Anda di halaman 1dari 18

Akta Rumah Judi Terbuka dipinda TPM

Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan replika cek kepada Raja Ahmad Niza
Raja Ismail (kanan) pada Majlis Minum Petang Amal KVUM dan Tribute
Untuk Allahyarham ABI di Ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad,
Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Bendahari KVUM, Che Zam
Mohd Tahir (tengah). Utusan/Shaifudin Mohd Nor
MAISARAH SHEIKH RAHIM
15 Februari 2017 12:26 AM
250
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Akta Rumah Judi Terbuka 1953 akan dipinda
bagi membanteras sindiket yang begitu licik menjalankan kegiatan tersebut
terutama membabitkan judi atas talian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,
draf pindaan akta berkenaan sedang diteliti Jabatan Peguam Negara dan
diharap dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan sedar wujud
permasalahan berat dalam usaha membanteras kegiatan itu terutama
melibatkan judi atas talian, namun kesukaran tersebut bukan bermakna
pihak berkuasa menutup sebelah mata terhadap sindiket-sindiket
perjudian yang begitu licik.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi penguat


kuasa lain amat komited melakukan tugas penguatkuasaan dan
bertungkus-lumus untuk menyelesaikan masalah kegiatan haram itu lebih-
lebih lagi apabila ada kekangan dari sudut perundangan yang perlu diatasi
secara holistik.

Akta Rumah Judi terbuka 1953 perlu dipinda segera. Draf mengenainya
telah berada dalam tangan Peguam Negara dan kita harap dapat
dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan. Jangan mudah
menuduh ada pegawai atau pihak berkuasa menutup sebelah mata
membiarkan kegiatan judi dijalankan.

Sebenarnya sindiket judi ini terlalu licik. Tidak dinafikan ada segelintir
pegawai (penguat kuasa) mungkin dibeli, itu kita tidak akan kompromi.
Kalau ada bukti kukuh tentang individu itu sila serahkan kepada saya
supaya tindakan perundangan dan disiplin mengikut tertib perundangan
akan dilaksanakan, katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis


Minum Petang Amal Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) dan Tribute
Untuk Allahyarham Ahmad Bin Idris (ABI) di Ibu pejabat Utusan Melayu (M)
Berhad di sini hari ini.

Beliau turut melancarkan buku tulisan bekas Pengarang Mingguan


Malaysia itu bertajuk Memoir Wartawan Ahmad Bin Idris (ABI): Dari
Geylang Serai ke Utusan Melayu.

Menurut Ahmad Zahid, usaha membanteras kegiatan judi mendapat


kerjasama baik daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi yang
beroperasi di premis-premis perniagaan selain sokongan daripada Tenaga
Nasional Berhad (TNB).

Namun katanya, Telekom Malaysia menghadapi masalah untuk membuat


pemotongan talian jika melibatkan perjudian atas talian memandangkan
talian tetap tidak lagi digunakan untuk menjalankan kegiatan tersebut,
sebaliknya mereka menggunakan telefon pintar.

Kalau pihak berkuasa melakukan penangkapan, mereka akan


menggunakan taktik lain termasuk menukar nombor telefon dan
sebagainya, katanya.

Mengulas mengenai cadangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan


individu tertentu untuk bersama-sama membanteras kegiatan perjudian,
Ahmad Zahid berkata, mereka boleh berbincang dengan kementerian,
namun tindakan penguatkuasaan adalah berdasarkan kuasa tertentu yang
tidak mudah untuk diberikan kepada pihak lain.
Namun katanya, orang awam digalakkan untuk mengambil peduli masalah
perjudian dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa
mengenai kegiatan yang berlaku di kawasan-kawasan pinggir bandar dan
perumahan.

Berhubung cadangan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan


Kementerian Kewangan, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim supaya
kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan lambakan kakitangan
dalam perkhidmatan awam, beliau berkata, bukan mudah untuk
melaksanakan tindakan itu.

Tidak mudah untuk meminta orang bersara. Apabila minta orang bersara
awal, mungkin ada beberapa kaedah tertentu untuk mengecilkan jumlah
perkhidmatan berkenaan, katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/akta-rumah-judi-


terbuka-dipinda-tpm-1.444455#ixzz4b07oJzfa
Utusan Melayu (M) Bhd
KEPENTINGAN ATAU KEBERKESANAN
RENCANA MUKA 6

Shamrahayu A. Aziz
05 Februari 2017 12:03 PM
Cadangan sekumpulan masyarakat sivil untuk menjadikan Rukunegara
sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan menarik perhatian.
Sekitar 2012-2013, cadangan sebegini pernah didengar. Namun sepi
selepas seketika.

Sebagai pelajar undang-undang Perlembagaan, setakat ini saya dapati


persoalan mukadimah tidak menjadi persoalan besar di Malaysia. Tidak
pernah pula saya mendengar rungutan hakim tentang kesukaran mentafsir
Perlembagaan tanpa mukadimah.

Oleh itu saya tidak begitu pasti kenapa cadangan ini dibuat. Daripada
penerangan dan pembacaan, didapati tiga sebab besar kenapa cadangan
ini dimajukan. Pertama, perpecahan dalam kalangan masyarakat Malaysia
semakin meruncing kerana dianggap Rukunegara tidak dihayati oleh
masyarakat.

Rukunegara perlu dijadikan mukadimah dengan anggapan ia akan lebih


dihayati sekali gus memperkukuh perpaduan. Kedua, menjadikan
Rukunegara panduan dalam pentafsiran Perlembagaan; Ketiga, untuk
Rukunegara diberi keesahan perundangan.

Kajian menunjukkan tiga kategori sifat mukadimah Perlembagaan di dunia.


Mukadimah bersifat simbolik; bersifat tafsiran dan bersifat substantif.
Mukadimah bersifat simbolik menyatakan hasrat roh Perlembagaan, tetapi
tidak mengikat; mukadimah bersifat tafsiran ialah mukadimah yang
membantu dalam tafsiran Perlembagaan dan mukadimah substantif
memberi kesan besar ke atas teks Perlembagaan serta boleh menjadi
saluran membawa masuk perkara-perkara yang tidak disebut dalam
Perlembagaan. Mukadimah substantif juga berfungsi menjaga struktur
asas Perlembagaan daripada pindaan.

Jika dilihat kepada ketiga-tiga sebab yang diberikan, cadangan tersebut


membayangkan tiga sifat mukadimah; Sifat ideal, untuk menyatupadukan
rakyat; Sifat tafsiran, untuk membantu pentafsiran Perlembagaan, dan;
Sifat substantif, memberikan keesahan undang-undang.

Semua Perlembagaan bagi negeri yang ada Sultan mempunyai


mukadimah. Namun, Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan
negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai
mukadimah. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 juga mempunyai
mukadimah.

Kesemua mukadimah Perlembagaan negeri (termasuk Perjanjian


Persekutuan Tanah Melayu 1948) diangkat oleh raja-raja. Maksudnya
mukadimah ini berkait rapat dengan raja-raja dan sejarah negara. Saya
tidak pasti kenapa Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai
mukadimah. Setakat ini saya belum lagi menjumpai apa-apa dokumen
yang menyebut atau membincangkan tentangnya.

Disebabkan mukadimah bukan asing kepada Perlembagaan dalam negara


kita, maka cadangan ini bukan suatu yang pelik. Ia juga tidak pelik kerana
lebih kurang 80 peratus Perlembagaan di dunia mempunyai mukadimah.
Sahifah Madinah yang diterima sebagai Perlembagaan pertama di dunia
juga mempunyai mukadimah simbolik. Walaupun tidak pelik, ia adalah isu
besar. Ia isu besar kerana implikasinya juga besar. Oleh itu, kita perlu
memikirkannya dengan cermat dan mendalam.

Mukadimah, atau preamble ditakrif sebagai pernyataan atau pengenalan,


bertujuan memberikan gambaran umum dan ringkas, mencipta semangat
kekitaan dan taat kepada Perlembagaan dan menjelaskan kekaburan.
Mukadimah menyatakan hasrat akhir Perlembagaan. Maka, mukadimah
boleh menjadi pendorong yang kuat kepada Perlembagaan. Ramai sarjana
Perlembagaan berhujah bahawa mukadimah adalah intipati yang
membentuk struktur asas dan hasrat Perlembagaan. Ia dan menyekat
pindaan yang mengubah struktur asas Perlembagaan.

Walaupun mukadimah boleh memupuk integrasi dengan membentuk


identiti bersama, mukadimah juga boleh mengakibatkan perpecahan.
Mukadimah berpotensi besar menyebabkan ketegangan sosial.
Pengalaman tidak baik berkaitan mukadimah sudah didapati dalam
pengalaman dunia. Pengalaman Macedonea dan Albania menunjukkan
perpecahan antara kumpulan majoriti dan minoriti; pengalaman Israel pula
berkaitan ideologi dan di Australia, mengenai hak kumpulan orang asli.

Pengalaman negara-negara lain, walaupun mempunyai faktor-faktor


berbeza, perlu diberikan perhatian, dijadikan sempadan dan tauladan
supaya kita tidak terjebak dalam kesulitan yang tidak perlu. Dibimbangi,
bukan kesan baik yang kita dapat, tetapi padah buruk yang kita terima. Kita
tidak mahu menjadi tikus membaiki labu.

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil rundingan dan toleransi. Ia


melalui cabaran getir melibatkan pelbagai pihak, termasuk raja-raja yang
berdaulat, rakyat pelbagai kaum dan status, serta kerajaan British.
Rundingan Perlembagaan juga mengambil kira cabaran fahaman komunis
serta kegiatan subversif dan sensitiviti.

Walaupun beberapa faktor yang dibincangkan semasa proses


kemerdekaan juga wujud dalam proses membuat Rukunegara, seperti
fahaman komunis dan sensitiviti, tetapi sejarah Perlembagaan berkisar
tentang isu yang lebih besar, iaitu kemerdekaan dan sifat kedaulatan
negara. Bagi mewujudkan Rukunegara ia berkisar kepada perpaduan
rakyat.

Rukunegara diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970


setelah peristiwa 13 Mei 1969. Ia dimulakan dengan lafaz nama Allah;
Menegaskan kedaulatan Malaysia; Mengambil perhatian kepelbagaian
kaum, budaya dan tradisi; Menyatakan cita-cita mencapai perpaduan lebih
besar; Berhasrat membentuk kebajikan awam dan keadilan sosial.

Kemurnian

Seterusnya Rukunegara menjelaskan hasrat mengekalkan cara hidup


demokratik bagi mencipta masyarakat adil dan perkongsian harta dengan
agihan yang saksama, bersikap liberal terhadap kepelbagaian budaya dan
membentuk masyarakat progresif dalam penggunaan sains dan teknologi.
Cita-cita dan hasrat negara bersandar kepada lima prinsip; Kepercayaan
kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan negara; Keluhuran
Perlembagaan; Kedaulatan undang-undang; dan Kesopanan dan
kesusilaan.

Secara umumnya pengisian Perlembagaan dan Rukunegara tidak banyak


berbeza. Rukunegara boleh dikatakan sebagai ringkasan prinsip atau roh
kepada peruntukan yang telah berakar (embedded) dalam Perlembagaan.
Selepas peristiwa 13 Mei itu beberapa peruntukan Perlembagaan telah
dipinda berkaitan perkara-perkara sensitif, termasuklah Perkara 10(4),
159(5) dan 63(4). Pindaan juga telah dibuat kepada Akta Hasutan.

Namun, persamaan tersebut tidak semestinya membolehkan Rukunegara


sekali gus dengan mudah dijadikan mukadimah Perlembagaan.
Rukunegara tidak diniatkan sebagai sebahagian Perlembagaan. Saya
berhati-hati tentang cadangan memasukkan Rukunegara sebagai
mukadimah Perlembagaan kerana faktor sejarah, bahasa serta istilah, dan
sifat mukadimah, sama ada sebagai ideal, tafsiran atau substantif.
Walaupun ada sedikit persamaan antara kedua-duanya, tetapi
perbezaannya juga ketara.

Sejauh manakah kemurnian idea perpaduan yang ada dalam Rukunegara


akan berfungsi sebagai mukadimah Perlembagaan? Perkara ini perlu
diperjelaskan kerana perkembangan semasa di dunia semakin
menampakkan keterikatan teks Perlembagaan kepada mukadimah,
terutamanya mukadimah berbentuk substantif.

Pengalaman Perancis menunjukkan bahawa hak-hak yang tidak disebut


dalam Perlembagaan boleh dimasukkan melalui mukadimahnya. Perkara
sama tidak berlaku di India, tetapi pengalaman India juga perlu dijadikan
tauladan. Trend yang semakin meningkat di India ialah mukadimah
diterima sebagai sebahagian daripada substantif Perlembagaan. Istilah
social justice di dalam mukadimah Perlembagaan India, sebagai contoh,
telah diterima melalui keputusan mahkamah sebahagian daripada hak
dijamin oleh Perlembagaan.

Kita tidak boleh pandang sebelah mata tentang perkembangan di India


kerana istilah social justice juga ada dalam Rukunegara, tetapi tiada dalam
Perlembagaan. Kita juga perlu perhati perkembangan di India kerana
keputusan mahkamah di sana sering dirujuk oleh mahkamah tempatan
dalam banyak keadaan kerana banyak sebab. Antara perkara lain yang
saya khuatir menjadi perbahasan dan punca perpecahan nanti ialah
perbezaan istilah dan prinsip dalam Rukunegara atau perbahasan tentang
peruntukan Perlembagaan serta keputusan mahkamah.

Frasa democratic way of life sebagai contoh. Adakah frasa ini akan
mempersoalkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan atau adakah ia akan
memberi kesan ke atas perundangan Islam yang mempunyai pelbagai
pengecualian kepada amalan demokrasi, sedangkan teks Perlembagaan
dan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam beberapa kes mengiktiraf
kedudukan perundangan Islam.

Selain itu, perkataan demokrasi tidak ada dalam Perlembagaan. Maka,


sejauh manakah maksud atau perincian demokrasi yang dimaksudkan oleh
bait-bait Rukunegara tersebut. Secara perundangannya, tidak salah untuk
memasukkan mukadimah ke dalam Perlembagaan walaupun ia telah
berusia 60 tahun. Tetapi ia perlu diperkemas. Tidak salah juga Rukunegara
kekal sebagai Rukunegara setelah hampir 50 tahun. Tiada yang persoal
kepentingannya, cuma keberkesanannya.

* PENULIS adalah Felo Utama IKIM

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/kepentingan-


atau-keberkesanan-1.440428#ixzz4b08F0nEo
Utusan Melayu (M) Bhd
Hak asasi mutlak dan ancamannya

SEBAHAGIAN peserta membawa bendera golongan LGBT pada


perhimpunan haram Bersih 5.0 di Kuala Lumpur, 19 November lalu.
UTUSAN/FARID JANUDIN
SAIFULIZAM MOHAMAD
23 Disember 2016 5:30 PM
KETIKA berlaku perhimpunan haram Bersih 5.0 di ibu kota, 19 November
lalu, kelompok lesbian, gay, biaseksual dan transgender (LGBT) adalah
antara kumpulan yang turut sama menyertainya. Kehadiran golongan itu
bukanlah sesuatu yang menghairankan disebabkan tuntutan mereka untuk
melakukan seks songsang juga terkandung dalam agenda perjuangan
Bersih.

Malah kehadiran bekas Ahli Parlimen Australia, Jamie Parker iaitu seorang
penyokong kuat LGBT dalam perhimpunan haram itu jelas membuktikan
bahawa tuntutan hak untuk melakukan seks songsang di negara ini oleh
kelompok tertentu benar-benar wujud dan serius. Semuanya ini dibuat atas
nama hak asasi manusia yang tiada batasan.

Sesiapapun tidak boleh menafikannya apatah lagi sebahagian `orang kuat


Bersih 5.0 juga adalah pihak yang sama-sama membentuk Gabungan
NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) pada tahun 2013.

Kewujudan Comango berkait rapat dengan semakan berkala sejagat


(UPR) ke atas Malaysia yang memasuki pusingan kedua melalui Majlis
Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di
Geneva, Switzerland, 24 Oktober 2013. Berikutan proses tersebut,
Comango telah menuntut beberapa perkara berasaskan hak asasi manusia
dan sebahagiannya jelas bertentangan dengan Islam.

Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan


orientasi seks, LGBT, hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak
kesamarataan agama di negara ini. Gabungan itu turut menuntut undang-
undang jenayah syariah dihapuskan di samping memberi persepsi negatif
terhadap tindakan penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri.

Bagaimanapun usaha tersebut tidak berjaya apabila kerajaan Malaysia


tegas mempertahankan Islam dengan menolak pelbagai tuntutan tidak
munasabah dalam sesi penerimaan muktamad UNHRC pada 20 Mac
2014. Apatah lagi dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan
seperti yang tertakluk dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam sesi penerimaan muktamad itu, kerajaan telah menerima


sepenuhnya 113 syor manakala 21 lagi syor telah diterima secara
prinsipnya. Sementara itu, sebanyak 83 syor ditolak.

Kebanyakan syor yang ditolak adalah tuntutan yang dihantar oleh


Comango semasa sesi pusingan kedua proses UPR pada 24 Oktober 2013
antaranya tuntutan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan atau
meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah seperti
aktiviti LGBT.

Inilah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Malaysia ekoran ledakan serta
tekanan oleh pejuang-pejuang hak asasi manusia di negara ini hingga ke
peringkat boleh mengganggu gugat kedudukan Islam. Penulis yakin puak-
puak ini tidak akan berputus asa seperti mana pernah disuarakan oleh
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global
(GMMF), Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa.

Ketika itu beliau adalah salah seorang Ahli Jawatankuasa Gabungan


Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat
(MuslimUPRo) yang turut berada di Geneva bagi menyaksikan proses UPR
tersebut.

Sebaliknya, Comango akan terus melakukan apa sahaja untuk menuntut


hak tersebut meskipun bertentangan dengan syarak dan bertentangan
dengan fitrah manusia. Ada orang bertanya tentang status sebahagiannya
yang beragama Islam. Jawapannya mudah dalam era manusia semakin
jauh daripada agama sebarang kemungkinan boleh berlaku,
Jangan lupa umat Islam liberal di seluruh dunia sudah semakin ramai dan
bagi golongan yang seperti ini hak asasi mutlak adalah segala-galanya.

Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia


(Centhra), Azril Mohd. Amin dalam pembentangan kertas kerjanya
sempena Multaqa Perundangan dan Politik Majlis Perundingan Islam, di
Putrajaya, baru-baru ini pernah menyentuh tentang isu tersebut.

Dalam kertas kerja bertajuk Menjamin Hak Umat Islam di Malaysia Untuk
Mengamalkan Islam: Cabaran Dan Jalan Ke Hadapan beliau berkata,
tuntutan yang dibuat oleh Comango itu banyak bercanggah dengan ajaran
Islam seperti membenarkan perbuatan homoseksual dan menggubal rang
undang-undang mengharamkan diskriminasi berasaskan orientasi seksual.

Selain cabaran hak asasi mutlak yang diperjuangkan oleh Comango beliau
turut memaklumkan tentang kewujudan gerakan yang berusaha menafikan
hak umat Islam untuk melaksanakan tanggungjawab beragama
sepenuhnya walaupun Islam telah diiktiraf sebagai agama bagi
Persekutuan.

Antaranya ujar beliau, apabila terbentuknya kumpulan G25 yang dianggotai


oleh orang Melayu profesional. Secara konsisten kata Azril, G25
menentang sebarang usaha untuk memperkemaskan undang-undang
jenayah Islam ke atas orang Islam di Malaysia.

Katanya, inilah realiti yang berlaku, selain berhadapan dengan cabaran


gerakan hak asasi mutlak seperti Comango, Malaysia juga berhadapan
dengan gerakan yang berusaha menidakkan hak mengamalkan Islam
seperti mana diperintahkan oleh syarak.

Sememangnya tidak boleh dinafikan kebebasan orang Islam di Malaysia


sentiasa diancam dan contoh terbaharu adalah penentangan terhadap
usaha memperkasakan lagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa
Jenayah) atau Akta 355 melalui pembentangan usul rang undang-undang
persendirian oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang pada 27 Mei lalu.

Beliau berkata, penentangan itu turut membabitkan golongan bukan Islam


walaupun akta berkenaan langsung tidak membabitkan mereka. Pindaan
Akta 355 itu khusus untuk orang Islam sahaja.

Begitu juga katanya, hak wanita Islam yang kadang-kadang menghadapi


kekangan untuk memakai hijab di tempat kerja sejajar dengan tuntutan
syarak dan tidak terkecuali dakwaan hak pekerja Islam untuk bersolat
termasuk solat Jumaat di tempat kerja dinafikan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/hak-asasi-mutlak-
dan-ancamannya-1.423387#ixzz4b09MMrAR
Utusan Melayu (M) Bhd
Prospek mahkamah tanah masih cerah
SALLEH BUANG
16 Disember 2016 6:00 PM
LEBIH setahun lalu, saya pernah menimbulkan isu penubuhan satu
Tribunal Tanah di negara ini dalam artikel yang bertajuk Menunggu
Tribunal Tanah ditubuhkan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 14
September 2015.

Di penghujung artikel itu, saya nyatakan jika kerajaan bersedia


menubuhkan Mahkamah Pembinaan (Construction Court) sebagai satu
mahkamah khas untuk menyelesaikan pertikaian warga industri binaan di
negara ini, juga menubuhkan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah untuk
melindungi kepentingan pembeli rumah dan baru-baru ini menubuhkan
Tribunal Pengurusan Strata untuk kepentingan pemilik harta strata,
mengapakah sukar sekali ditubuhkan Tribunal Tanah untuk rakyat?

Sebagaimana kita sedia maklum, jumlah pemilik harta strata di negara kita
tidak lebih daripada dua juta orang, manakala pemilik tanah berjumlah
beberapa kali ganda daripada itu.

Baru-baru ini saya sempat bersembang dengan seorang kenalan lama


yang telah bersara daripada Mahkamah Rayuan lebih 10 tahun lalu.
Walaupun telah bersara, beliau masih aktif sebagai penimbangtara satu
amalan biasa bagi ramai lagi pesara institusi kehakiman negara ini.

Saya menanyakan kepadanya: Wajarkah satu Tribunal Tanah atau


Mahkamah Tanah ditubuhkan? Beliau menjawab bahawa kurun ke-21 ini
adalah era penubuhan mahkamah khas dan tribunal khas untuk
menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

Sepatutnya sudah lama ditubuhkan. Beliau menegaskan, warga


mahkamah negara ini ada pengalaman mengendalikan kes-kes pembinaan
dan perumahan, dan kerajaan menubuhkan Mahkamah Pembinaan,
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan Tribunal Pengurusan Strata. Begitu
juga, hakim-hakim kita lebih daripada mampu mengendalikan kes-kes
melibatkan kepentingan pengguna dan kerajaan telah menubuhkan
Tribunal Pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1989.

Selain itu, kerajaan telah menubuhkan pelbagai badan kuasi-kehakiman


(quasi-judicial) lain seperti Lembaga Rayuan di bawah Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976, Mahkamah Perusahaan di bawah Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 dan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan
(Special Commissioners of Income Tax) di bawah Akta Cukai Pendapatan
1967.
Jika kita lihat perkembangan di luar negara, nyata sekali Malaysia sudah
ketinggalan. Di Queensland, Australia, satu badan bernama Lembaga
Tanah (Land Board) telah ditubuhkan sejak 1884, bertujuan menyelesaikan
pelbagai isu melibatkan tanah, termasuklah isu pampasan bila tanah
diambil secara paksa, rayuan mengenai percukaian, pelesenan, hartanah
warisan dan perlombongan.

Di New South Wales, Australia, satu Mahkamah Tanah dan Alam Sekitar
(Land and Environmental Court) telah ditubuhkan sejak tiga dekad lalu. Di
Ireland Utara, satu Tribunal Tanah ditubuhkan pada 1964 di bawah Lands
Tribunal & Compensation Act (North Ireland). Tribunal ini diberi bidang
kuasa mendengar kes-kes sekatan pada tanah, pertikaian antara pemilik
tanah dan penyewa tanah, penilaian tanah untuk maksud percukaian,
tuntutan pampasan bila tanah diambil secara paksa dan isu sewaan dan
penilaian hartanah komersial.

England dan Wales juga telah menubuhkan Mahkamah Alam Sekitar di


bawah satu undang-undang khas, iaitu Tribunal Courts and Enforcement
Act 2007. Mahkamah khas ini punyai enam kamar (chambers), yang mana
kamar kelima diberi bidang kuasa mengenai isu-isu tanah dan kamar
keenam diberi bidang kuasa mengenai harta dan perumahan.

New Zealand mempunyai beberapa tribunal khas, termasuklah (1) Tribunal


Penyewaan (Tenancy Tribunal), menyelesaikan pertikaian antara pemilik
dan penyewa mengenai isu hakmilik tanah, (2) Tribunal Ejen Hartanah
(Real Estate Agents Tribunal), menyelesaikan isu pelesenan dan tatalaku
ejen hartanah berlesen, dan (3) Tribunal Penilaian Tanah (Land Valuation
Tribunal), menyelesaikan kes-kes bantahan terhadap penilaian hartanah.

Di Asia, antara negara yang ada Tribunal Tanah sendiri adalah Hong Kong
yang menubuhkannya di bawah Ordinan Tribunal Tanah (Cap. 17). Tribunal
ini diberi bidang kuasa mendengar kes-kes pengurusan bangunan,
pengambilan harta secara paksa dan tuntutan pampasan. Tribunal ini boleh
juga mendengar rayuan oleh pihak-pihak terkilan berhubung perkara yang
disebutkan dalam beberapa undang-undang di negara itu.

Di penghujung perbualan saya dengan kawan saya itu, saya maklumkan


beliau bahawa pada 2012, satu dokumen setebal 89 muka halaman
bertajuk Semakan Kanun Tanah Negara 1965 (Kertas Konsultasi) telah
diterbitkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
Putrajaya.

Dalam dokumen penting itu ada dinyatakan bahawa dimensi kerja yang
dipanggil pentadbiran tanah itu adalah amat luas dan kompleks sekali
kerana melibatkan pematuhan, penguatkuasaan dan pelaksanaan
beberapa undang-undang negara, termasuklah Kanun Tanah Negara, Akta
Hak Milik Strata, Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta Kerajaan
Tempatan, Akta Perlindungan Penguatkuasa Awam, Akta Kualiti Alam
Sekitar dan sebagainya.

Mengambil kira fakta tersebut, dokumen terbitan JKPTG itu menyarankan


(di muka halaman 24) bahawa adalah amat perlu satu Mahkamah Tanah
ditubuhkan. Persoalan sama ada nama badan ini disebutkan sebagai
Mahkamah atau Tribunal adalah kurang penting; isu ini boleh diputuskan
nanti bila Akta penubuhannya digubal dan dikemaskini.

Dokumen JKPTG itu mengandungi pelbagai cadangan penambahbaikan


dan pindaan kepada Kanun Tanah Negara 1965. Setelah kita kaji
kandungan Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016 yang diluluskan baru-
baru ini, kita dapat lihat beberapa pindaan penting telah dilakukan yang
membuktikan ada saranan dan perakuan tertentu dalam dokumen itu yang
telah diambil kira dan diperkenankan. Malangnya perakuan menubuhkan
satu Mahkamah Tanah tidak begitu bernasib baik, namun prospek ia akan
ditubuhkan nanti masih cerah.

DATUK SALLEH BUANG ialah penganalisis undang-undang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/prospek-


mahkamah-tanah-masih-cerah-1.420302#ixzz4b09vc5e4
Utusan Melayu (M) Bhd
Menyusun gerak kerja pasukan ATIPSOM

PERATURAN baharu promangsa pemerdagangan manusia sudah


diperkemas tetapi tiada maknanya jika gagal dilaksanakan melalui gerak
kerja pasukan petugas ATIPSOM yang berkesan. GAMBAR HIASAN/AFP
SALLEH BUANG
03 Januari 2017 5:04 PM
PADA Disember 2016, kerajaan Malaysia menyatakan hasrat menubuhkan
satu Pasukan Petugas Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan
Migran (ATIPSOM) dengan kerjasama Pejabat PBB Mengenai Dadah dan
Jenayah (UNODC) pada tahun ini.

Pasukan petugas yang dijadualkan mula beroperasi pada bulan ini


ditempatkan di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. Keahlian pasukan
petugas ini terdiri daripada wakil beberapa jabatan dan agensi termasuklah
Jabatan Peguam Negara, PDRM, Imigresen, Kastam, Majlis Keselamatan
Negara, Jabatan Sumber Manusia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat
Tinggi Majlis Antipemerdagangan Orang (MAPO) yang dipengerusikan
olehnya. Mesyuarat itu dihadiri oleh wakil beberapa kementerian
termasuklah Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian
Pengangkutan.
Dalam mesyuarat itu, Ahmad Zahid juga mengumumkan 97 sabitan kes
sepanjang 2016 iaitu terdiri daripada 76 kes pemerdagangan orang,
sembilan kes penyeludupan migran (termasuk kes di Wang Kelian) dan 12
kes di bawah Akta Imigresen, Kanun Keseksaan dan undang-undang lain.

Beliau juga menyatakan bahawa sehingga November 2016, seramai 16


mangsa pemerdagangan orang diberi kebenaran bergerak bebas oleh
MAPO. Langkah terbaru promangsa itu kini boleh dijalankan selepas
Peraturan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
(kebenaran untuk bergerak bebas dan untuk bekerja) (Warganegara Asing)
2016 dikuatkuasakan pada 4 Mei 2016.

Soalnya kini apakah kejayaan terbaru 97 sabitan itu serta pelaksanaan


peraturan 2016 itu akan membolehkan Malaysia mencapai kedudukan
lebih baik dalam laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun ini?
Pada 2016, Malaysia masih ditempatkan di Tier 2 Watch List (Tangga 2,
Senarai Pemerhatian), sama seperti kedudukannya pada 2015.

Laporan 2016 itu diasaskan kepada prestasi negara ini pada 2015, di mana
hanya tujuh kes pemerdagangan orang disabitkan iaitu melibatkan lima kes
pemerdagangan seks manakala dua lagi adalah kes pemerdagangan
buruh.

Laporan tahunan itu menyatakan kerajaan Malaysia hanya menjalankan 38


pendakwaan dalam 2015, berbanding 54 pendakwaan dalam 2014.
Hukuman yang dikenakan selepas tertuduh disabitkan juga berbeza-beza,
purata penjara selama lima tahun.

Pada keseluruhannya, laporan itu mendapati hukuman yang dikenakan


oleh mahkamah negara ini terlalu ringan dan tidak setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan. Misalnya, menurut laporan itu lagi, dalam satu
kes ada pesalah pemerdagangan orang yang hanya dikenakan hukuman
penjara satu hari dan denda RM20,000.

Dalam Laporan Pemerdangan Orang tahunannya, Jabatan Negara


Amerika Syarikat (JNAS) sentiasa melihat dan menilai prestasi 188 negara
berhubung tiga isu besar, iaitu 3P (pencegahan, pendakwaan dan
perlindungan).

Dalam laporannya mengenai negara ini bagi 2016, JNAS mencadangkan


agar kes-kes pemerdagangan buruh disiasat lebih terperinci terutamanya
yang melibatkan kumpulan yang terjejas seperti pekerja asing. Laporan itu
juga menggesa agar pekerja asing di negara ini dimaklumkan mengenai
hak mereka menyimpan dokumen perjalanan mereka masing-masing.
Mengenai aspek pendakwaan pula, laporan itu menggesa Malaysia
meningkatkan lagi jumlah sabitan dengan melaksanakan penambahbaikan
kepada pengurusan kes dan komunikasi antara mangsa pemerdagangan
dengan pihak pendakwaraya.

Pada 4 Mei 2016, dua peraturan baharu diwartakan, iaitu P.U.(A) 118 dan
P.U.(A) 119. Peraturan yang pertama itu adalah mengenai pelepasan orang
yang diperdagangkan, manakala peraturan yang kedua itu adalah
mengenai kebenaran untuk bergerak bebas dan bekerja. Matlamat
peraturan pertama adalah menggariskan prosedur bagi seorang mangsa
pemerdagangan itu mendapatkan dokumen perjalanan bagi maksud dia
dihantar pulang ke negara asalnya.

Matlamat peraturan kedua adalah menggariskan prosedur serta


menetapkan syarat bagi memberi kebenaran kepada mangsa
pemerdagangan atau penyeludupan bergerak bebas dan mencari
pekerjaan. Kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang
ditetapkan oleh majlis dan terhad kepada tempoh tiga tahun. Penggubalan
dua peraturan baru ini penuh berliku dan mengambil masa yang panjang,
memerlukan dua fasa kerja.

Pada fasa kerja pertama, kerajaan meluluskan pindaan kepada undang-


undang utama (ATIPSOM 2007) pada 2015 dengan memasukkan ke
dalamnya satu peruntukan baru, iaitu seksyen 51A (Kebenaran untuk
bergerak bebas dan bekerja).

Serentak dengan kemasukan Seksyen 51A baru itu, satu perenggan


baharu dimasukkan ke dalam seksyen 66(2), untuk memberi kuasa kepada
menteri membuat peraturan bagi maksud meletakkan syarat dan
menggariskan prosedur mangsa pemerdagangan dibenarkan bergerak
bebas dan mencari kerja. Akibat pindaan yang dilakukan kepada undang-
undang utama pada 2015 itulah maka menteri boleh membuat dan
meluluskan P.U.(A) 118 dan 119, yang mula berkuatkuasa pada Mei 2016
lalu.

Dengan wujudnya peraturan baharu promangsa pemerdagangan ini, salah


satu perakuan penting JNAS (mengenai perlindungan mangsa) dalam
laporan tahunannya telah dapat kita laksanakan. Soalan sama ada pada
2017 ini perakuan JNAS mengenai pencegahan dan pendakwaan dapat
kita tingkatkan juga, sama-samalah kita lihat nanti.

Malaysia pernah berada di tahap yang baik, iaitu tangga kedua (Tier 2)
pada 2002 hingga 2005, di tahap yang terburuk iaitu tangga ketiga (Tier 3)
pada 2001, 2007, 2009 dan akhir sekali 2014, dan tahap lazim kita, iaitu
tangga kedua senarai perhatian (Tier 2 Watch List) pada 2006, 2008, 2015
dan terakhir 2006.

Sebelum ini kita telah pun menyuarakan azam untuk menduduki tangga
yang terbaik, iaitu Tier 1, menjelang 2020. Selaras dengan sasaran itu,
kerajaan merangka dan meluluskan Pelan Tindakan yang baru, National
Action Plan for Anti-Human Trafficking (NAP TIP) 2016-2020 sebagai
susulan kepada pelan tindakan yang sedia ada bagi 2010-2015.

Kesimpulannya, undang-undang utama telah diperkemas, peraturan


baharu pro-mangsa sudah dikuatkuasakan, dasar telah lama dibentuk dan
pelan tindakan terbaru telah diumumkan. Yang tinggal adalah menyusun
gerak kerja pasukan petugas ATIPSOM yang baharu ditubuhkan. Jika kita
gagal merancang kerja, kita sebenarnya merancang untuk gagal.

PENULIS ialah Penganalisis Undang-undang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/menyusun-gerak-


kerja-pasukan-atipsom-1.427349#ixzz4b0AEIVuM
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai