Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Penyakit pedikulosis adalah sejenis penyakit berjangkit yang di sebabkan oleh


Infestasi kutu daripada famili Pediculidae (Pediculus humanus Capitis). Pedikulosis terbahagi
kepada tiga iaitu, pedikulosis capitis, pediculosis corporis, dan pedikulosis pubis. Ia biasanya
menyerang individu yang tidak menjaga kebersihan diri dengan baik dan suasana perskitaran
yang kotor, lembab serta sesak juga menjadi faktor penggalak kepada berlakunya infeksi
penyakit ini.

Penyakit pedikulosis akan menyerang semua golongan masyarakat tidak kira umur,
jantina, taraf ekonomi atau kaum. Sekiranya kebersihan diri tidak di jaga orang ramai
mempunyai peluang yang besar untuk mendapat penyakit pedikulosis ini. Orang ramai yang
tinggal di tempat yang sesak dan padat contohnya pusat pelarian amat mudah untuk di
jangkiti penyakit ini kerana transmisi penyakit ini adalah melalui sentuhan, perkongsian
pakaian dan sebagainya.

Sekiranya mendapat rawatan yang betul dan penjagaan kebersihan diri yang baik,
persekitaran dan tempat tinggal penyakit ini boleh disembuhkan sepenuhnya. Namun begitu,
penyakit mungkin boleh berulang jika keadaan persekitaran tidak di bersihkan dan semua
pesakit tidak dirawat dengan serentak. Oleh itu, pesakit hendaklah di beri pendidikan
kesihatan bagi mengelaknya berlaku kes ulangan untuk memberi keselesaan kepada pesakit
dalam menjalani kehidupan seharian.

1
ETIOLOGI

Kutu mempunyai jangka hayat hidup selama satu bulan. Telurnya akan menetas dalam
masa seminggu. Seekor kutu yang matang boleh mengeluarkan lima hingga enam biji telur
dalam masa sehari. Antara ciri-ciri kutu ini, ianya mempunyai dua biji mata dan tiga pasang
kaki, kutu berwarna kelabu dan ianya akan bertukar menjadi kemerah-merahan sekiranya
telah menghisap darah. Kutu betina mempunyai ukuran yang lebih panjang iaitu 2 hingga 3
mm, berbanding daripada kutu jantan. Parasit ini hidup dengan menghisap darah di tempat
yang dijangkiti iaitu kulit kepala, kawasan pubik dan pakaian.

CIRI-CIRI KLINIKAL JANGKITAN PEDIKULOSIS

Terdapat rasa kegatalan pada kawasan yang dijangkiti oleh kutu tersebut. Terdapat
juga kehadiran lesi yang biasanya berbentuk urticaria. Antara ciri klinikal yang lain adalah
kemerahan (exocriations) dan kupingan (crust) pada bahagian anggota yang terlibat. Selain
itu, terdapat telur kutu pada rambut.

JENIS-JENIS PEDIKULOSIS

Pedikulosis capitis (pediculus humanus capitis)

Infeksi kutu pada bahagian kulit kepala dan rambut. Gejala utama adalah gatal dan
disertai dengan papul eritema dan skuama. Terdapat telur melekat pada rambut.

Infeksi sekunder disertai dengan demam dam pembesaran kelenjar pada kulit kepala
dan leher. Jangkitan secara langsung melalui sentuhan, perkongsian peralatan seperti sikat
bantal dan topi.

2
Pedikulosis corporis (pediculus humanus corporis)

Infeksi kutu jenis ini biasanya berlaku dalam kalangan masyarakat yang miskin atau
kurang penjagaan kebersihan badan. Ianya boleh dijumpai di bahagian lipatan kain atau
pakaian seperti baju dan seluar. Kegatalan disebabkan oleh alahan terhadap air liur kutu.

Pedikulosis pubis (pthirus pubis)

Infeksi kutu ini merebak melalui hubungan seks. Kutu ini boleh dijumpai dibahagian
pubis dan anggota badan yang berbulu (kecuali di bahagian kepala). Saiz kutu yang lebih
kecil berbanding pedikulosis yang lain. Terdapt kebiruan di bahagian anggota yang dijangkiti
dan abdomen.

3
PENGURUSAN DAN RAWATAN

Pemberian ubat-ubatan iaitu gamma benzene hexachoride solution 1%. Selain itu
penggunaan malathion 0.5%.

Cara pengunaanya adalah dengan melumur larutan tersebut di kulit kepala atau
kawasan yang dijangkiti. Seterusnya, jika pada bahagian kepala, tutup dengan tuala selama
15 hingga 30 minit. Kemudian bilas dengan air yang bersih secukupnya.

Langkah diatas perlu diulang selama 2 hingga 3 hari berturut-turut. Kemudian ulang
kembali seminggu kemudian.

Kutu kepala boleh dirawat menggunakan ubatan topikal seperti permethrin,lindane,


malathion atau benzyl benzoate. Permethrin boleh disapukan ke atas rmbut yang lembab dan
dibiarkan selam 10 minit sebelum membilas. Lindane dan malathion digunakan dengan
mengurut keatas kulit kepala dan dibiarkan selam 12 jam. Benzyl benzoate juga diurutkan
keatas kulit kepala dan dibiarkan selam 24 jam sebelum dibilas.

Kutu badan sangat berkesan jika dirawat dengan serbuk lindane. Selain itu pakaian
perlu dibersihkan dan dibasuh menggunakan air panas yang mendidih. Rawatan alternatif
adalah krim permethrine 5% atau benzyl benzoate, yang mana disapukan ke seluruh
permukaan kulit dan dibiarkan selama 8 jam sebelum dibilas.

Kutu pubik pula menggunakan lindane, malathion atau benzyl benzoate sebagai
rawatan. Ubat tersebut disapukan dikawasan kemaluan dan juga paha, ketiak, badan dan
kepala jika perlu. Pasangan juga perlu dirawat untuk mengelakkan jangkitan semula.

Larva dan telur kutu boleh dirawat dengan menggunakan air yang dicampur cuka
dengan nisbah 5 : 1. Rawatan ini haruslah merangkumi ahli keluarga yang terdekat dan
kontek pesakit. Hal ini kerana ianya akan merebak melalui sentuhan antara pesakit dan ahli
keluarga dan sekiranya hanya pesakit yang dirawat, kutu ini akan menyerang ahli keluarga
dan pesakit lain yang telah sembuh berkemungkinan untuk di serang kembali.

4
PENCEGAHAN DAN KAWALAN

Rawatan awal adalah penting untuk mengelakkan komplikasi dan mengelakkan


daripada kes berulang. Selain itu rawatan kontek pada masa yang sama untuk mengelakkan
daripada bejangkit kepada orang lain.

Pemeriksaan rutin perlu dijalankan di kawasan sekolah serta asrama pelajar sekurang-
kurangnya setahun sekali dan lebih kerap di kawasan wabak untuk mengurangkan janakitan
kutu. Perhatian khusus harus diberikan kepada kebersihan peralatan peribadi seperti sikat dan
pakaian.

Penjagaan kebersihan diri adalah penting untuk mengurangkan factor risiko jangkitan.
Mengurangkan kepdatan sesebuah bilik juga boleh dijalankan pada kawasan asrama dan
penhuni rumah yang ramai. Penjagaan kebersihan kulit kepala dan rambut secara berkala
untuk menggelakkan daripada mendapat jangkitan.

Selain itu, pengesanan kontek perlu dilakukan kepada waris pesakit dan jiran-jiran
berdekatan kerana mereka turut berkemungkinan untuk mendapat penyakit yang sama.
Sekiranya terdapat waris atau jiran-jiran yang mengalami gejala. Mereka hendaklah dirawat
dengan segera sebelum penyakit ini terus menjangkiti kepada individu lain. Manakala, ahli
keluarga pesakit hendaklah di rawat dengan serentak bagi mengelakkan penyakit dari
berulang. Jika hanya pesakit yang di rawat pesakit tersebut akan sembuh tetapi kemungkinan
ada di antara ahli keluarga yang di jangkiti dan penyakit ini akan terus berulang. Oleh itu,
langkah terbaik adalah dengan melakukan rawatan serentak kepada pesakit dan ahli
keluarganya.

Di samping itu, Perawat haruslah mengamalkan Universal precaution seperti


memakai sarung tangan, memakai mask dan mencuci tangan selepas melakukan pemeriksaan
terhadap pesakit. Sekiranya Universal precaution tidak diamalkan perawat juga akan di
jangkiti kutu. Jika perawat di jangkiti dan mereka merawat individu lain penyebaran akan
berlaku dan kes penyakit ini akan semakin meningkat. Oleh itu, perawat hendaklah
menangani penyakit ini dengan berhati-hati dan cekap.

5
REHABILITASI

Rehabilitasi ialah proses pemulihan pesakit bagi membolehkan pesakit menjalani


kehidupan normal dengan lebih baik selepas mendapat serangan kutu. Antara proses
rehabilitasi pesakit ialah pesakit perlu mendapat sokongan ahli keluarga untuk berusaha
meningkatkan taraf hidup serta berubah kepada seseorang yang mementingkan kebersihan
agar kesihatan terjamin dan tidak mendapat komplikasi penyakit sekunder.

Pesakit hendaklah berjumpa doktor sekiranya keadaan penyakitnya tidak berkurangan


untuk rawatan seterusnya. Doktor akan memberi ubat yang lebih kuat dari sebelumnya untuk
menghapuskan parasit yang menginfeksi pesakit supaya pesakit dapat di sembuhkan. Hal ini
kerana sekiranya penyakit berpanjangan pesakit tidak dapat meneruskan aktiviti harian
dengan baik di sebabkan kegatalan yang membuat diri pesakit tidak selesa dan
gelisah.Pesakit juga haruslah didedahkan dengan kepentingan cara hidup yang sihat agar
mereka dapat membaiki taraf kesihatan mereka ke arah yang lebih baik bagi memberi
keselesaan dan mencegah berlakunya jangkitan kutu pada masa hadapan.

6
PENDIDIKAN KESIHATAN

Mengambil ubat mengikut arahan yang dinyatakan oleh perawat dan ikut nasihat yang
diberi. Pengambilan ubatan mestilah mengikut waktu yang di tetapkan agar rawatan yang
dilaksanakan berkesan untuk membunuh kutu.

Mendapatkan rawatan susulan mengikut temujanji yang telah ditetapkan oleh perawat
untuk mengetahui keberkesanan rawatan yang di beri dan penambahbaikan kepada rawatan
yang telah diterima.

Penjagaan kebersihan diri, kawasan kediaman, sistem sanitasi dan lain-lain agar kutu
dapat di musnahkan dan kejadian penyakit dapat di elakkan.

Mengelakkan daripada hubungan secara langsung dengan mereka yang telah


dijangkiti agar tidak mendapat jangkitan penyakit kutu.

Memberi nasihat tentang cara-cara yang betul untuk menjaga kebersihan diri serta
kediaman kerana kebersihan adalah penting bagi mendapat kehidupan yang selesa dan
gembira.

7
PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Sebagai seorang penolong pegawai perubatan, kita mempunyai peranan yang amat
penting dalam kawalan dan pencegahan penyakit. Dengan memainkan peranan kita ini, kita
akan dapat menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada penyakit berjangkit. Salah satu
peranan penolong pegawai perubatan ialah mengesan kes iaitu penolong pegawai perubatan
hendaklah mengesan kes-kes jangkitan kutu di sesuatu kawasan supaya dapat mengetahui
dimana kawasan yang endemik atau kawasan yang bebas daripada jangkitan kutu. Apabila
penolong pegawai perubatan mengetahui dimana kawasan yang endemik, ia akan mudah
untuk melakukan pencegahan dan kawalan kes kutu. Kawasan yang endemik dapat
dilupuskan dengan melibatkan masyarakat dalam aktiviti kesihatan dengan mengadakan
kempen kesihatan dan sebagainya.

Seterusnya pula, ialah memberikan pendidikan kesihatan dan mengajar cara kawalan
dan pencegahan terhadap penyakit kutu. Dengan, memberi pendidikan kesihatan kepada
pesakit tentang cara untuk merawat atau menghindarkan daripada penyakit tersebut.Selain
daripada itu, penolong pegawai perubatan juga perlu berkerjasama dengan anggota kesihatan
yang lain dalam mempromosikan kesihatan disekolah agar kesihatan pelajar dapat
ditingkatkan dan memberi kesedaran kepada pelajar untuk mengutamakan kebersihan diri.
Penolong pegawai perubatan juga akan membuat membuat diagnosa yang cepat dan tepat
untuk memudahkan proses pengawalan dan rawatan jangkitan kutu.Untuk merawat pesakit
dan merancang pelan tindakan yang cekap untuk proses perawatan dan kawalan awal kes

Peranan penolong pegawai perubatan yang lain adalah membuat rekod dan statistik
tentang penyakit kutu setiap masa dengan membuat rekod, ia akan dapat mengetahui
sebanyak mana kes yang berlaku pada setiap masa. Dengan membuat statistik, penolong
pegawai perubatan akan mengetahui tentang statisik sama ada penyakit jangkitan kutu
meningkat atau menurun kerana dengan statistik akan dapat mengetahui keberkesanan
pencegahan dan kawalan. Penolong pegawai perubatan juga perlu membuat notifikasi kes
penyakit yang berlaku kepada Pejabat Kesihatan Daerah supaya dapat membuat
penambahbaikan untuk menangani jangkitan kutu.

8
Peranan penolong pegawai perubatan lain pula ialah mengesan wabak dan
mengenalpasti konteks secara aktif iaitu dengan melakukan lawatan ke rumah-rumah di
kawasan yang tinggi kadar statistik kes penyakit kutu dan juga secara pasif bagi
membendung penyakit dari menjadi bertambah buruk Iaitu dengan membuat penyiasatan dan
memantau kes yang berlaku untuk membuat perancangan bagi mencegah kejadian jangkitan
kutu dari berlaku. Selain itu ,penolong pegawai perubatan juga perlu memastikan pesakit
mendapatkan rawatan susulan yang lengkap bagi mengelakkan kes defaulter.

9
RUMUSAN

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui proses kejadian jangkitan pedikulosis yang
berlaku dikalangan masyarakat. Penyakit ini boleh menjadi wabak sekiranya tidak di beri
rawatan dengan segera kerana penyakit ini merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh
merebak melalui berbagai cara seperti sentuhan dan perkongsian barang milik pesakit.
Penyakit ini akan menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit kerana ianya menyebabkan
kegatalan kepada perumah iaitu manusia.

Penyakit ini dapat di rawat dengan mudah dan kebiasaannya semua pesakit akan
sembuh jika mengikut arahan daripada pegawai kesihatan. Akan tetapi kes ulangan boleh
berlaku sekiranya pesakit tidak menjaga kebersihan dan tidak mengikut rawatan dengan
betul. Kajian ini juga membolehkan saya mengenalpasti langkah-langkah yang dapat di ambil
untuk mencegah kejadian penyakit pedikulosis dan cara-cara untuk mengawalnya dari
merebak kepada individu lain. Orang ramai perlu di dedahkan dengan langkah-langkah
mencegah penyakit pedikulosis dari terjadi kerana mereka akan dapat hidup dengan lebih
baik dan sihat.

Oleh itu, kajian tentang penyakit ini penting dalam bidang perubatan kerana dapat
membantu masyarakat dan perawat untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit
pedikulosis supaya semua orang dapat hidup dalam suasana yang harmoni, selesa dan sihat.

10
RUJUKAN

1. Abram S. Beneson (1985) Control of Communicable Diseases in Man Fourteenth

2. Edition. The American Public Health Association. United States of America.

3. C. Chandler., Clark P. Read. (1961). Introduction to Parasitology Tenth Edition. John

4. Riley & Sons, Inc., New York & London.

5. Harold W. Brown. (1964). Basic Clinical Parasitology Third Edition. Appleton-

6. Century-Crofts. New York.

7. Lawrence J. Blecka. (1980). Concise Medical Parasitology. Addison-Wesley

8. Publishing Company. California.

9. Sallehudin Sulaiman. (1990). Entomologi Perubatan. Penerbit Universiti Kebangsaan

10. Malaysia. Selangor, Malaysia.

11. http://www.picastech.com/2010/03/gejala-penyebab-pencegahan-dan.html.

11
LAMPIRAN

Pedikulosis capitis

Pthirus pubis pediculus humanus corporis

12
13

Anda mungkin juga menyukai