Anda di halaman 1dari 7

Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan.

Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil,
krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya.
Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu
dilarutkan. Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang,
garisan berombak, garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur. Teknik lain
seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran.

Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan
kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan. Penghasilan mestilah
memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui
campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.
Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi
penggunaannya adalah secara terhad dan minimum. Lukisan menitikberatkan kepada
penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
TEKNIK LUKISAN

1)HATCHING - Teknik ini biasanya di lukis menggunakan pen teknikal, pensil, warna
pensil, dan krayon.

2) CROSSHATCHING - Siri garisan yang selari arah tetapi ditindan dengan siri lain
pada arah berlainan /berbagai arah.

3) BLENDING Teknik ini akan menghasilkan lukisan yang mempunyai perubahan tona
dan warna yang lembut, bukan sapuan yang jelas kelihatan. Satukan warna dengan
menggunakan jari ataupun kertas gulung.
4) BURNISHING Teknik lanjutan daripada kaedah Blending. Tanda pensel atau pastel
ditekan ke dlm kertas dan menghasilkan kesan yang pantul dan berkilat. Selalu
digunakan pada peringkat akhir penghasilan karya. Pemadam juga boleh digunakan
untuk menimbulkan kesan jenis ini.

5) FROTTAGE Teknik ini juga dikenali sebagai teknik gosokkan.kertas diletakkan di


atas permukaan yg berjalinan sentuh yang rata dan digosokkan dengan pensel untuk
mendapatkan jalinan objek tersebut.

6)BLOT DRAWING Menggunakan tompokkan dakwat yang terjadi secara


spontan.kemudian tompokan itu diolah menjadi sesuatu lukisan dengan tambahan
unsur garisan dan gubahan.
7) SCRAPERBOARD papan putih yang disapu dengan dakwat
hitam yang membolehkan papan itu dikikis dengan alatan tajam.

8) VIGNETTING - Sering digunakan dalam melukis potret menggunakan pastel.


Membawa maksud gambar atau motif yang tidak mempunyai sempadan, juga tidak
punyai latar. Warna kertas sendiri jadi latar ataupun support.
Kelambu, 1964, Kapur pastel Kapal Kertas, 1966, Kapur Pastel
Membakar Semut, 1967, Kapur pastel