Anda di halaman 1dari 1

Kajian tindakan ini bertujuan melihat kefahaman dengan menggunakan Kaedah

Cantum, Buat dan Kongsi dalam menggunakan alatan jahitan di sekolah. Reka Bentuk
kajian ini dibentuk menggunakan kualitatif dan kuantitatif. Seramai 6 orang peserta
kajian telah dipilih dari sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting, Johor. Peserta kajian
untuk kajian tindakan ini, terdiri daripada kelas 4 Perdana. Data dikumpulkan
berdasarkan pemerhatian, temubual dan ujian. Sebanyak 3 instrumen kajian
digunakan bagi mengutip data iaitu, pemerhatian , temubual dan ujian. Aspek
pemerhatian dilaksanakan dengan menggunakan borang pemerhatian dan kaedah
temubual pula dilaksanakan berdasarkan soalan berkaitan alatan jahitan. Manakala
ujian pula, mengandungi soalan berkaitan dengan tajuk alatan jahitan. Data analisis
menggunakan excel. Analisis dijalankan dengan menggunakan pemerhatian, temubual
dan ujian. Pemerhatian dianalisis mengunakan manual dari merekod gerak-gerik murid
di dalam kelas. Bagi instrumen temubual analisis dibuat menggunakan cara manual.
Maklum balas peserta kajian ditulis oleh pengkajia. Bagi instrumen ujian pula, analisis
dibuat menggunakan excel. Dapatan kajian menunjukkan kaedah kaedah Cantum,
Buat dan Kongsi dapat membantu guru menguruskan masa dalam mengajar kemahiran
menggunakan alatan jahitan. Semua peserta kajian telah berjaya menggunakan alatan
jahitan dengan betul. Selain itu, kaedah Cantum, Buat dan Kongsi ini dapat
menunjukkan peningkatan dari daya ingatan, kefahaman memahami nama dan fungsi
alatan jahitan dan juga menbantu dari menggunakan alatan jahitan dengan cara yang
betul dan tepat. Kesimpulannya, kaedah Cantum, Buat dan Kongsi dapat membantu
Kementerian Pendidikan Malaysia, guru-guru RBT dan murid-murid di sekolah.