Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Penghargaan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Pertama sekali, Syukur ke


Hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya diberi kesempatan untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya kerana banyak kemudahan-
kemudahan yang telah diberikan-Nya kepada saya, Alhamdulillah.

Seterusnya, saya selaku guru pelatih daripada kelas pengajian P1B,


Muhammad Muaz bin Mohamad Bajuri ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada kedua ibu bapa saya, Mohamad Bajuri bin Gazali dan Janariah binti Nijar
kerana telah memberikan dorongan dan sokongan yang begitu padu kepada
saya terutamanya dalam menghadapi kemelut yang melanda dalam kehidupan
saya. Sumbangan beliau dari segi kewangan tambahan untuk membeli printer
dan laptop saya adalah teramat penting bagi menyempurnakan tugasan ini.

Kemudian, tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada


pensyarah kami yang mengajar subjek Perkembangan kanak-kanak iaitulah Puan
Intan Zalinda Ahmad Zaini yang bijaksana lagi prihatin terhadap kami. Terdapat
benyak idea-idea yang telah beliau sumbangkan serta banyak mengingatkan
kami supaya tidak menangguh-nangguhkan kerja kursus ini khas dan kerja
kursus lain-lain amnya.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan


seperjuangan saya yang banyak membantu saya terutamanya Ahmad
Fakhruddin bin Ahmad Sobri dalam mencari buku rujukan, sumber-sumber yang
lain, idea-idea yang bernas, dan memberikan kerjasama yang terbaik dalam
penghasilan tugasan kerja kursus ini.

1
2.0Pengenalan

2.1 Konsep dan prinsip asas perkembangan kanak-kanak

Menurut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan suatu proses


berterusan dari peringkat lahir sehingga mencapai peringkat kematangan.
Mengikut kajian ahli psikologi, kajian manusia dari aspek perubahan jasmani,
kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu
faktor baka dan faktor persekitaran. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan
yang asasnya merupakan perubahan fizikal tubuh badan. Manakala konsep
perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental.

Dari aspek jasmani, secara pertumbuhannya dapat diperhati dengan


melihat bertambahnya saiz badan, berat, gigi, organ deria dan lain-lain. Secara
perkembangannya pula boleh dilihat dari kemahiran menggunakan pertumbuhan
fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar dan sebagainya. Sementera itu dari
aspek mental pula, secara pertumbuhannya dapat dilihat dengan bertambahnya
keupayaan berfikir kanak-kanak tersebut. Perkembangannya pula dapat dilihat
dari kemahiran berfikir, mengingat, menaakul dan sebagainya. Aspek yang
ketiga iaitu aspek emosi, secara pertumbuhannya dapat dilihat dari wujudnya
perasaan takut, gembira, sedih dan sebagainya. Perkembangannya pula dapat
dilihat dari kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Aspek yang
terakhir iaitu sosial, secara pertumbuhannya dapat dilihat dengan meluasnya
perhubungan komunikasi dan pergaulan dengan orang-orang lain.
Perkembangan aspek sosial pula bagi kanak-kanak boleh dilihat dengan
wujudnya kemahiran mendisiplinkan dan penyesuaian diri dalam berinteraksi
dan bergaul bersama masyarakat luar.

2.2 Prinsip asas perkembangan kanak-kanak

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam Perkembangan Kanak-


Kanak Edisi Kedua, prinsip asas perkembangan kanak-kanak dapat dibahagikan
kepada 5 jenis. Prinsip asas perkembangan yang pertama ialah proses
perkembangan ini berlaku mengikut aturan. Sebagai contohnya pada
permulaannya seorang bayi pada mulanya boleh duduk dengan bantuan,
kemudian merangkak dan seterusnya diikuti dengan kebolehan berdiri dan

2
seterusnya berjalan tanpa dipimpin. Perkembangan juga dapat dilihat dari
perkembangan konkrit kepada abstrak. Iaitu bayi atau kanak-kanak hanya
mampu membayangkan sesuatu yang berada di hadapan mereka sahaja, namun
akhirnya dapat memikirkan sesuatu yang lebih kompleks iaitu yang sukar untuk
digambarkan.

Prinsip kedua perkembangan kanak-kanak ialah perubahan dalam


pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada
yang lebih spesifik. Pertumbuhan secara lahiriahnya akan berlaku dari otot-otot
yang besar dahulu sebelum berlakunya perkembangan ke otot-otot halus.
Sebagai contohnya seorang bayi hanya mampu menggengam sesuatu objek
dengan tangannya tanpa menggerakkan jari, namun setelah sekian lama dia
mampu memegang sesuatu dengan jari-jemarinya seperti memegang sebutir
kacang dengan jari telunjuk dan ibu jarinya.

Prinsip ketiga perkembangan kanak-kanak ialah pertumbuhan dan


perkembangan adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan. Ini
bermakna perkembangan kanak-kanak adalah suatu proses yang berterusan
selagi mereka hidup. Sebagai contoh sesuatu kemahiran asas pada waktu kecil
akan menjadi suatu kemahiran yang lebih rumit dan kompleks di masa hadapan.

Prinsip keempat perkembangan kanak-kanak ialah, corak dan aturan


perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia
berbeza untuk setiap individu. Ini kerana adanya perbezaan individu dalam
setiap masyarakat walaupun mungkin mempunyai umur yang sama. Sebagai
contohnya perkembangan kanak-kanak dari merangkak kepada berjalan.
Mungkin ada sesetengah bayi dapat merangkak dalam 18 bulan, namun ada
juga yang mengambil masa yang lebih lama. Ini semua bergantung kepada
faktor baka dan persekitaran kanak-kanak tersebut.

Prinsip kelima dalam perkembangan kanak-kanak ialah perkembangan


adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. kematangan
adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya
merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-
faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau
identifikasi dan memerlukan usaha.

3
Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan
potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf
anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang jika
berlatih atau meniru cara-cara berenang.

Mok Soon Sang (2009) telah menyatakan bahawa secara keseluruhannya


perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama
iaitu peringkat bayi iaitu berumur 0 hingga 2 tahun. Peringkat awal kanak-kanak
iaitu berusia sekitar 2 hingga 6 tahun. Manakala peringkat ketiga ialah peringkat
kanak-kanak iaitu berusia 6 hingga 11 tahun. Setiap peringkat kanak-kanak
tersebut biasanya mengalami perkembangan yang unik dalam aspek-aspek
seperti psikomotor, mental, emosi, sosial dan bahasa.

Selain itu Mok Soon Sang turut menghuraikan keadaan pertumbuhan,


pertumbuhan berlaku dari dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke
tepi. Pada kebiasaannya struktur fizikal wujud mendahului kemahiran fungsinya.
Corak pertumbuhan setiap individu adalah sama namun yang membezakannya
hanyalah kadar bagi setiap individu. Pertumbuhan pada kebiasaannya berlaku
sehingga mencapai tahap hadnya, tetapi perkembangan berlaku tanpa
mempunyai had sehinggalah seseorang individu itu meninggal dunia.
Pertumbuhan dan perkembangan saling bersaing dan berinteraksi. Pertumbuhan
jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan
social. Ciri-ciri pertumbuhan boleh dikelaskan kepada beberapa peringkat seperti
pralahir, bayi, awal kanak-kanak, pertengahan kanak-kanak dan sebagainya.

3.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-


kanak

Daripada beberapa sumber, terdapat 6 faktor utama yang mempengaruhi


perkembangan kemahiran berbahasa kanak-kanak iaitu, umur. Kesihatan,
jantina, kecerdasan, keluarga dan alam sekitar. Dari segi umur, perbendaharaan
kata kanak-kanak akan bertambah apabila meningkat usia. Hal ini disebabkan
adanya hubungan rapat antara umur dan kematangan terutama sekali alat suara
dan akal. Kanak-kanak tidak bercakap selagi belum matang.

Seterusnya, dari sudut kesihatan pula, Perkembangan bahasa kanak-


kanak akan terganggu jika kesihatannya terganggu terutamanya dalam masa 2
tahun pertama. Ini kerana kanak-kanak yang sakit kurang aktif dan letih. Jadi

4
mereka kurang mendapat rangsangan alam sekitar dan kelancaran pertuturan
akan terganggu.

Selain itu, jantina juga menjadi peranan dalam hal ini. Secara amnya,
kanak-kanak perempaun lebih cepat bercakap dibandingkan dengan kanak-
kanak lelaki. Ini disebabkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak
perempuan lebih cepat berbanding lelaki. Oleh itu alat suara kanak-kanak
perempuan lebih cepat matang. Sebab itulah percakapan kanak-kanak
perempuan lebih mudah difahami. Selain itu mereka lebih banyak
perbendahaaan kata. Kesannya kanak-kanak perempuan lebih banyak bercakap
dan lebih cepat membaca. Namun bagi sesetengahnya kanak-kanak perempuan
ada juga yang lambat mengalami perkembangan bahasa.

Walau bagaimanapun, ianya juga bergantung kepada kecerdasan kanak-


kanak tersebut. Kecerdasan dan kebolehan bahasa seseorang amat berkait
rapat. Jika dilihat pada kanak-kanak yang cerdas, mereka lebih cepat bercakap
dibandingkan kanak-kanak yang lemah. Namun, tidak bermakna kanak-kanak
yang lambat bercakap tidak cerdas akalnya. Kanak-kanak yang tahap
kecerdasannya lebih tinggi mempunyai sifat istimewa kerana dapat memerhati
dan memahami erti perkataan dan percakapan.

Dan akhir sekali, ia juga bergantung kepada keadaan sesebuah keluarga.


Secara amnya, perkembangan bahasa kanak-kanak berstatus tinggi dan
sederhana akan lebih cepat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak
berstatus rendah. Selain daripada itu, perbendaharaan kata mereka juga lebih
tinggi. Saiz sesebuah keluarga juga mempengaruhi. Andai kata jika kanak-kanak
itu anak tunggal maka lebih cepat bercakap dan lebih banyak berinteraksi
dengan ibu bapa serta mandapat layanan yang cukup. Manakala anak yang
ramai adik-beradik akan lebih kerap bercakap sesama sendiri maka
perbendaharaan katanya sedikit.

5
4.0 Kajian terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak

Di dalam kajian ini, saya telah memilih seorang kanak-kanak (Sila rujuk
lampiran 1) sebagai responden saya. Disebabkan, kanak-kanak tersebut adalah
adik saya sendiri, maka, mudahlah saya untuk menyiapkan tugasan ini. Kaedah
yang saya gunakan untuk mendapatkan hasil kajian ini adalah dengan membuat
rujukan, temu ramah dan soal selidik dengan secara tidak formal.

Takrif bahasa

Bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:87), adalah satu sistem
lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan
satu kelompok manusia. Secara mudahnya, bahasa adalah merujuk kepada
percakapan kita yang memberikan makna kepada orang yang mendengarnya.
Bahasa juga merujuk sesuatu identiti sesebuah bangsa dan negara. Contohnya,
bahasa Malaysia adalah suatu bahasa yang menjadi suatu kelaziman kepada
bangsa Melayu dan masyarakat Malaysia. Apa yang menarik, ketawa, tangisan,
mimik muka dan sebagainya juga adalah sebahagian daripada bahasa, malah

6
ianya adalah bahasa antarabangsa dan universal penggunaannya dalam
kalangan seluruh manusia tidak kira bangsa dan negara. Walau bagaimanapun,
bahasa bukanlah hanya terhad kepada sistem lambang bunyi suara sahaja, akan
tetapi ia merangkumi segala simbol yang boleh difahami oleh semua orang
seperti seseorang yang berkehendak memanggil kawannya yang berada jauh
darinya dengan hanya memberi isyarat lambaian tangan sahaja sudah cukup
untuk menjadi alat komunikasi yang amat berkesan, tepat, dan menjimatkan
masa. Menurut Raminah Hj Sabran (1985), banyak dasar yang boleh dijadikan
asas untuk mendefinisikan bahasa.Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari
sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat
perhubungan atau komunikasi. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa bahasa
merupakan suatu sistem lambang pertuturan yang terdiri daripada leretan bunyi-
bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh ahli sesebuah masyarakat sebagai
alat untuk berhubung. Bahasa juga boleh dikatakan sebagai saluran bagi
membolehkan kanak-kanak menyusun dan menyatakan idea atau
pengalamannya.

Teori perkembangan bahasa kanak-kanak

Terdapat banyak teori yang menceritakan berkenaan perkembangan


bahasa kanak-kanak. Antara beberapa teori yang menjadi panduan dan uji kaji
saya ialah teori Behavioris, teori Mentalis, dan teori Interaksionalis.

Teori Behavioris

Menurut Husin Fateh Din, Teori Beharvioris menekankan kepentingan


persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori pelaziman
Operan. Teori ini dipelopori oleh B. F. Skinner (1938). Menurut Skinner,
pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau keluarga yang
lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi
ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang
diajar itu. Ganjaran yang diberikan adalah untuk mengukuhkan sesuatu
perlakuan bahasa yang betul dan telah berjaya dilakukan oleh kanak-kanak.

Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang


sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam
bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai
bahasa dengan lebih cepat. Aktiviti latih tubi dan latihan berulang kali amat

7
penting dijalankan lebih kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku
sehingga menjadi amalan kebiasaan.

Berdasarkan teori Behavioris ini, ia menekan kepada persekitaran yang


dihadapi sendiri oleh kanak-kanak tersebut. Ini bermakna apabila persekitaran
berbeza, maka kemahiran berbahasa setiap kanak-kanak juga berbeza.
Berdasarkan responden yang telah saya kaji, persekitaran responden adalah
berada di dalam keluarga yang mempunyai kedudukan sosial yang biasa-biasa
sahaja di dalam masyarakat dan situasi luar bandar atau kampung. Dan ibu
bapanya pula adalah berketurunan jawa. Oleh itu, responden memang mahir
bertutur di dalam bahasa Melayu yang cenderung kepada bunyi loghat jawa
serta menguasai sedikit demi sedikit kemahiran berbahasa jawa. Responden
tidaklah terlalu mahir bertutur di dalam bahasa jawa kerana ibu bapanya hanya
menggunakan bahasa jawa semasa bersembang dengan orang kampung di
masjid, kenduri dan sebagainya. Tetapi bertutur di dalam bahasa Melayu apabila
mereka berkomunikasi bersama anak-anak mereka. Walaupun responden
tidaklah belajar secara khusus dalam bidang bahasa jawa, malah hanya Cuma
terbiasa mendengar di sekeliling persekitarannya, dia mampu untuk mengambil
skema-skema tersebut untuk disimpan dan diaplikasikannya di dalam
kehidupannya. Oleh itu, saya bersetuju dengan teori behavioris ini yang
menyatakan bahawa Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa
dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan
lebih cepat.

Teori Mentalis

Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut teori ini pemerolehan
bahasa boleh ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti
mental. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Kognitif, iaitu menjelaskan bahawa
bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak. Oleh
itu, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.
Chomsky berpendapat, manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa
atau Language Acquisition Device(LAD). Alat ini menyebabkan manusia
mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.

Menurut Jean Piaget yang juga berfahaman Mentalis mengatakan


perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan

8
mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu
merupakan manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk
memperolehi penguasaan bahasa kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat
perkembangan kognitif.

Peringkat pertama (18 bulan 2 tahun) kanak-kanak membentuk skema


atau struktur kognitif hasil dari interaksi yang aktif dengan persekitaran.
Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Daripada umur 2
hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi
konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin
berkembang.

Peringkat kedua dalam lingkungan 4 tahun kanak-kanak sudah mula


pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang
lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7-12 tahun) iaitu sudah dapat
menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan,
pengkategorian dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai
peringkat operasi formal.

Berdasarkan teori mentalis ini, melalui pemerhatian saya selama ini


terhadap responden selaku adik saya sendiri, dia mengalami peningkatan
kemahiran berbahasa dengan baik sekali apabila dia mencapai pada umurnya 11
tahun. Hal ini kerana ia berkaitan dengan peningkatan pembelajarannya di
sekolah di samping dia telah terdedah dengan pelbagai ilmu-ilmu yang semakin
mencabar dengan penggunaan bahasa yang kelihatan hebat atau bombastic.
Dia juga adalah seorang yang suka untuk membaca buku, artikel dan melayari
internet. Pembacaannya bukanlah pembacaan yang bersahaja, tetapi dia suka
untuk membaca bacaan yang berat seperti membaca majalah solusi, Reader
Digest dan perkara-perkara yang berkaitan dengan science fiction. walaupun
dalam usia yang sangat muda iaitu 11 tahun tetapi pertuturannya adalah seperti
pertuturan orang yang matang. Selain daripada pembacaan, dia juga suka untuk
menonton cerita-cerita movie barat yang berbahasa Inggeris. Ini menyebabkan
dia, berjaya memperolehi markah yang tinggi di dalam peperiksaan bahasa
Inggeris selain berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekali. Oleh itu,
benarlah apa yang dinyatakan daripada teori ini bahawa bahasa kanak-kanak itu
merupakan manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya.

9
Teori Interaksionalis

Teori ini berkembang pada tahun-tahun 60-an dan 70-an. Terdapat


beberapa orang ahli bahasa yang mempelopori teori ini seperti Bloom,
Bowennam, Cromer dan Halliday.

Noor Aina (2007) berpendapat golongan ini kelihatan telah berpakat


dengan mengambil jalan tengah antara Teori Behavioris dan Mentalis. Mereka
bersetuju bahawa persekitaran luaran dan faktor bawaan semulajadi memainkan
peranan yang sama penting dalam proses pemerolehan bahasa oleh kanak-
kanak. Kanak-kanak selain menerima latihan bahasa yang pasif daripada ibu
bapa, mereka juga dapat memproses bahasa secara aktif kerana memiliki
struktur dalaman dalam memperolehi bahasa. Beberapa faktor seperti
persekitaran sosial, pematangan, biologi dan kognitif memainkan peranan
penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Semua faktor ini saling
berinteraksi lalu melakukan penyesuaian antara satu sama lain.

Pemerhatian saya terhadap proses perkembangan responden tersebut


adalah sama seperti apa yang dimaksudkan oleh teori Interaksional ini.
Responden mempunyai cara percakapannya tersendiri. Walaupun begitu, cara
percakapannya itu adalah terlalu hampir sama seperti cara percakapan ibunya
yang mana ibunyalah orang yang paling rapat dengannya.

Teori dan implikasi perkembangan terhadap pengajaran dan


pembelajaran guru

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, responden tersebut telah


mengasah kemahiran berbahasanya dengan pengalaman yang konkrit.
Contohnya, seperti di sekolah, guru akan menyuruh kanak-kanak untuk
membuat sesuatu aktiviti yang telah diatur dan kemudian menyuruh mereka
untuk menceritakan bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut. Selain itu,
Responden tersebut mengatakan, semasa sesi membaca, guru telah
memberikan tumpuan terhadap perkataan yang susah dan menerangkannya
dengan perkataan dan ayat yang mudah difahami olehnya. Kesannya, kemahiran
membaca dan bertutur dalam bahasa Malaysia semakin lancar dan mantap.

Selain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, implikasi


perkembangan bahasa dapat dipertingkatkan melalui penggunaan strategi

10
pengajaran yang pelbagai. Responden mengatakan bahawa guru di sekolah akan
menjadikan kanak-kanak berpasang-pasangan semasa pengajaran bahasa kedua
iaitu bahasa selain bahasa ibunda kita. Guru akan memasangkan kanak-kanak
tersebut dengan pasangan yang lebih mahir dalam kedua-dua bahasa supaya
pasangannya yang kurang mahir itu dapat meniru dan mempelajari daripada
rakannya secara langsung. Guru juga menggunakan pelbagai strategi seperti
bercerita, simulasi, dan sumbangsaran. Responden menyatakan bahawa dengan
cara inilah, mereka berminat untuk bercakap dan secara tidak langsung dapat
membantu mereka memahami pelajaran-pelajaran yang dipelajarinya di sekolah.

Akhir sekali, responden menyatakan bahawa mereka telah diberi peluang


oleh guru-guru dengan galakan supaya menggunakan bahasa. Contohnya, dalam
aktiviti kumpulan, setiap ahli diberi peluang untuk menceritakan hasil kerja
masing-masing. Galakkan pembentangan di dalam kelas adalah cara yang
terbaik untuk memberi peluang kepada kanak-kanak memberi maklumbalas
terhadap aktiviti yang dilakukan .

11
5.0 Rumusan dan cadangan

Kemahiran berbahasa adalah suatu kemahiran yang paling penting sekali


di dunia. Hampir setiap masa yang diperuntukkan di dalam kehidupan kita telah
dimanfaatkan dengan ruangan berbahasa. Bahasa yang baik mencerminkan juga
peribadi seseorang itu sejurus menggambarkan juga kebijaksanaan dan
kemuliaan seseorang. Oleh itu pendidikan awal terhadap kanak-kanak dalam
bidang penguasaan bahasa adalah peringkat yang terpenting bagi seseorang
untuk memastikan kejayaannya pada masa akan datang. Berdasarkan responden
yang saya pilih, ternyata keluarganya sangat bagus kerana menyediakan
keperluan asas dalam pendidikan kepadanya serta banyak memberikan
rangsangan yang positif kepada responden agar dia menjadi seorang yang
pandai berbahasa. Oleh itu, perlulah kita menghitung semula apa yang wajar
dilakukan kepada kanak-kanak.

Antara langkah-langkah yang perlu diketengahkan untuk


mempertingkatkan lagi kemajuan perkembangan bahasa kanak-kanak ialah
peranan ibu bapa. Mereka perlulah terus bercakap dan berbual dengan kanak-
kanak walaupun perbualan itu hanya melibatkan sebelah pihak sahaja, tetapi ia
akan menolong kanak-kanak tersebut memperkembangkan dan memperkayakan
perbendaharaan kata dan pengalaman berbahasa.

Seterusnya, luangkan masa untuk mendengar percakapan kanak-kanak.


Kanak-kanak akan mula bercakap pada tahap ini. Gaya percakapan mereka
selalunya adalah perlahan dan kadang-kadang salah. Cuba untuk tidak
memotong percakapan kanak-kanak atau menolong memberi idea kepada
percakapan mereka. Biarkan mereka meluahkan idea dan kemahuan mereka.
Sabar dan cuba fahami apa yang mereka ingin sampaikan.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah sentiasa membawa bersama-sama


anak-anak kecil mereka untuk berhadapan dengan masyarakat. Bagi orang
islam, seboleh-bolehnya, bapanya perlulah membawa anak mereka ke masjid

12
pada setiap waktu maghrib dan isya paling kurang. Hal ini kerana, kanak-kanak
tersebut pasti akan terdedah dan berjumpa dengan rakan-rakan sebayanya atau
orang tua dan sudah tentu akan ada berlaku komunikasi dua hala. Kesannya,
kanak-kanak akan lebih matang dalam perbualan mereka sedang mereka selalu
mendengar dan menyertai perbualan orang-orang tua di masjid. Amatlah kesal
kepada ibu bapa yang tidak prihatin akan hal ini terhadap anak-anak mereka
kerana setengah ibu bapa yang mempunyai kepentingan masing-masing dengan
malarang anak-anak mereka bermain di luar rumah, berkawan dengan anak
rumah jiran sebelah, dan segala aktiviti yang dapat mempertingkatkan
kemahiran berbahasa mereka. Golongan-golongan seperti ini selalunya adalah
terdiri daripada golongan-golongan yang kaya. Semua alat gajet yang canggih
seperti Iphone, Ipad, Komputer game dan yang sejenis dengannya adalah
menjadi adat bagi anak-anak mereka. Kesannya, kanak-kanak seperti ini akan
menjadi lebih pasif dalam kalangan masyarakat kerana tidak mempunyai banyak
pengalaman berkomunikasi.

Selain peranan ibu bapa, guru-guru juga penting untuk


memperkembangkan lagi kemahiran berbahasa kanak-kanak. Proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas perlulah bersifat dua hala atau berpusatkan
kepada murid. Ini adalah salah satu cara untuk memberikan peluang kepada
kanak-kanak untuk membina keyakinan dalam pertuturannya di khalayak ramai.
Guru haruslah bijak dalam menguruskan hal ini dengan memberikan galakan
kepada kanak-kanak untuk bersuara walaupun kenyataan yang dibuat oleh
kanak-kanak tersebut adalah salah kerana di situlah akan berlaku komunikasi
dua hala, iaitu guru tersebut akan memperbetulkan semula fakta tersebut
dengan penerangan yang lebih jelas dan mudah difahami pada tahap pemikiran
mereka.

Pihak sekolah dan ibu bapa hendaklah bekerjasama dalam membantu


kanak-kanak dengan memberikan mereka kepada bacaan-bacaan yang baik dan
bermanfaat. Hal ini kerana, semakin tinggi tahap kualiti buku, maka semakin
tinggi kebarangkaliannya kanak-kanak dapat bertutur dengan bahasa yang
cantik. Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka bahan bacaan yang
bermanfaat, dan yang paling kurang sekali pun adalah dengan membelikan
mereka komik yagn mudah untuk difahami dan mempunyai kualiti bahasa yang
diiktiraf. Hal ini kerana, melalui pembacaan juga akan membentuk siapa diri

13
kanak-kanak tersebut seperti pepatah Inggeris mengatakan bahawa you are
what you eat and you are what you read.

5.0 Refleksi

5.1 Pengalaman

Sepanjang saya berusaha untuk menyiapkan tugasan ini, banyak


pengalaman yang positif dan negatif yang telah saya perolehi. Tugasan ini telah
diberikan dalam tempoh yang cukup panjang mengikut kesesuaiannya.
Sekiranya kita suka bertangguh tangguh, maka kerugian dan kesibukanlah yang
akan melanda kehidupan kita. Itulah apa yang sedang saya hadapi semasa
menyiapkan tugasan ini. Dalam kesibukan dengan pelbagai tugasan yang perlu
dibuat pada masa yang sama, saya masih lagi diberikan kekuatan oleh Allah
untuk mencari sumber-sumber rujukan. Walaupun rujukan saya tidak banyak dan
bervariasi, tetapi isi yang ingin disampaikan diharapkan dapat menjawab soalan
tugasan dengan baik sekali.

Selain itu, saya merasakan bahawa perlu ada suatu perancangan strategik
yang perlu dilakukan oleh pihak IPG untuk memudahkan para guru pelatih untuk
mendapatkan maklumat dan sumber yang sahih dan relevan di perpustakaan
dan sebagainya. Sebagai contoh, berkenaan tugasan ini, untuk lebih
memperkembangkan pemikiran guru-guru pelatih, mungkin sebuah website

14
perlu diwujudkan bagi menghubungkan guru-guru pelatih di antara IPG yang lain
untk membincangkan tentang tugasan ini. Hal ini secara tidak langsung akan
membimbing guru pelatih yang tidak berapa pakar untuk melakukan tugasan ini
dapat melakukannya dengan baik.

Dalam pada itu, pengajaran yang saya pelajari semasa melakukan


tugasan ini yang pertamanya, kita hendaklah mempunyai pengetahuan yang
luas dan bersungguh-sungguh dalam meningkatkan kemahiran diri dalam
profesion perguruan. Seterusnya, kita mestilah membudayakan sikap rajin dan
bukannya sikap acuh tidak acuh dalam melaksanakan tugasan yang
diamanahkan serta tidak menangguhkan kerja yang telah diberikan.

5.2 Masalah yang dihadapi

Secara keseluruhannya, tiada masalah yang besar bagi saya bagi


menyiapkan tugasan ini. Masalah saya yang utama ialah kedangkalan dan
kecetekan ilmu saya dalam bidang ini. Tambahan pula, sumber-sumber untuk
saya dapat hanya tertumpu di perpustakaan yang mana saya perlu mencarinya
di rak-rak yang tersusun. Seterusnya, masalah yang saya hadapi adalah
keseganan saya untuk bertanyakan kepada pensyarah atau rakan-rakan untuk
mendapatkan idea-idea baharu dan bernas serta bertanya tentang perkara yang
saya kurang jelas. Hal ini mungkin kerana faktor komunikasi yang menjadi
penghalang bagi saya. Kemahiran komunikasi saya amat lemah terutamanya
komunikasi formal di dalam kelas.

5.3 Pengetahuan yang diperolehi

Tugasan ini telah membuatkan saya membaca bahan-bahan ilmiah


berkenaan ilmu keguruan seperti yang terdapat dalam laman sesawang dan
buku-buku di perpustakaan. Oleh itu, ianya sedikit sebanyak dapat
memotivasikan diri saya untuk menjadi guru yang lebih berdedikasi dan
berintegriti. Walaupun, saya lihat terdapat beberapa beban yang perlu dilalui
oleh guru semasa menjalankan tugas mereka di sekolah terutama dalam
menghadapai kanak-kanak yang mempunyai banyak ragam. Namun, kesabaran
dan istiqamah yang tinggi pasti akan membantu kita di samping mendapat
ganajaran pahala yang sangat besar di sisi Allah s.w.t..

15
Rujukan

Buku:

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2010). Perkembangan Kanak-Kanak. Cetakan


Ketiga. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan Alam
Belajar : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Bahan internet:

16
Faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Diakses pada 5
Ogos 2015 daripada http://ainulshahman.blogspot.my/2013/10/faktor-yang-
mempengaruhi- perkembangan.html

Faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Diakses pada 5 Ogos


2015 daripada http://cikguhafiz18.blogspot.my/2014/05/edu3102-
perkembangan-kanak-kanak-faktor.html

Teori interaksionalis dalam teori pemerolehan bahasa. Diakses pada 5 Ogos 2015
daripada http://atiqahaiza.blogspot.my/2013/03/teori-interaksionalis-dalam-
teori.html

Lampiran

17
Nama : Muhammad Nasyaie bin Mohamad Bajuri

Tempat tinggal : Parit 3, KG Sungai Pergam, 36100 Bagan Datoh, Perak Darul
Ridzuan.

Sekolah : SK Sungai Pergam

Adik beradik : anak kelima daripada lima adik beradik (bongsu)

Umur : (di dalam gambar masih 7 tahun)

Lampiran 1

18
19