Anda di halaman 1dari 6

Tanggungjawab para pendidik

(Abdullah Nasih Ulwan terj. Syed Ahmad Semait) . 1988. Pendidikan Anak-
anak Dalam Islam. Pustaka Nasional Pte Ltd. Kyodo Printig Co (singapore)
Pte Ltd. hlm 169
- tanggungjawab pengajaran dan pengarahan serta pendidikan.
bermula sejak dari awal kelahiran sehingga mencapai usia dewasa
(mukallaf).melaksanakan hak-hak dengan amanah da penuh
keazaman serta menjalankan tugasnya sesuai dengan petunjuk
yang dikehendaki islam, maka barulah boleh dikatakan bahawa dia
telah menunaikan kemuncak usahanya di dalam membentuk
individu dengan segala kekhususihannya, kepentingan dan
keutamaannya. dengan itu lahirlah keluarga yang soleh dengan
sifat-sifat yang disebut di atas.

- Tanggungjawab keimanan
Biasakan dengan mengenal rukuk Islam serta ajarkan prinsip-prinsip
syariat sejak dari usia tamyiz lagi.
1. Kenalkan anak dengan kalimah la ilaha illa Allah (hlmn 178)
2. kenalkan hukum halal dan haram pada masa dia mula-mula
berakal (hlmn 178)
3. Menyuruhnya mula beribadat sejak berusia 7 tahun (hlmn. 179)
4. mendidiknya supaya mencintai Rasulullah dan keluarga baginda
(hlmn. 179)

- Tanggungjawab moral
1. sekumpulan prinsip-prinsip akhlak serta budi luhur yang mesti
dilengkapkan ke dalam jiwa anak-anak dan yang mesti dipelajari
serta dibiasakan sejak dari kecil sehingga mencapai usia dewasa.
2. Budi yang luhur dan akhlak yang mulia adalah hasil dari
wujudnya iman yang kukuh serta pemeliharaan yang
berunsurkan agama.
3. apabila anak-anak dididik jauh dari akidah islamiah, tidak syak
lagi anak itu akan membesar secara tidak bermoral dan jahat
(hlmn 202)
4. Tabiat suka berdusta, mencuri, mencaci dan memaki, suka
meniru dan menyeleweng.

- Tanggungjawab jasmani
1. wajib nafkah ke atas isteri dan anak (al-Baqarah ayat 233)
2. menitik beratkan amalan penjagaan kesihatan dalam makan dan
minum
3. Menjauhkan diri dari penyakit-penyakit yang menjangkit dan
merebak.
4. menghilangkan penyakit dengan berubat.
5. Mentatbikkan pegangan tidak mudharat dan tidak
memudaratkan
6. membiasakan anak pandai olahraga dan meningkat berani.
7. membiasakan anak hidupsecara kasar, dan tidak terlalu
bermewah-mewah (hlmn 256)
8. membiasakan anak atas hidup kesungguhan dan kelelakian dan
menjauhkan dia dari suka bertangguh-tangguh, meniru yang
salah san dari keruntuhan perilaku. (hlmn 257)

- Tanggungjawab mental (penyedaran, pembelajaran dan


pengajaran) (hlmn299-352)
Membentuk pemikiran anak dengan segala yang berilmu dan
bermanfaat, pengetahuan ilmiah moden, serta kesedaran pemikiran
dan tamadun sehingga anak itu masak pemikirannya dan terbentuk
keilmuan dan pengetahuannya.
1. Tanggungjawab kewajipan pembelajaran
2. Tanggungjawab kesedaran mental
3. Kesihatan mental

- Tanggungjawab Rohani (hlmn 355)


Didik supaya bersifat berani, selalu berkata benar, berperasaan
serba sempurna, tidak pengecut, suka membuat baik kepada orang
lain, dapat menahan diri dari marah, melengkapkan diri dengan
semua sifat-sifat mulia secara mutlak, sama ada berkaitan dengan
akhlak mahupun rohani.

- Tanggungjawab sosial (hlmn 423)


melazimkan adab susila yang mulia dalam masyarakat, usul
kerohanian yang tinggi yang dipetik dari akidah islamiah, serta
perasaan keimanan yang mendalam, agar anak itu muncul di dalam
masyarakat dengan sebaik-baik kemunculan dari budi pekerti yang
tinggi, adab dan sopan santun, bertimbang rasa, mempunyai
pemikiran yang matang dan perlakuan yang penuh kebijaksanaan.

- Tanggungjawab seks (hlmn 4)


Mengajar anak dan memperkenalkannya dengan terus-terang sejak
dari usia mula dia berakal dan faktor-faktor yang berkait rapat
dengan seks dan yang bertalian dengan tabiat semula jadi manusia
menerusi perkahwinan. Apabila anak membesar dia akan mula
mengerti segela urusan hidup, nescaya dia akan tahu apa yang hala
dan apa yang haram.

CARA-CARA PENDIDIKAN BERKESAN KEPADA ANAK


1. Pendidikan dengan menunjukkan contoh teladan (Abdullah Nasih
Ulwan)
salah satu cara tarbiyyah yang penting dan memberi kesan yang
mendalam dalam mendidik dan membentuk seseorang kanak-kanak
itu agar berbudi pekeri mulia, bermoral tinggi dan dapat bergaul
dengan baik dalam masyarakat. Justeru itu setiap murabbi (oran
yang bertanggungjawab untuk mendidik, sama ada guru, ibu bapa
dan seumpamanya mestilah menyedia dan menjadikan dirinya
sebagai contoh teladan yang paling baik dan tinggi pada pandangan
kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak memerhati segala tongkah
laku murabbi dan akan meniru baik dari segi akhlak, perasaan
(kecenderungan) dan apa sahaja yang berhubung dengannya, sama
ada disedari atau tidak.( Aishah Hassan, Pendekatan Islam Terhadap
Pendidikan Anak-Anak Terj. daripada Abdullah Nasih Ulwan.
2. Pendidikan dengan adat kebiasaan
3. Pendidikan dengan nasihat dan bimbingan
4. Pendidikan dengan pemerhatian dan pengawasan
5. Pendidikan dengan denda dan hukuman

KAEDAH-KAEDAH ASASI DALAM PENDIDIKAN ISLAM


sifat asasi seorang pendidik
- ikhlas (seorang pendidik wajib membersihkan niatnya, dan bersifat
ikhlas terhadap Allah dalam segala amal pendidikan yang
dilakukannya sama ada amalan itu merupakan perintah, larangan,
nasihat, perhatian atau hukuman hlmn 338) taqwa, Ilmu
pengetahuan, suak memaafkan, merasakan tanggungjawab

CADANGAN PENDIDIKAN YANG MUSTAHAK


1. Menggalakkan anak-anak mencari kerja yang baik
2. Menjaga bakat-bakat anak yang fitri
3. Membenarkan si anak untuk bermain dan bersenang-senang
4. Mengadakan bantuan antara rumah, masjid dan sekolah
5. mengukuhkan hubungan antara di pendidik dan si anak
6. menjalankan dasar pendidikan pada siang dan malam
7. menyediakan cara-cara pengajaran yang berguna untuk si anak.
8. menggalakkan anak supaya suka bermutalaah selalu
9. mengingatkan anak tentang tanggungjawab terhadap Islam
10. Menanam semangat jihad di dalam jiwa anak

DEFINISI DAN KONSEP AKHLAK


- Khuluq : perangai atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan
atau agama. Berdasarkan pengertian ini, akhlak merupakan
perangai, tabiat, maruah dan agama yang mempamerkan
gambaran atau rupa batin seseorang (Asmawati Suhid dalam Abdul
Rahman Md. Aroff, 2004)
- satu gambaran daripada keadaan dalam diri yang telah sebati, yang
daripadanya lahir tingkah laku yang mudah dicerna tanpa
memerlukan pengulangan. (Al-Ghazali)

MUKMIN SEJATI (Hassan Mahmud al-hafiz. 1998. Mukmin sejati. al-


Hidayah Publisher. Kuala Lumpur).

1. Sedekah dan amal jariah


2. Kesabaran
3. Kebenaran iman
4. Kemurahan
5. Sembahyang yang khusyuk
6. Menjauhi daripada perkara yang tidak berfaedah
7. Zakat
8. Memelihara kemaluan
9. Amanah dan janji
10. Memelihara sembahyang
11. Iman kepada yang ghaib
12. Nafkah

Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf & Abdul Fatah Shaharudin. 2012.


Pendidikan Menurut Al-Quran dan Sunah serta Peranannya dalam
Memperkasakan Tamadun Ummah. Jurnal Hadhari Special Edition. 7-22.
1. Secara umumnya, proses pendidikan terhadap manusia berlaku
sejak azal lagi apabila Allah SWT menciptakan Nabi Adam as seperti
firman-Nya (al-Baqarah 2: 31) yang bermaksud Dan Ia telah
mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda dan gunanya,
kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman
Terangkanlah kepadaKu nama benda ini semuanya jika kamu
golongan yang benar.

2. Paradigma pendidikan dalam al-Quran juga tidak lepas dari tujuan


Allah menciptakan manusia itu sendiri iaitu penyerahan diri secara
ikhlas kepada Pencipta yang terarah kepada tercapainya
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat sebagaimana firman Allah
(al-Zariyyat 51: 56) yang bermaksud Dan (ingatlah) Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat kepadaKu.

3. Islam adalah agama yang amat mementingkan dan menggalakkan


umatnya menuntut ilmu. Bahkan al-Quran telah memainkan
peranan yang cukup penting dalam pembinaan tamadun Islam agar
umatnya terus belajar dan belajar serta sering menyelidiki sesuatu
perkara. Perkara ini dibuktikan di dalam wahyu yang pertama
diturunkan kepada Rasulullah saw dalam firman Allah dalam Surah
al-Alaq ayat 1-5 (al-Alaq 96: 1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai
Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian
makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar
manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa
yang tidak diketahuinya.

Akhlak merupakan sifat-sifat yang terpuji atau sebaliknya yang


menyerlahkan keperibadian individu melalui perhubungannya dengan
orang lain. Ia juga merupakan gambaran atau kesan dari akidah dan
syariah. Sekiranya akidah dan syariah seseorang itu benar dan
bersesuaian dengan ajaran Islam maka ia akan terserlah pada akhlak dan
tingkah lakunya. Demikian jug ajika kedua-dua atau salah satu perkara
tersebut rosak, maka ia juga akan terserlah pada akhlaknya yang rosak
(al-Qaradawi. 1993.99)

Penerimaan asas penerimaan ilmu pengetahuan seperti membina tubuh


badan sihat dan pemakanan seimbang untuk membina sel otak
membesar dengan sempurna. Ini adalah satu bentuk untuk mencukupkan
keperluan biologi si anak ( Abu Ahmad Yasin. 2009. Wasiat 4 Imam. Wasiat
Imam Muslim. hlmn 243. Perniagaan Jahabersa. Johor Bahru.

Mendidik juga bukan sahaja bermula apabila lahir anak. Bahkan semasa
dalam kandungan ibu sudah mula proses tarbiyah. Sebab itu ibu-ibu
mengandung perlu pastikan apa yang dia makan, apa yang dia buat dan
apa yang dia baca. Sifat ibu akan diwarisi oleh anak. Kalau suka menyanyi
atau menonton TV, anak yang lahir kelak akan menurut apa acuan yang
dibentuk. (Abu Ahmad Yasin. 2009. Wasiat 4 Imam. Wasiat Imam Muslim.
hlmn 247. Perniagaan Jahabersa. Johor Baru)

Imam al-Syafie Taqwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak


Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia
juga memberi kejayaan dan kemenangan. (Abu Ahmad Yasin. 2009.
Wasiat 4 Imam. Wasiat Imam as-Syafie. hlmn 445. Perniagaan Jahabersa.
Johor Baru).

Taqwa adalah lambang seorang Muslim Sejati yang benar-benar beriman


kepada Allah. dalam al-Quran dan hadis, sifat takwa kerap dikaitkan
sebagai antara sifat mukmin yang berjaya dan berbahagia pada akhirat
kelak. (Abu Ahmad Yasin. 2009. Wasiat 4 Imam. Wasiat Imam as-Syafie.
hlmn 445. Perniagaan Jahabersa. Johor Baru).

Bagaimana pendidikan membentuk peribadi dan akhlak?


Abdul Rashid Ahmad. Surah Luqman Mendidik Anak Cemerlang
- Melalui akidah, ibadah dan akhlak.
- Asas akhlak dalam surah Luqman
1. berbakti kepada ibu-bapa
2. pengawasan diri kepada Allah
3. sifat-sifat utama dan terpuji
- Tugas utama pendidik
1. membentuk jiwa anak agar sentiasa mengingati Allah s.w.t
2. biasakan anak-anak mengingati Allah setiap masa
3. Anak-anak diarah supaya menghafaz ayat terakhir dalam surah
al-Baqarah (ayat 284) serta memahami isi kandungan. Bila sudah
terbiasa, tiada lagi sifat mazmumah dalam diri. oleh itu sekiranya
terpedaya dengan hasutan syaitan mereka akan segera ingat
Allah. (surah al-Araf ayat 200-201)

Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali


Anak-anak akan cemerlang kepada sesuatu yang diberikan kepadanya.
Kecenderungan akan jadi kebiasaan dan akhirnya jadi kepercayaan.

Didikan Allah kepada Nabi melalui al-Quran :


1. suka memaafkan, mengajak kepada kebaikan dan tidak melayani
sikap buruk dari orang yang bodoh atau tidak mengetahui.
2. melaksanakan keadilan, berbuat baik, memberi bantuan serta
melarang dari perkara yang keji, kemungkaran dan kederhakaan.
3. Selalu bersikap sabar
4. Memberi kemaafan dan kelonggaran pada orang yang bersalah.
5. Menolak kejahatan dengan cara yang sebaik-baiknya.
6. Menahan kemarahan dan memaafkan orang lain.
7. Jangan buruk sangka, tidak mengintip keburukan orang dan jangan
mengumpat.

Anda mungkin juga menyukai