Anda di halaman 1dari 8

PENYELESAIAN OPERASI DARAB SIFIR ENAM HINGGA SEMBILAN

MENGGUNAKAN PIZZA-SSEN BAGI MENINGKATKAN


PENCAPAIAN MURID TAHUN EMPAT

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Abstrak

Pencapaian murid dalam tajuk darab sangat rendah berbanding tajuk-tajuk yang
terkandung dalam sukatan Matematik Tahun 4 yang lain. Penyelidikan tindakan
yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Pizza-
SSEN dalam membantu meningkatkan pencapaian murid Tahun 4 menyelesaikan
operasi darab sifir 6 hingga 9. Kajian ini terdiri daripada sepuluh orang responden
dalam kalangan murid tahun 4 di sebuah sekolah di daerah Tasek Gelugor yang
lemah dalam penguasaan sifir darab. Data dikumpul melalui ujian pra dan pasca,
borang soal selidik dan senarai semak pemerhatian. Responden menjalani tiga
kali sesi rawatan menggunakan Pizza-SSEN. Hasil analisis data mendapati
sepuluh responden menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca berbanding ujian
pra. Peningkatan min markah kedua-dua ujian sebanyak 56% menunjukkan
bahawa model Pizza-SSEN ini berkesan kepada responden. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa kaedah Pizza-SSEN sangat membantu responden
menguasai sifir darab 6 hingga 9 dalam menyelesaikan masalah darab. Diharap
kaedah Pizza-SSEN ini dapat memberi salah satu alternatif kepada guru-guru dan
murid-murid untuk sama-sama menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci : Pizza-SSEN, sifir, darab

Pengenalan

Matematik merupakan suatu matapelajaran teras dalam sistem pendidikan di


Negara kita ini. Pendidikan matematik di sekolah rendah selalunya berkisar tentang
kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Matematik sangat penting
dikuasai pada masa kini kerana ia melibatkan penggunaan dalam kehidupan seharian kita.
Matlamat pendidikan matematik rendah adalah untuk membina pemahaman mengenai
konsep dan kemahiran asas dalam pengiraan bagi membolehkan murid mengaplikasikan
dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003).

Mengikut pengalaman pengkaji menjadi guru praktikum di bebarapa sekolah


sekolah di sekitar daerah Pulau Pinang, semasa proses pengajaran dan pembelajaran
matematik dalam tajuk darab yang dijalankan, kebanyakan murid tahun 4 mengalami
kesukaran dalam menghafal sifir 6 hingga 9. Bagi menyelesaikan soalan yang melibatkan
operasi darab, murid mengambil masa yang agak panjang untuk memperoleh jawapan.
Hal ini kerana murid tersebut perlu membina sifir mengikut tertib bagi setiap sifir yang
dikehendaki. Ini justeru membuang masa murid untuk menjawab bagi satu soalan.

Oleh itu, pengkaji amat berminat untuk melaksanakan kajian mengenai kaedah
tunjuk cara yang berkesan kepada murid-murid bagi menarik minat murid terhadap tajuk
darab. Hal yang demikian, pengkaji telah mereka satu model untuk membantu murid
membina sifir khususnya sifir 6 hingga 9 dengan cepat dan mudah iaitu Pizza-SSEN
sebagai bahan bantu belajar. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan Pizza-SSEN ini
mampu meningkatkan kecekapan dan kepantasan murid terhadap sifir 6 hingga 9.
Semoga Pizza-SSEN ini dapat membantu murid dalam membina sifir bagi menyelesaikan
soalan berkaitan dengan pendaraban dengan mudah.

1
Fokus Kajian

Pengkaji mendapati bahawa kebanyakan murid di setiap sekolah yang pengkaji


berpraktikum menghadapi masalah dalam sifir dan ini secara tak langsung murid akan
menghadapi masalah dalam penyelesaian pendaraban. Ada sesetengah guru meminta
murid membacakan sifir setiap sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran agar
murid dapat mengingatinya kelak. Hal ini kurang berkesan kerana murid hanya mengingati
semasa membacanya di kelas sahaja dan kaedah ini dianggap bosan oleh murid-murid.

Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada kaedah pembinaan sifir untuk membantu
menjawab soalan pendaraban. Menurut Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati
corak adalah berguna dalam mempelajari pendaraban. Sehubungan dengan itu, pengkaji
menggunakan model ciptaan Pizza-SSEN dalam pembinaan sifir seterusnya membantu
murid menguasai sifir tersebut. Kebanyakan guru hanya mengambil langkah tradisional
iaitu menghafal sifir secara membaca beramai-ramai dan merujuk jadual sifir sahaja.

Melihat hasil kerja dan latihan murid, didapati bahawa murid kerap melakukan
kecuaian semasa membina sifir. Melalui Pizza-SSEN, murid dapat melihat perkaitan
antara sifir tersebut dan dapat membina sifir tersebut dengan mudah dan kecuaian dapat
dielakkan. Ini juga dapat membantu guru dan pihak sekolah dalam membantu murid
menguasai sifir khususnya dari sifir 6 hingga 9 seterusnya dapat menjawab soalan
pendaraban.

Sesuatu kajian memerlukan pelan tindakan untuk memastikan gerak kerja yang
dijalankan sistematik dan berjalan lancar. Dalam plan ini, pengkaji telah memilih model
kajian Kemmis dan McTaggart untuk dijadikan sebagai garis panduan. Dalam model ini,
terdapat empat fasa atau proses iaitu merancang, bertindak dan memerhati dan refleksi
kendiri. Oleh itu, pengkaji memilih untuk menggunakan model ini dalam kajian tindakan.

Objektif Dan Soalan Kajian

Objektif umum kajian ini ialah untuk membantu dan meningkatkan pencapaian pendaraban
bagi sifir darab 6 hingga 9 menggunakan model Pizza-SSEN untuk murid tahap dua iaitu
Tahun 4 yang mengalami masalah dalam sifir.

Objektif Khusus kajian adalah seperti berikut:


a) Dapat membantu murid dalam membina dan menguasai sifir 6 hingga sifir 9.
b) Dapat meningkatkan lagi prestasi murid-murid dalam menyelesaikan soalan
berkaitan pendaraban dengan menggunakan model Pizza-SSEN.

Kajian ini bertujuan untuk merungkai persoalan-persoalan yang berikut ;


a) Adakah penggunaan model Pizza-SSEN ini dapat membantu murid tahun 4
membina dan menguasai sifir dalam menyelesaikan operasi darab yang
melibatkan sifir 6 hingga 9?
b) Sejauh manakah penggunaan Pizza-SSEN dapat membantu meningkatkan
pencapaian murid tahun 4 dalam menyelesaikan operasi darab sifir 6 hingga 9?

Peserta Kajian

Kumpulan sasaran untuk menjalankan penyelidikan ini terdiri daripada 10 orang


murid-murid Tahun 4 UPM di suatu sekolah yang terletak di Pulau Pinang. Kesemua
peserta kajian ialah beragama Islam dan kaum Melayu. Pemilihan 10 peserta kajian ini
2
ialah berdasarkan pemerhatian buku latihan murid dan lembaran kerja yang diberikan.
Kesemua peserta kajian berada dalam kategori sederhana dan lemah dalam penguasaan
matematik dalam kelas tersebut. Hasil kerja murid menunjukkan bahawa murid kerap
melakukan kecuaian semasa membina sifir untuk menjawab soalan pendaraban di
samping mengambil masa yang agak lama untuk menjawab sesuatu soalan.

Tindakan Yang Dijalankan

Pengkaji telah menjalankan ujian Pra terhadap responden dan selepas ujian
tersebut, pengkaji mendapati kelemahan responden tersebut terhadap sifir 6 hingga 9.
Kemudian, pengkaji telah memberikan sesi rawatan sebanyak tiga peringkat kepada
responden.

Jadual 1: Intervensi Pizza-SSEN


Peringkat Pengajaran Catatan
Peringkat 1 : Membina sifir 6 dan 7 Nilai dalam Pizza Sifir 5
1) Responden dibimbing membina sifir 6 dan 7 5
berbantukan model Pizza-SSEN. 10
2) Sifir 6 diperolehi daripada sifir 5 dan sifir 7 15
diperolehi daripada sifir 6. Sifir 5 didapati berdasarkan 20
memahami sistem jam analog. 25
3) Responden dikehendaki mengisi petak kosong 30
yang berwarna kuning dengan hasil tambah dua nilai 35
bermula digit satu hingga dua belas mengikut arah 40
jam.
45
4) Contoh: murid menambah 5 dengan nilai yang
50
selari dengannya di dalam pizza tersebut iaitu 1.
Maka menjadikan ia 6. Ini bermaksud 1 x 6 = 5 + 1 = 55
6. Corak pengiraan ini diteruskan sehingga petak 12. 60
Ini bermakna 12 merujuk kepada jam ialah 60(sifir 5). Contoh pembinaan sifir 6
Jadi 12 x 6 = 60 + 12 = 66. Langkah ini diteruskan
untuk membina sifir 7 dan dihehendaki merujuk hasil
jawapan sifir 6 untuk membinanya.
5) Murid diberikan latih tubi.
Peringkat 2 : Membina sifir 8 dan 9 Nilai dalam Pizza Sifir 7
7
1) Responden diminta membina sifir darab 8 dan 9 14
berbantukan Pizza-SSEN dan dibimbing oleh guru. 21
Sifir 8 dan 9 yang diperolehi adalah hasil tambah sifir 28
7 dan sifir 8 selari dengan nilai di dalam bulatan. 35
42
2) Setiap sesi rawatan yang dilaksanakan responden
49
akan diberi set soalan yang mengandungi lima soalan
56
untuk melihat tahap kefahaman responden. 63
70
77
84
Contoh pembinaan sifir 8

3
Peringkat 3 : Kuiz Penilaian

1) Responden diberi latih tubi ataupun kuiz untuk


meningkatkan penguasaan responden dalam
menyelesaikan operasi darab berbantukan Pizza-
SSEN. Responden diberikan lembaran model Pizza-
SSEN dan satu set lembaran soalan yang menguji
sifir darab 1 hingga 9.

Model Pizza-SSEN

Selepas selesai sesi rawatan, pengkaji telah mencatatkan dan merekodkan segala
pemerhatian sepanjang proses rawatan dijalankan. Kemudian, pengkaji telah menjalankan
ujian Pasca untuk melihat keberkesanan kaedah pengkaji dalam membantu murid
menyelesaikan soalan berkaitan pendaraban. Akhir sekali, pengkaji telah mengedarkan
soal selidik kepada responden untuk mengetahui maklum balas responden terhadap
intervensi yang telah pengkaji jalankan kepada mereka.

Cara Pengumpulan Data

Analisis dokumen

Analisis dokumen merangkumi penyemakan buku latihan, ujian Pra dan ujian
Pasca. Pada mulanya, untuk mengetahui kelemahan murid, pengkaji telah menjalankan
pemeriksaan terhadap buku latihan murid. Pengkaji melihat murid kerap membina sifir di
tepi soalan dan menjawab soalan berkaitan sifir 6 hingga 9 dengan salah. Ujian Pra
dijalankan pada peringkat awal dan ujian Pasca dijalankan di peringkat akhir. Ia bertujuan
untuk melihat pencapaian dan mengesan kelemahan responden sebelum dan selepas
penggunaan model Pizza-SSEN ini.

Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan bermula pada semakan buku latihan dan lembaran kerja
murid, diikuti dengan ujian Pra, pengajaran dan pembelajaran, sesi rawatan dan juga ujian
Pasca. Pemerhatian ini telah dijalankan dengan berbantukan borang senarai semak
pemerhatian dan bahan bergambar. Hal ini kerana pengkaji tidak mahu terlepas akan
sebarang tingkah laku yang ditunjukkan oleh responden dalam menunjukkan kemajuan
dan persepsinya terhadap penggunaan Pizza-SSEN.

Soal Selidik

Borang soal selidik telah diberi kepada responden bertujuan untuk melihat sejauh
manakah model Pizza-SSEN ini dapat membantu responden dalam menjawab soalan
pendaraban dan pembinaan sifir. Borang ini terdiri daripada tujuh item soalan berkaitan
dengan kajian yang dilaksanakan. Borang ini diberikan di peringkat akhir iaitu selepas
murid menggunakan model Pizza-SSEN dan menjalani ujian Pasca.

Cara Menganalisis Data

Untuk menganalisis data, pengkaji telah menggunakan graf ataupun jadual untuk
menganalisis data tersebut. Dengan menggunakan jadual ataupun graf, maklumat lebih
mudah dibaca dan dipaparkan.
4
Cara Menyemak Data

Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan triangulasi metod untuk menguji
kebolehpercayaan data yang telah diperolehi. Pertama, pengkaji telah menggunakan
kaedah mengumpul data yang berlainan ke atas murid yang sama seperti penyemakan
buku latihan, ujian Pra dan ujian Pasca. Kedua, pengkaji juga telah menggunakan kaedah
yang sama tetapi untuk situasi yang berlainan. Pengkaji telah menggunakan kaedah
pemerhatian dan soal selidik pada pelajar yang sama di fasa pertama sebelum intervensi
dan fasa ketiga selepas intervensi. Ini bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan sesuatu
data tersebut.

Dapatan Kajian

Data-data yang telah diperoleh melalui ujian Pra, ujian Pasca, pemerhatian dan
soal selidik telah dianalisis oleh pengkaji supaya dapat melaporkan hasil kajian
berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada responden.

Analisis markah dan min ujian Pra dan ujian Pasca

Jadual 2: Perbandingan markah ujian Pra dan ujian Pasca


Markah Ujian Pra Markah Ujian Pasca Peratus Peningkatan
Responden
(%) (%) (%)
R1 50 100 + 50
R2 60 100 + 40
R3 20 80 + 60
R4 40 100 + 60
R5 50 100 + 50
R6 0 70 + 70
R7 0 70 + 70
R8 20 70 + 50
R9 50 100 + 50
R10 40 100 + 60

Perbandingan Peratus Ujian Pra dan Ujian Pasca


100
Markah Ujian
50 Pra (%)
Peratus
0 Markah Ujian
Pasca (%)

Responden

Rajah 1: Perbandingan peratus ujian pra dan pasca

Melihat jadual 2 dan rajah 1, dapat dilihat bahawa responden menunjukkan


peningkatan yang baik berdasarkan ujian Pra dan ujian Pasca. Melihat ujian Pra, didapati
seramai enam responden telah lulus dan empat responden telah gagal. Markah tertinggi
yang dapat dilihat ialah sebanyak 60% iaitu responden 2. Markah terendah pula ialah
sebanyak 0% iaitu responden 6 dan 7. Berdasarkan jadual ini, saya dapat rumuskan

5
bahawa kesemua responden memperolehi markah yang kurang memuaskan dan
mengalami masalah dalam sifir dan pendaraban.

Selepas menjalani ujian Pasca, didapati bahawa semua responden telah lulus
dengan cemerlang. Markah tertinggi yang dapat dilihat ialah sebanyak 100% iaitu seramai
enam responden. Markah terendah pula ialah sebanyak 70% iaitu responden 6, 7 dan 8.
Pengkaji dapat rumuskan bahawa kesemua responden menunjukkan peningkatan yang
amat baik berbanding hasil markah daripada ujian Pra dan memperolehi markah yang
cemerlang. Ini membuktikan bahawa intevensi ini telah memberikan impak yang positif
kepada responden.

Perbandingan Min Ujian Pra dan Ujian Pasca


100
50
0
Peratus

Ujian

Rajah 2: Perbandingan min ujian Pra dan ujian Pasca

Kesimpulannya, berdasarkan graf dalam rajah 2, sepuluh responden yang dipilih


telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ujian Pasca berbanding ujian Pra. Bagi
ujian Pra, min ujian Pra memperoleh skor 33% iaitu kebanyakan responden menjawab
lima soalan daripada sepuluh soalan dengan betul. Manakala bagi ujian Pasca, sepuluh
responden menunjukkan peningkatan peratus min dengan agak tinggi iaitu memperoleh
skor 89%. Perbezaan min bagi kedua-dua ujian iaitu ujian Pra dan ujian Pasca sebanyak
56%. Peningkatan perbezaan min berada pada tahap yang baik. Oleh yang demikian, ini
menunjukkan bahawa penggunaan model Pizza-SSEN dapat membantu meningkatkan
pencapaian murid Tahun 4 dalam menyelesaikan operasi darab sifir 6 hingga 9.

Analisis Pemerhatian

Berdasarkan borang senarai semak pemerhatian yang dijalankan, dapat pengkaji


rumuskan bahawa daripada borang senarai semak pemerhatian ini menjelaskan bahawa
penggunaan Pizza-SSEN sangat membantu responden meningkatkan pencapaian dalam
menyelesaikan operasi darab. Perubahan sikap juga didapati berubah apabila murid yang
tidak bersemangat menjadi semangat menjawab soalan selepas menjalani sesi intervensi.
Kesungguhan responden dalam menyelesaikan soalan jelas membuktikan bahawa
mereka dapat menyelesaikan soalan darab dengan sendirinya tanpa meminta pertolongan
dari rakan yang lain. Hal ini dapat dibuktikan melalui kekerapan yang direkodkan keatas
responden sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan sesi intervensi.

6
Analisis Soal Selidik

Jadual 3: Borang soal selidik


No. Perkara Ya (%) Tidak (%)
1. Saya meminati mata pelajaran Matematik. 70 30
2. Saya mengalami masalah dalam sifir dan darab. 100
3. Saya mudah faham penggunaan model Pizza-SSEN 100
berbanding kaedah menghafal sifir.
4. Saya boleh menyelesaikan soalan dengan mudah dan cepat 90 10
dengan menggunakan model Sifir-SSEN.
5. Dengan menggunakan model Pizza-SSEN, kecuaian 100
membina sifir dapat dikurangkan.
6. Saya akan menggunakan kaedah Pizza-SSEN pada masa 100
akan datang.
7. Saya berasa seronok untuk belajar dengan menggunakan 100
kaedah Pizza-SSEN.

Berdasarkan jadual 4, item 1 menunjukkan responden memilih keputusan ya


sebanyak 70% dan tidak sebanyak 30%. Seramai 7 responden memilih Ya memberi
makna bahawa mereka meminati mata pelajaran matematik. Pada Item 2 menunjukkan
keputusan 100% responden menjawab pilihan Ya. Ia dapat dibuktikan bahawa ternyata
responden mengalami masalah dalam sifir dan pendaraban. Bagi item 3 menunjukkan
100% responden menjawab pilihan Ya. Ini menunjukkan bahawa kesemua 10 responden
menyatakan bahawa dengan penggunaan kaedah Pizza-SSEN ini lebih mudah dari
penghafalan.

Bagi item 4 iaitu pada penyertaan menunjukkan 90% responden menjawab pilihan
Ya dan 10% lagi menyatakan Tidak. Bukti menunjukkan mereka bersetuju ialah
berdasarkan keputusan Ujian Pasca yang menunjukkan peningkatan dari Ujian Pra.
Seterusnya bagi item 5 pula menunjukkan 100% responden menjawab pilihan Ya.
Dapatan daripada pernyataan berikut menyimpulkan bahawa responden dapat
mengelakkan kecuaian disebabkan tidak perlu membina sifir darab mengikut tertib seperti
pada kebiasaannya. Bagi item 6 berdasarkan pernyataan Saya akan menggunakan
kaedah Pizza-SSEN pada masa akan datang menunjukkan 100% responden menjawab
pilihan Ya. Ini menunjukkan bahawa responden meminati kaedah Pizza-SSEN. Item
terakhir iaitu item 7 juga menunjukkan 100% subjek kajian menjawab pilihan Ya dan ini
memberi maksud bahawa responden merasakan penggunaan Pizza-SSEN sangat mudah
difahami dan dikuasai berbanding kaedah yang diguna pakai sebelum ini.

Refleksi

Berdasarkan kepada data yang diperoleh daripada ujian Pra dan ujian Pasca yang
telah dijalankan kepada responden, keputusan ujian menunjukkan terdapat peningkatan
yang ketara pada pencapaian responden dalam ujian Pasca berbanding ujian Pra yang
telah dijalankan sebelumnya. Bagi ujian Pra, min kesepuluh responden mendapat skor 33
yang menunjukkan pencapaian berada pada tahap lemah. Manakala min untuk ujian
Pasca pula mendapat skor 89 iaitu berjaya menjawab hampir semua soalan dengan
betul. Ini menjadikan min peratus peningkatan bagi kespuluh responden adalah sebanyak
56%. Ini bermakna Pizza-SSEN memberikan impak yang positif kepada responden.

Menurut kajian yang dilakukan oleh pensyarah Matematik, Universiti Pendidikan


Sultan Idris (UPSI), Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat
(2002) menunjukkan bahawa kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran matematik
7
itu berpunca daripada sikap mereka yang beranggapan matematik adalah matapelajaran
yang susah. Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri
menerima matapelajaran itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami.

Melihat kajian pengkaji, pengkaji dapat simpulkan bahawa kebanyakan murid


hilang minat dalam pendaraban adalah disebabkan murid menganggap matapelajaran
matematik sebagai matapelajaran yang sukar dan susah dikuasai. Oleh itu, dengan
penggunaan Pizza-SSEN, ia dapat menarik minat murid dalam matematik kembali kerana
ia dapat membantu murid membina sifir dengan mudah dan cepat seterusnya membantu
murid menjawab soalan pendaraban dengan mudah.

Cadangan Tindakan Susulan

Beberapa cadangan penambahbaikan telah dikenalpasti untuk mengembangkan


lagi kajian ini pada masa akan datang. Antaranya ialah memperluaskan penggunaan
Pizza-SSEN kepada lebih ramai subjek kajian. Ia adalah untuk melihat sejauhmana
keberkesanan penggunaan Pizza-SSEN dalam tajuk darab kepada bilangan subjek kajian
yang lebih ramai. Selain itu, ia juga boleh dijalankan kepada murid tahap dua iaitu tahun 4,
5 dan 6.

Selain itu, pengkaji juga ingin membuat penambahbaikan dari segi bahan.
Pengkaji mendapati model Pizza-SSEN ini dapat dibina dengan menggunakan elemen
TMK untuk membuatkan ia lebih menarik. Dengan menggunakan perisian Power Point ia
ternyata lebih mudah untuk dikendalikan. Pizza-SSEN dibina dalam carta yang mudah
disimpan dan boleh digunakan berulang kali. Melalui kajian lanjutan, pengkaji boleh
menggunakan perisian yang lebih canggih seperti perisian di dalam telefon pintar untuk
mengajar kaedah penggunaan Pizza-SSEN ini. Melalui penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik, ia dapat menarik perhatian dan minat murid.

Akhir sekali, untuk kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan penggunaan Pizza-


SSEN ini juga boleh dijadikan sebagai kajian bagi tajuk-tajuk lain dalam Matematik seperti
bahagi, pecahan, masa dan waktu, ukuran panjang dan timbangan berat. Sifir merupakan
asas kepada setiap murid untuk dikuasai sebelum beralih kepada bidang-bidang lain yang
memerlukan kemahiran lebih tinggi. Murid yang tidak dapat menguasai sifir akan
mempunyai masalah besar untuk menguasai tajuk-tajuk seterusnya. Oleh itu, pengkaji
serta guru-guru yang lain haruslah mengambil manfaat daripada penggunaan Pizza-SSEN
ini untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah sifir.

Rujukan

Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin & Nordin Mamat (2002). Faktor


kecemerlangan dan kemunduran pelajar di sekolah menengah dalam matematik:
Satu Tinjauan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Cooper, R. (1994). Alternative math techniques instructional guide. ERIC digital
dissertations. Diperoleh pada 12 Februari 2016 dari http//www.
eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Kurikulum bersepadu sekolah rendah: huraian
sukatan pelajaran matematik tahun 1. Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Kemmis, S., & McTaggart, R. (2005). Communicative action and the public sphere. The
Sage handbook of qualitative research, 3, 559-603.

Anda mungkin juga menyukai