Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM JOM TUTUP AURAT

Nama Program : Program Jom Tutup Aurat


Aktiviti : 1. Tayangan Slide berkaitan pakaian yang sopan dan
menutup aurat
Tarikh : 12 September 2014
Masa : 5.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Balai Islam Al-Huda SK Sungai Pusu.
Kumpulan Sasaran : Semua Murid Tahun
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam
Objektif :

1. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kewajipan menutup


aurat yang wajib diikuti oleh seluruh umat Islam.
2. Memberi penjelasan kepada para pelajar berkaitan ketidakjelasan atau
ketidakfahaman mereka tentang kaedah atau konsep menutup aurat di
dalam Islam ( yang sebenar ).
3. Meninjau persepsi pelajar tentang kewajipan menutup aurat,
seterusnya mengenal pasti tahap pengetahuan mereka tentang konsep
menutup aurat yang sebenarnya mengikut syariat Islam
4. Memberi penjelasan kepada pelajar kebaikan menutup aurat.

KANDUNGAN PELAPORAN

Pada 12 September 2014 Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan


satu program tentang kempen Jom Tutup Aurat khusus kepada pelajar
tahun 3 bertempat di Balai Islam Al-Huda SK Sg Pusu. Sasaran adalah
murid tahun 3 kerana peringkat umur mereka yang akan meningkat
dewasa (baligh).Ini kerana ramai yang berpakaian menutup aurat tetapi
tidak menepati syariat dan lebih kepada mengikut fesyen dan sesuai
dengan peredaran zaman. Alhamdulillah program ini telah berjaya
dijalankan dan mencapai matlamat sepertimana yang dikehendaki.
Komitmen dan kerjasama daripada semua murid, guru dan warga sekolah
sama ada secara langsung ataupun tidak amatlah dihargai dan diucapkan
jutaan terima kasih.

Kekuatan pelaksanaan program yang dijalankan.

1
Pelaksanaan program mendapat sokongan padu dari pentadbir sekolah
dan juga jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.

i. Program dijalankan di Balai Islam Al-Huda (Surau sekolah)


secara tidak langsung dapat mengimarahkan lagi surau
tersebut.
ii. Mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pelajar.
v. Mendapat kerjasama yang baik dari guru-guru lain.

Kelemahan yang berlaku sebelum,semasa dan selepas


program.

i. Masa yang diperuntukkan agak pendek, dengan itu sedikit


sahaja aktiviti dapat dijalankan.
ii. Keadaan murid pasif ( melihat tayangan slide semata-mata )
iii. Kawalan disiplin yang rendah semasa aktiviti berjalan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Menyediakan perancangan yang lebih awal dan teliti agar setiap


program yang dijalankan lebih tersusun.
2. Peruntukan masa program yang lebih panjang supaya lebih
banyak aktiviti dapat dijalankan.
3. Murid diberikan aktiviti yang lebih menarik supaya kawalan
disiplin dapat diatasi seperti sesi lakonan, tunjuk cara, model
dan sebagainya.

Disediakan oleh :

________________________
Mahizun binti Mohaimin
Pelapor Program Aurat 2014