Anda di halaman 1dari 11

Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

PENDAHULUAN
Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang
kerap menghadapi masalah. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan
emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas harian mereka. Kanak
-kanak yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu
bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress dalam kalangan ibu bapa tersebut.
Berbagai -bagai lagi keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi kepada seseorang
individu.
Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Dalam satu
kes, seorang pelajar yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah mengeluh sering
sakit kepala, sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada
perasaan resah dan kurang yakin yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu
dengan jayanya.
Dalam satu kes lain pula, seorang kanak -kanak berusia enam tahun dibawa ke klinik
kerana sering kencing malam sejak sebulan yang lalu. Apabila diperiksa, kesihatannya
didapati memuaskan tetapi apabila diselidik keadaan psikososial keluarganya, didapati
bahawa si ayah telah pergi berkursus ke luar negeri selama enam bulan dan kanak -kanak
ini amat rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat
perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi akhirnya menyebabkan dia sering kencing
malam dan mencuri barang kawan-kawannya di tadika.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi
sebagai gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan
keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Gangguan emosi juga
dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai
emosi yang tidak stabil. Khususnya, gangguan emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi
yang menunjukkan satu atau lebih karakter oleh murid-murid. Gangguan emosi ini akan
menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid dan merupakan satu
perkara yang serius pada usia persekolahan sekaligus menyebabkan stress kepada murid-
murid.
Sehubungan dengan itu, seseorang guru perlu memahami emosi pelajar dan
sentiasa saling menerima antara satu sama lain kerana emosi pelajar perlu dikekal atau
dipertingkatkan dengan pengajaran guru yang lebih bersifat pembimbing di sisi.

TANDA-TANDA AWAL GANGGUAN EMOSI


Perasaan dan emosi seperti sedih, ketawa, dan takut akan mencorakkan warna
kehidupan, membentuk sikap, dan personaliti seseorang. Emosi yang dialami oleh
seseorang akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk tingkahlaku bagi memenuhi
kepuasan seseorang. Emosi seseorang boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses
pembelajaran.

Emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang


individu sejak lahir sehinggalah meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi
dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang
diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya.
Kebiasaannya seseorang khususnya seorang murid yang berasa emosinya
terganggu akan menunjukkan tanda-tanda awal seperti :-
Tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
Pencapaian akademik yang semakin merosot
Duduk dalam keadaan yang tidak selesa
Suka termenung, berkhayal, dan berkelakuan ganjil
Cepat marah, suka bergaduh, dan kerap berbohong
Konsep kendiri yang lemah
Emosi juga mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar
dilihat dalam kehidupan murid kini iaitu :-
Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
Mengungkapkan dan memahami perasaan
Mengendalikan amarah
Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
Kemampuan untuk menyesuaikan diri
Disukai oleh orang lain
Semangat setiakawan
Keramahan
Sikap hormat-menghormati
Bukan itu sahaja, terdapat dua jenis emosi iaitu positif dan negatif. Emosi yang
tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah,
dan bersemangat, manakala emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang
mempunyai nada yang negatif seperti cemas, marah, sedih, rasa bersalah, dan sebagainya.

Secara umumnya, gangguan emosi berkisar pada persoalan emosi takut dan
kecemasan. Takut sebagai reaksi terhadap situasi yang berbahaya dan cemas sebagai
terjemahan daripada rasa takut tersebut. Pelbagai jenis fobia merupakan emosi takut yang
berlebihan, misalnya takut akan tempat tinggi, takut kegelapan, takut air, dan pelbagai rasa
takut yang lain lagi. Sementara itu gangguan kecemasan mencakupi antara lain gangguan
panik, fobia social, gangguan obsesif-kompulsif, gangguan stress pasca-trauma, dan
gangguan kecemasan umum.
Selain daripada itu, gangguan emosi juga boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan
iaitu, gangguan emosi ringan, gangguan emosi sederhana, dan gangguan emosi
berat. Gangguan Emosi Ringan merupakan gangguan peringkat ringan yang biasanya tidak
terlalu kelihatan ciri-ciri dari luarannya. Pada peringkat ini berkemungkinan setiap murid
dapat mengawal diri masing-masing. Namun begitu, jika diteliti secara mendalam, biasanya
pertumbuhan emosinya tidak sesuai dengan tahap umur yang seharusnya dialami oleh
seorang murid.
Manakala Gangguan Emosi Sederhana merupakan gangguan emosi yang agak lebih
kelihatan jika dibandingkan dengan emosi yang ringan. Pada kebiasaannya perasaan
marah, takut atau pun sedih yang seharusnya menjadi perkara normal jika terjadi kepada
murid.
Sementara itu, Gangguan Emosi Berat biasanya kelihatan jelas sekali dari luar. Ini
kerana tingkahlaku murid yang kelihatan janggal dan tidak seperti tingkahlaku biasanya.
Ketika murid sedang marah, murid itu akan mengamuk, menjerit bahkan ada yang menyakiti
dirinya sendiri.
Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daipada pelbagai faktor.
Menurut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait rapat dengan gangguan
emosi dalam kalangan murid, antaranya ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam
keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru, dan lain-lain lagi.
Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah
yang tidak kondusif, sebagai contoh gangguan emosi tersebut mungkin berpunca daripada
masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk
melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua
Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Rusnani Abdul Kadir yang mendapati
bahawa kecenderungan kea rah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur
rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat
daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan menganggu emosi mereka.

Ini disebabkan oleh keadaan sekolah yang sesak yang membawa kepada fizikal
kelas menjadi padat sekaligus menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Malah
keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering menganggu proses
pengajaran dan pembelajaran dan secara langsung menganggu murid yang ingin belajar
seterusnya akan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.
Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga menjadi punca murid mengalami gangguan
emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan besar dan penyesuaian
dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif yang
melibatkan diri sendiri atau orang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif
seperti penderaan, penceraian, kematian, dan lain-lain manakala peristiwa hidup yang positif
seperti perkahwinan, kenaikan pangkat, yang memberi kesan kepada emosi seseorang
murid. Peristiwa sedemikian menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya
menunjukkan tindak balas fizikal, emosi, dan juga tingkah laku. Dari segi emosi pula, murid
akan berasa susah hati, murung, sedih, dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, pengaruh keluarga juga memberikan kesan dan menjadi punca
gangguan emosi terhadap murid tersebut. Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh, dan
kurang mesra, bercerai akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-
kanak yang tidak stabil. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak
berlainan di antara satu dengan yang lain seperti ada yang menjadi kaku, ada juga yang
meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga
yang mesra antara satu sama lain, demokratik, dan ibu bapa yang memenuhi keperluan
kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang
melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi,
ketabahan, dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Di samping itu, pada peringkat sekolah rendah, emosi murid juga melibatkan
pengaruh rakan sebaya. Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh
yang sikit jika dibandingkan dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar.
Minat mereka lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak
popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam
perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan
melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan
menyeronokkan. Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat,
baik hati manakala murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan akan
berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut, dan menjauhkan diri dari rakan sebaya.
Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam
menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.
Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi murid. Tindakan guru
yang tidak memahami masalah murid mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa
memberikan perhatian, sokongan, dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan
perhatian, kanak-kanak ini mungkin menjadi hiperaktif, sering menganggu kanak-kanak lain,
dan merayau-rayau sesuka hatinya. Tingkah laku tersebut akan menjejaskan program-
program yang telah diaturkan. Kanak-kanak sebegini perlu mendapatkan penilaian yang
terperinci bagi mengenal pasti ciri-ciri kelemahan dan kekuatan yang dimilikinya.
Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa sangat penting bagi guru untuk mengawal
emosi di bilik darjah agar mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif. Faktor emosi juga dapat dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses tersebut.
Tidak dinafikan bahawa seorang murid memenuhi kebanyakan masa menuntutnya di
bangku sekolah. Oleh itu, suasana bilik darjah memainkan peranan terpenting dalam
mengawal dan memupuk emosi murid selain suasana keluarga di rumah.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI GANGGUAN EMOSI


Murid yang mengalami gangguan emosi harus dibantu. Mereka tidak seharusnya
dibiarkan mengalami sesuatu masalah secara berterusan yang akhirnya memberikan kesan
kepada perkembangan mental dan menjejaskan pencapaian akademik mereka.
Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami
gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan
sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak
menguruskannya dengan baik. Walaupun kebanyakan daripada masa mereka dihabiskan
bersama guru di sekolah, tetapi ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk
menentukan perkembangan emosi murid.
Pengaruh ibu bapa dalam membentuk tingkah laku dan personaliti murid boleh
ditentukan dengan cara didikan semenjak dari kecil lagi. Ibu bapa seharusnya boleh
memainkan pelbagai peranan dalam membentuk disiplin dan peribadi anak-anak. Peranan
berkesan yang sepatutnya dimainkan oleh ibu bapa di rumah adalah dengan melakukan
sesuatu yang positif untuk keharmonian kekeluargaan. Ibu bapa seharusnya dapat
mengimbangi peranan mereka samada di rumah, tempat kerja, dan dalam masyarakat.
Keseimbangan ini amat perlu supaya segala tekanan akan dapat diatasi. Ini penting kerana
hubungan antara tingkah laku dan personaliti anak-anak adalah dipengaruhi oleh cara
didikan ibu bapa mereka.
Di samping itu, memang tidak dinafikan bahawa seorang murid memenuhi
kebanyakan masa menuntutnya di bangku sekolah. Oleh yang demikian, peranan guru dan
pihak sekolah menjadi sangat penting dalam menyusun aktiviti kurikulum untuk menyemai
pembentukan emosi yang positif dalam kalangan murid. Faktor kawalan, pembentukan, dan
gangguan emosi murid dapat dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah Gaya Kepimpinan Demokratik, di mana
ia bermaksud guru berkongsi tanggungjawab dengan murid akan sentiasa memberikan
galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.
Guru seterusnya boleh membantu untuk mengawal emosi murid dengan membantu
mereka berasa sebahagian daripada bilik darjah. Pakar psikologi pernah mengatakan
bahawa hasrat hati manusia adalah menjadi sebahagian daripada alam social dan perasaan
intelektual. Oleh itu, guru perlu menggerakkan keinginan murid untuk melibatkan diri dalam
sebarang aktiviti. Interaksi sekurang-kurangnya dua hala adalah amat diperlukan dalam
sesuatu pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ada murid yang berasa terpinggir ketika
dalam kelas. Melalui cara ini setiap murid pasti akan dapat mengawal emosi dan sekaligus
dapat memberikan tumpuan kepada pembelajaran yang sedang berlaku.

Selain daripada itu, guru juga dapat mengawal emosi murid dengan menekankan
nilai-nilai murni. Penerapan nilai-nilai murni boleh dilaksanakan ketika memberikan
penekanan kepada kepentingan mewujudkan hubungan personal dan social dalam
kalangan murid. Guru perlu memberikan nasihat dan bimbingan yang sewajarnya terhadap
proses interaksi sosial yang melibatkan murid semasa aktiviti pembelajaran dan
memberikan layanan yang saksama terhadap semua murid tanpa membezakan setiap
murid. Sehubungan dengan itu emosi murid tidak akan terganggu dan apabila emosi
terkawal maka kedua-dua pihak iaitu guru dan murid berpeluang berbual-bual tentang
perasaan mereka sekaligus memudahkan lagi penerimaan terhadap proses pembelajaran
yang dilaksanakan.
Apabila guru dapat mengawal emosi murid, maka guru dapat menjelaskan apa yang
perlu dipelajari oleh murid melalui penerangan yang jelas dan terperinci. Situasi sebegini
akan mewujudkan kerjasama antara guru dengan murid, Kebolehan guru mengawal emosi
bilik darjah sangat penting kerana ini akan memberikan peluang kepada murid untuk
berkomunikasi dengan guru. Malah, ini akan mendorong seseorang guru mengamalkan
tingkah laku yang efektif dan berkualiti serta berupaya membentuk emosi yang stabil dalam
kalangan murid.
Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa pembentukan emosi yang positif
dalam kalangan murid memerlukan kemahiran, keupayaan, dan komitmen yang tinggi
daripada guru-guru. Kejayaan memasuki dunia murid dapat menghasilkan persefahaman
dengan murid khususnya dalam usaha untuk emosi yang mesra ketika bersama dengan
murid dalam sesuatu proses pembelajaran. Akhirnya, dua pihak yang terlibat akan saling
bersedia untuk berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama untuk menjayakan matlamat
pembelajaran di samping membentuk emosi positif dalam kalangan mereka yang terlibat.
HAK ASASI KANAK-KANAK
Kewujudan undang-undang yang memperuntukkan perlindungan terhadap kanak-
kanak bukanlah satu perkara yang baru. Sejarah menunjukkan bahawa beberapa negara
seperti Amerika Syarikat dan England telah mempunyai undang-undang dan perkhidmatan
kebajikan kanak-kanak bagi melindungi kanak-kanak yang didera atau diabaikan seawal
abad ke 17 dan 18 sebagai contoh, dapat dilihat dari kes yang berlaku pada tahun lepas
2014, di mana pasangan ibu bapa Azizul Rahim Awaluddin dan isterinya Shalwati Nor
Shal telah dijatuhkan hukuman kerana telah memukul anak mereka yang meninggalkan
solat. Kejadian ini menunjukkan bahawa wujudnya undang-undang yang melindungi kanak-
kanak di negara luar.
Sektor pendidikan mesti menunjukkan kepimpinan dan keberanian dalam
mempertahankan hak semua kanak-kanak untuk pendidikan, penjagaan, dan perlindungan.
Sekolah-sekolah dan pihak berkuasa pendidikan mesti membenarkan kanak-kanak dan
remaja untuk memberikan respon yang efektif terhadap pelbagai cabaran yang mereka
hadapi di dunia pada hari ini.
Pendidikan menyeluruh adalah satu hak asasi manusia. Oleh itu adalah menjadi
tanggungjawab pemerintah untuk menyediakan pendidikan yang baik dan ia akan
menghasilkan pertimbangan sosial yang baik kepada semua lapisan masyarakat, termasuk
kanak-kanak. Menurut Hak Asasi Manusia, setiap warganegara layak mendapat peluang
pendidikan di mana :-
i. Semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama
ii. Kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi
iii. Orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang yang
terselamat di sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan
iv. Tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan
mereka.
Di samping itu, menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan
sebagai individu yang berumur di bawah 18. Hak kanak-kanak pula adalah hak-hak yang
telah disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the
Rights of the Children). Semua kanak-kanak tanpa mengira keupayaan dan ketidakupayaan,
jantina, sosial, ekonomi, kebudayaan, latar belakang etnik, dan agama serta taraf kesihatan
mereka mempunyai hak yang sama rata untuk kualiti pendidikan, penjagaan, dan
perlindungan.
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak juga telah menggariskan beberapa
panduan yang harus dipatuhi oleh negara-negara di seluruh dunia. Antara hak kanak-kanak
yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut :-

i. Perkara 2
Negara-negara pihak hendaklah menghormati dan memastikan bahawa hak-hak yang
dinyatakan dalam Konvensyen ini diberikan kepada setiap kanak-kanak dalam bidang kuasa
mereka tanpa apa jenis diskriminasi, tanpa mengira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama,
pandangan politik atau pandangan lain, warganegara, asal-usul etnik atau sosial, harta,
hilang upaya status kelahiran atau status lain kanak-kanak itu ibu bapanya atau penjaganya
yang sah.
ii. Perkara 3
Dalam segala tindakan berkenaan dengan kanak-kanak sama ada yang diaku janji oleh
institusi kebajikan masyarakat awam atau swasta, mahkamah, pihak berkuasa pentadbiran
atau badan perundangan, kepentingan terbaik kanak-kanak itu hendaklah menjadi
pertimbangan utama. Negara-negara pihak mengaku janji untuk memastikan kanak-kanak
itu diberi perlindungan dan jagaan yang diperlukan bagi kesejahteraannya
iii. Perkara 6
Negara-negara pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia
ada untuk hidup.
iv. Perkara 13
Negara-negara pihak hendaklah memastikan kanak-kanak setakat yang sebanyak mungkin
boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak hendaklah berhak kepada
kebebasan bersuara, termasuk kebebasan untuk mencari, menerima dan menyampaikan
semua jenis maklumat dan idea, tanpa mengira sempadan, sama ada secara lisan, bertulis
atau cetakan, dalam bentuk lukisan atau melalui apa-apa media lain yang dipilih oleh kanak-
kanak.
v. Perkara 19
Negara-negara pihak hendaklah mengambil segala langkah perundangan, pentadbiran,
social dan pendidikan yang sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada semua
bentuk keganasan fizikal atau mental, kecederaan atau penderaan, pengabaian atau
pelakuan cuai, penganiayaan atau eksploitasi termasuk penderaan seksual, semasa dalam
jagaan ibu bapa, penjaga di sisi undang-undang.
vi. Perkara 23
Negara-negara pihak mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak kurang upaya secara
mental atau fizikal patut menikmati kehidupan yang sepenuhnya dan dihormati dalam
keadaan yang memastikan kemuliaan, menggalakkan sikap tidak bergantung, dan
memudahkan penglibatan aktif kanak-kanak itu dalam komuniti.

vii. Perkara 28
Negara-negara pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan dan dengan tujuan
untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama,
mereka hendaklah, secara khususnya :
Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua
Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam pelbagai bentuk, termasuk
pendidikan umum dan vokasional, mengadakan pendidikan itu terbuka kepada tiap-tiap
kanak-kanak dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan
percuma
viii. Perkara 29
Negara-negara pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah dihalatujukan
kepada :
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada
tahap potensi yang paling tinggi
Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa, dan
nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara
yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya
sendiri.
Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi
prinsip-prinsip yang termaktub KONVENSYEN mengenai Hak kanak-kanak dalam Piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang
bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan
persahabatan dalam kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan
orang yang asl usulnya penduduk asli
Perkembangan rasa hormat bagi alam sekitar semulajadi
ix. Perkara 30
Dalam Negara di mana wujudnya minoriti etnik, agama, atau linguistik atau orang-orang
yang asal-usulnya penduduk asli, seseorang kanak-kanak yang tergolong dalam minoriti
sedemikian atau ialah penduduk asli tidaklah boleh dinafikan hak, dalam komuniti dengan
anggota kumpulannya lain, untuk menikmati kebudayaannya sendiri, untuk menganut dan
mengamalkan agamanya sendiri atau untuk menggunakan bahasanya sendiri.

x. Perkara 32
Negara-negara pihak mengiktiraf hak kanak-kanak untuk dilindungi daripada eksploitasi
ekonomi dan daripada menjalankan apa-apa kerja yang berkemungkinan berbahaya atau
menganggu pendidikan kanak-kanak itu, atau adalah mendatangkan keburukan kepada
kesihatan kanak-kanak atau perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan atau
soial.
xi. Perkara 34
Negara-negara pihak mengaku janji untuk melidungi kanak-kanak daripada segala bentuk
pengekspoitasian seks dan penderaan seksual. Bagi maksud ini, negara-negara pihak
hendaklah secara khusus mengambil segala langkah kebangsaan, dwi pihak dan berbilang
pihak yang sewajarnya untuk mencegah :
Dorongan atau paksaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti seks
yang menyalahi undang-undang
Penggunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalam pelacuran atau apa-apa amalan
seks yang menyalahi undang-undang
Penggunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalam persembahan dan bahan lucah
Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan kesejahteraan kanak-
kanaknya, Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-
konvensyen yang berikut :-
Konvensyen hak Asasi Kanak-kanak : 19 Mac 1995
Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita : 4 Ogos 1995
Konvensyen Penghapusan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum untuk diambil bekerja)
: 1997
Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang paling
teruk) : 10 November 2000
Konvensyen menentang Jenayah Terancang Transnasional : 26 September 2002
(ditandatangani)
Pada peringkat kebangsaan, Malaysia menyatukan tiga undang-undang
perlindungan kanak-kanak dan mahkamah juvenil yang terdahulu untuk membentuk Akta
Kanak-kanak 2001 (Child Act 2001) yang menjadikan laporan penganiayaan kanak-kanak
mandatori. Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas.
Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat penting kerana kepada merekalah
segala harapan dan cita-cita Negara disandarkan selaku bakal pemimpin di masa hadapan.

Kanak-kanak juga adalah golongan yang perlu diberi perlindungan kerana di dalam
keadaan-keadaan tertentu, mereka mungkin terdedah kepada pelbagai bahaya sama ada
menjadi mangsa atau terlibat dengan perlakuan jenayah. Menyedari hakikat ini, maka
pertimbangan utama di dalam segala tindakan, baik dari segi emosi dan peruntukan
undang-undang yang menyentuh hal ehwal kanak-kanak, maka adalah tanggungjawab
semua pihak untuk memelihara kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Sebagaimana yang diketahui umum, pihak yang terlibat secara langsung dengan
pembesaran dan pembangunan diri kanak-kanak adalah ibu bapa atau penjaga serta guru
di sekolah. Ibu bapa atau penjaga dan guru telah diberi tugas serta tanggungjawab utama
untuk membentuk keperibadian kanak-kanak kerana mereka mempunyai impak yang besar
terhadap perkembangan anak-anak di dalam jagaan mereka. Ibu bapa atau penjaga dan
guru adalah mereka yang saban hari bercampur gaul dan sentiasa berada di sisi anak-anak.
Oleh itu, pasti banyak perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak daripada orang yang
menjaganya. Oleh yang demikian, sebagai guru di sekolah, mereka sepatutnya berupaya
memainkan peranan yang sewajarnya bagi membantu perkembangan emosi kanak-kanak
dan memberikan perlindungan sepenuhnya kepada mereka mengikut peruntukan undang-
undang yang ada.