Anda di halaman 1dari 7

Program Menyusuri Jejak Tradisi Pembuatan Kuih Tradisonal

Ke Kelantan dan Terengganu

Oleh : Hishamudin Bin Haji Mahat

Program Menyusuri Jejak Tradisi Pembuatan Kuih Tradisonal telah diadakan pada 11
dan 14 Mac 2012. Seramai 10 orang Pensyarah yang diketuai oleh En. Hishamudin bin Haji
Mahat bersama Puan Noraizi Binti Tulos bersama 60 orang pelajar Program Bakeri dan
Konfeksioneri Semester 4 telah mengikuti lawatan tersebut.
Lawatan ini berunsurkan pembelajaran dan membuat kajian serta mengesan unsur-
unsur tradisi di dalam pembuatan kuih tradisonal terutama di kalangan masyarakat Melayu
khasnya dan secara umun masyarakat Malaysia. Ia juga dapat memberikan ilmu pengetahuan
dan mengingatkan pelajar berkenaan dengan asal usul kuih tradisi. Malahan pelajar dapat
menghubung kaitkan dengan pembelajaran mereka yang telah mereka lalui di kolej.
Pelajar juga di galakan membuat kajian semasa lawatan berkenaan dengan pembuatan
kuih tradisional secara tradisi supaya mereka memastikan pembuatan secara tradisional tidak
akan lupus di telan zaman dan di hargai. Ia juga bagi memenuhi kehendak bagi Modul DBK
309 KUIH TEMPATAN di mana pelajar di berikan pendedahan berkenaan dengan
pembuatan kuih tempatan dan sejarah secara maya.
Program ini pelajar di bawa menlawat ke industri pembuatan kuih temapatan di mana
di industri tersebut pelajar di tunjukkan demontrasi cara-cara untuk membuat kuih tempatan
tersebut. Melalui demontrasi ini, pelajar dapat melihat dengan lebih jelas tentang apa yang
mereka boleh pelajari dan hasil yang akan diperolehi.
Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengkaji dan mengetahui
apakah sejarah sesuatu kuih tempatan tersebut mendapat nama, seperti Murtabak Raja yang
mempunyai 6 lapisan dan bersaiz besar serta bertingkat maka ia di gelar Murtabak Raja.
Malahan ia juga memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan asal usul kuih
tempatan kuih kuih tradisi yang ada di Kelantan dan Terengganu serta memberikan
kesedaran kepada pelajar berkenaan dengan kuih tempatan dan mereka harus menghargai
teknik teknik pembuatan kuih tempatan yang masih mengamalkan pembuatan secara tradisi.
Gambar-Gambar Semasa Lawatan
AKHIRNYA TAMATLAH PROGRAM NI DI RANTAU ABANG TERENGGANU
SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA DENGAN LIMPAH RAHMAT DARI ALLAH
SEMUANYA BERJALAN LANCAR.

Anda mungkin juga menyukai