Anda di halaman 1dari 1

Aurora

Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di
kawasan kutub (Artik dan Antartika). Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora
kutub" (atau "aurora polaris"). Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora
borealis (IPA / bils/), yang dinamakan bersempena dewi fajar Rom, Aurora,
dan nama Yunani untuk angin utara, Boreas. Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-
merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. Aurora borealis
juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac
dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai
sifat-sifat yang serupa.

Mekanisme aurora
Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang
diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila
elektron ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran
oksigen atom paling menonjol--garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan
elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm.
Kedua-duanya merupakanperalihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan
ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan
dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. Banyak garis lain turut
dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas,
mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.

Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus
untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi--atmosfera menyerap cahaya UV). Kapal
angkasa Polar malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar,
namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti.