Anda di halaman 1dari 5

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Berdasarkan temubual dibuat dengan ketua kampung Bangau-bangau Semporna,


beliau menyatakan bahawa mulanya masyarakat Bajau laut di kampung Bangau-
Bangau tidak mempunyai pegangan agama tetap kerana masyarakat ini tidak
merasakan pegangan hidup beragama dalam kehidupan mereka. Selain itu,
masyarakat ini lebih terdedah kepada kehidupan dunia maritimnya sehingga lupa
mengenai perkembangan tamadun dunia yang berkembang dari segi politik, sosial,
dan ekonomi. Tambahan pula, masyarakat bajau laut dikenali sebagai pagan atau
orang yang tidak mempunyai pegangan agama dalam kehidupan seharian.
Masyarakat ini lebih tertumpu pada aspek ekonomi seperti menangkap ikan atau
memungut hasil laut yang lain mahupun melakukan aktiviti membuat perahu
menyebabkan mereka kurang terdedah mengenai hidup beragama dan hanya
tertumpu pada budaya maritim sahaja. Walaubagaimanapun, menurut ketua
kampung tersebut budaya pagan ini tidak begitu lama dalam masyarakat bajau laut
disebabkan faktor penyebaran agama islam semakin berkembang di Sabah
termasuklah di Semporna menjadikan masyarakat bajau laut di kampung Bangau-
Bangau semakin mengenali islam dan menganut agama tersebut dengan hati yang
terbuka.

Sebelum menganut agama islam, masyarakat ini sudah tahu mengenai


agama tetapi mereka tidak memikirkan manfaat dalam menganut sesuatu agama
dan mereka hanya merasakan jika agama itu baik dan sesuai digunakan dalam
kehidupan seharian secara tidak langsung mereka akan memilih agama tersebut
tanpa berfikir panjang. Tidak hairanlah kelompok ini digelar sebagai pagan kerana
mereka hanya mengikut kemahuan dan tidak memikirkan secara mendalam
sesuatu perkara serta tidak dapat membezakan kehidupan beragama atau
sebaliknya. Namun hal ini tidak menjadi persoalan dalam mengkaji peradaban
budaya maritim di kampung tersebut. Pokok pangkalnya, bagaimana masyarakat
bajau laut di kampung Bangau-Bangau dapat mengaplikasikan agama dalam
kehidupan mereka walaupun mereka masih dipengaruhi cara hidup budaya
kemaritiman.
Setelah berlakunya perkembangan dan kemasukan agama islam di
Semporna, kampung Bangau-Bangau sudah mengorak langkah yang baru dalam
kehidupan khususnya dalam aspek agama. Berdasarkan pemerhatian yang telah
dilakukan didapati bahawa di Kampung Bangau-Bangau mempunyai masjid yang
cukup besar dan unik serta berwarna kuning, dianggarkan masjid ini dapat
memuatkan lebih kurang 100 orang. Hal ini jelas memperlihatkan bahawa
masyarakat bajau laut di kampung tersebut telah menjadikan agama islam sebagai
pegangan hidup mereka dan hanya mempercayai Tuhan yang satu. Jika
dibandingkan yang dulu mereka tidak mempercayai mana-mana agama atau
kepercayaan dalam kehidupan (Pagan), disini dapat dibezakan antara pagan dan
orang yang mempunyai pegangan agama. Selain itu juga, wujudnya kelas kafa di
kampung tersebut. Kelas kafa ini berorientasikan islam sepenuhnya dalam mendidik
dan mengajar ilmu agama kepada masyarakat kampung tersebut terutamanya
kanak-kanak dan golongan remaja. Kelas ini bertujuan untuk mendidik anak-anak
bajau laut mendalami ilmu agama islam seperti mengaji, mempelajari ilmu tauhid,
tajwid dan sebagainya. Jelaslah bahawa agama islam dapat dikembangkan dengan
baik di kampung tersebut walaupun mereka hidup dalam dunia maritim.

Beberapa penulis barat telah memberi gelaran sebagai Sea Gypsies terhadap
masyarakat bajau di Sabah menunjukkan bagaimana kehidupan mereka dahulunya
terdedah kepada kehidupan laut dan menurut Headley (1951) pula menyatakan
sedemikian, They are a colourful people in many ways, combining a skill at
weaving and wood carving with good horsemanship, and in former days a
propensity for piracy, which subsequently gave place to cattle lifting .1 Pandangan
orang barat terhadap orang bajau sangat kompleks dan melihat dari pelbagai sudut
dalam memastikan perubahan sosiobudaya masyarakat bajau di Sabah. Buktinya
berlaku akomodasi budaya orang bajau laut kepada budaya yang lebih baik
contohnya dalam aspek agama walaupun mereka tinggal di atas laut dan

1 Saidatul Nornis Bin Haji Mahali, Bahasa dan Alam Pemikiran Masyarakat Bajau, Kota Kinabalu:
Universiti Malaysia Sabah,1999,hlm. 46-47.
menjalankan aktiviti maritim, mereka mempunyai pegangan agama. Hal ini juga
sama seperti situasi perubahan tempat tinggal kerana masyarakat bajau laut
tinggal di perahu seperti diperkatakan Ketua kampung Bangau-Bangau, satu
perahu satu keluarga tetapi setelah berlakunya arus pemodenan mereka sudah
tinggal di daratan.

Kepercayaan dalam masyarakat bajau laut boleh dikenalpasti melalui


upacara yang berunsurkan ilmu mistik. Sebelum kemunculan agama, masyarakat
awal akan mempercayai unsur animisme termasuklah kaum bajau tersebut kerana
mereka akan percaya nenek moyang yang akan mengatur dan menentukan
kehidupan mereka samada melibatkan kematian, penyembahan dan upacara yang
lain. Menurut Rosnah Binti Islai dalam bukunya Interaksi Keluarga Bajau; beliau
menyatakan bahawa konsep tulah atau dalam istilah bahasa bajau kebusungan
merupakan satu konsep yang digunakan oleh masyarakat bajau dalam kehidupan.
Konsep ini membawa maksud ketulahan, sekiranya mereka melanggar pantang
larang yang ditentukan, mereka akan terkena satu tulah sebagai contoh mendapat
penyakit yang ganjil atau berlaku perkara yang tidak diingini dan dalam konsep ini
sebenarnya percaya pada makhluk lain seperti syaitan dan iblis. 2 Selain itu,
masyarakat ini juga percaya dan meminta bantuan pada jin dalam upacara tertentu
contohnya pukulan tangungguk merupakan upacara meminta bantuan dari jin.

Dalam konteks maritim pula, menurut ketua kampung Bangau-Bangau ini,


beliau menerangkan bahawa kepercayaan sebelum turun ke laut sebenarnya tidak
wujud tetapi bergantung pada keadaan laut samada suasana di laut baik atau
sebaliknya. Jika keadaan laut yang bergelora dan terdapat angin yang kuat
menandakan bahawa aktiviti menangkap ikan tidak dapat dijalankan kerana
dikhuatiri akan berlaku perkara yang tidak diingini dan tambah beliau
pula,kebergantungan kepada keberadaan ikan juga sangat penting kerana
kehadiran ikan yang banyak akan membawa keuntungan kepada nelayan sekiranya
mereka turun laut namun jika ketiadaan ikan pada waktu mereka turut ke laut
menjadikan usaha mereka rugi dan tidak mendapat sebarang manfaat. Hal

2 Rohani Binti Islai, Interaksi Keluarga Bajau, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2001, hlm. 19-
20.
sebeginilah yang menyebabkan nenek moyang dalam masyarakat bajau melarang
pergi ke laut bagi mengelakkan perkara yang membahayakan nyawa dan hanya
membuang tenaga pergi ke laut tanpa membawa hasil laut. Jelaslah bahawa
kepercayaan sebelum turun ke laut sebenarnya tidak wujud dan tiada bukti kukuh
untuk menjelaskan kepercayaan tersebut tetapi ada sebahagian masyarakat
tersebut percaya bahawa sekiranya mereka membuang takungan air dalam perahu
ke laut akan membawa perkara yang buruk kepada nelayan tersebut namun
kepercayaan ini tidak logik dan kurang jelas kerana ia direka semata-mata.

Di samping itu, kepercayaan yang lain yang digunapakai dalam masyarakat


bajau ini ialah upacara pengebumian. Upacara pengebumian dalam masyarakat
bajau laut sangat berbeza dengan masyarakat Melayu kerana upacara tersebut
telah dicampuri sedikit sebanyak unsur tahlul buktinya si mati akan dibekalkan
dengan beberapa benda yang pernah si mati gunakan sewaktu dia hidup antara
benda atau barang yang turut serta dengan si mati ialah pakaian, kasut, serpihan
perahu dan seumpamanya akan dimasukkan dalam kubur si mati. Hal ini bertujuan
untuk menghormati dan ingin menjaga hati si mati dalam kubur. Pembawaan
barangan tersebut kononnya dapat menggembirakan dan memberi keselesaan
kepada si mati. Selain itu juga, melalui kenyataan yang diberikan ketua Kampung
Bangau-bangau, ada sesetengah penduduk kampung tersebut ingin menghantar si
mati di pulau Omadal iaitu pulau yang bersebelahan dengan kampung Bangau-
Bangau dengan menggunakan perahu untuk sampai ke pulau tersebut. Hal ini boleh
dikaitkan dengan maritim kerana penggunaan perahu menjadi bukti kaitan dengan
kemaritiman akibat jarak yang agak jauh dan menyusahkan pihak keluarga si mati,
pengebumian di pulau tersebut tidak diteruskan sehingga penduduk tersebut
menggunakan kampung Bangau-bangau sebagai tempat tapak perkuburan yang
tetap. Walau bagaimanapun kepercayaan ini semakin dilupai dan terus hilang dalam
kehidupan masyarakat bajau laut kerana setelah mereka menganut agama islam,
kepercayaan ini sudah tidak dilakukan kerana mereka telah mempercayai tuhan
yang satu dan menyedari perkara-perkara berkaitan dengan unsur tahlul, ilmu
mistik, sihir merupakan perkara di luar batasan agama tersebut dan wajib
meninggalkannya.
Konsep magombok adalah salah satu kepercayaan masyarakat bajau laut
sehingga kini. Kepercayaan ini bermula daripada nenek moyang lagi dan terus
diamalkan dalam kehidupan seharian. Kaum bajau laut ini percaya pada
magombok kerana ia mempengaruhi hidup mereka bagi mengelakkan diri daripada
becana atau malapetaka. Magombok ini dijalankan mengikut musim iaitu pada
bulan 7 atau 8. Bulan yang dipilih ini kerana bersesuaian dalam menjalankan
aktiviti magombok. Cara magombok dilakukan melalui mandi pada waktu matahari
tinggi atau dalam bahasa bajaunya mag matta hallau. Upacara ini dilakukan pada
waktu tersebut kerana sesuai bagi mengelakkan diri daripada malapetaka yang
akan datang.

Sehubungan itu, masyarakat bajau laut juga turut mempercayai


berkhalamat. Kepercayaan ini dikaitkan dengan kerasukan jin atau syaitan.
Berkhalamat ini dipercayai telah berhubung dengan makhluk lain atas tujuan
tertentu. Bagi mengenalpasti khalamat ini berlaku adalah melalui tarian igal-igal
(sejenis tarian kebudayaan bajau). Seseorang yang menari tanpa henti dan tidak
menyedari keadaan sekeliling, hal ini dipercayai bahawa individu tersebut telah
dimasuki jin atau syaitan. Kerasukan dari jin atau syaitan ini menyebabkan
seseorang itu tidak menyedari orang di sekitarnya sambil menari dan upacara ini
turut menyediakan alat muzik tradisional seperti kulingtangan, gong, dan
tangungguk. Dengan kehadiran alat muzik ini menyebabkan individu yang dirasuk
itu semakin mempercepatkan pergerakan tariannya sehingga individu tersebut
pengsan. Ketua kampung tersebut menyatakan bahawa upacara berkhalamat ini
juga turut berlaku dalam perahu. Aktivitinya lebih kurang sama kerana terdapat alat
muzik tradisional dan tarian igal juga turut dilakukan. Namun jika dilihat pada masa
kini, upacara berkhalamat ini kurang digunakan dalam masyarakat bajau kerana
mereka sudah mempunyai pegangan agama yang kukuh.