Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN SETIAUSAHA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA


MELAYU PISMP AMBILAN JUN 2015 DI ULU BENDUL, NEGERI SEMBILAN.

SEBELUM

Pekhemahan badan beruniform telah dirancang akan dilaksanakan pada 23 ogos


2016 sehingga 26 ogos 2016. Sepanjang saya memegang jawatan sebagai
setiausaha proses pemilihan jawatankuasa diplih dua minggu sebelum
perkhemahan iaitu pada 10 ogos 2016. Setelah jawatankuasa dibentuk tugas mula
dibahagikan dalam jawatankuasa masing-masing. Sebelum memulakan
perkhemahan jawatankuasa kami telah melaksanakan mesyuarat dua kali dalam
seminggu untuk mengetahui perkembangan semasa yang dilaksanakan dari semasa
ke semasa.

Alhamdulillah jawatankuasa dapat melaksanakan tugasan mereka dengan


baik. Pada hari mesyuarat terakhir ahli jawatan kuasa dapat menjelasakan tugas-
tugas yang telah dilaksanakan oleh mereka. Pada minggu akhir semasa
perkhemahan ahli jawatan kuasa melaporkan masing-masing tugas yang telah
mereka laksanakan. Alhamdulillah semua tugas dapat dilaksakan dalam masa yang
singkat. Memandangkan kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk
menguruskan perkehemahan tetapi kita mempunyai jawatankuasa yang sangat
cepat dalam menguruskan tugas masing-masing dalam masa yang singkat.

SEMASA

Pada hari yang berlangsungnya perkhemahan pada awal pagi kami dikejutkan
dengan kerosakan bas yang tidak dapat digunakan disebabkan kerosakan yang
tidak dapat dielakkan. Dapam perancangan kami sepatutnya perkhemahan kami
pergi ke tapak perkhemahan menggunakan dua buah bas tetapi terpaksa
menggunakan satu bas. Pada waktu itu, bagi kami sangat perit bagaimana untuk
menjimatkan ruang dalam penggunaan bas untuk meletakkan barang perkhemahan
dan barangan persendirian pelajar.

Seterusnya, dengan nasihat daripada pensyarah dan pemandu bas kami


dapat mengisi ruang yang berada dalam bas. Setelah barang diisi, kami meneruskan
perjalan kami ke tapak perkhemahan. Pada hari tersebut terdapat kelewatan dari
segi masa untuk sampai ke tapak perkhemahan.

Perjalanan sangat mengambil masa lebih kurang dua jam perjalan. Kami tiba di
tapak perkhemahan pdan terus membina tapak khemah. Seterusnya, jawatankuasa
pada waktu itu, telah melaksanakan tugas dalam memberi sedikit taklimat kepad
pelajar tentang penerangan dikawasan perkehaman.

Pada hari seterusnya, segala ketetapan hari seterusnya semua tugasan yang telah
dilaksanakn oleh jawatankuasa dapat dilaksnakan oleh pelajar dengan lancar.
Disamping itu, terdapat juga beberapa pelajar kurang peka dengan jadual yang elah
ditetapkan dalam perlaksanaan tugas masing-masing.

Pada hari terakhir perkhemahan perjalanan pulang ke tapak perkhemahan berjalan


dengan lancar. Setelah sampai ke tempat penginapan masing-masing semua ahli
jawatankuasa telah memainkan peranan mereka masing-masing dalam menghantar
semula barang yang dipinjam dan menyelesaiakn tugasan masing-masing.

Lampiran semasa perkhemahan


SELEPAS

Laporan secara keseluruhan mengenai pekhemahan,saya sangat bersyukur


mendapat ahli jawatakuasa yang menjalankan tugas masing-masing semasa
berlansungnya perkhemahan.

Semangat kerjasama antara pelajar dapat dipupuk secara tidak langsung dalam
melaksanakan tugas. Aktiviti perkhemahan dapat memupuk semangat kasih sayang
antara pelajar.
Selain itu juga, kerjasama antara pelajar dan pensyarah juga dapat dieratkan kerana
dapat bekerjasama dalam perlaksanaan perancangan perhemahan dari semasa ke
semasa. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan dan pensyarah
kerana dapat melaksanakan tugasan dengan baik.

Lampiran gambar sebelum puluang ke tempat penginapan.


1.