagi kala berulang
antara dua atau lima tahun bergantung pada keadaan guna tanah dalam perancangan.
Sistem saliran permulaan terdiri daripada longkang atau parit di tepi jalan, talang jalan,
pembetungan, paip air larian dan lai-lain struktur yang direka betuk untuk membawa air
larian permukaan.

B. Sistem saliran utama

Sistem saliran utama merupakan sistem saliran perbandaran yang amat penting kerana
perancangan dan reka bentuk saliran utama ini memberi keberkesanan yang amat
memuaskan. Sistem saliran utama ini juga bertujuan untuk mengumpul jumlah air larian
dari sistem saliran permulaan ke sungai, tasik dan laut. Tambahan pula, sistem saliran
utama direka bentuk khas bagi kala berulang 100 tahun agar kerosakan harta benda
awam dan kehilangan nyawa dapat dielakkan akibat daripada banjir. Sistem ini meliputi
beberapa saliran seperti saliran semula jadi dan buatan manusia, saliran bawah tanah,
saliran di jalan raya dan lain-lain struktur saliran.

31
Jenis-jenis longkang saliran

Longkang jenis konkrit Longkang jenis tembikar

Longkang PVC

Peraturan serta kehendak dalam pemasangan longkang

Antara peraturan serta kehendak yang perlu diberi perhatian dalam permasangan
longkang adalah Longkang perlu diberi kecerunan supaya pergerakan air tidak jadi
lambat dan tersumbat. Selain itu, Kedalaman longkang bawah tanah juga mesti di
tanam dengan kedalaman yang cukup bagi mengelakkan dari berlakunya paip bocor

32
atau pecah yang disebabkan oleh beban yang terdapat di atasnya. Contoh : kenderaan.
Seterusnya, pengudaraan perlu diadakan untuk mengelakkan dari bau busuk yang
kurang menyenangkan dari longkang tersebut. Berikutya, penutup longkang perlu
diadakan untuk menyekat bau busuk ke dalam bangunan serta tidak menghalang laluan
pejalan kaki ataupun laluan kenderaan. Laluan-laluan bilik khas juga mesti disediakan
bagi tujuan pemeriksaan atau pembersihan jika longkang tersekat. Bahkan bahan -
bahan yang digunakan juga haruslah tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ini untuk
memastikan paip dan longkang tahan serta mampu untuk menahan beban dan tegangan.
Sambungan-sambungan perlu diadakan bagi mengelakkan dari berlakunya kebocoran
atau keretakkan pada longkang. Penahan digunakan untuk memastikan perletakan
longkang mendapat sokongan dan tidak mudah pecah. Serta saiz dan isipadu muatan
hendaklah mengikut jenis atau bentuk longkang yang sesuai.

Lurang

Dikenali sebagai lubang periksa, ialah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina
untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau
bahan tersumbat pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau
konkrit. Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk
bulat, bentuk "T" atau bentuk "L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa
digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli
bersaiz 18"x24"

Sump

Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti
ranting kayu, daun, sampah, pasir dan lain-lain. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja

33
pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump.
Selain itu, ia juga dapat melambatkan pegerakan cecair.

Bahan binaan bagi Sump adalah konkrit dan dibina secara in-situ. Biasanya terletak
pada sambungan sistem saliran.

Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan
terdapat saliran masuk dan saliran keluar.

Culvert

Culvert adalah konduit yang digunakan atau dibina untuk mengalirkan air pada parit
atau longkang untuk mengelakan tersumbat. Ia boleh digunakan untuk membenarkan air
mengalir melaluinya dibawah jalan, landasan keretapi atau jambatan dan lain-lain.

Ia mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya menyebabkan ianya sesuai


digunakan untuk membina jalanraya diatasnya .

Bahan binaan culvert biasanya diperbuat daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan
tetulang, besi atau PVC.

34
BAB 5

KERJA-KERJA BAR TETULANG

5.1 PENGENALAN

Dalam kerja binaan konkrit tetulang, bar tetulang ialah sejenis besi berbentuk
bulat dan panjang yang digunakan sebagai tetulang. Konkrit biasanya tidak berupaya
menanggung beban tegasan dan tekanan dengan sangat berkesan. Struktur struktur
seperti tiang , lantai, rasuk dan lain-lain bahagian sering mengalamai tegasan tegangan.
Oleh itu, konkrit biasa adalah tidak sesuai digunakan, maka ia diatasi dengan
menggunakan konkrit bertetulang (Reinforcement Concrete iaitu dengan
mencantumkan besi tetulang dengan konkrit.

35
5.1.1 JENIS BAR TETULANG

1. Keluli Lembut/Hot Rolled Mild Steel


2. Bar Berbunga / Deformed Bar
3. Tetulang Anyaman / BRC Steel Fabric
4. Dawai Keluli Tegangan Tinggi / High Tensile Wire

5.1.2 PENYIMPANAN BAR TETULANG

Bagi kegunaan di tapak, besi tetulang dihantar ke tapak. Apabila ia sampai ke


tapak ia perlu diikat dan diasingkan mengikut saiz dan jenis. Apabila besi tetulang telah
sampai ke tapak bina, periksa keadaan bar tetulang itu dan perhatikan kadar karatnya
dan kebengkokkannya. Jika sekiranya kadar karat terlampau teruk, ia hendaklah
digantikan kerana kemungkinan ia akan merosakkan struktur bangunan. Bar-bar
tetulang hendaklah diletakkan di atas lapik mengikut pembahagian supaya ia tidak
berkarat dan mudah diambil untuk penggunaan. Tetulang hendaklah sentiasa bersih dan
sentiasa jauh dari kotoran minyak, tanah, karat dan lain-lain bahan. Tempat
penyimpanan besi tetulang di tapak projek.

Rajah 5.1.2a Penyimpanan bar tetulang

5.1.3 PEMBENGKOKAN BAR TETULANG

36
Lukisan kejuruteraan yang disertakan untuk sesuatu pembinaan memainkan
peranan pada bahagian ini. Kerja pembengkokkan bar tetulang dilakukan mengikutnya.
Mesin pembengkok dapat dilihat dalam gambar dibawah.

Bar tetulang hendaklah dibentukkan cangkuk atau tambatan pada hujungnya.


Selepas ia dibengkokkan ia dihantar ke tapak dan dipasang ke dalam acuan. Bagi kerja
pemasangan ia diikat dengan menggunakan dawai halus yang berdiameter 1.63mm.

Rajah 5.13a Pembengkokan bar tetulang

5.1.4 PEMASANGAN TETULANG KELULI

37
Tetulang keluli yang dipasang pada struktur tiang, rasuk, dinding dan lantai
adalah perlu diikat dengan link. Kerja pengikatan adalah dilakukan dikawasan bawah.
Kerja-Kerja pengikatan link adalah seperti berikut :

i. Tetulang keluli yang hendak dipasang adalah diletakkan di atas dua


peranca
ii. Link akan dimasukkan kedalam sekeliling tetulang serta dijarakkan
mengikut details drawing besi.
iii. Seterusnya link diikat pada tetulang dengan dawai dengan cangkuk
pengikatnya

Rajah 5.14a Pemasangan tetulang keluli

5.1.5 SEMAKAN BAR TETULANG

38
Wakil P.P ataupun lebih dikenali dengan kerani tapak (Clerk Of Work) harus
menjalankan satu tugas yang penting dalam kerja-kerja konkrit ialah pemeriksaan besi
tetulang. Semakan semakan harus dubuat untuk memastikan tetulang disediakan
mengikut lukisan details besi. Kontraktor dikehendaki mengeluarkan permohonan untuk
pemeriksaan sebelum kerja-kerja konkrit dijalankan. Permohonan tersebut lebih
dikenali dengan Request For Inspection(RFI).(Rujuk Lampiran 1.1.

Perkara yang perlu diambil perhatian semasa RFI

1. Besi mestilah cukup berdasarkan lukisan struktur


2. Mestilah konkrit cover mematuhi syarat yang ditetapkan samaada dengan
spacing block dan lain-lain lagi
3. Meletakkan HYRID bertujuan untuk mengelakkan konkrit betul-betul
berada dalam kawasan konkrit

Rajah 5.15a Spacing block

39
Rajah 5.15b Hyrid

40
6.9

KESIMPULAN

41
BAB 7

KESIMPULAN

Syukur Alhamdulillah kerana dengan keberkatannya dapat saya menjalani dan


menamatkan latihan industri di Majlis Daerah Tanah Merah untuk sesi DISEMBER
2016 dengan jayanya. Syukur juga kehadrat-Nya saya dapat menyiapkan buku laporan
latihan industri untuk tatapan semua seperti mana yang sedia maklum. Selama lebih
kurang 20 minggu saya berada di sini, saya mendapat pelbagai ilmu pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman yang amat berharga. Ketiga-tiga perkara ini sangat berharga
dan penting untuk bekalan saya ketika menempuhi alam pekerjaan nanti. Kini saya telah
memahami dan mula merancang bagaimana hendak melalui alam pekerjan nanti. Saya

42
sangat menghargai usaha politeknik kerana mewujudkan modul latihan industri kepada
pelajarnya.

43
7.1 KESIMPULAN

Pelajar yang hanya memahami sesuatu subjek secara teori sahaja tanpa tahu cara
mempraktikkannya amatlah susah untuk bersaing dengan mereka yang tahu cara
mempraktikkannya. Bagaimana kita hendak bersaing dengan mereka ketika kita hendak
mencari kerja kelak. Seperti yang kita sedia maklum, pihak majikan bukan sahaja
mahukan pekerja yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi tetapi berupaya
mengaplikasikan pengetahuan secara praktikal. Hanya dengan menghantar pelajar
menjalani latihan industri sahaja dapt membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka secara amali.

Cara berkomunikasi dengan baik juga perlu untuk menghindarkan sebarang


masalah daripada berlarutan seperti sebelum memulakan kerja satu perjumpaan perlu
diadakan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pekerja. Keadaan ini boleh
menghindarkan daripada syarikat atau firma mengalami kerugian yang disebabkan oleh
masalah yang tidak dapat dikenalpasti dan lebih buruk jika tidak dapat diatasi
contohnya kerosakan yang berlaku pada peralatan kerja.

Semasa menjalani latihan ini juga pelajar melakukan pelbaagai kerja dari
menyiapkan laporan akhir latihan industri, menyemak kerosakan-kerosakan, membaik
pulih, menganalisakannya sehinggalah dapat mengatasi kerosakan tersebut serta dapat
mengenali jenis-jenis mesin. Oleh itu pelajar tidak hanya melakukan kerja dan tugas
mengikut bidang masing-masing malah pelajar turut sama melakukan kerja-kerja yang
melibatkan bidang lain seperti mekanikal, elektrikal dan pengurusan. Ini menjadikan

44
pelajar seorang yang serba boleh dalam melakukan pelbagai tugas serta kerja yang
dikehendaki dan diperlukan oleh pihak majikan.

Sebagai konklusinya, kita tidak dapat menolak fakta bahawa modul latihan
industri ini amatlah berguna kepada pelajar. Di samping melengkapkan silibus
pembelajaran, pelajar juga memperolehi banyak manfaat daripadanya. Saya berharap
agar pihak politeknik akan meneruskan lagi program latihan industri.

45
BAB 8

KOMEN DAN CADANGAN

Latihan industri yang dibuat ini telah banyak memberi faedah dan manfaat yang
besar kepada para pelajar. Ini kerana pelajar telah mendapat pendedahan terhadap alam
pekerjaan yang sebenar. Latihan industri yang dibuat ini membantu pelajar menyiapkan
serta menyediakan diri bagi menempuhi alam pekerjaan apabila menamatkan pengajian.

Tempoh latihan industri yang dibuat selama lebih kurang 20 minggu ini benar-
benar memberi masa dan ruang yang secukupnya dan tempoh tersebut dirasakan sangat
sesuai bagi pelajar menjalani latihan industri ini dan diharapkan tempoh ini dikekalkan
oleh pihak politeknik. Ini disebabkan pelajar mendapat masa yang secukupnya bagi
mempelajari pelbagai perkara semasa menjalani latihan industri ini.

46
Semasa menjalani latihan industri di Majlis Daerah Tanah Merah, banyak
pengalaman serta ilmu pengetahuan yang terbaru diperolehi untuk panduan pada masa
hadapan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam latihan industri.

Melalui ruangan dapatan dan cadangan ini, ingin saya mengambil kesempatan
untuk mengemukakan seberapa boleh yang mungkin agar dapat membantu pihak yang
berkenaan dalam sesi latihan industri pada masa yang akan datang. Di ruangan ini akan
saya mengemukakan komen serta cadangan untuk kedua-dua pihak iaitu Politeknik
Kota Bharu dan Majlis Daerah Tanah Merah.

8.1 POLITEKNIK KOTA BHARU

Pertama sekali untuk pihak Politeknik Kota Bharu, saya ingin mengesyorkan
supaya memberi peluang kepada pelajar Kejuruteraan Elektrik menjalani latihan
industri di Majlis Daerah Tanah Merah. Saya merasakan amat perlu bagi seseorang itu
ditempatkan disini walaupun kerja yang dilakukan berbeza dengan kos yang diambil di
Politeknik Kota Bharu yang dapat memberi pengalaman baru kepada saya sekaligus
memberi pelbagai kemahiran yang boleh dari kos Kejuruteraan Awam.

Saya juga ingin mencadangkan agar pihak yang terlibat dengan latihan industri
dapat mengadakan lawatan pemeriksaan dengan cara berulang kali ke tempat-tempat
pelajar menjalani latihan industri. Dengan ini pihak terlibat akan mengetahui sendiri
masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar ketika menjalani latihan industri.
Mungkin pihak yang terlibat dapat memberi nasihat atau pandangan tentang masalah

47
yang timbul supaya ianya tidak berlarutan yang boleh menyebabkan latihan industri
pelajar terganggu.

Pihak Politeknik Kota Bharu juga diharapkan agar meluaskan tentang


penggunaan AutoCAD kerana di dalam bidang kejuruteraan Awam ianya sangat
penting. Hal ini kerana, kebanyakan pelajar tidak dapat menggunakan AutoCAD semasa
berada di alam pekerjaan. Ramai yang terpaksa mengambil kursus khas di luar untuk
penggunaan perisian AutoCAD.

Selain itu, pihak Politeknik Kota Bharu juga diharapkan agar mewujudkan satu
modul khas untuk cara-cara membaca lukisan kejuruteraan Awam kerana ianya amat
penting terutama bagi meraka yang bekerja di dalam tapak pembinaan.

8.2 MAJLIS DAERAH TANAH MERAH

Kepada pihak Majlis Daerah Tanah Merah, pertama sekali saya ingin
mencadangkan agar pihak yang terlibat dengan pelajar latihan industri dapat
mengekalkan jadual tugasan dengan tujuan untuk membina pelajar. Ini kerana semasa
saya menjalani latihan industri, sesuatu kerja yang hendak dilakukan itu tidak tersusun,
seterusnya pembahagian kerja untuk pekerja firma mengambil masa yang agak lama.

Saya juga berharap agar pihak firma, terutamanya pihak yang mengendalikan
pelajar latihan industri dapat meneruskan perjumpaan dengan para pelajar seperti yang
pernah saya lalui sebelum ini. Dengan ini pihak yang terlibat dapat mengetahui aktiviti
yang dilakukan oleh para pelajar. Keadaan ini boleh menyelesaikan sebarang masalah

48
yang dihadapi oleh pelajar supaya ianya tidak berlarutan dan boleh mendatangkan
masalah kepada kedua-dua belah pihak.

Saya turut berpuas hati terhadap kerja yang diarahkan semasa menjalani latihan
industri, kerana ianya tidak tertumpu pada satu bahagian sahaja. Apabila didedahkan
kepada semua bahagian, pengetahuan yang diperolehi adalah lebih banyak dan
menyeluruh.

Walaubagaimanapun, kerjasama dan rasa bertanggungjawab adalah merupakan


aset penting bagi semua pihak yang terlibat dalam latihan industri ini termasuk pelajar
seperti saya sendiri. Saya berasa bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menjalani
serta menamatkan latihan industri di Majlis Daerah Tanah Merah dan segala usaha serta
bantuan dari semua pihak saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

49
50
BIBLIOGRAFI

1 Modul Politeknik Kota Bharu


2 R. Whitlow 3rd ed. (1995), Basic Soil Mechanichs, P. cm Longman
3 Van Impe (ed) (1988), Deep Foundation on Bored and Auger Piles, Balkema,
Rotterdam, ISBN 9061918146
4 S. Joseph Spigolon, PHD, PE. Copyright (2001), The Mc Graw-Hill Civil
Engineering PE Exam Depth Guide, Geotechnical Engineering
5 Karl Terzaghi, Ralph Gholamreza Mesri 3rd ed (1996), Soil Mechanics in
Engineering practice, Longman
6 http://en.wikipedia.org/wiki/Bentonite
7 http://www.geoforum.com/info/pileinfo/images/large1.Jpg
8 http://www.franki.co.gg/index.html

51