Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sama seperti masalah pembelajaran yang lain, diskalkulia dipercayai melibatkan pusat
memproses bahasa dan imej visual otak. Bukti mencadangkan bahawa masalah
pembelajaran seperti diskalkulia mungkin diwarisi ataupun berpunca daripada masalah
perkembangan otak. Pendedahan kepada toksin prenatal serta alam sekeliling (seperti cat
plumbum) boleh menjadi punca utama.
Jika anda mengesyaki anak diri mempunyai diskalkulia, anda boleh merujuk kepada
penilaian diskalkulia untuk menentukan diagnosis. Kemungkinan besar, sekolah akan
menilai untuk menentukan sama ada anak anda mempunyai masalah pembelajaran dalam
Matematik daripada menggunakan istilah diskalkulia. Hal ini memerlukan satu pentaksiran
untuk mengenalpasti kesilapan yang spesifik setiap kanak-kanak lakukan. Jika kanak-kanak
anda memenuhi syarat untuk pendidikan khas, guru-guru akan membentuk satu program
pendidikan individu. Strategi secara umumnya dilaksanakan untuk membangunkan kosa
kata Matematik serta pemahaman konsep serta operasi Matematik.
Terdapat sesetengah pentaksiran yang dipasarkan khas sebagai ujian diskalkulia. Adalah
menjadi satu kemungkinan bahawa penilai dapat mengenalpasti jika seorang kanak-kanak
mempunyai diskalkulia dan masalah pembelajaran dalam Matematik melalui beberapa jenis
diagnostik Matematik, semakan hasil kerja murid serta penilaian kognitif. Dengan apa-apa
pentaksiran yang dibuat, adalah menjadi isu paling penting bahawa pentaksir dapat
mengenalpasti defisit khusus yang mempengaruhi kebolehan Matematik dalam keupayaan
Matematik bagi membolehkan guru membentuk arahan yang sesuai dalam menangani
masalah ini.
Diskalkulia Apa yang Harus Dilakukan Jika Mengesyaki Anak Sendiri Ada Diskalkulia
Jika anda mempercayai bahawa anak sendiri ada diskalkulia dan berkemungkinan
bermasalah pembelajaran, menghubungi guru besar sekolah ataupun kaunselor untuk
mendapatkan informasi tentang cara-cara meminta pentaksiran terhadap anak tersebut.
Bagi murid di kolej ataupun program vokasional, pejabat penasihat sekolah tersebut dapat
membantu dalam mencari sumber yang sesuai.
Sekolah anak anda berkemungkinan tidak menggunakan istilah diskalkulia, tetapi ia tetap
boleh menilai masalah pembelajaran anak anda dengan sesuai. Biasanya, sekolah awam
menggunakan label dan bahasa dari peraturan IDEA regulations. Diskalkulia merupakan
istilah diagnostik yang dijumpai dalam sistem diagnostik psikiatrik. Sekolah
mempertimbangkan ia sebagai salah satu jenis gangguan Matematik yang boleh dilayani
bawah label masalah pembelajaran.