Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang


Sektor Penilaian Dan Peperiksaan Tel : 04 2631472
Tingkat 3, Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh Downing Faks : 04 2611726
10300 George Town, Pulau Pinang Laman Web : www.moe.gov.my
__________________________________________________________________________________________

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : JPNPP(PEP)600-1/2 Jld. 2(015)
4 April 2017_
Tarikh : 7 Rejab 1438H

Pengetua
SMK Permatang Tok Jaya
Guru Besar
Semua Sekolah Rendah (Kerajaan)
Pulau Pinang

Tuan,
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2017
BENGKEL KERJA PENCALONAN PETUGAS PEPERIKSAAN
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang akan mengadakan bengkel kerja tersebut mengikut ketetapan seperti berikut:-

Tarikh/Hari/Masa Daerah Tempat

10 April 2017 (Isnin) SMKA (P) Al-Mashoor


Timur Laut
9.00 pagi - 4.00 petang (Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 6)
11 April 2017 (Selasa) PPD Barat Daya
Barat Daya
8.30 pagi - 4.30 petang (Bilik Mesyuarat PPDBD)
12 April 2017 (Rabu) PPD Seberang Perai Utara
Seberang Perai Utara
8.30 pagi - 4.30 petang (Bilik Seminar PPDSPU)
13 April 2017 (Khamis) PPD Seberang Perai Tengah
Seberang Perai Tengah
8.30 pagi - 4.30 petang (Bilik Mesyuarat PPDSPT)
14 April 2017 (Jumaat) PPD Seberang Perai Selatan
Seberang Perai Selatan
8.30 pagi - 4.30 petang (Bilik Seminar PPDSPS)

3. Sehubungan dengan itu, Setiausaha UPSR sekolah tuan diwajibkan hadir dan
membawa perkara berikut ke bengkel kerja:
3.1 Borang Cadangan Pencalonan Petugas Peperiksaan UPSR 2017 (SPP/17)
(Telah dilengkapkan serta disahkan oleh Pengetua/Guru Besar)
3.2 Komputer riba (laptop) dilengkapi Microsoft Access KECUALI versi 2013
3.3 Pemacu data (pendrive)
3.4 Wayar penyambung (extension wire)
4. Peserta layak membuat tuntutan perjalanan kepada pihak penganjur berdasarkan
Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.

AO/mhh 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan


Sila catatkan rujukan jabatan ini apabila berhubung
NO. RUJUKAN: JPNPP(PEP)600-1/2 Jld 2 (015)
________________________________________________________________________________________
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2017
BENGKEL KERJA PENCALONAN PETUGAS PEPERIKSAAN
__________________________________________________________________________________ _____

5. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut berkaitan perkara di atas sila hubungi
En. Azman Bin Omar di talian 04-2631472 samb. 111. Tuan juga boleh menghubungi Pegawai
Peperiksaan Daerah di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA

Saya yang menurut perintah,

(ABDUL RASHID BIN ABDUL SAMAD)


Ketua Sektor
Sektor Penilaian Dan Peperiksaan
b.p. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
No. Tel : 04-2631472
No. Faks : 04-2611726
E-mel : rashidsamad@jpnpp.edu.my

s.k. Semua Pegawai Pendidikan Daerah


(u.p : Pegawai Peperiksaan Daerah)

Anda mungkin juga menyukai