Anda di halaman 1dari 9

Bulan Dakwah 2015

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LIMA
LAWAS SARAWAK

KERTAS CADANGAN
PROGRAM BULAN DAKWAH 2015
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LIMA

1.0 Pendahuluan

Pelajar merupakan golongan yang boleh diibaratkan sebagai tunjang negara yang dilihat
sebagai peneraju dan penyambung kepada tampuk pemerintahan yang akan datang. Dalam
hal ini untuk memastikan wawasan negara tercapai mengikut acuan dan aspirasi yang
dikehendaki, maka persiapan dari aspek rohani, jasmani dan ilmu pengetahuan perlu
dimantapkan untuk melahirkan pelajar yang lebih disifatkan sebagai golongan yang menjadi
pemangkin kepada pembangunan negara seterusnya mampu membawa masyarakat ke arah
situasi yang lebih baik lagi. Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan sahsiah pelajar,
meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat muhibbah dan ukhuwwah, maka satu ahli
jawatankuasa telah dibentuk bagi menjayakan program Bulan Dakwah ini.

2.0 Muqadimah

Menyemarakkan usaha dakwah di peringkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah dan
Syiar Islam dapat dihayati bersama.
3.0 Objektif

3.1 Melahirkan pelajar yang serba boleh dan berwibawa dalam kehidupan.
3.2 Memberi peluang kepada pelajar menyertai aktiviti-aktiviti dakwah yang menjadi platform
utama dalam membentuk jiwa dan semangat pendakwah dalam diri pelajar.
3.3 Melatih pelajar dalam pengurusan berorganisasi dan membentuk nilai-nilai murni sebagai
generasi yang bakal menerajui pucuk pimpinan dimasa hadapan
3.4 Memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan kebolehan yang dimiliki untuk
perkembangan jasmani rohani intelek dan sosial (JARIS).
3.5 Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan
dalam bidang akadamik mahupun sosial.

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2015

4.0 Tema

Dakwah Tanggungjawab Bersama

5.0 Anjuran

Panitia Pendidikan Islam

6.0 Tarikh

Program ini akan diadakan sepanjang bulan Julai-Ogos

7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Batu Lima Lawas Sarawak

8.0 Sasaran

Program ini mensasarkan murid tahun 1 hingga tahun 6 Sekolah Kebangsaan Batu Lima Lawas,
guru-guru dan kakitangan sekolah.

9.0 Perisian Program

1. Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri Laluan


Objektif: Di akhir program, peserta akan dapat:
1. Mengucapkan salam dengan sebutan yang betul, senyum dan sapaan mengikut
panduan dari al-Quran dan al-Hadith.
2. Mengamalkan kaedah salam, senyum dan sapaan dalam kehidupan seharian.
3. Memberi laluan kepada orang lain dengan cara yang betul dan bersopan
Antara aktiviti yang dicadangkan:
1. Taklimat kaedah, adab-adab dan kelebihan pengucapan salam serta memberikan
laluan dengan betul.
2. Penekanan kepentingan salam setiap kali pertemuan dan memberi salam.
Dakwah Tanggungjawab Bersama
Bulan Dakwah 2015

3. Brosur /poster/banting kaedah, adab-adab dan kelebihan salam serta memberi


laluan.

2. Bumiku Bersih Anugerah Tuhan


Objektif: Di akhir program , peserta akan dapat:
1. Memahami kepentingan menjaga kebersihan bersesuaian al-Quran dan al-Hadith
2. Mengamalkan budaya menjaga kebersihan di dalam dan luar kawasan sekolah.
3. Bekerjasama bergotong-royong dan menjaga kebersihan persekitaran.
Antara aktiviti yang dicadangkan:
1. Ceramah Kebersihan sebahagian dari kesempurnaan Iman.
2. Kempen penggunaan tong sampah dengan betul.
3. Gotong-royong kebersihan kelas, tandas dan sudut pengumpulan sampah.

3. Kempen Ihtiram
Objektif: Di akhir program, pesera akan dapat:
1. Mengeratkan hubungan antara murid yang senior dan junior.
2. Mengamalkan adab-adab bersahabat dengan menekankan prinsip ithar, ikram
dan rahmah.
3. Mencegah gejala buli di sekolah.
Antara aktiviti yang dicadangkan:
1. Ceramah pencegahan buli.
2. Halaqah/ Usrah/ Latihan dalam kumpulan (LDK)
Sasaran: Pelajar muslim yang berisiko atau berpotensi terlibat gejala buli(pembuli
dan mangsa buli)
Kekerapan: Satu kali perjumpaan setiap minggu.
1. Taaruf
2. Adab-adab bersahabat.
3. Konsep ithar (mengutamakan orang lain terlebih dahulu)
4. Konsep ikram (memuliakan orang lain)
5. Konsep rahmah (mengasihani orang lain)
6. Menjauhi permusuhan dan dendam.

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2015

4. Al-Quran di hatiku
Objektif: Di akhir program, peserta akan dapat:
1. Menanam minat menjadikan Al-Quran sebagai bacaan harian
2. Setiap pelajar muslim dapat membaca satu muka surat setiap hari.
3. Menyuburkan semangat mempelajari al-Quran
Antara aktiviti yang dicadangkan:
1. Memperdengarkan bacaan Al-Quran setiap hari sebelum pdp.
2. Kuiz tajwid
3. Celik al-Quran (Iqra atau Muqaddam)
4. Tahsin bacaan surah al-Fatihah dan Kefahamannya.
5. Kempen One Day One Page Al-Quran.

5. Jom Solat Ontime, Anytime, Overtime


Objektif: Di akhir program, peserta akan dapat:
1. Maklumat yang jelas tatacara mendirikan beberapa jenis solat dan sujud dalam
pelbagai situasi.
2. Dapat mengetahui tatacarasolat di dalam kenderaan.
3. Dapat mengetahui tatacara sujud syukur.
Antara akitiviti yang dicadangkan:
1. Tatacara solat khauf dan solat menghormati waktu.
2. Edaran risalah yang berkaitan.
3. Amali solat khauf, solat dalam pesawat, dan sujud syukur.

10.0 Struktur Organisasi

(Sila lihat lampiran A)

11.0 Aturcara Program

(Sila lihat lampiran B)

12.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran C)


Dakwah Tanggungjawab Bersama
Bulan Dakwah 2015

13.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga program-program ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan oleh badan dakwah Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada
akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga
apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat
berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(__________________) (__________________) (____________________)


Ahmad Asyraf Bin Din Pn. Faridah Bt.Julaiher Pn.Dayang Sawdah Bt. Abdullah
Setiausaha Program Pengerusi Program Penaung
Guru j-QAF GPK HEM Guru Besar SKB5

*Rujukan:
Kertas Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan
Malaysia Oleh: Bahagian Pendidikan Islam. Kementerian Pendidikan Malaysia
Dakwah Tanggungjawab Bersama
Bulan Dakwah 2015

Lampiran A

CARTA ORGANISASI
BULAN DAKWAH 2015

Penaung : Pn. Dayang Sawda Abdullah (Guru Besar)


Penasihat : En. Mohd Shafri Bin Salleh (GPK Kurikulum)
Pengerusi : Pn. Faridah Binti Julaiher (GPK Hal Ehwal Murid)
Timbalan Pengerusi : En. Mohd Nur Akmal Bin Bundak (GPK Ko-kurikulum)
Penyelaras : Pn. Aishah@Normah Binti Jamal (KP Pendidikan Islam)
Setiausaha : En. Ahmad Asyraf Bin Din
Bendahari : Cik Masitoh Binti Mahmud

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. PENGERUSI
Membentuk jawatankuasa pelaksana
Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat

2. NAIB PENGERUSI
Membantu pengerusi
Mengendali dan mempengerusikan mesyaurat semasa ketiadaan pengerusi

3. SETIAUSAHA
Menguruskan surat menyurat
Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
Menyediakan laporan penuh program

4. BENDAHARI
Menyediakan anggaran perbelanjaan
Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
Menyediakan laporan perbelanjaan

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2015

Lampiran B

Cadangan Aktiviti

BI
L PROGRAM JANGKAMASA KAEDAH TINDAKA
PELAKSANA N
AN
1. Kempen 3B Beri Sepanjang Bulan Banting
Ustaz
salam,Beri Julai-Ogos
Asyraf
Sapaan,Beri
laluan -Minggu Pertama Ceramah
Bulan Ogos hari Ustazah
perhimpunan Aishah

2. Bumiku Bersih Minggu Kedua Ceramah


Anugerah Tuhan bulan Ogos hari Ustazah
perhimpunan Masitoh

Sepanjang bulan Kempen


GPI
Julai-Ogos
Hari KOKO Gotong-
8/7/2015 royong
15/7/2015 GPI
29/7/2015
5/8/2015
3. Kempen Ihtiram Minggu ketiga Ceramah
(Tak Nak Buli) bulan Ogos hari Ustazah
perhimpunan Masitoh

Hari KOKO
12/8/2015 Halaqah/
19/8/2015 Kaunseling
26/8/2015

Ustazah
Aishah

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2015

4. Al-Quran di hatiku Waktu tasmik Kelas Celik al-


Quran
Waktu PdP Pend. Kuiz tajwid
Islam

10 minit sebelum Tahsin al-


memulakan PdP Fatihah GPI

Sepanjang bulan Kempen


Julai-Ogos

5. Jom Solat Minggu Keempat Ceramah


Ontime, Anytime, bulan Ogos hari
Ustaz
Overtime perhimpunan
Asyraf

Sepanjang bulan Risalah


Julai-Ogos Amali solat
GPI

Dakwah Tanggungjawab Bersama


Bulan Dakwah 2015

LAMPIRAN C

ANGGARAN PENDAPATAN

Peruntukan Panitia RM 000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 000.00

Dakwah Tanggungjawab Bersama