2.0 PEGENALAN
Kepimpinan merupakan kebolehan untuk mempengaruhi orang bawahan kea rah mencapai matlamat
sesuatu organisasi. Menurut Northouse (2013), kepimpinan ialah proses seseorang individu
mempengaruhi sekumpulan individu untuk mencapai matlamat yang sama. Oleh itu, kepimpinan
merupakan aspek penting dalam pengurusan yang menjadi penggerak bagi sesebuah organisasi.
Kesimpulannya, kepimpinan adalah satu proses yang melibatkan semua pihak iaitu orang bawahan
dan pemimpin yang mempunyai hubungan atau komunikasi dua hala antara orang yang memimpin
dengan orang yang dipimpin. Justeru, dapat ditegaskan bahawa tugas pemimpin adalah
mempengaruhi orang bawahannya supaya mengikuti tanggungjawab yang hendak dilaksanakan ke
arah satu matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi tersebut.
Organisasi pula digunakan sebagai tempat atau wadah di mana setiap kaki tangan berkumpul,
bekerjasama secara sistematik, terencana, berorganisasi, terpimpin dan terkendali, dalam
memanfaatkan sumber yang digunakan secara efisien dan efektif untuk mencapai tujuan organisasi
(Syed Ismail Syed Mustapa, 2013). Secara umumnya, organisasi adalah suatu kerjasama sekelompok
orang untuk mencapai tujuan bersama yang diinginkan dan terikat dengan peraturan yang ada yang
telah dipersetujui. Organisasi ialah suatu tempat untuk melakukan kegiatan bersama, agar dapat
mencapai tujuan yang telah ditetapkan bersama-sama.
Setiap kejayaan biasanya perlu melalui pelbagai cabaran dan kepimpinan dalam pendidikan
tidak lari daripada kenyataan ini kerana pelbagai isu-isu pendidikan telah timbul dalam sistem
pendidikan Malaysia. Pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang
bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan dalam menangani isu-isu yang
timbul.
3.0 KONSEP KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
Dalam sesebuah organisasi yang mantap dan mempunyai orientasi visi dan misi serta matlamat yang
ingin dicapai, ia harus mempunyai seorang pemimpin yang berkaliber. Kepimpinan merukan suatu hal
yang sangat penting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Pemimpin adalah orang yang berjawatan
atau mempunyai posisi yang tinggi dalam sesebuah organisasi. Pemimpin bertugas untuk mengatur
segala sesuatu perkara mengenai kebajikan dan keputusan dalam memimpin organisasi tersebut.
Memahami dan mengenal pasti berbagai aspek pengurusan pendidikan merupakan salah satu
kemampuan dasar yang harus dimiliki oleh seseorang pemimpin di sekolah. Sebagai seorang
pemimpin di samping tugas mengatur atau memipin, ia juga berfungsi sebagai pengurus pendidikan.
Perilaku pemimpin yang positif dapat mendorong kelompok dalam mengarahkan dan memotivasikan
individu untuk bekerjasama dalam kelompok. Pemimpin dalam sesebuah organisai mempunyai tugas
yang besar iaitu bertanggungjawab atas semua kerja yang dijalankan oleh organisasi tersebut.
Terdapat beberapa gaya kepimpinan yang digunakan dalam organisasi sekolah iaitu gaya kepimpinan
transformasional, gaya kepimpinan transaksional dan gaya kepimpinan instruksional. Gaya
kepimpinan transformasional adalah berfokus pada pola hubungan pemimpin dan pengikut. Pemimpin
juga akan memotivasikan pengikutnya terutamanya meerka yang mempunyai tanggungjawab sebagai
ahli jawatankuasa. Kepimpinan transformasional juga boleh mengubah nilai diri seseorang untuk
menyokong visi dan matlamat organisasi dan dapat menggalkkan persekitaran di mana perhubungan
yang baik dapat mewujudkan dan dalam masa yang sama pemimpin boleh memberi kepercayaan di
mana isi prtubuhan organisasi dan aktiviti dapat dikongsi antara pemimpin dan golongan di bawah
pimpinannya.
Kepimpinan Transformasional ini dilihat amat sesuai digunakan oleh pucuk pimpinan sekolah
bagi menjayakan setiap misi dan visi. Tambahan pula gaya ini sesuai dipraktikan kerana ianya mampu
untuk mengubah dan mencipta wawasan dan dalam masa yang sama membimbing masyarakat
melakukan perubahan dan seterusnya dapat memajukan sekolah. Gaya kepimpinan Transformasional
ini juga mampu memberi dorongan kepada para guru iaitu orang bawahan dan menggalakkan para
guru meningkatkan nilai moral ke arah lebih tinggi dengan mengilhamkan mereka supaya mereka
bersama-sama memikirkan masalah organisasi sekolah.
Melalui pimpinan ini juga dapat dilihat bahawa pemimpin memainkan peranan dalam
menggalakkan agenda pembangunan organisasi. Pemimpin dari semasa ke semasa akan memberi
motivasi untuk meningkatkan pembangunan peribadi dan hal ini akan dapat meningkatkan tahap
professional dalam diri setiap individu. Tambahan pula pemimpin berupaya untuk memudahkan
pencapaian misi organisasi. Selain itu pemimpin transformasional tidak berat tulang untuk membantu
kakitangannya menyelesaikan masalah secara berhemah. Hal ini kerana dalam diri pemimpin itu
sendiri sudah wujud rasa tanggungjawab membantu dan melestarikan kaadaan dan apa jua yang
berlaku dipersekitaran. Tambahan pula sudah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memastikan
setiap anggota dan kaadaan berada pada tahap yang baik.
Seterusnya, gaya kepimpinan transformasional sangat menitikberatkan soal nilai dalam diri
individu yang terlibat. Hal ini kerana pemimpin akan menerapkan nilai dalam diri kakitangan supaya
individu tersebut sanggup dan mahu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang baru. Hal ini jelas
bahawa pemimpin memainkan peranan yang betul dan berkesan dalam membantu kakitangan bekerja.
Tambahan daripada itu, pemimpin jenis ini percaya bahawa masalah yang wujud bukan sahaja hanya
perlu diselesaikan olehnya akan tetapi melibatkan kakitangannya turut bekerja. Sifat kepimpinan
tranfomasi ini sangat mementingkan pertimbangan dengan individu lain. Pemimpin sebagai ketua
menyediakan tindak balas yang berterusan kepada ahli kerana perhubungan yang erat dijalinkan demi
misi yang ingin dicapai organisasi. Pemimpin akan memberi perhatian secara individu, memberi
peluang kepada perkembangan potensi dan meningkatkan kemahiran. Pemimpin akan berkomunikasi
dua hala dengan pengikutnya.
Gaya kepimpinan yang kedua ialah gaya kepimpinan transaksional. Kepimpinan gaya
trasaksional ini ditakrifkan sebagai kepimpinan yang bersifat mengarah. Konsep kepimpinan jenis
transaksional ini adalah menekankan kepada koordinasi dan kawalan pengurus atau pemimpin itu
sendiri. Hal ini bermaksud orang bawahan hanya akan bekerja apabila mempunyai ganjaran atau
apabila akan mendapat hukuman sahaja. Orang bawahan hanya akan menjalankan tugas dengan penuh
komitmen apabila mendapat arahan daripada ketua sahaja. Tambahan pula kepimpinan jenis ini
berlaku dengan situasi bekerja yang penuh formal iaitu tiada senda gurau. Suasana tegang berlaku dan
hal ini menyebabkan hubungan antara pemimpin dan kakitangan mempunyai jurang yang jauh kerana
tiada unsur kemesraan dalam perhubungan.
Kepimpinan jenis ini menyebabkan pemimpin berupaya mendorong tingkah laku kearah
kepatuhan tugas dalam kalangan kakitangan bawahan. Pemimpinan ini melibatkan konsep pertukaran
sosial iaitu apabila pemimpin memberi ganjaran atau hukuman, pemimpin akan mendapat kembali
hasil sebagai ganjaran dan balasan yang diimpikan. Kepimpinan transaksional ini menekankan dan
memberi fokus kepada keperluan asas individu dan ganjaran ekstrinsik sebagai motivasi kearah
pencapaian dan asas kepada pengurusan. Kepimpinan ini dilihat berkesan kerana mempunyai satu
konsep iaitu memberi dan menerima bagi mempengaruhi semangat orang bawahan.
Gaya kepimpinan yang ketiga pula ialah kepimpinan instruksional. Gaya kepimpinan ini
menitikberatkan soal prestasi setiap guru dan setiap muridnya. Pemimpin akan menyelia setiap
tugasan dan memantau proses penilaian serta perkembangan pelajar. Selain itu, pemimpin akan
menyelaraskan aktiviti pelajaran dam pembelajaran agar suasana kerja yang baik dapat diwujudkan.
Kini peranan daripada menjadi penilai, pemimpin gaya instruksional bertambah kepada menjadi
fasilitator perkembanagn profesion guru. Sebagai fasilitator pemimpin tersebut akan berbincang
secara professional bersama guru-guru yang lain dan mewujudkan para guru membuat refleksi
terhadap potensi mereka dalam profesion.
Gaya kepimpinan ini mengamalkan hubungan yang erat seperti sebuah keluarga berasaskan
perspektif hubungan manusia. Hal ini membuatkan pemimpin akan memastikan orang bawahan
berada dalam kaadaan yang terbaik. Pemimpin dan orang bawahan akan bermotivasi dengan hal-hal
yang mereka usahakan dan berbangga dengan hasil usaha mereka. Kesan daripada kepimpinan ini
akan meningkatkan lagi prestasi golongan yang dipimpin, ianya berlaku kerana hubungan yang baik.
Hal ini bertambah jelas kerana pemimpin instruksional mengambil kesempatan melungkan masa
bersama kakitangan dan murid iaitu pelanggan sama ada di kawasan tempat kerja atau luar. Melalui
hubungan yang erat ini pemimpin dapat memantau kaadaan pekerjanya dan pekerja dapat meluahkan
rasa, cadangan dan penambahbaikkan terhadap organisasi dan matlamat
Menerusi sesi bersama pemimpin, pemimpin akan memainkan peranan untuk membantu
kakitangannya menyelesaikan masalah. Jika pemimpin itu seorang pengetua, dia akan bergaul dengan
guru dan muridnya disamping itu pengetua akan mendorong, mendengar masalah guru dan murid,
rungutan atau cadangan, pemimpin juga akan memberi kaunseling untuk meningkatkan kembali
semangat kerja dan belajar guru dan murid. Pemimpin akan memastikan orang dibawahnya dalam
kaadaan baik dari segi mantel, fizikal dan emosi yang stabil. Oleh hal yang demikian, adalah jelas
bahawa kepimpinan intruksional ini amat baik kepada pencapaian orang bawahannya.
Gaya kepimpinan jenis intruksional ini akan menyediakan dokumen seperti panduan
kurikulum. Hal ini adalah bagi memperincikan tentang pekara-pekara seharusnya diajar pada tarikh
dan masa yang ditetapkan. Kepimpinan instruksional ini memerluka pemimpin tersebut memantau
sendiri rancangan pengajaran guru. Hal ini bagi mengetahui dan memastikan bahawa wujud hubungan
yang positif antara rancangan mengajar guru terhadap pelajaran yang diterima murid.
Seterusnya dapat disimpulkan bahawa gaya kepimpinan instruksional ini adalah menjurus
kepada penilaian terhadap tugas yang diberikan. Sebagai contoh kepimpinan instruksional ini jika
ditinjau dari prospek sekolah adalah kepimpinan yang menjurus kepada peperiksaan. Hal ini kerana
kepimpinan akan memberi tumpuan dan memantau pengajaran guru bagi memastikan guru memberi
didikan yang terbaik dan menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan.
Secara kesimpulannya dapat diketahui bahawa kepimpinan linear ini adalah bersifat
impersonal dan amat berfokus kepada hasil keputusan peperiksaan. Jika ditinjau dalam organisasi
bukan sekolah adalah hasil daripada matlamat iaitu visi dan misi haruslah tercapai. Gaya kepimpinan
instruksional dilihat baik digunakan pada awal tahun mahupun awal semester sahaja. Hal ini kerana
jika pemimpin masih mengamalkan gaya kepimpinan ini diakhir tahun iaitu ketika pelajar akan
mengambil peperiksaan gaya kepimpinan ini akan memberi tekanan yang hebat bukan sahaja kepada
guru akan tetapi murid juga akan mendapat tekanan. Seperti sedia maklum terkanan adalah sesuatu
yang harus dielakkan pada saat genting kerana akan memberikan kesan yang negatif kepada markah
dan prestasi akan menjadi merosot.
Pengetua merupakan jawatan yang paling tinggi dalam carta organisasi di sekolah. Pengetua juga
akan mengajar. Masa yang diperuntukkan mengajar bagi pengetua ialah 5 masa seminggu. Pengetua
mempunyai peranan yang besar dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah. Tugas pengetua dalam
bidang pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum ialah mengagihkan tugas-tugas akademik dan bukan
akademik kepada staf. Selain itu, pengetua juga bertanggungajawab untuk mengadakan mesyuarat
Jawatan Kurikulum atau Panitia Mata Pelajaran. Pengetua juga perlu merancang jadual waktu dan
menyediakan takwim sekolah. Menyediakan takwim bermaksud pengetua hendaklah merancang
program akademik mahupun program ko-kurikulum. Selain itu, pengetua juga hendaklah menyelia
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengetua juga hendaklah menyediakan perician dan panduan
kepada staf-staf bagi memudahkan kerja staf. Pengetua juga hendaklah menetapkan sasaran akademik
dan Ko kurikulum tahunan pelajar.
Tugas pengetua dalam bidang pengurusan pelajar pula ialah menyediakan kemudahan asas
akademik dan bukan akademik. Pengetua juga bertanggungjawap untuk menjaga keselamatan dan
kesihatan pelajar. Selain itu, pengetua juga perlu mewujudkan perkhidmatan bimbingan kaunseling
untuk menjaga serta mengetahui masalah pelajar. Pengetua juga bertanggungjawap meningkat displin
dan sahsiah pelajar dengan penetapan peranturan yang sesuai. Pengetua juga mempunyai tugas dalam
bidang pengurusan perhunbungan dalaman dan luaran. Antara tugas pengetua dalam bidang ini ialah
menjalinkan dan mengukuh hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa. Oleh itu, pengetua hendaklah
mempergiatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Selain itu,
pengetua juga hendaklah menjalinkan hubungan yang bermakna antara sekolah dengan institusi
Kementerian atau agensi-agensi luar.
Bidang tugas yang pertama GPK 1 ialah mengajar. Masa mengajar GPK 1 ialah sekurang-kurangnya
12 masa seminggu. Oleh iaitu GPK 1 hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak
dan tuntutan Sukatan Pelajaran. GPK 1 juga hendakalah mengendali P&P dengan berkesan serta
membimbing pelajar memperolehi ilmu dan mengamalkan sikap positif. Bidang tugas GPK 1 ialah
membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum iaitu membantu pengetua dalam pengagihan tugas-
tugas akademik. GPK 1 juga menyelaras pengendalian mesyuarat panitia mata pelajaran. Selain itu,
GPK 1 juga bertanggungjawap mengemas kini jadual waktu tahunan dan mengemaskini jadual waktu
sit in. Membantu Guru Besar menyemak dan menandatangani Buku Rekod Persediaan
mengajar.Membantu Guru Besar mengurus hal-hal peperiksaan dalaman, UPSR dan kelompok.
Membantu Guru Besar merancang program sokongan akademik Berinteraksi dengan Penyelia Petang
dalam hal-hal akademik dan bukan akademik.
GPK 1 juga bertugas membantu pengetua dalam urusan pentadbiran harian iaitu menyemak
kehadiran staf, mengurus data dan maklumat mengawal disiplin pelajar dan mewakili pengetua
menghadiri taklimat atau majlis rasmi. GPK 1 juga bertugas membantu pengetua dalam pengurusan
staf iaitu menyelia kerja-kerja staf, melaksanakan pembangunann staf dan menilai prestasi sasaran
kerja tahunan staf. Tugas lain GPK 1 ialah membantu pengetua dalam pengusan kemudahan dan
sumber iaitu menentukan bekalan kemudahan asas mencukupi, mengoptimumkan penggunaan segala
kemudahan dan kelengkapan sedia ada dan menyelenggara kemudahan dan kelengkapan. GPK 1 juga
menjalankan tugas penegtua semasa ketiadaan pengetua di sekolah.
GPK 1 mempunyai tugas membantu guru besar dalam tugas-tugas lain iaitu membimbing
guru-guru baru/pelatih/sandaran dalam mengendalikan tugas-tugas mereka, menyelia kegiatan-
kegiatan bimbingan dan kelas-kelas pemulihan, membantu dalam perancangan takwim akademik
tahunan sekolah, membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah, mengurus hal-hal
bangunan, keceriaan, keselamatan dan ketenteraman sekolah, melaksanakan arahan-arahan atau
tugasan-tugasan lain seperti yang diberikan oleh pihak kementerian pendidikan atau pihak atasan lain
dari masa kesemasa.
Bidang tugas yang pertama GPK HEM ialah mengajar. Masa mengajar GPK HEM ialah sekurang-
kurangnya 12 masa seminggu. Oleh iaitu GPK HEM hendaklah memahami, menghayati dan
mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran. GPK HEM juga hendakalah mengendali
P&P dengan berkesan serta membimbing pelajar memperolehi ilmu dan mengamalkan sikap positif.
Tugas kedua GPK HEM membantu guru besar dalam pengurusan kebajikan dan disiplin
pelajar. Oleh itu, GPK HEM hendaklah menyediakan khidmat bimbingan dan kauseling murid. Selain
itu, mengawal keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid dan mengurus bentuk bantuan kebajikan
murid seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), pelbagai biasiswa, bantuan khas pakaian seragam
tajaan Kementerian Pendidikan, bantuan cermin mata tajaan Kementerian Pendidikan atau Persatuan
Orang Buta dan lain-lain bantuan khas bagi murid-murid miskin.
Selain itu, GPK HEM juga bertanggungjawap mengurus dan mengemaskinikan pelbagai
rekod kebajikan murid. GPK HEM akan membantu menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah
dan mengendalikan kes-kes disiplin murid. GPK HEM juga akan menguruskan hal-hal makanan,
minuman dan kebersihan kantin sekolah. Tugas lain GPK HEM ialah membantu pengetua dalam
pengurusan kemasukan dan pendaftaran pelajar. Sebagai contohnya GPK HEM akan menguruskan
kemasukan pelajar baru dan menempakan pelajar yang baru berpindah dari sekolah lain. GPK HEM
juga akan menguruskan perpindahan pelajar yang ingin berpindah ke sekolah lain.
GPK HEM juga akan membantu guru besar dalam perhubungan awam iaitu mewujudkan
hubungan harmonis dengan masyarakat umum dan mempergiatkan kegiatan-kegiatan Persatuan
Ibubapa Dan Guru (PIBG) serta menjalainkan hubungan mesra dengan ahli-ahli staf kedua sesi pagi
dan petang. Akhir sekali tugas GPK HEM ialah membantu pengetua dalam tugas tugas lain.
Menguruskan hal Ehwal murid/kebajikan murid. Menyelia kemudahan rawatan murid. Menyediakan
peralatan teknologi pendidikan. Menentukan bahan Pusat Sumber dan Bacaan murid. Mengganggotai
jawatankuasa perbadanan dalam sekolah. Mewakili pengetua menghadiri mesyuarat, taklimat dan
majlis rasmi. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh pengetua dan
Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa.
Bidang tugas yang pertama GPKK ialah mengajar. Masa mengajar GPKK ialah sekurang-kurangnya
12 masa seminggu. Oleh iaitu GPKK hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak
dan tuntutan Sukatan Pelajaran. GPKK juga hendaklah mengendali P&P dengan berkesan serta
membimbing pelajar memperolehi ilmu dan mengamalkan sikap positif. Bidang tugas GPKK yang
lain ialah membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum iaitu merancang, menyelaras dan
mengubal hal-hal kurikulum. GPKK juga perlu merancang, menyusun dan menyelia dan
membangunkan murid-murid dari aspek sukan, permainan, badan beruniform, kelab dan persatuan
serta penyertaan dalam aktiviti anjuran daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam hal perancangan GPKK
terlibat secara langsung dalam merancang takwim tahunan bagi kegiatan kokurikulum setiap tahun. Di
smping itu, GPKK mengurus pemilihan peserta elit sekolah. Menyelaras dan menyelia pelaksanaan
program dan aktiviti, mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya, menyesuaikan
program yang dirancang mengikut kesesuain pelajar dan berperanan untuk mengurus dan menyelarass
kegiatan setiap bidang ko-kurikulum merupakan bidang tugas GPKK.
GPKK akan bertugas dalam menentukan bekalan, persiapan dan kemudahan asas aktiviti-
aktiviti kokurikulum. Selain itu, GPKK juga akan mempengerusikan mesyuarat yang berhubung kait
dengan hal-hal kokurikulum. GPKK juga akan membantu pengetua dalam perhubungan awam iaitu
menjalinkan hubungan harmonis di antara pihak sekolah dengan masyarakat umum, mempergiatkan
aktiviti-aktiviti anjuran PIBG dengan pihak Ibu bapa dan menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa
secara langsung. Selain itu, GPKK juga akan menyediakan anggaran belanjawan pengurusan
kokurikulum, bertanggungjawab tentang lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah dan menyelaras hari-
hari perayaan dan upacara sekolah. GPKK juga menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan atau
rumah sukan, mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum. Memastikan rekod-
rekod dan data-data kokurikulum diselenggarakan dengan baik. Tugas GPKK juga adalah untuk
mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan program khas.
Kebiasaannya terdapat empat ketua bidang di sekolah iaitu ketua bidang Bahasa, ketua bidang Sains
dan matematik, ketua bidang Kemanusiaan dan ketua bidang Vokasional. Bidang tugas ketua bidang
yang pertama ialah mengajar, ketua bidang diperuntukkan 18 masa seminggu untuk mengajar. Oleh
itu ketua bidang hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan
Pelajaran.
Sebagai ketua bidang di sekolah juga, guru bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal
kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang masing-masing. Ketua bidang
bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. Ketua
bidang juga bertanggungjawab kepada pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum
yang berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik. Selain itu, ketua bidang juga
membantu pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan
dengan bidangnya. Ketua bidang turut berperanan mengadakan program untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
Peranan ketua bidang juga ialah membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan
pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya, mempengerusikan mesyuarat jawatan
kuasa mata pelajaran, menyelaraskan rancangan pelajaran tahunan, menyediakan soalan peperiksaan
yang akan dijalankan dan memutuskan buku kerja yang hendak digunakan dalam mesyuarat yang
hendak dijalankan. Ketua bidang juga mencadangkan pembelian bahan pengajaran dan pembelajaran
yang akan digunakan. Akhir sekali ketua bidang perlu membantu pengetua menyelaras dalam hal-hal
yang berkaitan dengan bidangnya, dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir
Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih atau maktab dan seumpamanya.
Tugas utama Ketua Bidang kemanusia, teknik dan vokasional, ketua bidang bahasa dan ketua
bidang sains dan matematik ialah mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu. Ketua bidang
kemanusiaan juga bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan
bidangnya, bertanggungjawab kepada Peengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum
yang berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik, membantu Pengetua menyelia dan
menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya, membantu
pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan
bidangnya, dan membantu pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya
dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi
guru-guru pelatih dari maktab, univrsiti dan seumpamanya. Selain itu juga, ketua bidang kemanusiaan
mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.
Guru kelas juga perlu mengajar. Guru akademik biasa diperuntukkan 22 hingga 30 masa mengajar
seminggu. Guru dikehendaki memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan
Sukatan Pelajaran dan mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru juga
hendaklah membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni.
Akhir sekali guru hendaklah membuat penilaian dan mengambil tindakan-tindakan susulan
sewajarnya.
Guru kelas bertanggungjawab dalam menyiapkan buku daftar kedatagan pelajar. Guru kelas
hendaklah melengkapkan Buku Jadual Kedatangan yang mengadungi No pendaftaran, nama penuh
murid, bangsa, tarikh masuk kelas, No. sijil beranak, tarikh lahir, tempat lahir, agama, nama ibubapa,
pekerjaan bapa atau penjaga, alamat penuh, No. telefon rumah atau pejabat, Layak atau tidak layak
SPBT. Guru kelas hendaklah menanda kehadiran harian murid dan mengisi kehadiran pelajar secara
online serta merumus keseluruhan kehadiran pada setiap hujung bulan persekolahan. Guru kelas juga
hendaklah mencatat perpindahan atau kemasukan baru murid dari masa ke semasa. Selain itu, guru
kelas bertanggungjawap menghubungi ibu bapa atau penjaga sekiranya murid ponteng berturut-turut
selama tiga hari.
Guru kelas juga bertanggungjawap dalam pengurusan yuran murid-murid. Guru kelas dikehendaki
mengutip segala yuran iaitu yuran persekolahan yuran PIBG dan sebagainya. Guru kelas juga
hendaklah merekodkan segala pembayaran yuran tersebut.
Tugas guru biasa ialah mengajar. Guru dikehendaki memahami, menghayati dan mengamalkan
kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran dan mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dengan berkesan. Guru juga hendaklah membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan
mengamalkan nilai-nilai murni. Akhir sekali guru hendaklah membuat penilaian dan mengambil
tindakan-tindakan susulan sewajarnya. Guru hendaklah membuat perancangan P&P di mana guru
dikehendaki merancang P&P tahunan mengikut Sukatan Pelajaran anjuran Kementerian Pendidikan,
pelajaran penggal, mingguan dan harian, menyediakan rancangan mengajar berasingan selain Buku
Rekod Persediaan Mengajar, merekodkan penilaian dan keputusan ujian dan kemaskini rekod di
dalam Buku Kemajuan murid dan merancang tindakan-tindakan susulan terhadap penilaian ujian
berkenaan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid.
Guru juga bertindak dalam menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan Murid iaitu
memastikan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi oleh setiap murid, mewujudkan suasana ceria dan
kondusif bagi P&P, mengendalikan kes-kes disiplin, keselamatan dan kebajikan murid dan memupuk
dan mengamalkan nilai-nilai dalam kalangan murid. Mentadbir dan menguruskan bilik darjah juga
merupakan bidang tugas guru. Guru hendaklah mengutamakan disiplin di samping P&P. guru juga
hendaklah mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan kelengkapan yang sedia adadan guru
hendaklah memastikan suasana bersih, kemas dan teratur. Bidang tugas guru ialah mengambilalih
tugas-tugas rasmi bagi rakan yang lain semasa ketiadaannya. Guru juga akan bertindak menjadi guru
pengganti atau guru sit-in dari masa ke semasa. Selain itu, guru juga bertanggungjawap untuk
mewakili pihak sekolah dalam jemputan-jemputan rasmi atas arahan pengetua.
Guru perpustakaan juga perlu mengajar. Guru akademik biasa diperuntukkan 22 hingga 30 masa
mengajar seminggu. Guru dikehendaki memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan
tuntutan Sukatan Pelajaran dan mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan.
Guru juga hendaklah membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai
murni. Akhir sekali guru hendaklah membuat penilaian dan mengambil tindakan-tindakan susulan
sewajarnya.
Guru perpustakaan hendaklah menyediakan peraturan di perpustakaan. Oleh itu, guru ini
hendaklah melantik pengawas perpustakaan. Guru perpustakaan hendaklah memastikan peraturan
yang dibuat difahami dan dipatuhi oleh setiap murid. Guru perpustakaan hendaklah membuat
anggaran perbelanjaan tahunan untuk perpustakaan. Guru perpustakaan hendaklah menyediakan
senarai buku yang hendak dibeli mengikut keutamaan. Guru perpustakaan hendaklah membuat
pesanan buku. Setelah buku yang dipesan sampai, guru perpustakaan hendaklah memeriksaan
keadaan dan bilangan buku tersebut. Buku yang di beli hendaklah di kemas kini di dalam
perpustakaan. Selain itu, guru perpustakaan hendaklah menandakan buku tersebut dengan cop
perpustakaan sekolah. Setiap buku hendaklah dilekatkan dengan kocek buku, kad buku, slid tulang
belakang dan kad katalog. Guru perpustakaan juga hendaklah memberi galakan penggunaan
perpustakaan. Oleh itu guru perpustakaan hendaklah menyediakan aktiviti-aktiviti seperti
menganjurkan pertandingan kuiz, mengadakan pameran buku, seminar dan sebagainya untuk menarik
minat pelajar.
Guru perpustakaan juga perlu merekodkan bilangan pengguna perpustakaan, setiap kali
perputskaan dibuka, senarai peminjam buku dan senarai kekerapan murid meminjam buku. Selain itu,
Guru perpustakaan juga bertanggungjawap untuk mmbaiki buku-buku yang telah rosak dengan cara
menjilidkan semula. Guru juga perlu memeriksaan keadaan buku dari semasa ke semasa. Guru
perpustakaan juga berperanan untuk menghapuskan buku yang teramat teruk atau buku yang tidak
boleh di baca. Oleh itu, guru hendaklah menyemak stok pada akhir tahun.
Seorang guru adalah pendidik, pembimbing dan pengajar didalam kelas. Guru mempunyai implikasi
terhadap peranan dan fungsi yang menjadi tanggungjawabnya. Guru memiliki peranan dan fungsi
yang tidak dapat dipisahkan iaitu kemaMpuan mendidik, membimbing, mengajar dan melatih. Guru
mestilah mempunyai ciri-ciri pembimbing kejayaan akademik setiap pelajar. Oleh itu, pendekatan
gaya yang sesuai oleh seorang guru untuk digunakan ialah gaya kepimpinan transaksional
memandangkan kuasa mereka sepenuhnya hanya dibilik darjah. Oleh itu, guru-guru perlu menetapkan
sesuatu matlamat yang boleh dijadikan panduan oleh para pelajar selain guru juga tidak memerlukan
pandangan murid-murid untuk melakukan sesuatu. Contohnya, seorang guru menetapkan semua
murid haruslah menyiapkan semua kerja yang diberikan atau hukuman akan menanti kepada sesiapa
yang tidak menyiapkannya.
Guru juga boleh menggunakan gaya kepimpinan tranformational didalam kelas seperti
meminta pandangan murid-murid bagaimana untuk menghias kelas supaya kelihatan lebih menarik.
Guru juga boleh meminta pendangan para pelajar bagaimana cara untuk guru-guru membantu
masalah mereka terhadap subjek yang mereka kurang kuasai. Setiap guru mestilah tidak mudah letih
dan penat dalam mendidik setiap pelajar. Guru juga perlulah lebih mesra untuk tujuan akademik
supaya pelajar akan lebih bersemangat untuk bertanyakan sesuatu. Sikap guru yang sentiasa terbuka
untuk diajukan soalan juga haruslah ada supaya pelajar akan sentiasa mencari guru-guru untuk
ditujukan pertanyaan serta mendapatkan sesuatu matlumat. Guru juga perlu mencari alternaif
bagaimana untuk membuatkan para pelajar lebih berminat untuk belajar. Teknik mengajar yang betul
dan menarik mampu membuatkan pelajar fokus serta berminat terhadap mata pelajaran tersebut.
Guru besar mahupun pengetua adalah pemimpin utama di sesebuah sekolah dan memikul
tanggungjawab yang amat penting dalam sistem ekologi persekolahan khususnya dalam keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jatuh bangunnya sesebuah sekolah adalah bergantung
kepada kepimpinan guru besar. Peranan guru besar atau pengetua semakin hari semakin mencabar
terutamanya pada zaman yang serba modendan kaya dengan dunia berteknologi maklumat ini.
Sebagai seorang pemimpin sekolah, para guru besar perlu mempertingkatkan tahap kepimpinan
mereka agar segala tindakan yang dilakukan dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Kepimpinan ialah kebolehan seorang pemimpin untuk menarik orang lain untuk
mengikut apa yang dihajati tanpa sebarang paksaan. Ianya merupakan aspek penting dalam kehidupan
organisasi kerana pemimpin membantu menunjukkan arah tujuan dan menentukan aktiviti-aktiviti
yang perlu dilakukan oleh orang bawahannya bagi memastikan matlamat organisasi tercapai (Noraini
dan Ahmad 2011).
Konsep kepimpinan dalam bilik darjah ialah merupakan proses interaksi anatara pemimpin iaitu guru
dengan orang yang dipimpin iaitu pelajar. Guru sebagai pemimpin akan menunjukkan teladan yang
baik, memberi bimbingan, tunjuk akjar, nasihat dan perlindungan kepada murid, dan guru juga akan
mempengaruhi dan mengetuai murid di dalam bilik darjah. Terdapat empat fungsi kepimpinan
kurikulum bilik darjah iaitu fungsi penetapan matlamat atau objektif, fungsi membuat keputusan,
fungsi komunikasi dan fungsi mendorong atau motivasi.
Penetapan objektif atau matlamat merupakan usaha terancang untuk memformulasikan arah
tuju yang hendak dicapai. Penetapan objektif metilah tepat dan jelas, spesifik, sesuai dan mampu
dicapai serta bersifat rasional. Membuat keputusan pula merupakan proses memilih pelbagai alternatif
berfungsi untuk menyelesaikan masalah. Langkah-langkah memastikan pemilihan alternative yang
efektif ialah dengan mengenalpasti masalah yang dihadapi terlebih dahulu, selepas itu menganalisis
masalah tersebut dan membentuk alternatif penyelesaian. Jalan penyelesaian yang dipilih mestilah
penyelesaian yang paling sesuai dan terbaik. Selepas memilih jalan penyelesaian, keputusan haruslah
dibuat dengan berkesan. Komunikasi pula merupakan proses pertukaran pemikiran atau maklumat
untuk mewujudkan situasi saling memahami dan hubungan manusia yang baik. Komunikasi yang
berkesan dapat menyelamatkan konflik yang berlaku. Empat aliran komunikasi yang digunakan ialah
aliran komunikasi atas ke bawah, aliran komunikasi bawah ke atas, aliran komunikasi mendatar dan
aliran komunikasi tidak formal. Mendorong atau motivasi pula merupakan sumber dorongan individu
terhadap sesuatu perlakuan bergantung kepada jangkaan bahawa kelakuannya dapat mencapai sesuatu
matlamat.
Sebagai seorang guru yang memegang tugas utama mengajar pelajar, guru perlu mengambil perhatian
terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah iaitu dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaran dengan mengambil kira konsep perbezaan individu. Guru digalakkan merancang
poengajaran terlebih dahulu sebelum memulakan proses pengajaran bagi memastikan kaedah dan
teknik pengajaran yang digunakan berkesan. Antara jenis-jenis gaya pengajaran yang boleh digunakan
ialah pengajaran secara langsung iaitu berpusatkan guru, pengajaran secara tidak langsung iaitu
berpusatkan murid dan pengajaran berpusatkan bahan bantu mengajar.
Pengajaran berpusatkan guru merupakan kaedah pengajaran guru sebagai penyampai utama
maklumat. Pengetahuan sedia ada tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang penting dan murid
tidak perlu aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke
atas bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
berpusatkan murid pula, guru hanya sebagai fasilitator atau pembimbing. Kaedah pengajaran ini dapat
menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid juga diberi peluang untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Kaedah
ini juga melibatkan murid dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan
kekuatan dan kelemahan murid.
Pengajaran berpusatkan bahan bantu mengajar memberikan penakanan terhadap bahan bantu
mengajar (BBM) seperti carta, model, graf, peta, gambar maujud, slaid, radio, perakam pita, video
dan sebagainya. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan perancangan dan
penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan
berkesan sangat penting untuk membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada
murid. Sebagai seorang guru, kita haruslah mengguna alat bantu mengajar (ABM) kerana penggunaan
alat bantu ini setidak-tidaknya dapat membantu menerangkan sesuatu konsep yang kurang jelas
kepada konsep yang lebih jelas dan dapat dilihat oleh pelajar-pelajar. Ciri-ciri bahan pengajaran
efektif pula berbentuk maujud, praktikal, selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan
tersebut untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan berkesan.
7.0 KESIMPULAN
Secara dasarnya, tingkah laku kepimpinan pengetua seperti dipersepsikan oleh guru memberikan
kesan kepada keberkesanan organisasi. Justeru, dapatlah dirumuskan bahawa jawatan sebagai
pemimpin adalah sangat penting untuk menjalankan organisasi kerana sebuah organisasi tidak dapat
dilaksanakan tanpa adanya unsur kepimpinan yang baik dari anggota mahupun pemimpin itu sendiri.
Oleh itu, kepimpinan saling berkait rapat dengan organisasi. Tambahan pula jelaslah bahawa tindakan
dan amalan kepemimpinan selalunya dikaitkan dengan proses seseorang mempengaruhi orang lain
supaya mengikutnya untuk melaksanakan tugas-tugas organisasi agar matlamat organisasi tercapai.
Pemimpin memberikan arahan dan memastikan orang bawahannya mendengar arahan dan
menghormati keputusan yang dibuat olehnya dan mampu bekerja sebagai satu kumpulan. Tindakan
seperti ini membangkitkan semangat orang bawahan untuk melaksanakan tugas dengan lebih
berkesan, bukan sahaja untuk organisasi, tetapi juga sebagai petunjuk bahawa mereka menyenangi
pemimpin mereka. Perbincangan dua hala merupakan salah satu cara menjana pemikiran orang
bawahnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul serta berupaya untuk meyakinkan orang
bawahan tentang betapa perlunya orang-orang bawahan bekerja sebagai satu pasukan dan bukan
secara individu untuk mencapai matlamat organisasi. Malah, pemimpin juga perlu sering berusaha
untuk mempertingkatkan tahap keperluan dan kebolehan orang bawahnya supaya lebih
bertanggungjawab dan berjaya menyelesaikan tugas organisasi ke peringkat maksimum walaupun
terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
8.0 PETA MINDA
9.0 RUJUKAN
Abdull Sukor Shaari. (2008). Guru Berkesan Petua dan Panduan. Sintok: Universiti Utara
Malaysia.
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Lim Ting Theng. (Tiada tarikh). Gaya kepimpinan guru
besar dan hubungannya dengan factor-faktor kepimpinan di sekolah penerima
anugerah sekolah cemerlang di Negeri Melaka. Diperoleh daripada
http://eprints.utm.my/10134/2/ukm.pdf
West-Burnham John. (2010). Mengurus Kualiti Sekolah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia.
Moktar Pet & Rafidah Manap. (2013). Buku Teks STPM Pengajian Perniagaan
Oxford Fajar Sdn Bhd. (008974-T) 2012.
Mok Soon Sang. (2012). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku (Edisi Ketiga). Puchong,
Selangor: Penerbitan Multimedia.
Wan Faridah Akmal Wan Ismail, Noor Azmi Mohamad & Ishak Mad Shah. (2002).
Kepimpinan transaksi/transformasi dan ciri kerja profesional teknologi maklumat sektor
awam Malaysia. Jurnal Teknologi, 37(E), 57-70. Diperoleh daripada
https://core.ac.uk/download/files/392/11778053.pdf
Zuzan Michael Japang. (Tiada tarikh). Kepimpinan kurikulum bilik darjah [slaid
PowerPoint]. Diperoleh daripada
http://www.slideshare.net/ZUZANMICHAEL/kepimpinan- kurikulum-bilik-darjah-12191953