Anda di halaman 1dari 15

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL

[SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM]


12300 BUTTERWORTH, PULAU PINANG
No.Tel/Faks:04-3321863
_______________________________________________________________________________
____________________________
Tarikh: 20 Februari 2017
Rujukan kami: PBA2003/SKBJ/800-1/1(21)

Kepada,
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang

Tuan,
PERMOHONAN MENGADAKAN KEJOHANAN MERENTAS DESA SKBJ 2017

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan mengadakan aktiviti tersebut pada ketetapan
berikut:

Tarikh : 11 Mac 2017


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Taman Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth

3. Untuk makluman pihak tuan/ puan aktiviti tersebut adalah satu daripada daripada aktiviti
tahunan sekolah yang bertujuan untuk mencungkil bakat dikalangan murid serta memberi
peluang kepada murid untuk mengumpul markah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum (PAJSK).

4. Berikut adalah butiran peserta dan petugas yang terlibat dalam acara kejohanan tersebut:

Guru : 59 orang
Murid Pendidikan Khas : 10 orang
Murid Tahap 2 : 245 orang

5.. Diharap pihak tuan dapat memberi kelulusan dan kebenaran kepada pihak kami untuk
menjalankan aktiviti ini. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

.......................................................
(Tn. Hj. Kamaruzaman bin Salim)
Guru Besar Cemerlang,
SK Bagan Jermal
SK Kluster Kecemerlangan KPM

Cap sekolah
SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL
[SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM]
12300 BUTTERWORTH, PULAU PINANG
No.Tel/Faks:04-3321863
_______________________________________________________________________________
___________________
Tarikh: 21 Februari 2017
Rujukan kami: PBA2003/SKBJ/800-1/1(21)

Kepada,
Pihak Pengurusan IPD Butterworth,
IPD Seberang Perai Utara,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang
No tel: 04-5762222

Tuan,
KEJOHANAN MERENTAS DESA SKBJ 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa acara Merentas Desa peringkat sekolah akan diadakan
seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Mac 2017


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Taman Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth

3. Berikut adalah butiran peserta dan petugas yang terlibat dalam acara kejohanan tersebut:

Guru : 59 orang
Murid Pendidikan Khas : 10 orang
Murid Tahap 2 : 245 orang

4. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama pihak polis menempatkan beberapa
anggota polis di sepanjang lokasi larian sepertimana yang tertera pada pelan yang dilampirkan.
Kerjasama tuan dalam hal ini adalah amat kami harapkan dan hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

......................................................
(TN. HJ. KAMARUZAMAN BIN SALIM PJK)
Guru Besar Cemerlang
SK Bagan Jermal
Sk Kluster Kecemerlangan KPM
Cap sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL


[SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM]
12300 BUTTERWORTH, PULAU PINANG
No.Tel/Faks:04-3321863
_______________________________________________________________________________
____________________________
Tarikh : 7 Mac 2017
Rujukan kami: PBA2003/SKBJ/800-1/1(21)

Kepada
Ibu bapa / penjaga,
Murid-murid Pendidikan Khas, Tahun 4, 5 dan 6
Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal

Tuan/Puan,

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKBJ 2017

Sukacita perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan aktiviti tersebut seperti ketetapan
berikut:

Tarikh : 11 Mac 2017


Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi 11.30 pagi
Tempat: Taman Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth

3. Untuk makluman pihak tuan / puan aktiviti tersebut adalah satu daripada aktiviti
tahunan sekolah yang bertujuan untuk mencungkil bakat dalam kalangan murid serta
memberi peluang kepada mereka untuk mengumpul markah penglibatan aktiviti kokurikulum
(PAJSK).

4. Sehubungan itu juga pihak sekolah ingin memohon kerjasama dari pihak tuan untuk
memberi sumbangan sebanyak RM1.00 bagi setiap murid bertujuan untuk menampung kos
pengangkutan. Sumbangan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru kelas sebelum 10
Mac 2017. Sekolah akan bercuti pada 13 Mac 2017 sebagai cuti peristiwa kejohanan
tersebut.

5. Sila kembalikan surat kebenaran yang dilampirkan bersama. Kerjasama tuan/puan


didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


NMa

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.............................................
(Hj. Kamaruzaman bin Salim)
Guru Besar Cemerlang
SK Bagan Jermal
SK Kluster Kecemerlangan KPM

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL


[SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM]
12300 BUTTERWORTH, PULAU PINANG
No.Tel/Faks:04-3321863
_______________________________________________________________________________
____________________________
Tarikh : 7 Mac 2017
Rujukan kami: PBA2003/SKBJ/800-1/1(21)

Kepada,
Yang diPertua PIBG,
Tn. Azhan bin Ismail
Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal,
[Seklah Kluster Kecemerlangan KPM]
12300 Butterworth,
Pulau Pinang

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEJOHANAN MERENTAS DESA SKBJ 2017

Sukacita perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan mengadakan aktiviti tersebut pada ketetapan
seperti berikut:

Tarikh : 11 Mac 2017


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi 11.00 pagi
Tempat: Taman Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth

3. Untuk makluman pihak tuan / puan aktiviti tersebut adalah satu daripada aktiviti
tahunan sekolah yang bertujuan untuk mencungkil bakat dikalangan murid serta memberi
peluang kepada murid untuk mengumpul markah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum
(PAJSK).

4. Berikutan itu juga pihak sekolah ingin memohon sumbangan kewangan sebanyak
RM500 bertujuan menampung kos makan dan minum bagi 250 orang murid. Di sini saya
sertakan salinan kertas kerja program untuk rujukan dan penelitian pihak tuan/ puan.

5. Sumbangan tersebut boleh disalurkan kepada En. Ghazali bin Abdul Hamid (Penolong
Kanan Kokurikulum). Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.


NMa

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.............................................
(Tn. Hj. Kamaruzaman bin Salim)
Guru Besar Cemerlang
SK Bagan Jermal
SK Kluster Kecemerlangan KPM
SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL
[SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM]
12300 BUTTERWORTH, PULAU PINANG
No.Tel/Faks:04-3321863
_______________________________________________________________________________
____________________________
Tarikh: 9 Mac 2017
Rujukan kami: PBA2003/SKBJ/800-1/1(21)

Kepada
Ibu bapa / penjaga,
Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal

Tuan,

MAKLUMAN CUTI PERISTIWA KEJOHANAN MERENTAS DESA SKBJ 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada 13 Mac 2017 (Hari Isnin)
sempena kejohanan merentas desa peringkat sekolah. SEMUA MURID bercuti pada hari
tersebut.

2. Untuk makluman pihak tuan/ puan, Kejohanan Merentas Desa Peringkat SKBJ
2017 hanya meliatkan murid tahap dua sahaja.

3. Sekolah akan dibuka semula pada 14 Mac 2017 (Hari Selasa)

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

.......................................................
(Tn. Hj. Kamaruzaman bin Salim)
Guru Besar Cemerlang,
SK Bagan Jermal
SK Kluster Kecemerlangan KPM

Cap sekolah
KERTAS KERJA KEJOHANAN
MERENTAS DESA SKBJ 2017
SK BAGAN JERMAL
(SK KLUSTER KECEMERLANGAN
KPM)

2017
TARIKH : 11 MAC 2017
MASA : 8.00 PAGI 11.00 PAGI
HARI : SABTU
TEMPAT : PANTAI ROBINA, TAMAN TELUK AIR
TAWAR, BUTTERWORTH
SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL
[SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM]
12300 BUTTERWORTH, PULAU PINANG
No.Tel/Faks:04-3321863
OBJEKTIF PERTANDINGAN
Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. antaranya
adalah untuk :
i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan
ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu
yang cergas.
iii. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga SKBJ dalam mengendalikan acara yang
memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.
iv. Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga SKBJ tentang alam sekitar
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang ddalam kalangan
murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan .
vi. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.

KUMPULAN SASARAN
i. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid pendidikan khas, tahun 4, 5 dan tahun 6,
SK Bagan Jermal kecuali bagi murid-murid yang mendapat kebenaran pengecualian
daripada Guru Besar atau murid-murid yang mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh
menyertai pertandingan ini daripada Doktor.
ii. Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap Ketua guru rumah mestilah memastikan
kesihatan peserta rumah masing-masing semasa sesi latihan dan semasa kejohanan
diadakan.

KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan ini dikelaskan kepada 3 kelas dan kategori:-

i. Tahun 4 Lelaki dan Perempuan


ii. Tahun 5 Lelaki dan Perempuan
iii. Tahun 6 Lelaki dan Perempuan
iv. Pendidikan Khas Lelaki dan Perempuan

HADIAH
i. Hadiah akan diberikan kepada murid-murid yang menamatkan lariannya dengan sah dari
no. 1 hingga no. 20 bagi setiap kelas dan kategori lelaki dan perempuan.
ii. Piala Pusingan Johan Keseluruhan akan diberikan kepada rumah yang mempunyai jumlah
mata tertinggi.

ANGGARAN PERBELANJAAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

BIL. PERKARA Kuantiti Jumlah

1 Hadiah (medal) RM 6.00 x 70 RM 420.00


Makanan &
2 RM 2.00 x 250 RM 500
Minuman murid

3 Pengangkutan RM200 x 3 bas RM 600.00

JUMLAH RM 1600.00

MATA INDIVIDU UNTUK RUMAH

Nombor Mata

1 10
2 8
3 7
4 6
5 5
6 4
7 3
8 2
9 1
Sampai ke garisan penamat dalam masa 50 minit
1

Kedudukan rumah dalam pertandingan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang
terbanyak. Piala Pusingan akan di Anugerahkan kepada rumah yang mendapat Johan .
TREK LARIAN
Semua murid dikehendaki berlari mengikut trek yang ditentukan mengikut kategori yang
telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Murid yang berlari mengikut trek yang salah
akan dikira batal.

LALUAN MERENTAS DESA


(SILA RUJUK LAMPIRAN)

JURI RAYUAN
Sebarang bantahan tentang keputusan pertandingan hanya boleh dilakukan melalui Ketua
Guru rumah kepada Juri Rayuan yang telah dilantik dengan bayaran pertaruhan sebanyak
RM 50.00 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya pihak berkenaan gagal
dalam aduannya. Segala Keputusan Pertandingan akan disahkan muktamat oleh Juri
Rayuan.

PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA


i. Peserta tidak harus mendapat bantuan di sepanjang perlumbaan.
ii. Para peserta yang didapati menganggu atau memintas peserta peserta lain dengan
tujuan melengahkan kelajuan lawan mereka
iii. Peserta yang tidak mengikut trek kejohanan merentas desa yang telah ditetapkan
iv. Sebab-sebab lain yang dapat membawa kemudaratan kepada peserta
ATURCARA PERTANDINGAN
7.30 pagi : Murid bertolak dari sekolah
8.00 pagi : Murid tiba (aktiviti memanskan badan)
Semua guru bersedia di tempat masing-masing

Mula 8.15 pagi : Lelaki Pendidikan Khas dan Tahun 4


8.25 pagi : Lelaki Tahun 5 & 6
8.35 pagi : Perempuan Pendidikan Khas dan Tahun 4
8.45 pagi : Perempuan Tahun 5 & 6

10.15 pagi- 10.30pagi : Rehat

10.3 0pagi- 11.00pagi : Khidmat Masyarakat

11.00 11.30 tgh : Ucapan Aluan


Ucapan PK Kokurikulum
Ucapan Guru Besar
Penyampaian Hadiah.
11.30 tgh : Bersurai
AHLI JAWATANKUASA MERENTAS DESA
AHLI JAWATANKUASA MERENTAS DESA
PERINGKAT SK BAGAN JERMAL 2017

TARIKH : 11 MAC 2017


MASA : 7.30 PAGI 11.30 PAGI
TEMPAT : TAMAN REKREASI ROBINA, TELUK AIR TAWAR
1. JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM

Penasihat
Tn. Hj. Kamaruzaman B. Salim PJK [Guru Besar Cemerlang]

Pengerusi 1
En. Ghazali B. Abdul Hamid [GPK Ko-Kurikulum]

Pengerusi 2
Tn. Hj. Mohd. Idris B. Othman [GPK Kurikulum]

Pengerusi 3
En. Marzukhi B. Ramli [GPK Hal Ehwal Murid]

Pengerusi 4
Pn. Suhaida Bt. Zakaria [GPK Pendidikan Khas]

Setiausaha
Mohammad Haziq bin Mahmood

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA


MERENTAS DESA PERINGKAT SK BAGAN JERMAL 2017

PENASIHAT : TN. HJ. KAMARUZAMAN BIN SALIM PJK (GURU BESAR)

PENGERUSI : EN GHAZALI BIN ABDUL HAMID (GPK KO-KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI : EN MARZUKHI BIN RAMLI (GPK HAL EHWAL MURID)


TN. HJ. MOHD IDRIS BIN OTHMAN (GPK KURIKULUM)
PN SUHAIDA BT ZAKARIA (GPK PENDIDIKAN KHAS)
SETIAUSAHA : EN MOHD NAIM B. ZAHIDI
PEN.SETIAUSAHA : EN. MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD
PENGURUS TEKNIK : EN. MOHD ROHAIZAD BIN MUSTAFA
PERSIAPAN LITAR/ PELEPAS : EN. RUZAIDIN BIN GHAZALI

PENCATAT/ PENGADIL :
PN. ALIZA BINTI ISHAK (TAHUN 4 L)
PN. FAUZIAH BINTI MAT NOOR (TAHUN 4 P)
PN ZALINA BT MD SHAHIDI (TAHUN 5 L)
PN RUZAIHAN BINTI HASSAN (TAHUN 5 P)
PN. ROSNANI BINTI MAT (TAHUN 6 L)
PN. SITI ZAUYAH BINTI HAMZAH (TAHUN 6 P)
PN. SITI SALMAH BINTI IBRAHIM (PEMULIHAN KHAS)

PEGAWAI STESEN : PN NORFATIHAH SAEDAH BINTI NIK ABD RAHMAN


SAAD (CP 1)
PN. JULINA SUSILA GEORGE SAMUEL
PN. ZATY MUNAWIRAH BT MOKHTAR (CP 2)
PN. SHARIMAH BINTI ISMAIL
CIK SARIPAH NORIDA BINTI SYED ASMI (CP 3)
PN. AZLINA BINTI ABDUL LATEH
EN JAIS BIN MOHAMED (CP4)
EN. HASHIDI B MD NOOR@HARUN
EN HAILMI BIN ABD HALIM
PN. NURSYAKIRAH BINTI HARUN (CP5)
PN. IZZATI MULYANI BINTI ZAKARIAH
PN NASHIRAH BINTI ABD GHAPAR(CP 6)
PN. NURHIDAYAH BINTI AHMAD
EN. SALLEH BIN ZAKARIA (CP7)
EN MOHAMAD HAFIZ BIN MD SAAD
PN NABIHAH BINTI OSMAN (CP8)
PN. N. ZAKIYATIL FAKHIRAH BT KAMARUDDIN
EN MOHD SOHAIRI BIN REJAB (CP9)
EN. AZIZI BIN SALLEH
EN. NOORHAMRULNIZAM BIN ABD HADI (C10)
EN MOHD NAIM B. ZAHIDI
EN NORAMIN BIN ADNAN (CP11)
EN. MAHAMAD ZAMRI BIN DARUS

PERONDA : EN MOHD ZAIHAL BIN YAACOB


ZAMANI BIN JAIANI
EN FAHMI MANSOR
EN NOORHAMRULNIZAM BIN ABD HADI

DOKUMENTASI : PN JANNATONSHIMA BT ABDULLAH


PN THAHIRAH BT MOHD RODZI

HADIAH : PN RUHAINAZURA BT MOHD NOR


PN. JAMILAH BINTI SHOIB

PERTOLONGAN CEMAS : PN. HAFIDZAH BT AHMAD


PN. NORAFIDAH BT MOHD SAMAIRY

JURUKAMERA : EN. ZAMANI BIN JAIANI \


PN ZARINA BT MOHD YUSOFF

KAWALAN MURID :
AHLI JAWATANKUASA PENGANGKUTAN/ KAWALAN MURID:
KELAS NAMA GURU

TAHUN 4 PN NOOR SYAHIDA BINTI MD ZUKI(4E)

PN. NOORLIZA BINTI KAMALUDIN(4I)

PN. ROHANI NOOR (4C)

TAHUN 5 PN. SHUHAILI BINTI ISMAIL (5E)

PN. SITI AJAR BINTI SHAARI (5I)

PN SURIATI BINTI SAIKORT ALI (5C)

TAHUN 6
PN. HARISUN BINTI MAT ISA(6E)

CIK ROSLAILI BINTI MOHAMAD (6I)

PN. RAHANI BINTI EUSOF (6C)

PENDIDIKAN KHAS
PN FAIROS BT AHMAD

MAKANAN DAN MINUMAN/ (MURID DAN GURU):


: PN. KAVITHA SHANMUGANATHAN
PN. NOR ZAMZIRA BT AHMAD
PN. NADIA AFIFI BT DAUD
AJK KHIDMAT MASYARAKAT / KEBERSIHAN:
EN. RUZAIDIN BIN GHAZALI
PN. NORFASIHA BT SAIDIN
PN. FAIROS BT AHMAD
PN. KARTINI BT MOHAMAD
PN. NORHAYATI BINTI ISMAIL

AJK PERALATAN : EN. MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD


PN. EZLINOR FAIZAH BT OTHMAN
PN NOORFAIROS BT NORSHAH

PANDUAN TUGAS GURU


JAWATANKUASA SENARAI TUGAS

Pengurus Pasukan 1. Menyediakan peserta-peserta rumah masing


2. Menyedia dan menentukan nombor peserta
3. Mengawasi disiplin peserta rumah masing-masing
Persiapan Tempat 1. Menyediakan dan mengemaskan semula tempat penamat pertandingan iaitu lorong
penamat, kerusi dan meja pencatat mengikut kelas dan kategori peserta.

Setiausaha dan 1. Menyediakan borang keputusan pertandingan, Kad pemenang dan kad Check Point.
Pen.Setiausaha 2. Membuat laporan pertandingan dan menyerahkan kepada PK Kokurikulum dalam masa
seminggu selepas pertandingan
Hadiah 1. Menempah, memastikan hadiah mencukupi untuk setiap acara.
2. Membuat persiapan dan upacara penyampaian hadiah apabila kejohanan tamat.

Pelepas 1. Melepaskan peserta untuk permulaan

Referi Pelepas 1. Membawa peserta ke tempat mula mengikut Kelas dan kategori yang telah ditetapkan pada masa
yang ditentukan.
2. Memberi isyarat kepada pelepas untuk memulakan pertandingan

Pengacara Majlis 1. Mengacarakan majlis penyampaian hadiah setelah kejohanan tamat.

Kecemasan 1. Menyediakan alat bantuan kecemasan.


2. Memberi bantuan yang sewajarnya lepada pesakit.

Hakim 1. Memberikan kad hakim kepada pemenang mengikut nombor kemenangan dan kad untuk mata
rumah
Iaitu No. 1 hingga No.60

Ketua Hakim 1. Memberi taklimat kepada hakim dan penjaga masa (Pencatat)
2. Mempastikan semua keputusan pertandingan diperolehi dan menyerahkannya kepada pengacara
majlis untuk penyampaian hadiah.

Pencatat dan penjaga 1. Mencatat nama dan rumah pemenang mengikut nombor kad keputusan hakim,
masa 2. Merekod mata rumah mengikut masa yang ditentukan oleh hakim
3. Mengambil masa pemenang pertama pertandingan mengikut kelas dan kategori yang diarahkan
untuk mencatat( berada di tempat permulaan untuk mengambil masa permulaan).

Pengurus trek 1. Mempastikan trek selamat digunakan dan semua guru yang bertugas di check point telah bersedia.
2. Memberitahu Referi pelepas untuk acara di mulakan.
3. Menentukan dan memberi arahan jurutunjuk bagi setiap kategori.
Jurutunjuk Arah 1. Bersedia dengan motosikal dan membawa bendera amaran kepada orang awam (Bendera Merah)
2. Menjadi tujuk arah laluan bagi kategori yang diarahkan oleh pengurus trek.

Penjaga stesen/ check 1. Berada di tempat check point (Stesen) yang ditentukan sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal
point. sebelum masa kejohan bermula
2. Berada di kedudukan yang sesuai di check point bagi mempastikan keselamatan murid
3. Mengawal dan mempastikan lalulintas di kawasan tersebut selamat untuk laluan murid.
4. Memberi arahan kepada murid sekiranya mereka berlari secara yang membahayakan.
PENUTUP
Diharapkan Kejohanan Merentas Desa SK Bagan Jermal 2017 berjalan dengan lancar dan
mengikut prosedur seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Seterusnya, kejohanan ini akan menjadi penanda aras dalam meningkatkan
kecemerlangan murid ke tahap yang lebih baik demi melahirkan insan yang berdaya saing dan
berguna pada masa depan.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,


. .. .
(Mohammad Haziq) (Ghazali B. Abdul Hamid) (Tn. Hj. Kamaruzaman B. Salim PJK)
Setiausaha Sukan GPK Ko-Kurikulum Guru Besar Cemerlang
SK Bagan Jermal SK Bagan Jermal SK Bagan Jermal