Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3 :

Tarikh : 4 September 2016

Masa : 9:15 a.m 10:15 a.m (60 minit)

Tahun : 3 Teratai

Bil. Murid : 33 orang

Mata pelajaran : Matematik

Bidang Pembelajaran : Sukatan dan Geometri

Tajuk : Masa dan Waktu

Standard Kandungan : 10.1 Menyatakan waktu dalam jam


dan minit.

Standard Pembelajaran : (i) Menyatakan waktu dalam jam dan minit.

(ii) Membaca dan merekod waktu semasa, sebelum dan


selepas bagi sesuatu aktiviti.

(iii) Membina jadual aktiviti harian.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat :

a) menyatakan waktu dalam jam dan minit dengan betul dan tepat dalam
tugasan yang diberikan.

b) membaca dan merekodkan waktu semasa sebelum dan selepas dengan betul
dalam jadual soalan.

c) menjawab sekurang-sekurangnya 80% dengan betul dalam lembaran kerja


yang diberikan.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui cara membaca jam dan dapat
membezakan waktu siang dan malam.

Bahan Bantu Belajar : kad gambar, model jam, lembaran kerja

(EMK) : Keusahawanan
Nilai-nilai murni : kerjasama, patuh arahan, dan perkongsian idea

Kemahiran Berfikir : penyelesaian masalah , berkomunikasi, membanding

dan membezakan.

Langkah Pengajaran :

FASA DAN MASA ISI KANDUNGAN DAN CADANGAN CATATAN


CADANGAN AKTIVITI KOMUNIKASI
Pengenalan : Masa dan Guru : perhatikan jam ini, BBM :
Persediaan Waktu Apa yang dapat Model jam, lirik
Pemerhatian dan kamu lihat pada lagu
analisis a. Guru menayangkan ini?
( 9 minit ) sebuah model jam dinding Berapa bentuk KB :
di hadapan kelas. jarumkah yang Komunikasi,
telah kamu lihat?
Nyatakan nama
NILAI :
ciri setiap jarum
Perbincangan
yang kamu lihat.
dan perkongsian
idea

b. Seterusnya, guru
menunjukkan lirik lagu
Aktiviti saya menggunakan
melodi ABC di papan putih.
*lirik lagu*

Setiap hari bangun pagi,


Cepat-cepat pergi mandi,
Jagan lupa berus gigi,
Solat Subuh, sarapan pagi,
Pergi sekolah senang hati,
Pulang rumah tengah hari,
Makan, minum, ulangkaji,
Waktu petang main guli,
Pulang rumah jalan kaki,
Tidur lepas gosok gigi,
Selamat malam jumpa lagi.

c. Murid dibimbing
menyanyikan lagu.
Guru: Apa yang kamu
d. Guru menanyakan murid faham tentang lirik ini ?
tentang lirik lagu tersebut.

Menyatakan waktu : Guru : Gambar tentang BBM :


a. Guru menunjukkan kad apakah ini ? Kad gambar,
gambar berkaitan dengan Kad masa
waktu bagi aktiviti harian
Imaginasi tertentu, contoh : Guru : Pukul berapa KB :
Penjanaan Idea kamu bangun dari tidur ? Pemikiran
( 16 minit ) kreatif,
penyelesaian
masalah
6:30
pagi Nilai :
Patuh arahan

b. Guru menunjukkan kad


gambar yang lain dan
meminta murid untu
menyatakan waktu bagi
aktiviti yang dilakukan.
c. Murid diminta untuk
menerangkan waktu dan
aktiviti yang dilakukan di
hadapan kelas.

d. Guru membimbing murid


untuk mengenal pasti waktu
mengikut jam yang betul.

Permainan membuat BBM :


jadual aktiviti harian : Guru : Bentukkan lima Rangka
kumpulan ? jadual(kertas
a. Murid dibahagikan mahjung), kad
kepada 5 kumpulan berlima gambar, kad
Perkembangan . masa
Penambahbaikan b. Setiap kumpulan
/ Nilai diberikan rangka jadual KB :
( 20 minit ) seperti berikut : Penyelesaian
masalah,
Waktu Aktiviti Guru : wakil kumpulan komunikasi
sila tampil kehadapan
untuk mengambil sampul Nilai :
surat Kerjasama
c. Wakil kumpulan
hendaklah ke hadapan
kelas kelas untuk
mengambil sampul yang
berisi kad gambar aktiviti
dan kad masa.
Contoh :

Guru : Selesaikan
tugasan yang dibrikan
dalam kumpulan.

6:30 8:30
Guru : setiap kumpulan
pagi petan hantar wakil untuk
g membentangkan hasil
d. Seterusnya , murid kerja.
dikehendaki melekatkan
kad tersebut pada rangka
jadula yang disediakan
dengan mengikut waktu
dan gambar yang betul.

e. Guru menerapkan nilai


menetapi masa semasa
membinbimg murid
menjalankan aktiviti.

f. Setiap kumpulan akan


membentangkan hasil kerja
mereka di hadapan kelas.

Aktiviti pengukuhan dan Guru : sila siapkan BBM :


rumusan : tugasan yang diberikan Lembaran kerja
Tindakan dalam masa 10 minit. .
Pelaksanaan a. Guru mengedarkan Nilai Murni :
( 15 minit ) lembaran kerja kerja Guru : boleh kamu teliti
kepada murid-murid untuk membuat rumusan
menyiapkannya dalam 10 tentang pembelajaran KB :
minit. hari ini? penyelesaia
b. Bincangkan hasil kerja di masalah dan
dalam kelas. komunikasi
c. Guru meminta beberapa
orang murid untuk
membuat rumusan tentang
pembelajaran hari ini.

Pentaksiran Pemerhatian berterusan terhadap respon sepanjang proses pengajaran


dan pembelajaran dengan penyoalan.

Berdasarkan kepada kemampuan dan keupayaan menjawab soalan dalam


Lembaran Kerja.