Anda di halaman 1dari 5

TEORI

Pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya
dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu pelajar akan berubah
dan menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru. Drisoll(1994) menghuraikan bahawa
pembelajaran pula adalah satu proses pembaharuan prestasi secara berterusan dalam diri
manusia hasil interaksi pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah satu proses
perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat latihan
sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran itu adalah
satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia melalui pengalaman. Pada
asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan kepada teori-teori
pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada konstruktivitisme,
behaviorisme, kognitif dan humanistik. Pengalaman ilmu pengetahuan yang diperolhi dalam
proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat yang menghasilkan satu
perubahan tingkahlaku manusia.

Teori Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan


tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidikan berpendapat setiap individu
membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Teori
Konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana
manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan
secara meluas dalam mata pelajaran Sains. Menurut Susan (1994), konstruktivisme bukan satu
konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah,
sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan. Secara umumnya, konstruktivisme boleh
dianggap sebagai satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia belajar. Intipatinya
adalah meneliti bagaimana manusia membina kefahaman dan pengetahuan melalui
pengalaman pembelajaran dan melihat semula (membuat refleksi) pengalaman tersebut.

Teori kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan,
pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler,
Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan Gagne. Mereka semua berpendapat proses pembelajaran
adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan
secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses celik akal, pemprosesan maklumat
menggunakan struktur dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid.
Semua maklumat yang di terima di padankan dengan makluamat yang sedia ada, diubahsuai
dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang baru. Secara umumnya
istilah kognitif mencakupi bidang psikologi manusia atau kajian berkaitan perilaku mental yang
berkaitan pemahaman, pemerhatian, pertimbangan, pengolahan, penyelesaian, pertimbangan,
perkiraan, pemikiran dan keyakinan. Secara ringkas kognitif menekankan pendekatan pada
proses mental dalaman. Kesemua maklumat yang diterima akan diproses melalui pemilihan,
perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Semua ini,
akan diubah dan disusun semula.

Teori behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlovdan dikembangkan oleh Thorndike
dan Skinner,berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah
laku. Teori Behaviorisme pula menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor
yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara persekitaran
dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk
menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Teori pembelajaran
mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan jugapemerhatian yang dilakukan ke atas
haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Merekamenumpukan ujian
kepada perhubungan antararangsangan dan gerakbalas yang menghasilkanperubahan
tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran akanmempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik
atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan,
dikawaldan diramal.

Teori humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan
perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu
mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklahdirancang dan disusun
mengikut kehendak danperkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaska nbahawa
setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.
Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka
dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
KAEDAH YANG BERSESUAIAN

KAEDAH SOKRATIK

Asal usul perkataan Sokratik adalah daripada Socrates iaitu seorang ahli falsafah Yunani sekitar
tahun 470 - 300 S.M yang terkenal dengan cara pemikirannya melalui pertanyaan dan sentiasa
memberikan hujah pada setiap jawapannya. Konsep utama dalam pembelajaran Kaedah
Sokratik adalah guru mengutarakan pelbagai soalan kerana dengan soalan tersebut, pelajar
akan terdorong untuk berfikir bagi menjawab soalan-soalan tersebut. Aspek yang paling
ditekankan dalam pembelajaran Kaedah Sokratik ini adalah mendorong pelajar berfikir untuk
membina konstruk dalam mempelajari sesuatu. Apabila pelajar kerap berfikir, secara tidak
langsung akan menjadikannya bersifat inkuiri atau dengan lebih jelas lagi ialah sifat ingin tahu
yang tinggi (Tikva, 2010). Salah satu kaedah yang sering digunakan dalam pembelajaran
Sokratik adalah berdialog. Tujuan berdialog adalah bagi membincangkan sesuatu
permasalahan untuk mencari penyelesaian yang pelbagai yang mana pembelajaran ini lebih ke
arah pembelajaran kendiri (Birnbacher, 2004). Lazimnya dialog adalah interaksi antara dua
individu tetapi apabila berlaku pembelajaran dalam kelas, guru mengubah interaksi kepada
dialog secara berkumpulan.

Antara kelebihan penggunaan kaedah sokratik adalah supaya pelajar lebih bermotivasi untuk
melibatkan diri dalam pembelajaran. Penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran adalah satu perkara yang amat penting untuk diambil kira. Sekiranya penglibatan
pelajar tidakmemuaskansecara tidak langsung objektif tidak dapat dicapai dengan baik.
Keyakinan diri pelajar juga akan meningkat denga adanya kaedah sokratik kerana kaedah ini
menggalakkan mereka untuk menyampaikan idea dan pendapat masing-masing di dalam
proses pembelajaran.

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah kami buat, kami menerapkan kaedah
sokratik di dalam aktiviti yang pertama iaitu guru bersoal jawab dengan murid mengenai isi
kandungan petikan Bunga Kebangsaan Kita. Para pelajar telah memberi respon yang baik
apabila banyak jawapan yang telah diberikan. Ini menunjukkan bahawa kaedah Sokratik ini
sememangnya berjaya merangsang pemikiran murid dengan lebih baik. Keyakinan diri murid
juga meningkat apabila mereka berani memberi pendapat berdasarkan petikan yang telah kami
berikan kepada mereka. Kaedah sokratik menjadikan satu proses yang berkesan dalam
pengurusan perbincangan kelas dan pelajar mampu mendapatkan pengalaman yang berharga
apabila mereka melibatkan diri dalam perbincangan tersebut.

KAEDAH KOPERATIF

Menurut Seamah (2009), pembelajaran koperatif merupakan suatu kaedah yang


menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ia merupakan satu teknik
pembelajaran dalam kumpulan kecil yang melibatkan kerjasama, interaksi, perbincangan dan
penyertaan pelajar dalam aktiviti atau projek yang dijalankan. Pembelajaran koperatif merujuk
kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama
dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Pada tahap
definisi ini, mungkin ramai menganggap bahawa kaedah kolaboratif dan koperatif merupakan
kaedah yang hampir sama. Namun, mengikut John Myers (1991), pembelajaran koperatif
mementingkan proses bekerjasama dalam pembelajaran manakala pembelajaran koperatif
menegaskan hasil atau produk pembelajaran.
Antara kelebihan yang dapat dilihat ialah membina hubungan interaksi sosial yang lebih
baik. Seperti mana yang diketahui, di dalam sesebuah kelas, terdapat pelbagai jenis murid-
murid seperti murid yang banyak bercakap dan juga kurang bercakap. Melalui kaedah
pembelajaran kolaboratif ini, secara tidak langsung ia mampu untuk membina sebuah
hubungan interaksi sosial yang baik. Murid-murid yang kurang bercakap lama-kelamaan akan
mula bercampur dengan murid-murid yang lain di dalam kelas sewaktu pembelajaran. Hal ini
memberikan faedah kepada murid-murid dengan memberikan keyakinan dan berani untuk
bercakap. Selain itu, kaedah ini juga mampu untuk membina sikap sentiasa menghargai orang
lain. Di dalam sebuah perbincangan, sudah tentu pelbagai idea akan dikeluarkan oleh setiap
ahli kumpulan. Ahli setiap kumpulan akan dilatih untuk menghargai idea-idea dan sumbangan
daripada ahli-ahli kumpulan yang lain.

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah kami buat, kami menerapkan
kaedah koperatif di dalam aktiviti yang kedua iaitu kami membahagikan pelajar kepada lima
kumpulan kecil. Kemudian , satu tugasan untuk membuat peta I-Think telah diberikan kepada
mereka untuk disiapkan bersama-sama. Semasa proses menyiapkan tugasan yang diberikan
secara berkumpulan, pastinya akan berlaku konflik di antara ahli kumpulan. Tanpa sedar, setiap
pelajar secara tidak langsung akan belajar bagaimana untuk menguruskan konflik yang berlaku
melalui penyelesaian konflik itu bersama-sama. Secara tidak langsung murid-murid belajar
kemahiran penyelesaian masalah di samping menjalankan aktiviti pembelajaran. Para pelajar
juga menunjukkan pemikiran yang lebih kreatif. Hal ini kerana mereka sentiasa mendengar
pandangan yang berbeza-beza daripada setiap ahli kumpulan dan daripada sinilah otak mereka
akan sentiasa bergerak dan menjana untuk menjadi seorang insan yang lebih kreatif.

KAEDAH KONTEKSTUAL

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), Pembelajaran Kontekstual ialah satu


kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan. Pembelajaran
Kontekstual menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on
(mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran yang pelbagai. Pembelajaran
dikatakan berlaku apabila murid dapatmemproses maklumat yang disampaikan dengan cara
menggabungkan ataumenghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baharu
secarabermakna. Pembelajaran berlaku dalam minda dan kemudian diterjemahkan
secaranyata sama ada melalui kata-kata, perlakuan atau hasilan. Pengalaman sedia ada murid
itu melibatkan peraturan bahasa, adat budaya persekitaran sosial, psikologi,alam fizikal, amalan
kehidupan, sekolah, tempat kerja atau tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya.

Antara kelebihan dan sebab Pendekatan Kontekstual perlu dalam Pengajaran dan
Pembelajaran adalah kerana kaedah ini menggalakkan pendidik memilih dan membina
persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-pengalaman yang mereka lalui
seberapa banyak yang boleh. Pengalaman-pengalaman yang dilalui termasuklah dari aspek
sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Melalui
persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak
dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Penghayatan konsep diperolehi melalui
proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Cara tradisional tidak menggalakkan
pembelajaran yang mampu membina minda pelajar ke arah pemikiran saintifik seperti mana
yang dirasakan amat perlu dikuasai setiap pelajar bagi membolehkan mereka menghayati
pelajaran sebagai budaya kehidupan seharian. Cara penyampaian guru menggunakan kaedah
kontekstual secara langsung dan terus, sama ada secara sedar atau tidak, mahu atau tidak
mahu, akan membantu guru mengajar dan membantu pelajar mempelajari setiap matapelajaran
secara berkesan.

Anda mungkin juga menyukai