Anda di halaman 1dari 2

Elemen 3: Penerapan Unsur Patriotik

Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan

permainan?

Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam

usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju,

Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha

menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam

pelbagai bidang, termasuk dalam aktiviti sukan dan permainan. Modal insan

merupakan individu yang berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi

(UP4).

Peraturan dan undang-undang ditetapkan dalam setiap permainan

mahupun dalam permain tradisional atau permainan moden. Pelanggar undang-

undang akan didenda atau disingkir daripada permainan tersebut. Hal ini dapat

mendisiplinkan pemain-pemain supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-

undang (UP4).

Aktiviti sukan dan permainan akan membangunkan warganegara dari

awal persekolahan dengan ciri-ciri partriotik seperti cinta akan negara dan bangsa

(UP2) serta menyanjung dan menjunjung warisan budayaan dan kesenian bangsa.

Hasrat membina negara bangsa ini akan dicapai dengan memperkasan permainan

sekumpulan bagi meningkatkan sikap bertolak-ansur dan bertoleransi (UP3).

Pemain haruslah bekerjasama dan saling bergantung bagi mencapai kemenangan

dalam mana-mana keadaan. Mereka hendaklah bersefahaman dan bermuafakat


(UP3) dengan nasihat dan kritikan positif orang lain semasa latihan serta berkongsi

teknik permainan sesama ahli kumpulan.

Kesimpulannya, modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian,

bukan lagi satu kemewahan .Kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai

tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen bagi menghargai

dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa (UP1) melalui pelbagai aktiviti sukan

dan permainan.