Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PERSEMBAHAN THRONE OF THORNS

Pada 18 Februari 2017 bersamaan dengan hari sabtu, saya dan rakan sekelas telah
menonton sebuah persembahan teater iaitu Throne of Thorns yang bertempat di
Experimental Theatre Aswara bawah arahan Norzizi Zulkifli. Teater ini adalah sebuah respon
pengarah, Norzizi Zulkifli terhadap naskhah The Tempest karya William Shakespeare.
Penceritaan lakonan ini sungguh unik di mana elemen barat dan tradisional Melayu
digandingkan. Terdapat pelbagai aspek persembahan yang dapat saya ulaskan berdasarkan
pementasan teater Throne of Thorns ini.

Aspek pertama yang dapat saya kenalpasti ialah persembahan seni tarian yang
ditonjolkan menampakkan nilai estetika yang tersendiri. Hal ini kerana setiap seni tarian
yang ditonjolkan bersesuaian dengan penceritaan yang ingin disampaikan. Contohnya, saya
dapat lihat gerak-geri seni tarian mereka yang sungguh tersusun dan membawa erti seperti
pernampakkan gerakan tangan lima jari. Menurut Che Mat Jusoh, buku Siri tokoh
Anugerah Seni Negara : Khatijah Awang, setiap gerakan yang dilakukan dalam seni tari
mahupun lakonan juga mempunyai metafora yang tersendiri, sebagai contoh gerakan
tangan yang menampakkan lima jari tersusun membawa makna kepada alif lam lam
ha atau dalam sebutan yang lebih mudah disebut sebagai Allah, falsafah disebalik gerakan
ini bertindak untuk meyakinkan masyarakat bahawa seni persembahan ini mengandungi
unsur yang selaras dengan ajaran islam demi mengelak dari lalai mengingati Tuhan. Selain
itu, penari turut berpusing dalam bulatan bagi melambangkan ikatan raja dan rakyat di mana
setiap keputusan yang dibuat adalah secara bersama. Hal ini
membuatkan seni persembahan ini sungguh menarik dan kaya dengan elemen muzik
tradisional.

Menurut Zainal Jaslan, buku Siri tokoh Anugerah Seni Negara: Khatijah Awang,
beliau menyatakan bahawa susun atur melambangkan tahap intelektual masyarakat melayu
dalam menyusun atur sesuatu perkara atau kerja. Hal ini dapat dilihat melalui setiap dari
bahagian gerak tari, lakonan serta susun atur kedudukan antara pemuzik dan juga penari
adalah dirancang dan mengikut kepada tradisi persembahan Mak Yong. Contohnya,
upacara menghadap rebab, watak Raja, Suci, Mulus, Makhluk, Tamak, Putera, Pesuruh,
Pelawak, Lalang dan Turuts seterusnya ialah Berkhabar atau dipanggil sebagai Ello atau
juga Wok, setelah itu disusuli dengan persembahan nyanyian dan lakonan penceritaan dan
diakhiri dengan upacara tutup panggung.
Selain daripada itu, kedudukan antara pemain muzik dan penari juga mengikut tradisi
persembahan Mak Yong. Dalam persembahan Mak Yong ini, kedudukan pemain rebab dan
juga Pak Yong iaitu watak bagi raja diutamakan. Pemain rebab atau dikenali dengan nama
Tok Minguk diletakkan di bahagian hadapan. Seterusnya adalah kedudukan Pak Yong iaitu
watak raja adalah di bahagian tengah dan paling hadapan dari watak-watak yang lain.
Selain itu, kedudukan watak-watak lain di susun mengikut kedudukan dan peringkat tertentu,
watak yang berkedudukan tinggi di hadapan dan watak biasa di belakang, namun begitu
mereka diletakkan pada paras yang sama.

Dalam persembahan Mak Yong ini, alatan dan muzik telah menonjolkan nilai estetika
melayu yang tersendiri dan penggunaannya bukanlah disengajakan melainkan dengan
maksud-maksud yang tersirat di dalamnya. Antara peralatan yang digunakan dalam
persembahan ini adalah rebab, gendang ibu dan anak, sepasang gong ibu dan anak serta
serunai. Penggunaan alat muzik dalam persembahan teater ini adalah berkonsepkan
kepada muzik berkumpulan.

Pakaian yang dikenakan dalam persembahan teater ini ialah warna kuning, serta
warna keemasan. Warna kuning dan warna keemasan ini saling berkaitan dengan warna
diraja. Malahan juga warna kuning itu sendiri adalah warna diraja serta tarian Mak Yong itu
adalah persembahan untuk golongan raja dan pembesar-pembesar. Keris turut dikenakan
sebagai perhiasan sekaligus melambangkan keagungan bangsa melayu. Keris juga adalah
satu lambang kepada nilai estetika melayu dari segi keunikkan serta kehalusan seni
pembuatannya sendiri yang tiada pada bangsa lain. Umumnya pemilihan pakaian yang
dikenakan dalam teater ini berkait rapat dengan nilai estetika dan kaya dengan warisan
melayu dari segi pemilihan warna, corak dan fungsi tarian itu sendiri yang terdiri dari
kombinasi dan unsur-unsur tarian, muzik, drama, dan komedi yang dipersembahkan.

Akhir sekali, pencahayaan yang jelas kerana saya mampu melihat secara jelas apa
yang berlaku di atas pentas. Namun itu bukan bermakna setiap sudut pentas atau penari itu
disinari oleh cahaya sepanjang masa. Memadai hanya menyinari sebahagian ruang atau
penari sahaja mengikut keperluan teater. Dalam persembahan tarian, cahaya yang
digunakan itu dapat menerangkan susuk tubuh dan gerak penari mengikut keperluan dan
kesesuaian. Ruang yang digunakan untuk bergerak sahaja diterangi, sementara ruang lain
disuramkan atau digelapkan.

Kesimpulannya, analisis aspek-aspek ini secara langsung dapat memartabatkan


kesenian ini setingkat lebih tinggi dari sebelumnya, malahan membuka mata banyak pihak
terhadap kewujudannya dalam kehidupan masyarakat.
LAPORAN PERSEMBAHAN KONSERT CHINESE NEW YEAR

Pada tarikh 17 Februari bersamaan dengan hari sabtu saya dan rakan sekelas telah
menghadiri konsert sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh
Persatuan Kebudayaan Cina Institut Pengajian Guru kampus Ilmu Khas. Tentatif konsert ini
adalah seperti di bawah :

1. Tarian Kipas

2. Nyanyian 4 orang

3. Persembahan Wushu ,Yoyo Cina & permainan Shi Ling

4. Lucky draw

5. Kisah 12 zodiak

6. Orkestra (Melayu,China,Barat)

7. Spring Chant

8. Lucky draw

9. Nyanyian Ceria Hoyeah (4 orang)

Konsert ini telah bermula pada jam seawal 7.30 malam dan berakhir tepat jam 10.00 malam
iaitu bermulanya dengan pendaftaran peserta, persembahan serta penutupan.

Berdasarkan pemerhatian saya , semua tarian yang dipersembahkan ini dapat


menonjolkan nilai estetika tarian cina ini sendiri. Contohnya, tarian kipas yang mampu
menonjolkan di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat
keperluan. Gerak tari tarian kipas ini menggunakan gerakan pencak silat. Keunikan tarian ini
yang dapat dilihat adalah pada penggunaan kipas besar dan selendang panjang yang
menjadi bahan utama. Gerak-geri tarian mereka turut tersusun dan seragam. Keseragaman
tarian ini melihatkan kekemasan persembahan yang ingin dipersembahkan.

Seterusnya ialah pemilihan muzik pengiring yang sesuai dengan suasana adegan.
Muzik pengiring merupakan muzik yang digunakan untuk mengiringi pertunjukan beberapa
adegan. Contohnya, muzik pengiring pada persembahan Kisah 12 Zodiak telah memberikan
sentuhan indah dengan ritma permainan seimbang dengan perjalanan adegan seperti
suasana, lampu, setting, kostum, dan mimik muka. Dengan iringin muzik indah ini, jalan
cerita dan cara penyampaian menjadi lebih menarik dan mudah difahami oleh para
penonton.
Selain itu, terdapat pelbagai jenis kumpulan alat muzik yang terlibat pada
persembahan okestra seperti kordofon dan membranofon. Okestra ini menekankan
gabungan alat muzik Cina, Melayu dan Barat. Alat muzik melayu ialah gamelan seperti
bonang, gambang, gendang dan gong, alat muzik barat ialah piano dan instrumen Cina
iaitu alat muzik er-hu dan seruling

Seterusnya, pengaturan muzik dalam pementasan konsert ini disusun dengan rapi
terutamanya pada persembahan Kisah 12 Zodiak. Penggunaan muzik dalam persembahan
ini ialah gerak mulut (miming). Penggunaan muzik secara gerak mulut adalah bermaksud
sesebuah dialog direkodkan terlebih dahulu sebelum pementasan diadakan. Sewaktu
persembahan, pelakon hanya menggunakan kaedah miming sementara audio dialog
dimainkan. Persembahan yang menarik tanpa menonjolkan sebarang kesalahan gerak bibir
mereka, kelancaran yang baik serta lakonan setiap zodiak yang menarik.

Seterusnya, kegunaan kostum dan props mengikut kesesuaian tema pementasan


pada hari tersebut. Hal ini dapat dilihat pada persembahan Wushu , mereka menggunakan
pakai seragam Wushu. Manakala, pada Kisah 12 Zodiak, mereka memakai kostum haiwan
yang merangkumi 12 zodiak tersebut. Secara tidak langsung, menarik minat lagi penonton
untuk terus mendalami konsert yang ingin disampaikan dan terus memberi tumpuan yang
berpanjangan kepada konsert ini. Turut menyumbang kepada penyampaian mesej yang
jelas agar keseluruhan dan pengakhiran cerita dapat disampaikan dengan jelas kepada
penonton

Pengurusan pementasan yang baik. Hal ini penting kerana menjadi salah satu faktor
tarikan penonton untuk terus berada dalam dewan tersebut. Susun atur yang diperlihatkan
adalah pentas lakonan di hadapan, pentas pemuzik pada bahagian hadapan belah kiri dan
penonton bertentangan dengan pentas lakonan. Susun atur ini tidak memberi sebarang
gangguan kepada penglihatan penonton untuk melihat persembahan konsert di hadapan
walaupun duduk di barisan paling belakang. Selain itu, jarak antara kerusi juga tidak begitu
rapat. Hal ini memberi keselesaan kepada semua penonton.

Selain itu, penggunaan sistem audio yang tidak bagus. Hal ini banyak memberi
gangguan pada persembahan nyanyian yang menggunakan banyak mikrofon. Mikrofon
tidak dapat berfungsi dengan baik apabila didekati dengan sumber bunyi. Apabila
persembahan menyanyi, mikrofon tidak bunyi ataupun turut menghasilkan kualiti suara
penyanyi yang rendah. Hanya beberapa mikrofon sahaja yang berfungsi dengan baik
sekiranya sumber bunyinya dekat dan dihalakan tepat kepada mic tersebut. Namum
sekiranya sumber bunyi itu jauh, hasilnya agak lemah.
Seterusnya, tiada perubahan pencahayaan bagi menggambarkan pergerakan
suasana dalam pementasan seperti terang dan gelap, perubahan waktu dan sebagainya.
Ketiadaan perubahan cahaya ini tidak dapat menimbulkan keadaan suasana yang
memberikan kesan kepada penonton dan menonjolkan sesebuah stail dalam pementasan.
Contohnya, setiap adegan hanya menggunakan satu pencahayaan yang tetap, tiada
melibatkan perubahan pencahayaan daripada perasaan ceria kepada suram walaupun
persembahannya berkisahkan penceritaan yang sedih.

Kesimpulannya, purata persembahan konsert ini telah menunjukkan persembahan


yang menarik dan profesional. Hal ini kerana pengurusan konsert pentas telah berjaya
dirancang dengan sebaik mungkin dengan kelancaran seperti pertukaran set, pertukaran
pakaian dan make up, keluar masuk pelaku serta props yang baik. Konsert seperti ini turut
digalakkan untuk diadakan setiap tahun agar memberi pendedahan mengenai budaya kaum
Cina kepada masyarakat umum
RUJUKAN

Akhir, M. (2011, Ogos 21). Sejarah dan latar belakang. Didapatkan dari Mak Yong:
http://fineart2010-mohdakhir.blogspot.my/2011/08/mak-yong.html

Mak Yong Theatre. (2008, Februari 20). Didapatkan dari Intagible Culture Heritage:
http://www.unesco.org/culture/ich/en/RL/mak-yong-theatre-00167

Ng, L. Y. (2013, April 4). Budaya Malaysia. Didapatkan dari Tarian Kipas: http://ylee-kame-
ylin.blogspot.my/2012/04/tarian-kipas-cinalalalala.html

Rafidah, S. (2015, Mac 11). Mari Belajar. Didapatkan dari Alat-alat muzik masyarakat cina:
http://rafidah-maribelajar.blogspot.my/2011/12/alat-alat-muzik-masyarakat-cina.html

Ramli, M. (2014, Januari 14). Teknik Lakonan. Didapatkan dari


http://junainibelutu.blogspot.my/2014/01/teknik-lakonan.html

Saufi, A. (2010, 5 28). Mak Yong - Sejarah Dan Asal-Usul. Didapatkan dari
http://adisaufi.blogspot.my/2010/05/mak-yong-sejarah-dan-asal-usul.html

Seni Karya. (20, Februari 13). Didapatkan dari http://www.senikary.com/2016/08/unsur-asas-


dan-media-seni-rupa-murni.html
LAMPIRAN

PERSEMBAHAN MAK YONG


PERSEMBAHAN KONSERT TAHUN BARU CINA