Anda di halaman 1dari 1

ENGENALAN

PENGENALAN

Bab ini akan memberikan fokus kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi dan
membincangkan tekanan stres yang dihadapi oleh guru, punca stres di tempat kerja,
langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menengani tekanan stres. Terdapat
perbezaan antara gangguan emosi dengan tekanan emosi. Gangguan emosi akan berlaku
tidak lama sekiranya tindakan diambil dengan segera. Jika berlarutan, gangguan emosi ini
akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan gangguan mental.
Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan
daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kemmenterian demi
meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti
pengajaran guru kian dipersoalkan dan diuturakan sebagai punca kemerosotan pretasi
pelajaran. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan peradigma dalam
kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru.
Sama ada guru dapat menghadapi cabaran-cabaran ini bergantung kepada cara guru
menyediakan diri untuknya.
Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai
tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas
harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas
dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan
faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran
yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan emosi.
Selain itu, bab ini juga menjelaskan hak kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak
Kanak-kanak Sedunia 1989. Seterusnya huraian berkenaan hak kanak-kanak di Malaysia
diutarakan berdasarkan beberapa peruntukan perundangan.