Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENDAHULUAN :

Majlis Permuafakatan, Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak Angkat sempena
Program Kecemerlangan UPSR ini adalah merupakan program yang dijalankan untuk
murid tahun 6. Program ini dijalankan antara beberapa program persediaan UPSR yang
akan dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. Program ini juga
merupakan salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.
Penyertaan ibu bapa dalam program ini amatlah diharapkan. Hal ini kerana ibu
bapa merupakan salah seorang pendorong ke arah kecemerlangan anak-anak dalam
UPSR. Oleh itu, program ini melibatkan penyertaan ibu bapa sebagai peserta. Dengan
adanya penglibatan ibu bapa, maka semua pihak termasuklah guru-guru dapat
bekerjasama membantu murid-murid meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.
Secara ringkasnya Majlis Permuafakatan, Aku Janji dan Majlis Penyerahan Anak
Angkat dapat meningkatkan perkembangan murid-murid untuk menghadapi situasi
pembelajaran yang semakin mencabar.

4.0 RASIONAL
a) Memberi peluang guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid untuk berinteraksi dan
bertukar-tukar pandangan ke arah meningkatkan .
b) Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
c) Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
d) Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan
murid-murid.
e) Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran murid-
murid.

5.0 OBJEKTIF :
a) Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan
bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
b) Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
c) Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
d) Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
e) Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan
murid-murid.
f) Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran murid-
murid.

6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan perbincangan untuk menetapkan


tarikh, masa dan tempat. Butirannya seperti berikut :

Tarikh : 10 Feb 2017 (Jumaat)


Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Wan Ibrahim
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi

7.0 SASARAN KUMPULAN

Murid-murid Tahun 6 ( 89 Orang )

Ibubapa

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Guru Tahun 6

Guru-guru yang terlibat


8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


MAJLIS PERMUAFAKATAN & AKU JANJI UPSR 2017

PENGERUSI
En.Muhd Hasbi bin Ibrahim
Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI
Pn Dasimah bt Daud ( PK Pentadbiran )

NAIB PENGERUSI 1 Pn Hasnoraidah bt Wan Azman ( PK HEM )


NAIB PENGERUSI 2 Pn Norjulita Asmara bt Mohd Nadzir ( PK Kokurikulum )
NAIB PENGERUSI 3 En.Mohd Bi bin Mohd Samsuri ( PK Kokurikulum )

SETIAUSAHA
Pn Nur Hakimah bt Abdul Hamid ( Guru Bimbingan )

AHLI JAWATANKUASA KECIL


PENGACARA MAJLIS : Pn Zurani bt Nasir
BACAAN DOA : Ust Mohd Khairul Azuan b.Mat
AJK BROSUR : Ust Azizah bt Zakaria
AJK SIARAYA & LCD
Ust Mohd Khairul Azuan b.Mat
En.Yusra Asyraff b. Yusoff
En Mohd Yasser b Mohd Zaini

AJK BACKDROP
AJK FOTOGRAFI

AJK IKRAR & AKUJANJI


Pn.Norihan bt Mohd Ali

AJK MAKANAN

9.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Ketibaan & pendaftaran murid-murid dan ibubapa.


8.00 pagi : Solat Hajat & Bacaan Yasin & Doa
8.30 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
8.45 pagi : Ucapan & Pembentangan Kecemerlangan UPSR oleh Guru Besar
9.15 pagi : Ikrar dan Aku Janji
Majlis Permuafakatan Guru-guru, Ibubapa & Murid-murid
10.00 pagi : Majlis Bersurai

10.0 PELAKSANAAN AKTIVITI :

Majlis Permuafakatan, Aku Janji & Penyerahan Anak Angkat berlangsung selama
5 jam daripada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Antara yang telibat dalam
program ini ialah murid tahun 6. Seramai 17 orang peserta, guru-guru dan ibu bapa
terlibat dalam program ini.
Setiap peserta diminta untuk memberi sumbangan sebanyak RM 5 bagi seorang
peserta. Wang yang disumbangkan ini adalah bertujuan untuk menampung kos
makanan, minuman, bahan edaran, sijil, cenderamata penceramah dan jamuan guru.
Peserta akan diedarkan dengan beberapa bahan edaran yang berkaitan dengan
program ini. Pada akhir program peserta akan diberikan sijil penyertaan menyertai
program.
11. 0 ANGGARAN KOS

Bil Perkara Harga


1. Air Mineral (1 Kotak x RM 10) RM 10
2.
3. Makan Murid (17 orang x RM 3) RM 51
4. Makan Ibu Bapa (17 orang x RM 3) RM 51
5. Makan Guru (5 orang x RM 5) RM 25
6.
Jumlah

Unit Bimbingan dan Kaunseling mendapatkan sumber kewangan daripada peruntukan


yang telah diberikan oleh pihak kementerian untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling dan
sumbangan daripada ibu bapa.

12.0 PENUTUP

Tidak semua perancangan yang dibuat dapat berjalan dengan lancar serta
berlaku seperti yang kita kehendaki. Kemungkinan perancangan tersebut adalah lebih
berjaya daripada apa yang dijangkakan ataupun berlaku perkara yang sebaliknya. Oleh
itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Wan Ibrahim akan berusaha untuk
memastikan Majlis Pemuafakatan & Akujanji Ibubapa/Penjaga Tahun 6 bersama Murid
UPSR ini akan berjalan lancar serta memenuhi objektif yang diharapkan.

13. 0 KEKUATAN PROGRAM

Program Kecemerlangan UPSR yang melibatkan gabungan tiga program sekaligus iaitu
Majlis Permuafakatan, Majlis Penyerahan Anak Angkat, dan Majlis Aku Janji ini
mempunyai beberapa kekuatan iaitu :
A. Program ini berjalan dengan lancar apabila adanya kerjasama dari guru-guru, murid-
murid serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak mereka demi
membantu pihak sekolah dan anak mereka mencapai keputusan yang cemerlangn
dalam UPSR.

15.0 KEKANGAN PROGRAM

Program Kecemerlangan UPSR yang melibatkan gabungan tiga program sekaligus iaitu
Majlis Permuafakatan, Majlis Penyerahan Anak Angkat, dan Majlis Aku Janji ini
mempunyai beberapa kelemahan iaitu :

A. Untuk menjalankan program ini, unit bimbingan dan kaunseling memerlukan dana
berbentuk kewangan untuk menjalankan program. Namun akibat budjet yang
sepatutnya diberikan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling masih tidak diperolehi.
Oleh itu, unit bimbingan dan kaunseling terpaksa meminta sumbangan daripada ibu
bapa sebanyak RM5 untuk menampung kadar makan dan minum bagi ibu bapa
sepanjang program ini berlangsung.
B. Program ini telah ditangguhkan daripada satu tarikh ke satu tarikh yang lain sebanyak
beberapa kali. Hal ini disebabkan oleh beberapa kekangan sepeti masa, dana dan
penglibatan guru akibat ramai guru yang sibuk dengan program luar yang lain.

16.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Akibat daripada beberapa kelemahan dan kekangan program ini, oleh itu terdapat
beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat bagi memastikan program ini
dapat dijalankan lagi pada masa hadapan dengan l;ebih teratur dan lacar. Antara
cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah :
A. Program ini boleh dijalankan lebih awal iaitu pada awal tahun kerana pada awal
tahun biasanya guru belum terlibat lagi dengan bebanan tugas yang banyak.

B. Dana kewangan haruslah dikumpulkan lebih awal iaitu pada akhir tahun ketika
murid-murid tersebut berada pada tahun 5. Oleh itu dana kewangan tersebut
boleh digunakan pada awal tahun ketika murid tersebut berada dalam tahun 6.

Anda mungkin juga menyukai