Anda di halaman 1dari 3

TENTANG AVATAR

.
Aku dah lama tahu pasal avatar ni. Seronoklah jugak sebab aku memang suka filem
macam Avatar nih. Kehkeh..Aku gurau jer k.
.
Nama aku Luqman Mikhail dan ini strategi aku untuk create "Customer Avatar".
.
.
PENGENALAN
==========
Customer Avatar ni bukannya benda baru. Mungkin ada yang dah lupa, kita panggil ni
sebagai persona.
.
Secara ringkas, "customer avatar" ni mewakili pelanggan ideal kita.
Pelanggan yang kita nak sentiasa wujud dalam perniagaan kita.
Pelanggan yang suka produk kita tanpa banyak soal.
Pelanggan yang cinta produk kita dan bermimpi-mimpi pasal produk kita.
Boleh kata, die hard fan produk kita.
.
Secara teorinya, dengan penciptaan "customer avatar" ni, kita akan dapat mengesan
orang-orang yang memiliki ciri-ciri serupa macam yang ada pada "Pelanggan Ideal
kita".
.
Jadi, bila kita nak mempromosikan produk kita, biar promosi tu sampai kepada orang-
orang ini.
.
Senang nak close sale, malah kadang-kadang, kita letak je produk kita depan
mata mereka, mereka beli, tanpa banyak soal.
.
Seronokkan macam tu?
.
.
CARA NAK HASILKAN CUSTOMER AVATAR
==============================
Jika anda kumpul maklumat pelanggan-pelanggan anda dan gabungkan persamaan-
persamaan yang ada pada mereka untuk membentuk seorang Pelanggan Ideal,
apakah ciri-ciri orang ini?
Apakah ciri-ciri penting yang memberi makna, nilai dan berkait rapat antara mereka?
.
.
A. PERMULAAN
.
.
1. SENARAIKAN PERSAMAAN
Anda nak mencari persamaan yang tertentu antara pelanggan-pelanggan anda ini
yang menjadikan mereka secara uniknya serupa.
Hanya senaraikan persamaan yang ada makna dan bernilai
Buang ciri-ciri yang tak perlu
Pastikan ciri-ciri ni bersesuaian dengan bisnes anda
.
2. SENARAIKAN CIRI DEMOGRAFI
Umur
Jantina
Lokasi Tempat Tinggal
Pekerjaan
.
3. SENARAIKAN CIRI PSIKOGRAFI
Apakah kerisauan terbesar mereka, kegusaran mereka?
Apakah masalah serupa yang mereka nak selesaikan?
Apakah keinginan mereka, impian mereka, aspirasi mereka?
.
4. KATA-KATA MEREKA
Apakah cara komunikasi mereka? Gaya bahasa mereka?
Orang yang suka hiphop tak sama cara komunikasi dengan yang suka dangdut
Apakah perkataan serupa yang mereka ucapkan, frasa yang mereka ungkapkan
dan ayat-ayat yang mereka selalu gunakan untuk menyatakan keadaan mereka?
Kita yang kurus ni tak tahu ayat orang berbadan besar guna. Serius!
Kita fikir mereka akan cakap "aku gemuklah". Tak, dia akan kata, aku macam
Garfieldlah. <--Contoh.
.
.
B. PERTENGAHAN
.
1. SURVEY/ SOAL JAWAB
Tanyakan pelanggan anda apa yang merisaukan dia?
Apakah kebanggaan dia? (terhadap produk anda)
Apakah yang mengembirakan dia? (terhadap produk anda)
Apakah 3 kerisauan yang dia paling takuti?
Apakah masalah yang dia nak hilang dari hidup dia?
.
2. APA KATA MEREKA
Daripada kata-kata mereka ni, akan ada persamaan ayat (mungkin cara
penyampaian mereka saja yang berbeza)
Kesan kata-kata yang paling menusuk mereka, ketakutan terbesar mereka,
keinginan terbesar mereka
Yang ni kita panggil "hot button". Ini yang kita akan guna untuk iklan kita kelak.
Orang yang berciri sama akan tercucuk jiwanya kerana hot button ni.
.
3. APAKAH KETAKUTAN MEREKA, KEINGINAN MEREKA
Pelanggan kita ni ada cara mereka sendiri untuk sampaikan masalah mereka/
keinginan mereka
Kita mungkin ingat mereka akan berkata mereka nak kurus, sebaliknya mereka
kata mereka nak pakai baju cantik
Kita mungkin ingat mereka nak kurus sebab mereka gemuk, sebenarnya mereka
nak kurus sebab mereka nak kahwin, nak pergi majlis reunion dsb
.
.
C. PENYIMPULAN
.
.
1. PEMASARAN KITA BERDASARKAN CUSTOMER AVATAR KITA
Sampaikan ayat kita seolah-olah kita berbicara di dalam dunia pelanggan ideal kita
ni
Sampaikan ayat kita macam kita bercakap dengan kawan rapat kita, orang terdekat
kita
Sampaikan ayat kita dengan hot button yang mana mereka akan terasa, "KAU
BERCAKAP TENTANG AKU KE NI? AAH-LAH. KAU BERCAKAP TENTANG AKU. OH
IKLANKU SAYANG... TELL ME MORE.."
.
2. PRODUK KITA KENALAH IKUT KEPERLUAN PELANGGAN KITA
Masa survey tu, kita akan tahu apa yang mereka nak kita tambah dalam produk kita
Jika produk kita sekarang ni rasa macam tak boleh diubah, maka tambahkan ia
sebagai bonus/ free gift.
Macam sabun cuci piring. Sesetengah orang ni bukan beli sebab sabun tu, dia beli
sebab pinggan free tu, yang menjadi idaman dia.
.
.
D. PENAMAT
#LIKE dan #SHARE jika ingin ilmu masuk dalam jiwa.
.
Terima kasih kerana membaca hingga ke hujung ni. Saya doakan ilmu ini mudah
masuk di dalam jiwa anda.
.

Nak Teknik Close Sale


Gaya Luqman Mikhail?
Whatsapp CS ke 013-888 9624.