Anda di halaman 1dari 3

Formula penulisan karangan

PENDAHULUAN ( anggaran 70 patah perkataan )


Pendahuluan = PU/DEFINISI + AH + AC + AA
Penyataan Umum (PU) / Definisi
Terdiri daripada satu ayat sahaja.
Ditulis berdasarkan tajuk.

Ayat Huraian (AH)


Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.
AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.
AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat / negara
(bergantung kepada dimensi soalan).
AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W
1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

Ayat Contoh (AC)


Anda boleh memberikan satu atau melebihi satu contoh.
Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan
dengan kehendak soalan.

Ayat Arah (AA)


Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara
umum.
Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan.
Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada
kreativiti anda.

Peringatan :
Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci dan fokus arahan.
Jangan sesekali memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan.
Tidak perlu menyatakan isi utama dalam ayat arah.

ISI ( anggaran 80 patah perkataan X 5 ISI = 400 patah perkataan )


Isi = AT + AH + AC + AP

Ayat Topik (AT)


Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.
Ditulis pada permulaan ayat.
Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.

Ayat Huraian (AH)


Terdiri daripada satu hingga lima ayat.
Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD
(Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)
Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara
menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Ayat Contoh (AC)


Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.
Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan
dengan kehendak soalan.
Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.

Ayat Penegas (AP)


Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.
AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih
mengekalkan maksud yang sama dengan AT.

Peringatan :
Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.
Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.
Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai mengulang isi).

PENUTUP ( anggaran 70 patah perkataan )


Penutup = AK + AC + AH

Ayat Kesimpulan (AK)


Terdiri daripada satu hingga dua ayat .
Merumuskan keseluruhan karangan.
Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).

Ayat Cadangan (AC)


Terdiri daripada satu hingga dua ayat.
Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang
diberikan.
Tidak memerlukan huraian panjang.

Ayat Harapan (AH)


Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai
dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.
Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan
AC.
Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.

Peringatan :
Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.
Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.
Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.
Kelebihan menggunakan formula dalam aktiviti mengarang
1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.
2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.
3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
4. Perenggan yang seimbang dan sekata.
5. Komponen karangan lengkap ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan
kesimpulan.

Anda mungkin juga menyukai