Anda di halaman 1dari 5

Kompenen Kecergasan Fizikal

Kompenen kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan berasaskan


kesihatan dan

kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang sihat perlu mempunyai


kecergasan berasaskan kesihatan tetapi bagi seseorang yang bergiat dalam bidang
sukan -otot yang ingin mengekalkan tahap kecergasan mereka seperti seorang atlet
, haruslah menguasai kedua-dua kompenen.

Terbahagi kepada 5 kompenen iaitu :

1) Daya Tahan Kardiovaskular

Didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghantar nutrien ,terutama oksigen,


menghantar ke otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketika kerja
fizikal berterusan. Kompenen ini melibatkan efisiensi jantung, salur darah dan
paru-paru.

2) Daya Tahan Otot

Keupayaan otot menghasilkan submaximum yang berulang-ulang yang mengatasi


rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa
yang panjang. Kompenen ini melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada
itensiti yang rendah.

3 ) Kekuatan Otot

Keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum


mengatasi rintangan. Kompenen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu
jangka masa yang pendek pada itensiti yang tinggi.

4 ) Fleksibiliti

Merujuk kepada pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya.


Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah
daripada berlakunya kecederaan pada bahagian sendi dan otot.

5 ) Komposisi Tubuh

Perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak. Peratusan lemak badan
adalah pengukuran kegemukan yangt lebih baik berbanding berat badan.Kelebihan
lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.
Kecergasaan fizikal Terbahagi kepada 6 kompenen :

1 ) Kepantasan

Keupayaan melakukan sesuatu pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat.

2 ) Kuasa
Berhubungkait dengan kadar melakukan sesuatu kerja.

3 ) Koordinasi

Pengunaan mengunakan deria seperti penglihatan dan pendengaran bersama


dengan anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan
tepat.

4 ) Keseimbangan

Keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau dinamik.

5 ) Ketangkasan

Keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melaui
ruang.

6 ) Masa Tindak Balas

Masa atau sesuatu stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut.
Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular atau kecergasan jantung bermaksud


kecekapan sistem peredaran dan sistem pernafasan untuk
membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang
panjang semasa melakukan aktiviti. Ia merupakan komponen yang terpenting
dalam profil fisiologi manusia.

Senaman tetap akan meningkatkan kecekapan sistem peredaran dengan


membesarkan otot jantung, membolehkan lebih banyak darah dipam pada setiap
degupan, dan meningkatkan jumlah arteri kecil dalam otot rangka terlatih, yang
membekalkan lebih darah ke otot yang bekerja. Senaman juga memperbaiki sistem
pernafasan dengan meningkatkan jumlah oksigen yang disedut dan diedarkan ke
tisu badan.

Tahap kecergasan meningkat apabila keupayaan daya tahan kardiovaskular


melebihi tahap purata kapasiti aerobik, iaitu kapasiti penggunaan oksigen yang
maksimum oleh badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang ialah dengan mengambil


kadar nadi rehat. Nadi rehat yang rendah menandakan kecergasan jantung yang
baik.

Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardivaskular bermaksud keupayaan jantung, salur darah dan sistem
respiratori untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka
masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti rendah atau
sederhana.

Sistem kardiovaskular terdiri daripada :


jantung

saluran darah

Fungsi sistem kardiovaskular adalah untuk menyokong sistem fisiologi yang lain.

penghantar

pengeluar

pengangkut

pengekal

penghalang

Sistem peredaran darah manusia adalah jenis sistem peredaran darah tertutup.
Sistem peredaran darah manusia terbahagi kepada dua sistem iaitu:

Sistem peredaran pulmonari

Sistem peredaran sistemik

Jenis-jenis latihan yang meningkatkan daya tahan kardiovaskular

Larian Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance-LSD)

Latihan Senamrobik

Latihan Fartlek
Latihan-latihan daya tahan kardiovaskular dapat menghindarkan diri daripada
penyakit kardiovaskular.

Kesan latihan daya tahan kardiovaskular, ialah:

pertambahan saiz ruang jantung

pertambahan ketebalan dinding jantung

pertambahan keanjalan otot jantung

pertambahan jaringan kapilari darah di otot.

lebih banyak darah beroksigen dapat dibekalkan oleh jantung untuk


kegunaan tubuh badan.

Aspek-aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti Daya Tahan Kardiovaskular.

melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan sebelum


daan selepas latihan.

menentukan KNL dengan menggunakan kaedah Karvonen

meningkatkan jarak dan tempoh masa larian secara progresif dengan


kelajuan yang sederhana.

memaklumkan masalah kesihatan kepada jurulatih.

memakai pakaian dan kasut yang sesuai.