Anda di halaman 1dari 1

Penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan bukanlah lagi satu perkara

asing lagi bagi guru dan pelajar-pelajar. Ini adalah kerana penggunaan peta minda dalam proses
penulisan karangan memang sesuai digunakan dan mempunyai banyak kelebihan. Menurut Loo
(2012), antara kelebihan menggunakan peta minda dalam menulis karangan adalah seperti berikut:

1. menjimatkan masa dalam menghasilkan rangka karangan.

2. cara yang berkesan untuk mencari isi-isi karangan sebelum mula menulis.

3. membantu pelajar mengingat idea-idea dengan lebih mudah.

4. pelajar berasa yakin ketika menulis karangan kerana idea-idea yang berhubung-kait dalam
rajah pemetaan didapati membantu pelajar menulis karangan dengan lebih lancar.

5. Kemampuan dalam menjelaskan isi dan fakta dalam sesebuah karangan adalah lebih
berkesan dan kukuh kerana perkara-perkara yang terbentuk dalam rajah pemetaan itu
menjadi cabang utama dan seterusnya disokong oleh cabang-cabang kecil yang terbina
daripada idea-idea yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai