Anda di halaman 1dari 1

B.

Ilmu Fardhu Ain


Ilmu fardhu Ain ialah sesuatu ilmu yang menjadi tanggungjawab setiap individu
untuk mempelajari dan mendalaminya. Sekiranya individu itu tidak mempelajarinya
maka ia dikira belum melaksanakan tanggungjawabnya dan berdosa. Dalam
keadaan lain, ilmu yang berkaitan dengan fardhu Ain ini wajib mempelajarinya dan
wajib melaksanakannya. Contohnya : Mempelajari al-Quran, sembahyang dan
ibadat lain.
Ilmu Fardhu Kifayah
Ilmu fardhu kifayah ialah sesuatu ilmu yang menjadi tanggungjawab sekumpulan
tertentu sahaja untuk mewakili orang Islam yang lain untuk mewakili masyarakat.
Ilmu tersebut kiranya sudah ada segolongan yang mempelajarinya, maka orang
Islam yang lain berdosa daripada tanggungjawab, dan kiranya tiada seorang pun
yang mempelajarinya, maka semua ahli masyarakat berdosa. Contohnya : Ilmu
kedoktoran, sains dan mempelajari ilmu tafsir dengan mendalam.