Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MATEMATIK

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENDARABAN NOMBOR


NEGATIF MENGGUNAKAN KAEDAH KAWAN-BAIK DAN TAK KAWAN-TAK BAIK

Oleh

Suhizulhisam Bin Keliwon


Ariff Anuar Bin Melan
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas,
Jalan Sawah,
81500 Pekan Nanas ,
Johor.

MAC 2007

ABSTRAK
Kajian Ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti serta kaedah untuk
mengatasi masaalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 3 Biru dalam
subtopik Pendaraban Nombor Negatif. Seramai 34 orang pelajar didalam
kelas tersebut, namun kajian ini hanya ditumpukan kepada 15 orang pelajar
sahaja kerana tahap kefahaman kelas ini amat lemah jika dibandingkan
dengan kelas-kelas lain. Pemilihan pelajar ini adalah berdasarkan
peperiksaan akhir tahun 2006, temubual, ujian pra serta buku latihan
mereka. Hasil tinjauan mendapati pelajar mempunyai kesukaran untuk
menyatakan hasil darab yang melibatkan nombor negatif, memberikan
jawapan positif atau negatif. Perancangan tindakan adalah menggunakan
kaedah padanan dan hasil daripada kehidupan seharian mereka. Murid akan
didedahkan dengan kaedah Kawan Baik dan Tak Kawan Tak Baik.
Teknik ini akan dijalankan selama 80 minit dan dijangkakan akan selesai
dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan
pelajar dalam menyatakan tanda yang sebenar. Namun pelajar masih
mempunyai kelemahan dalam mendarab.

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Mata pelajaran Matematik adalah mata pelajaran teras dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Semasa peperiksaan akhir tahun 2006, terdapat
pelajar yang tidak dapat menguasaai konsep asas nombor negatif. Hampir
keseluruhan pelajar dari Tingkatan 2 Biru gagal menyatakan tanda dengan
tepat hasil dari daraban yang melibatkan nombor negatif.
Topik nombor negatif ini akan digunakan dalam topik lain semasa di
tingkatan tiga seperti ungkapan algebra dan soalan PMR kertas 2, banyak
berkaitan dengan nombor negatif . Apabila dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran, pelajar sering tidak dapat menyatakan tanda yang tepat.
Pelajar hanya meneka dan tidak dapat menyatakan mengapa tanda tersebut
bertukar.
Pelajar memberi ulasan, bahawa penyelesaian melibatkan nombor negatif
amat sukar dilaksanakan. Guru-guru juga memberikan respons yang serupa
apabila mendapati pelajar amat sukar menyelesaikan masaalah melibatkan
penggunaan nombor negatif. Pelajar sering melakukan kesilapan yang
serupa setiap kali melibatkan soalan melibatkan penggunaan nombor
negatif. Pelajar juga memberikan alasan amat sukar untuk mengingati rumus
atau konsep yang penting dalam Matematik.
Topik ini dirasakan penting kerana pelajar akan menduduki peperiksaan PMR
pada 2007 dan SPM 2009. Pentingnya mengaitkan keadaan persekitaran
peajar itu sendiri dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar
menghadapi kesukaran untuk mengingati formula, dengan itu mengaitkan
sesuatu formula dengan persekitaran mereka adalah lebih mudah.

2. ISU KEPRIHATINAN
Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 3 Biru
dalam mata pelajaran Matematik. Kajian ini hanya memfokuskan tentang
masalah pelajar yang tidak dapat menguasai penggunaan nombor negatif
dalam operasi darab. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah :-
a) Kesilapan dalam menyatakan tanda yang betul.
b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dalam operasi darab dan
bahagi bagi nombor negatif.
Topik ini boleh dikatakan mudah jika pelajar dapat memahami konsep asas
Matematik. Namun bagi pelajar ini, mereka lebih mudah untuk mengingati
sesustu perkara yang berkaitan atau hampir dengan kehidupan seharian
mereka.
Saya yakin dengan mempelbagaikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran,
pelajar akan lebih berminat untuk belajar. Dengan menerapkan kaedah yang
mudah untuk mereka ingati serta berkait rapat dengan kehidupan seharian
mereka, adalah lebih mudah untuk mereka belajar.Minat setiap kumpulan
pelajar adalah berbeza.
Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meletakkan
tanda yang betul terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan
nombor negatif.

3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat
dapat mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang
dinyatakan. Penguasaan pelajar terhadap penggunaan nombor negatif akan
dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan bertambah apabila
menyelasaikan masaalah melibatkan penggunaan nombor negatif.

i) Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pendaraban nombor negatif
menggunakan kaedah Kawan Baik dan Tak Kawan - Tak Baik.

ii) Objektif Khusus


Secara khususnya kajian tindakan akan memberi manfaat kepada pelajar
dan guru.
Pelajar dapat menyatakan tanda negatif atau positif pada jawapan akhir.
Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban
nombor negatif dalam kertas 2 PMR.
Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.
Menjawab sekurang-kurangnya 70% betul dalam Ujian Post yang
dijalankan.
Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran dan
pembelajaran matematik.

4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 34 orang pelajar Tingkatan 3
Biru yang keseluruhannya terdiri dari pelajar melayu. Pelajar tesebut akan
disaring berdasarkan daripada temubual dan hasil pemerhatian yang
dijalankan. Ini kerana terdapat pelajar yang yang teramat lemah dan tidak
boleh membaca. Selepas saringan dilakukan, hanya 15 orang pelajar sahaja
yang terpilih.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

i. Tinjauan Masalah
Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah
pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap
mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-
a) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas pelajar semasa peperiksaan akhir
tahun 2006. Didapati pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang tepat
semasa peperiksaan. Pelajar juga didapati kurang berminat sewaktu P&P
dijalankan didalam kelas. Tumpuan mereka terhadap P&P amat kurang.
Temubual dijalankan terhadap pelajar mengenai masaalah yang mereka
hadapi semasa menjawab soalan peperiksaan dan P&P mendapati mereka
lebih berminat jika pelajaran itu berkaitan dengan kehidupan seharian
mereka. (Lampiran A)
b) Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman mereka dalam tajuk pendaraban nombor negatif. Ianya juga
digunakan untuk mengesan tentang masaalah sebenar yang mereka hadapi
dalam menjawab soalan berkaitan pendaraban nombor negatif. Disini
masaalah sebenar mereka adalah apabila melibatkan pendaraban dua
nombor negatif. (rujuk lampiran ujian pra)
c) Buku Latihan dan Nota
.Buku latihan dan nota pelajar dilihat untuk melihat kesungguhan pelajar
terhadap mata pelajaran Matematik. Didapati pelajar tidak berminat untuk
mempelajari Matematik. Disini guru memainkan peranan untuk menjadikan
P&P lebih menarik.
ii. Program Kawan-Baik Tak Kawan-Tak Baik.
Kaedah perlaksanaan
a) Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah Kawan-Baik Tak Kawan-Tak
Baik.
b) Memadankan gambar yang serupa atau tanda yang sama bagi setiap
gambarajah yang dipaparkan. Padanan yang serupa bermakna Kawan
(positif). Terdapat juga gambarajah yang tidak mempunyai padanan, maka
untuk itu bermakna Tak Kawan (negatif)
c) Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan kehidupan seharian
dan dalam konteks Pengajian Islam dan Moral.
d) Ujian post diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap
kaedah yang telah digunakan.

6. RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN


Selepas menggunakan kaedah padanan gambar dan mengaitkan dengan
kehidupan seharian mereka, saya telah menjalankan penilaian terhadap
pelajar melalui ujian pos. Ujian ini diberikan beberapa hari selepas P&P
dijalankan. Ini bertujuan untuk menentukan samaada mereka masih
memahami apa yang telah mereka pelajari mengenai pendaraban nombor
negatif. Soalan yang diberikan adalah sama cuma kedudukan yang berubah.
Struktur soalan ujian pra dan ujian pos tidak banyak berbeza.
Hasil ujian pra mendapati pelajar mempunyai masaalah dalam menentukan
tanda yang sesuai apabila melibatkan pendaraban nombor negatif. 11
daripada 15 pelajar yang menjawab soalan melibatkan pendaraban dua
nombor negatif melakukan kesilapan. Untuk soalan yang lain, yang hanya
melibatkan satu nombor negatif, semua pelajar memberikan jawapan yang
tepat.
Ujian pos yang dijalanlan terhadap pelajar memberikan keputusan yang
agan memberangsangkan. Semua pelajar yang hadir sewaktu P&P
djijalankan dapat menjawab kesemua soalan dengan tepat. Hanya seorang
pelajar sahaja yang masih melakukan kesalahan yang sama. Pelajar ini
sebenarnya tidak hadir semasa P&P dijalankan.

7. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian
tersebut, beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut.
a) Sebelum kaedah ini dijalankan, pelajar mestilah dapat menguasai
pendaraban antara dua nombor. Ini bertujuan untuk mengurangkan
kesilapan pelajar dalam mendarab dua nombor.
b) Guru boleh mengguna pakai kaedah Kawan Baik dan Tak Kawan Tak
Baik dalam pengajaran mereka dan membuat pengubahsuaian mengikut
tahap kefahaman pelajar.
c) Soalan juga perlu dirangka mengikut tahap kesukaran yang sesuai untuk
pelajar.

Posted by Ariff Anuar B. Melan a.k.a AAM at 11:41 PM No comments:

Contoh kertas cadangan atau proposal kajian tidakan


PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
MATEMATIK

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENDARABAN NOMBOR


NEGATIF MENGGUNAKAN KAEDAH KAWAN-BAIK DAN TAK KAWAN-TAK BAIK

Oleh

Suhizulhisam Bin Keliwon


Ariff Anuar Bin Melan
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas,
Jalan Sawah,
81500 Pekan Nanas ,
Johor.

MAC 2007

1. TAJUK KAJIAN
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pendaraban nombor negatif
menggunakan kaedah kawan-baik dan tak kawan-tak baik.

2. NAMA PENGKAJI
1. Suhizulhisam Bin Keliwon
2. Ariff Anuar Bin Melan.

3. NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas
Jalan Sawah, 81500 Pekan Nanas
Pontian, Johor

4. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Mata pelajaran Matematik adalah mata pelajaran teras dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Semasa peperiksaan akhir tahun 2006, terdapat
pelajar yang tidak dapat menguasaai konsep asas nombor negatif. Hampir
keseluruhan pelajar dari Tingkatan 2 Biru gagal menyatakan tanda dengan
tepat hasil dari daraban yang melibatkan nombor negatif.
Topik nombor negatif ini akan digunakan dalam topik lain semasa di
tingkatan tiga seprti ungkapan algebra dan soalan PMR banyak berkaitan
dengan nombor negatif . Apabila dalam sesi pengajaran dan pembelajaran,
pelajar sering tidak dapat menyatakan tanda yang tepat. Pelajar hanya
meneka dan tidak dapat menyatakan mengapa tanda tersebut bertukar.
Pelajar memberi ulasan, bahawa penyelesaian melibatkan nombor negatif
amat sukar dilaksanakan. Guru-guru juga memberikan respons yang serupa
apabila mendapati pelajar amat sukar menyelesaikan masaalah melibatkan
penggunaan nombor negatif. Pelajar sering melakukan kesilapan yang
serupa setiap kali melibatkan soalan melibatkan penggunaan nombor
negatif.
Topik ini dirasakan penting kerana pelajar akan menduduki peperiksaan PMR
pada 2007 dan SPM 2009. Pentingnya mengaitkan keadaan persekitaran
peajar itu sendiri dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar
menghadapi kesukaran untuk mengingati formula, dengan itu mengaitkan
sesuatu formula dengan persekitaran mereka adalah lebih mudah.

5. FOKUS KAJIAN
Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 3 Biru
dalam mata pelajaran Matematik. Kajian ini hanya memfokuskan tentang
masalah pelajar yang tidak dapat menguasai penggunaan nombor negatif
dalam operasi darab. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah :-
a) Kesilapan dalam menyatakan tanda yang betul.
b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dalam operasi darab dan
bahagi bagi nombor negatif.
Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meletakkan
tanda yang betul terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan
nombor negatif. Tindakan susulan selepas ini akan diteruskan demi kejayaan
anak murid dan sekolah.

6. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat
dapat mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang
dinyatakan. Penguasaan pelajar terhadap penggunaan nombor negatif akan
dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan bertambag apabila
menyelasaikan masaalah melibatkan penggunaan nombor negatif.

i) Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pendaraban nombor negatif
menggunakan kaedah kawan-baik dan tak kawan-tak baik.

ii) Objektif Khusus


Secara khususnya kajian tindakan akan memberi manfaat kepada pelajar
dan guru.
Pelajar dapat menyatakan tanda negatif atau positif pada jawapan akhir.
Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban
nombor negatif
Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.
Menjawab sekurang-kurangnya 70% betul dalam Ujian Post yang
dijalankan.
Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran dan
pembelajaran matematik.

7. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 34 orang pelajar Tingkatan 3
Biru yang keseluruhannya terdiri dari pelajar melayu. Pelajar tesebut akan
disaring berdasarkan daripada temubual dan hasil pemerhatian yang
dijalankan. Ini kerana terdapat pelajar yang yang teramat lemah dan tidak
boleh membaca. Selepas saringan dilakukan, hanya 15 orang pelajar sahaja
yang terpilih.

8. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

i. Tinjauan Masalah
Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah
pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap
mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-
a) Hasil dapatan dan pemerhatian daripada jawapan pelajar semasa
peperiksaan akhir tahun 2006. Temubual dijalankan terhadap pelajar
mengenai masaalah yang mereka hadapi semasa menjawab soalan
peperiksaan dan juga P&P. Temuramah antara guru dan pelajar serta guru
mata pelajaran yang lain juga dilakukan.
b) Ujian pra yang dijalankan terhadap pelajar untuk mengenalpasti masaalah
yang dihadapi oleh mereka.
c) Buku latihan dan buku nota dilihat untuk mengetahui tahap kefahaman
pelajar.
ii. Program Kawan-Baik Tak Kawan-Tak Baik.
Kaedah perlaksanaan
a) Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah Kawan-Baik Tak Kawan-Tak
Baik.
b) Memadankan gambar yang serupa atau tanda yang sama bagi setiap
gambarajah yang dipaparkan. Padanan yang serupa bermakna Kawan
(positif). Terdapat juga gambarajah yang tidak mempunyai padanan, maka
untuk itu bermakna Tak Kawan (negatif)
c) Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan kehidupan seharian
dan dalam konteks Pengajian Islam dan Moral.
d) Ujian post diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap
kaedah yang telah digunakan.

9. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN


Bil Aktiviti Tarikh Perlaksanaan
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan maklumat awal. 19 Mac 2007
2. Menulis proposal kajian 26 Mac 2007
3. Menghantar proposal kajian 30 Mac 2007
4. Merancang tindakan 4 April 2007
5. Melaksanakan aktiviti 1 11 April 2007
6. Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1. 13 April 2007
7. Melaksanakan aktiviti 2 18 April 2007
8. Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 20 April 2007
9. Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar 24 April 2007
10. Refleksi kajian 27 April 2007
11. Menulis laporan kajian 2 Mei 2007
12. Pembentangan dapatan kajian 12 Jun 2007

10. JUMLAH PERUNTUKAN


Bil Jenis Alatan / Bahan Jumlah Kos
1. Kertas A4 (1 Rim X RM 9.00) RM 9.00
2. Kad Manila (4 X RM 0.50) RM 2.00
3. Marker Pen (2 X RM 2.00) RM 6.00
4. Dakwat Pencetak RM 90.00
5. Photostat Bahan & Laporan Kajian RM 15.00
6. Buku Catatan Guru RM 3.00
JUMLAH RM 125.00

Posted by Ariff Anuar B. Melan a.k.a AAM at 11:24 PM No comments:

Pendapat saya mengenai kajian tindakan?

Ini adalah pendapat peribadi saya secara umum dan ringkas tentang kajian
tindakan..

1) Kita perlu jujur, terima kelemahan diri sendiri dan pelajar kita.
2) Semua manusia dijadikan dengan pelbagai kecerdasan diri.
3) Semua manusia inginkan yang mudah dan senang.
4) Kajian tindakan yang dihasilkan adalah khusus dan sesuai untuk sesuatu
kelompok tertentu
sahaja.
5) Tidak semua kaedah atau kajian tindakan yang dihasilkan oleh seseorang
guru untuk
sesuatu kelas boleh digunapakai untuk kelas-kelas yang lain. Guru perlulah
membuat
pengubahsuaian tertentu.
6) Ciptalah kaedah yang menarik, kreatif, unik dan yang anda fikir, pelajar
dan anda juga
menyukainya dan senang memahaminya.
7) Jangan rasa malu dengan kritikan orang lain. Jika cara anda membuatkan
pelajar seronok
dan dapat memahaminya, teruskan!
6) Setiap kaedah yang dicipta perlulah diuji dan direkod bersama-sama bukti
yang sahih.
7) Jangan cepat berputus asa. Kajian tindakan boleh dihasilkan bersama-
sama dengan rakan
guru yang lain. Idea bersama mengeratkan lagi semangat kerja berpasukan.

Posted by Ariff Anuar B. Melan a.k.a AAM at 10:47 PM No comments:

Labels: Pendapat saya

Action research in organization development


Wendell L French and Cecil Bell define organization development (OD) at one
point as "organization improvement through action research". [1] If one idea
can be said to summarize OD's underlying philosophy, it would be action
research as it was conceptualized by Kurt Lewin and later elaborated and
expanded on by other behavioral scientists. Concerned with social change
and, more particularly, with effective, permanent social change, Lewin
believed that the motivation to change was strongly related to action: If
people are active in decisions affecting them, they are more likely to adopt
new ways. "Rational social management", he said, "proceeds in a spiral of
steps, each of which is composed of a circle of planning, action, and fact-
finding about the result of action".[2]

Figure 1: Systems Model of Action-Research Process


[2]
Lewin's description of the process of change involves three steps :

Unfreezing: Faced with a dilemma or disconfirmation, the individual or group


becomes aware of a need to change.

Changing: The situation is diagnosed and new models of behavior are explored
and tested.

Refreezing: Application of new behavior is evaluated, and if reinforcing,


adopted.

Figure 1 summarizes the steps and processes involved in planned change


through action research. Action research is depicted as a cyclical process of
change. The cycle begins with a series of planning actions initiated by the
client and the change agent working together. The principal elements of this
stage include a preliminary diagnosis, data gathering, feedback of results,
and joint action planning. In the language of systems theory, this is the input
phase, in which the client system becomes aware of problems as yet
unidentified, realizes it may need outside help to effect changes, and shares
with the consultant the process of problem diagnosis.
The second stage of action research is the action, or transformation, phase.
This stage includes actions relating to learning processes (perhaps in the
form of role analysis) and to planning and executing behavioral changes in
the client organization. As shown in Figure 1, feedback at this stage would
move via Feedback Loop A and would have the effect of altering previous
planning to bring the learning activities of the client system into better
alignment with change objectives. Included in this stage is action-planning
activity carried out jointly by the consultant and members of the client
system. Following the workshop or learning sessions, these action steps are
carried out on the job as part of the transformation stage. [3]

The third stage of action research is the output, or results, phase. This stage
includes actual changes in behavior (if any) resulting from corrective action
steps taken following the second stage. Data are again gathered from the
client system so that progress can be determined and necessary
adjustments in learning activities can be made. Minor adjustments of this
nature can be made in learning activities via Feedback Loop B (see Figure 1).
Major adjustments and reevaluations would return the OD project to the first,
or planning, stage for basic changes in the program. The action-research
model shown in Figure 1 closely follows Lewin's repetitive cycle of planning,
action, and measuring results. It also illustrates other aspects of Lewin's
general model of change. As indicated in the diagram, the planning stage is
a period of unfreezing, or problem awareness. [2] The action stage is a period
of changing, that is, trying out new forms of behavior in an effort to
understand and cope with the system's problems. (There is inevitable
overlap between the stages, since the boundaries are not clear-cut and
cannot be in a continuous process). The results stage is a period of
refreezing, in which new behaviors are tried out on the job and, if successful
and reinforcing, become a part of the system's repertoire of problem-solving
behavior.

Action research is problem centered, client centered, and action oriented. It


involves the client system in a diagnostic, active-learning, problem-finding,
and problem-solving process. Data are not simply returned in the form of a
written report but instead are fed back in open joint sessions, and the client
and the change agent collaborate in identifying and ranking specific
problems, in devising methods for finding their real causes, and in
developing plans for coping with them realistically and practically. Scientific
method in the form of data gathering, forming hypotheses, testing
hypotheses, and measuring results, although not pursued as rigorously as in
the laboratory, is nevertheless an integral part of the process. Action
research also sets in motion a long-range, cyclical, self-correcting
mechanism for maintaining and enhancing the effectiveness of the client's
system by leaving the system with practical and useful tools for self-analysis
and self-renewal. [3]

Posted by Ariff Anuar B. Melan a.k.a AAM at 10:37 PM No comments:


Overview on Action Research

Action research is an interactive inquiry process that balances problem solving


actions implemented in a collaborative context with data-driven
collaborative analysis or research to understand underlying causes enabling
future predictions about personal and organizational change (Reason &
Bradbury, 2001). After six decades of action research development, many
methodologies have evolved that adjust the balance to focus more on the
actions taken or more on the research that results from the reflective
understanding of the actions. This tension exists between

those that are more driven by the researchers agenda to those more driven by
participants;

those that are motivated primarily by instrumental goal attainment to those


motivated primarily by the aim of personal, organizational, or societal
transformation; and

1st-, to 2nd-, to 3rd-person research (i.e. my research on my own action, aimed


primarily at personal change; our research on our group (family/team),
aimed primarily at improving the group; and scholarly research aimed
primarily at theoretical generalization and/or large scale change).

Action research challenges traditional social science, by moving beyond


reflective knowledge created by outside experts sampling variables to an
active moment-to-moment theorizing, data collecting, and inquiring
occurring in the midst of emergent structure. Knowledge is always gained
through action and for action. From this starting point, to question the
validity of social knowledge is to question, not how to develop a reflective
science about action, but how to develop genuinely well-informed action
how to conduct an action science (Torbert 2001).

Posted by Ariff Anuar B. Melan a.k.a AAM at 10:32 PM No comments:

Labels: Overview

Apa itu kajian tindakan (action research)?

Action research is a reflective process of progressive problem solving led by


individuals working with others in teams or as part of a "community of
practice" to improve the way they address issues and solve problems. Action
research can also be undertaken by larger organizations or institutions,
assisted or guided by professional researchers, with the aim of improving
their strategies, practices, and knowledge of the environments within which
they practice.

Dengan kata lain.. Kajian tindakan adalah satu proses refleksi yang
berterusan untuk menyelesaikan masalah oleh individu yang bekerja di
dalam kumpuan sebagai amalan untuk meningkatkan kecekapan bekerja.
Posted by Ariff Anuar B. Melan a.k.a AAM at 10:11 PM No comments:

Labels: Pengenalan