Anda di halaman 1dari 2

Nama: Thenmoze a/p Ramachandran

REFLEKSI

Saya sangat besar hati kerana dapat menjayakan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Saya
bersama dengan ahli kumpulan telah merancang suatu projek sukaneka untuk anak-anak yatim di
Rumah Kebajikan Arutjyothi Vallalar. Saya telah menghadapi sedikit masalah semasa membuat
perancangan projek Sukaneka terutamanya semasa mencari maklumat tentang Rumah Kebajikan
Anak-anak yatim tetapi saya telah mempelajari nilai kesabaran dan bertanggungjawab atas kewajipan
yang diberi. Akhir sekali, nilai-nilai yang saya pelajari daripada projek ini dapat menjadi panduan hidup
saya pada masa hadapan.

Nama: Rubaa a/p Rajandran

Refleksi

Saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan kumpulan yang diberi oleh
pensyarah. Saya telah menghadapi beberapa cabaran dalam usaha untuk menjayakan tugasan ini.
Setelah menempuh cabaran-cabaran dengan tabah akhirnya saya dapat mempelajari nilai toleransi
dan tekun semasa melaksanakan tugasan yang diberi. Saya juga dapat meningkatkan nilai
profesionalisme perguruan semasa merancang projek Sukaneka. Saya sedar bahawa sebagai
seorang guru ilmu seperti ini perlu diperolehi supaya ia menjadi pedoman pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai