Anda di halaman 1dari 24

ISI KANDUNGAN

SUBTOPIK MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Objektif Kajian 2
1.4 Definisi Terma 3
1.5 Rumusan 3

2 SOROTAN LITERATUR 4

3 METADOLOGI KAJIAN
3.1 Lokasi Kajian dan Responden Kajian 11
3.2 Sumber Data dan Sampel 11
3.3 Kaedah Pengumpulan Data 11
3.4 Kaedah Analisis Data 12

4 ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN


4.1 Analisis Data Berdasarkan Soalan Kajian 14
4.2 Kesedaran Masyarakat Terhadap 19
Kepelbagaian Kesenian dalam Kaum

5 RUMUSAN 20

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Pertama sekali ,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah

Hubungan Etnik kami iaitu tidak lain tidak bukan Dr. Wan Zulkifli Bin Wan Hassan

kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dan panduan tentang

pelaksanaan kajianyang betemakan mengenai hubungan etnik antara kaum ini

kepada kami sehinggalah kami berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Kami ingin

juga turut berterima kasih kepada semua rakan-rakan seangkatan kerana telah

memberi sokongan dan dorongandan kerjasama kepada kami ketika menjalankan

kajian ini.

Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa

dan keluarga kami kerana telah memberi kami semangat dan dorongan untuk

menyiapkan kerja kursus ini walau berbagai dugaan yang kami hadapi terutamanya

dari segi kekangan masa untuk melaksanakannya ,namun berkat semangat dan doa

dari ahli keluarga kami berjaya akhirnya.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penduduk kawasan perumahanan di

Klang dan Rawang iaitu kawasan yang telah kami pilih untuk diedarkan borang soal

selidik kami kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik dan membantu

kelancaran kajian kami ini.

Akhir sekali, terima kasih turut ditujukan buat semua pihak yang terlibat samaada

secara langsung atau tidak langsung sewaktu kajian ini dijalankan.

1
BAB 1

PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN

Tajuk yang dipilih untuk dijadikan kajian bagi subjek hubungan etnik adalah
kepelbagaian warisan kesenian yang terdapat di Malaysia.Malaysia merupakan sebuah
negara yang terdiri daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang
terdapat di Negara in ini adalah Melayu, Cinadan India disamping kaum kaum yang
terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban,
Dayak dan sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai warisan
kesenian masing-masing yang telah wujud sejak zaman dahulu sehingga sekarang.

Warisan kesenian merupakan khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman-
berzaman seperti tarian, alat muzik, permainan, kraftangan, seni mempertahankan diri,
pakaian tradisional dan pelbagai lagi. Sebagaicontoh ,tarian boleh dilakukan secara
bersendirian , berpasangan atau berkumpulan. Jenis tarian bagi masyarakat Melayu
adalah kuda kepang, zapin dan makyong. Manakala, bagi masyarakat India pula
adalah tarian bharata natyam. Bagi masyarakat Cina pula,mempunyai tarian kipas
dan tarian singa.

Dalam konteks alat muzik pula, terdapat pelbagai alat muzik yang dimainkan oleh
rakyat Malaysia mengikut kaum diantaranya adalah rebab yang dimainkan oleh
masyarakat Melayu ,erh-hu oleh masyarakat Cina dan tempura oleh masyarakat India.

Kraftangan dapat didefinisikan sebagai pula ialah kerja penghasilan peralatan


berguna untuk hiasan dengan mengunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas
Kraftangan dapat dihasilkan dengan mengunakan pelbagai sumber sebagai bahanya
.antaranya hasil rimba, logam, tanah, tekstil dan pelbagai lagi.

Pakaian tradisional menjadi identiti sesuatu kaum dan bangsa di Malaysia. Sebagai
contoh, pakaian tradisional bagi kaum Melayu adalah baju kurung bagi perempuan

2
manakala baju melayu bagi lelaki. Masyarakat Cina pula, memakai cheongsam bagi
perempuan dan samfu bagi lelaki. Masyarakat India, pula menyarungkan kurta bagi
lelaki dan sari bagi perempuan.

Oleh itu, kami ingin menjadikan tema kesenian dalam pelbagai kaum ini sebagai
kajian projek kami. Sungguhpun begitu, generasi pada masa kini semakin memandang
sepi terhadapnya kerana tahap kesedaran mereka terlalu rendah. Sepatutnya, mereka
harus menyedari bahawa warisan kebangsaan ini perlu dipelihara keranaia
mempunyai seribu satu makna di sebaliknya.Semoga dengan kajian ini dapat
menyedarkan kepentingan memelihara warisan seni di Negara kita dalam kalangan
generasi masa kini.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Tujuan utama kami mengadakan projek kajian ini adalah berdasarkan beberapa
pernyataan masalah yang timbul seperti yang berikut:

1) Pengetahuan umum masyarakat tentang jenis jenis kesenian warisan yang wujud
dalam kalangan masyarakat Malaysia.

2) Tahap kesedaran yang dimiliki oleh masyarakat Malaysia tentang kepentingan


menjaga warisan kesenian yang dimiliki oleh pelbagai kaum.

3) Cara masyarakat terutamanya golongan belia menjaga dan mengekalkan


kepelbagaian yang wujud di Negara kita agar ianya berterusan

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian ini,terdapat beberapa objektif yang ingin kami capai dan
dijadikan sebagai subjek utama kami.Objektif yang paling utama adalah untuk
mengenali dan mempelajari mengenai kepelbagaian warisan kesenian yang wujud
dalam setiap kaum dan etnik di Malaysia.

3
Selain itu ,objektif sampingan kami adalah untuk mengkaji dan menyiasat
pengetahuan masyarakat tentang kewujudan warisan kesenian yang pelbagai di
Malaysia.

Melalui kajian ini kami berharap agar kesedaran masyarakt dapat ditingkatkan
agar menjaga warisan yang sedia ada ini dengan sebaik mungkin agar tidak lenyap
ditelan zaman,

Melalui kajian ini juga ,pelajar dapat menguasai,mengumpul,merekod dan


menganalisis data dan maklumat mengenai jenis-jenis warisan di Malaysia.

1.3 DEFINISI KAJIAN

Tajuk kajian yang dipilih untuk subjek Hubungan Etnik ialah Kepelbagaian Warisan

Kesenian di Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kepelbagaian

bermaksud perihal atau keadaan yang pelbagai atau berbagai-bagai. Warisan pula

boleh didefinisikan sebagai sesuatu harta atau pusaka yang diwarisi. Manakala

perkataan kesenian boleh ditakrifkan sebagai perihal seni dan penetahuan umum

tentang seni. Secara keseluruhannya, tajuk ini akan membantu kami mendalami

berbagai- bagai jenis hasil kesenian yang diwarisi secara turun temurun di Malaysia.

1.5 RUMUSAN

Secara keseluruhannya ,pada bahagian ini kami memperihalkan tentang masalah yang
kami hadapi dan kami lihat yang berlaku di sekeliling kami terutamanya dalam
kalangan belia dan target responden kami adalah dalam kalangan belia yang berada di
luar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ,dan dalam masa yang sama kami turut
lihat masalah tersebut berlaku dalam kalangan belia di sekitar UKM.Bahagian ini turut
menerangkan tentang maksud kesenian iaitu tajuk yang telah kami pilih .

4
BAB II

SOROTAN LITERATUR

Tatkala disebut kesenian perkara pertama yang terlintas difikiran secara umumnya
adalah suatu cabang yang menyalurkan bakat samaada bakat yang wujud secara
semulajadi ataupun dilatih .Kesenian bagi setiap kaum yang ada di Malaysia adalah
berbeza ,ini kerana ia dipengaruhi oleh budaya yang bergerak seiring dengan
zaman.Kesenian dapat diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke satu
generasi.Terpulang kepada generasi tersebut untuk mengekalkan kesenian warisan
tersebut dengan cara yang sama semasa diterima ataupun ditambah dengan sesuatu
idea yang baru agar dapat menarik minat generasi pada zaman tersebut.

Namun para tokoh terdahulu mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai


kesenian .Antaranya, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika
yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun
masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang
dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43).Seterusnya,
Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan
kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin,
1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula
menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni
adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).

Kesenian adalah salah satu dari maksud atau subcabang kebudayaan .Ini
dinyatakan ;Walaupun ahli sains sosial sering menumpukan konsep budaya pada
aspek non-material seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat resam, kesenian,
nilai, norma dan sebagainya, aspek non-material ini hanya mudah difahami apabila
dirujuk pada aspek lahiriahnya seperti tingkah laku, kesenian, adat resam, atau artifek

5
budaya, yang sebenarnya lahir daripada ilmu pengetahuan dan pemikiran
manusia (Wan Hashim, 1991).

Namun berbeza pendapat mengenai Kesenian bagi Laura H.Chapman dimana


beliau mengemukakan tiga pandangan terhadap seni. Pertama ialah seni adalah untuk
masyarakat dan ini bermakna seni itu perlu disebarkan dan dikongsi. Atas alasan
inilah,seni itu tidak boleh digunakan untuk kepentingan sendiri. Seni perlu dikongsi
bersama-sama agar semua orang dapat menikmati keindahannya.
Kedua,seni dan kreativiti menjadi satu unsur yang berimaginasi. Ini bermakna seni
dan kreativiti perlu bergabung menjadi unsur imaginasi terutamanya dalam
menghasilkan sesuatu karya seni.Pendapat beliau yang ketiga pula ialah beliau lebih
menumpukan kepada seni utama iaitu melalui pemerhatian,penerokaan,penghasilan
serta apresiasi dan perlanjutan. Ketiga-tiga pendapat Chapman ini menjadi satu unsur
yang penting dalam seni.
Bagi pandangan tokoh dari barat pula,menurut Herbert Read,seni adalah
penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan,keseronokan dan kesenangan
estetik.Keceriaan ,keseronokan dan kesnagan estetika ini adalah kesan yang timbul
daripada samaada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil
seni .Kedua-dua pihak samaada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-
kesan tersebut.
Seterusnya pandangan dari Clive Bell(Syed Ahmad Jamal ,1994 )berpendapat
bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya adalah emosi yang
tersendiri dan berada dialam yang asing.
Menurut barat senia member bentuk tampak kepada bentuk terpendam
,dipersembahkan di dalam bentuk yang dapat disaksikan.
Crose dan Collingwood (Syed Ahmad Jamal ,1994 ) berpendapat bahawa karya seni
itu, suatu imej mental.Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal
melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati.Beliau
sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah penyataan
rasa yang imaginatif.
6

Efland dan Chapman Seni adalah untuk masyarakat Seni dan kreativiti menjadi
satu unsur imaginasi.LansingSeni dpt mengembangkan potensi pemikiran , sikap dan
psikomotor. June McFee Menekan kepada kesenian dan individu serta seni dalam
masyarakat warisan budaya.Feldman Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni
manusia.
Kesenian adalah sesuatu produk, pertunjukan atau persembahan, benda atau apa-
apa yang berseni yang memiliki ciri-ciri estetika, keindahan atau kecantikan. Kesenian
lahir dari sentuhan nuansa atau nurani yang mendalam. Ianya dihasilkan untuk
meninggalkan kesan kepada nurani orang lain. Seni daripada Ensiklopedia Indonesia
menterjemahkan seni sebagai jelmaan rasa indah yang terkandung dalam jiwa manusia,
dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi ke dalam bentuk yang dapat ditangkap
oleh pancaindera penglihatan pendengaran (seni suara), (seni lukis) atau dilahirkan
dengan perantaraan gerak (seni tari atau drama) (Abdurrahman Al-Baghdadi, 2005).
Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi (2005) dalam tulisannya mengenai Seni dan Hiburan Dalam
Islam menyatakan bahawa perkara-perkara yang melibatkan seni dan budaya dibolehkan
selagi perkara-perkara tersebut tidak melalaikan dan tidak bertentang dengan tuntutan
agama Islam. Katanya lagi, seni dan budaya akan mengurangi keimanan dan
memasukkan seseorang ke lembah kelalaian dan seterusnya menjadi haram adalah
disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri yang berlebih-lebihan sewaktu menikmati
keindahan sehingga menyebabkan kenikmatan yang dinikmati itu bertentangan dengan
tuntutan Islam.

Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan Inilah prinsip yang diajarkan
oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada sahabatnya. (Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, 2005)

Imam Al-Ghazali dalam ulasannya yang dipetik daripada kitab Ihya menyatakan bahawa
Allah mengurniakan manusia akal dan pancaindera di mana tiap-tiap pancaindera itu
ingin menikmati sesuatu yang menurut naluri masing-masing. Umpamanya pelihat
(penonton atau khalayak), ingin menikmati sesuatu yang cantik, pendengar pula ingin
mendengar suara yang merdu dan berirama. Jadi tidaklah diterima akal bahawa semua
7

perkara yang melibatkan kesenian dan kebudayaan dilarang Allah kerana Allah telah
menjadikan pancaindera untuk tidak digunakan sewenang-wenangnya. Ianya hendaklah
dikawal dan disalurkan kepada jalan yang baik (Prof. H.M Toha Yahya Omar M.A,
2002).

Islam juga tidak menolak bahawa persembahan kesenian dan kebudayaan ada yang
bersifat kemasyarakatan. Persembahan sebegini melambangkan kekuatan kerjasama
kelompok dan perwujudan saling hormat-menghormati, sesuai dengan tradisi masyarakat
tersebut. Kesenian dan kebudayaan yang dipersembahkan merupakan ekspresi suatu
gagasan, emosi dan kisah (Abdurrahman Al-Baghdadi, 2005).
Keperluan lain dalam kehidupan manusia selain daripada makanan untuk
memenuhi tuntutan jasmani ialah keperluan terhadap tuntutan rohani. Walaupun
memenuhi keperluan rohani hanya bersifat relatif dan tidak bersifat mutlak tetapi
keperluan ini tetap merupakan sumber penting kepada manusia untuk meningkatkan
kualiti kehidupan mereka. Keperluan rohani dapat dipenuhi menerusi beberapa sumber
seperti daripada himpunan seni dalam bentuk alunan muzik, nyanyian, tarian, sukan, seni
lukis dan bentuk-bentuk kreativiti lain yang dapat memberikan ketenangan, hiburan dan
melegakan tekanan dalam kehidupan manusia.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik kaya dengan pelbagai corak seni
warisan yang menggambarkan identiti etnik masing- masing. Malah penerimaan,
penghormatan dan pengiktirafan masyarakat kepada kepelbagaian corak seni tersebut
menjadi salah satu unsur penting dalam usaha memupuk kesepaduan sosial. Penerimaan,
penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terserlah khususnya terhadap karya seni
nukilan karyawan tempatan, di samping dapat membentuk hubungan sosial dalam proses
penghasilan dan penghayatan setiap karya.
Kesepaduan sosial dalam hubungan antara etnik yang terhasil daripada aktiviti seni boleh
dilihat dalam dua keadaan. Pertama, kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses
penghasilan sesuatu bentuk seni itu dijalankan. Umpamanya, dalam kerja menghasilkan
karya muzik memerlukan komposer muzik, penyanyi, jurutera bunyi, alatan muzik,
penulis lirik, penggubah lagu dan lain-lain aspek yang berkaitan. Proses penghasilan
karya muzik juga melibatkan pelbagai kemahiran dan dalam konteks masyarakat
8

Malaysia, kemahiran tersebut biasanya diperoleh daripada himpunan kemahiran pelbagai


etnik. Pembahagian kerja yang begitu rencam membentuk suatu jalinan hubungan yang
saling bergantungan untuk memastikan sesuatu karya seni bermutu dapat dihasilkan yang
akan dinikmati oleh masyarakat sebagai pengisian kepada keperluan rohani mereka.
Kedua, adalah kesepaduan sosial yang boleh dilihat dalam produk seni berkenaan.
Mengambil satu contoh daripada penghasilan sebuah karya muzik, komposer muzik
adalah daripada etnik Cina yang mendapat pendidikan muzik dari Barat dan pada masa
yang sama ingin mengetengahkan bunyi daripada alat muzik tradisional Cina. Penulis
lirik pula dari Sarawak yang ingin menghasilkan lirik yang sesuai dengan selera
pendengar dalam kalangan etnik Melayu. Setelah selesai proses mencipta muzik dan
lagu, pemilihan penyanyi pula tidak semestinya daripada etnik Melayu sahaja tetapi
gabungan penyanyi daripada pelbagai etnik. Kerjasama daripada pelbagai etnik tersebut
telah menghasilkan suatu bentuk karya muzik yang sempurna mengandungi unsur muzik
campuran pelbagai etnik dan didengar serta dinikmati juga oleh masyarakat pelbagai
etnik.

Pelbagai langkah-langkah yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab


untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya belia untuk menceburkan diri
didalam aktiviti kesenian di Malaysia. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan
(RMKe-8), pembangunan budaya dan seni digalakkan untuk memperkukuh identiti
nasional di samping mempererat perpaduan nasional, harmoni dan integrasi. Pelbagai
aspek kebudayaan dan kesenian dibangunkan bagi menawarkan produk dan
perkhidmatan yang luas untuk menyokong pertumbuhan industri pelancongan.
Sehubungan ini, usaha gigih dalam memulihara warisan budaya negara, penyebaran
maklumat kebudayaan dan pembangunan budaya dan seni telah diambil.

Dalam tempoh RMKe-8, pelbagai program kebudayaan, kesenian dan warisan


dilaksana bagi meningkatkan minat orang ramai terhadap seni danbudaya serta
pemuliharaan warisan negara. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
ditubuhkan pada tahun 2004 untuk menyatukan dasar dan program bagi menggiatkan
lagi budaya, seni dan warisan negara serta menggubal strategi baru bagi meningkatkan
9

akses rakyat kepada seni.Dalam usaha untuk memupuk penghayatan dan cintakan
budaya di kalangan generasi muda, pelbagai program dan aktiviti kebudayaan seperti
kelab kebudayaan terus dianjur di sekolah rendah dan menengah. Dalam tempoh
Rancangan, sejumlah 220 Kumpulan Tunas Budaya baru dengan 10,200 pelajar telah
ditubuhkan di sekolah rendah dan 77 Kelab Kesenian Sekolah dengan 2,860 pelajar di
sekolah menengah. Bantuan dalam bentuk latihan, khidmat nasihat dan kostum serta
peralatan juga disediakan. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini diberi peluang untuk
membuat persembahan dalam majlis rasmi di peringkat negeri dan daerah sebagai
usaha untuk menyebar kesedaran dan penghayatan budaya dan seni di kalangan lebih
ramai rakyat Malaysia.

Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada budaya, seni dan warisan
di kalangan rakyat Malaysia, akses kepada aktiviti kesenian dan kebudayaan akan
ditingkatkan manakala penglibatan aktif kesemua komuniti akan digalakkan.
Sehubungan ini, Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang bertujuan untuk
mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta menjadikan seni sebahagian
daripada kehidupan seharian akan dilaksanakan. Aktiviti ini merangkumi
persembahan seperti tarian tradisional dan moden, drama dan muzik serta aktiviti
berkaitan seni dan kraf dan akan melibatkan masyarakat di kawasan bandar dan luar
bandar.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan terus menjadi agensi


utama dalam melaksana program dan projek yang berkaitan dengan budaya, seni dan
pemeliharaan warisan negara. Usaha ini akan dilaksanakan bersama Kementerian
Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan, Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Penerangan serta kerajaan
negeri

Walaubagaimanapun ,setiap pihak samaada kerajaan mahupun swasta perlulah


berkerjasama berganding bahu untuk menarik minat para belia pada masa kini yang
lebih berminat kearah teknologi yang semakin menguasai diri dan masa.Ini kerana
10

siapa yang akan mewarisi kesenian yang ada pada masa kini jika bukan belia yang
bakal mengenggam dunia pada masa akan datang.
11

BAB III

METADOLOGI KAJIAN

3.1 LOKASI KAJIAN

Beberapa lokasi telah dipilih untuk menjalankan kajian ini supaya dapatan kajian yang
lebih tepat, bersifat meluas dan tidak bersifat setempat boleh diperoleh dalam kajian
ini. Antara lokasi kajian yang telah dipilih adalah Klang, Selangor, Rawang, Selangor,
Batang kali, Selangor, dan Sungai Siput, Perak. Kajian ini telah dijalankan sekitar
kawasan perumahan di lokasi kajian. Responden yang dipilih untuk kajian ini terdiri
daripada pelbagai bangsa, pelbagai sektor pekerjaan, pelbagai lingkungan usia dan
kedua-dua jantina. Responden juga dipilih tanpa mengira taraf pendidikan mereka.

3.2 SUMBER DATA DAN RESPONDEN

50 orang responden terdiri daripada pelbagai bangsa, pelbagai sektor pekerjaan,


pelbagai lingkungan usia dan kedua-dua jantina telah digunakan sebagai sampel dalam
kajian ini. Sember data yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada sumber
internet, sumber buku, sumber orang, sumber journal dam sebagainya.

3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Bagi merealisasikan objektif kajian, dua kaedah telah digunakan dalam kajian ini
untuk mendapatkan maklum balas daripada responden tentang kesedaran Menjaga
Kepelbagaian Kesenian Antara Kaum di Malaysia. Kaedah pertama yang digunakan
memperoleh pandangan responden adalah berbentuk soal selidik. Kaedah kedua pula
adalah temu bual. Kaedah kajian seperti ini lazim digunakan dalam kajian deskriptif
12

dan kualitatif. Kaedah soal selidik mampu mencapai jumlah responden yang besar dan
dalam menganalisis jawapan jika soalan tertutup digunakan (Munn & Drever, 1990).
Kertas soal selidik telah disediakan berdasarkan objektif kajian. Kemudian, kami telah
pergi beberapa rumah di lokasi kajian dan meminta 50 orang responden untuk mengisi
kertas soal selidik tersebut. Seterusnya, kaedah temu bual telah digunakan untuk
mendapatkan maklum balas daripada responden. Temu bual merupakan suatu
permincangan yang bermakana di antara dua atau lebih yang dapat membantu dalam
mengumpul data yang sah dan boleh dipercayai yang berkaitan dengan objektif kajian
(Kahn dan Cannel, 1957). Temu bual dengan bersemuka membolehkan individu
berkomunikasi secara peribadi dan memberi kemungkinan dalam mengumpul
maklumat yang diperlukan dalam kajian. Tugasan utama dalam menjalankan temu
bual adalah untuk memahami apa yang disampaikan oleh responden (Kvale, 1996).
Kami telah menemu bual beberapa orang responden untuk mendapatkan informasi dan
pendapat mereka tentang kesedaran Menjaga Kepelbagaian Kesenian Antara Kaum di
Malaysia. Selain itu, Kaedah pemerhatian dan Kaedah rujukan juga digunakan dalam
kajian ini untuk mendapatkan maklumat tentang Kesedaran Menjaga Kepelbagaian
Kesenian Antara Kaum di Malaysia selain daripada maklum balas responden. Kami
ingin mengadakan pemerhatian mengenai warisan kesenian yang sedia ada di
sekeliling kami seperti tulisan khat, tulisan cina, penulisan kolam dan pelbagai lagi.
Kami juga akan mengadakan beberapa rujukan di PTSL UKM, internet, Surat Khabar
untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan yang dapat membantu kami
melengkapkan kajian kami ini.

3.4 KAEDAH ANALISIS DATA

Data yang telah dikumpul dianalisis berdasarkan objektif kajian yang ingin dicapai.
Data yang telah dianalisis telah menunjukkan kepelbagaian yang wujud dari aspek
kesenian dalam kalangan rakyat Malaysia. Data ini telah dibincangkan secara
mendalam dalam hasil kajian.
13

3.5 RUMUSAN

Kajian ini berjaya dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, kaedah temu
bualsoal selidikkaedah rujukan dan 50 orang responden yang terdiri daripada pelbagai
bangsa, pelbagai sektor pekerjaan, pelbagai lingkungan usia dan kedua-dua jantina
bagi mencapai objektif kajian.
14

BAB IV

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 ANALISIS DATA BERDASARKAN SOALAN KAJIAN

15
16
17
18
19
4.2 KESEDARAN MASYARAKAT TERUTAMA GOLONGAN BELIA
TERHADAP KEPELBAGAIAN KESENIAN DALAM KAUM

4.3 RUMUSAN

20

BAB V
RUMUSAN

Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana telah dapat menyelesaikan kerja kursus ini
dalam tempoh yang ditetapkan. Berdasarkan kajian yang telahdijalankan melalui
pelbagai kaedah dalam pengumpulan data, analisis data dan sebagainya, didapati
majority rakyat Malaysia memiliki pengetahuan am mengenai jenis-jenis kesenian
warisan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia. Disamping itu, melalui
kajian ini juga dapat member pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan
menjaga warisan kesenian yang dimiliki oleh pelbagai kaum.Malahan, pembelajaran
kepelbagaian kesenian kaum yang lain secaratidaklangsungmemupuknilai-
nilaimurnidalamdirimereka yang ingin mencuba benda baru secara tidak langsung
member pendedahan kepada masyarakat mengenal dengan lebih mendalam tentang
seni budaya kaum lain dan meningkatkan kretiviti diri kearah mencapai kejayaan.

Oleh itu, pelbagai inisiatif perlu dijalankan dalam meningkatkan lagi


penglibatan masyarakat pelbagai kaum terutamanya golongan muda dalam
memartabatkan kesenian ke persada Negara seperti menjalankan kempen kesedaran,
mengadakan pertandingan berasakan kesenian kebudayaan kaum yang disertai oleh
peserta pelbagai kaum dan sebagainya.Kami berharap agar warisan kesenian ini tidak
hilang ditelan zaman.

21

RUJUKAN
Shamsul Amri Baharuddin.2012.Modul Hubungan Etnik.Ed.ke-2. Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraini,Suhaida .Memperkenalkan Warisan Kesenian


http://senidance.blogspot.com/2012/04/memperkenalkan-warisan- kesenian
.html (25 November 2014).

Jecy Lim.Tarian tradisional Malaysia.http://tariantradisional.blogspot.com/

(23 November 2014).

Anda mungkin juga menyukai