Anda di halaman 1dari 12

Tugasan 1.

Menghuraikan sejarah perkembangan Kesusatreraan Melayu di Malaysia yang dikatakan hasil


seni yang disampaikan melalui Bahasa berkeupayaan membentuk tamadun bangsa Melayu.

Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam
bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen,
drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.Menurut
Simorangkir(1971),kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud
dalam pernyataan bahasa. Pada hakikatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan
kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat. Manakala
Kesusasteraan adalah cermin jiwa getar sukma pengarang. ( Sabaruddin Ahmad, Punca
Sastera Indonesia, 1963, hal. 11 ) Karya sastera berbeza dengan hasil-hasil penulisan
akademik atau bukan akademik lain kerana tidak mempunyai variasi bahasa serta kesan
langsung dan tidak langsung kepada pembaca/penonton.

Sejarah Melayu kita diberitahu tentang popularnya dua hikayat yang bersumber dari
sastra Persia yaitu Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiya. Sumber yang
sama juga memberitakan kegemaran bangsawan Melayu pada tasawuf pada pertengahan abad
ke-15 di Malaka dan penyalinan sebuah kitab tasawuf berbahasa Arab Durr al-Manzum
karangan seorang sufi Persia Maulana Abu Ishaq oleh seorang ahli tasawuf dari Pasai bernama
Abdullah Patakan (Ibrahim Alfian 1999.

Tanda-tanda kematangan dan kesuburan sastera Melayu mulai nampak pada


pertengahan abad ke-16 dan semakin menapak puncak perkembangannya pada abad ke-17.
Pada masa inilah lahir penulis terkemuka dalam hampir semua genre sastera Melayu, prosa
dan puisi. Karya mereka mencerminkan gelombang kedua pemikiran Islam, iaitu ketika terjadi
proses islamisasi besar-besaran terhadap seluruh aspek kehidupan masyarakat Melayu dan
Islam benar-benar dijadikan cermin memandang kehidupan (Taufk Abdullah 2002). Para penulis
ini adalah ahli-ahli tasawuf terpandang, pemimpin tariqat sufi, fuqaha, ahli adab dan sejarah
Islam. Di antara mereka ialah Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, Syamsudin Pasai, Abdul
Jamal, Hasan Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Encik Amin, Jamaluddin Tursani,
dan lain-lain.
Sebelum memeluk agama Islam, penduduk kepulauan Melayu telah mengenal budaya
baca tulis. Tulisan paling awal yang mereka kenal ialah huruf Rencong, sejenis huruf Lampung,
Batak dan Bugis. Huruf seperti itu penah berkembang di India dan disebut huruf Brahmi,, mirip
tulisan paku Sumeria. Tidak diketahui kapan tulisan seperti mulai digunakan dan tidak diketahui
pula dari mana asalnya. Tulisan ini agaknya tidak begitu berkembang karena yang
mengetahuinya terbatas di kalangan tokoh tertentu masyarakat, seperti para pawang dan
pendeta yang mempelajarinya secara khusus dan tersembunyi. Tulisan kedua yang muncul di
kepulauan Melayu ialah tulisan Pallawa yang berasal dari India Selatan dan dibawa masuk
bersamaan dengan hadirnya agama Buddha dan berdirinya Srwijaya, kerajaan Buddhis
pertama dan terakhir di kepulauan Melayu yang mencapai kejayaannya pada abad ke-7 12.
Namun karena peninggalan tertulis dari zaman Buddha tidak banyak dijumpai, maka kita tidak
tahu bagaimana perkembangan sastra Melayu Kuna pada zaman itu. Karena itu tidak
mengherankan pula jika timbul pertanyaan: Benarkah sastra tulis Melayu telah berkembang
pada zaman itu sebagaimana pada zaman Islam?

Namun di tengah suasana yang diliputi keraguan terhadap keberadaan dan


perkembangan Sastra Melayu Kuna itu, tidak sedikit para sarjana diantaranya ahli-ahli
sejarah, para arkeolog dan pakar sastra berusaha meyakinkan kita dengan sejumlah bukti
bahawa
Bukti-bukti yang dijadikan landasan hujah oleh para sarjana yang meyakini berkembangnya
sastra tulis pada zaman Sriwijaya itu adalah epigrafi abad ke-7 dan 8, masing-masing pada
prasasti Talang Tuwo, Kedukan Bukit dan Tulang Bawang. Kegiatan penulisan hanya boleh
dilakukan oleh kalangan tertentu yang punya wang, serta memperoleh pendidikan tinggi yang
merupakan hak istimewa kaum bangsawan, kalangan istana dan pendeta untuk
mendapatkannya (Siti Hawa Haji Salleh 1997:3).

Keagungan sastera Melayu muncul di semenanjung Tanah Melayu apabila muncul


sebuah peradaban besar Islam di Selat Melaka dengan lahirnya Empayar Kesultanan Melayu
Melaka. Perkembangan ilmu dan kehadiran ramai ilmuan Islam di Melaka menjadikannya bukan
sahaja pusat penyebaran Islam di alam Melayu tetapi juga pusat sastera Melayu yang tiada
tolok bandingnya. Dua mahakarya besar yang lahir dari warisan tradisi sastera Kesultanan
Melayu Melaka ialah Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah; dituruti oleh deretan ribuan karya
hikayat, syair dan pantun yang lain di seluruh bahagian daerah Islam di wilayah alam Melayu.
Dengan sendirinya daerah Selat Melaka pada zaman kebudayaan pesisir ini dapat disebut
sebagai daerah yang khas bagi bahasa Melayu, sama ada lisan mahupun tulisan . Bahkan
kebangkitan kuasa kelautan Melaka adalah antara faktor hilangnya pengaruh kebudayaan Jawa
Majapahit di rantau nusantara, yang kemudian menyaksikan kejatuhan dan hilangnya empayar
Majapahit. Melaka dapat dikatakan sebagai pengganti Sriwijaya dalam konteks kekuasaan
kerajaan Melayu dan pengaruh kebudayaan Melayu khususnya penyebaran bahasa Melayu
sebagai bahasa pesisir yakni bahasa dagang yang maju. Di pesisir Kalimantan pengaruh
bahasa Jawa dan juga sastera Jawa dalam kerajaan Banjar berkurang dan dilebihi oleh
pengaruh bahasa dan sastera Melayu. Sepertimana berlaku di Jambi dan Palembang yang
suatu ketika ditakluki oleh kuasa Majapahit, kini menyaksikan pengaruh bahasa dan sastera
Melayu oleh pengaruh yang disebarkan dari Melaka.

Prosa moden terbahagi kepada dua genre iaitu cerpen dan novel. Cerpen merupakan
karya-karya yang berbentuk cerita pendek, yang mempunyai satu plot yang meliliti satu tema
atau persoalan sahaja. Penampilan watak terhad bilangannya dan jumlah perkataannya pula
dalam lingkungan 500 hingga 20 000 patah perkataan sahaja. Ini berbeza dengan sebuah karya
novel. Novel didefinisikan sebagai cerita rekaan yang berbentuk prosa naratif yang agak
panjang. Watak-watak rekaannya mewakili kehidupan manusia dalam dunia realiti dan
merupakan gabungan antara fakta dan imaginasi penulis. Novel lebih terserlah dengan
gambaran situasi masyarakat sekeliling dan juga peristiwa-peristiwa yang berlaku mengikut
peredaran zamannya

Puisi tradisional Melayu merupakan warisan bahasa Melayu yang sangat unik. Puisi
tradisional Melayu telah pun muncul sebelum bermulanya sistem tulisan lagi. Menurut Abdul
Halim Ali (2004:2), puisi bukan sahaja sebati dalam jiwa masyarakat sebagai satu hasil seni,
malah merupakan satu bentuk wadah pemeliharaan adat, pembina sahsiah diri, pengajar
agama dan ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan juga kepercayaanKesusasteraan Melayu
Tradisional terbahagi kepada dua kategori, iaitu Prosa dan Puisi.Di dalam Prosa Melayu
Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama, iaitu Naratif dan Bukan Naratif . Prosa
tradisional berbentuk naratif terbahagi pula kepada dua jenis, iaitu Naratif Lisan dan Naratif
Tulisan. Naratif Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre, iaitu
Mitos,Legenda dan Cerita Rakyat.Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua jenis, iaitu
Puisi Naratif dan Puisi Bukan Naratif

Menurut Mohd Rosli Saludin (2000:10), bentuk-bentuk dan jenis-jenis puisi yang
terdapat dalam puisi tradisional Melayu adalah seperti pantun, syair, seloka, teromba, gurindam,
peribahasa berangkap, talibun, nazam, rubai, kit ah, masnawi, ghazal, zikir dan selawat,
berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah dan dabus.. genre-genre Puisi Melayu Tradisional
dapat dikategorikan kepada tiga kumpulan yang berasingan jika dilihat dari sudut asal usulnya,
iaitu Puisi Tradisional Warisan Melayu, Puisi Tradisional Warisan Islam dan Puisi Tumpangan.

Sejarah kesusasteraan Melayu telah mencapai kegemilangannya pada abad ke-17


sebelum menerima pengaruh kemodenan pada awal abad ke-20. Berikutan dengan itu, hasil-
hasil sastera ini telah dibahagikan kepada dua golongan iaitu kesusasteraan Melayu tradisional
dan moden. Hasil kesusasteraan ini kemudiannya dibahagikan kepada dua betuk iaitu prosa
dan juga puisi

Berdasarkan kepada pembahagian tersebut, dapat dirumuskan bahawa puisi Melayu


tradisional termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-naratif).
Pelbagai kajian telah dilakukan oleh para sarjana. Mereka telah mengklasifikasikan jenis-jenis
puisi Melayu tradisional dengan pelbagai istilah. Walau bagaimanapun, istilah-istilah tersebut
tidak pernah konsisten. Harun Mat Piah (1998) telah mengenal pasti 34 istilah yang digunakan
oleh para pengkaji. Beliau mencadangkan pengelasan genre puisi Melayu tradisional dilakukan
berdasarkan bentuk, isi, tema, dan fungsi puisi. Oleh yang demikian, puisi Melayu tradisional
dirumuskan kepada dua belas iaitu pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka teki,
peribahasa berangkap, teromba, talibun, prosa berirama dan juga zikir.

Pembentukan tamadun sesuatu bangsa melalui penulisan sastera dapat dibuktikan


kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa bahasa merupakan wahana dan lambang
peradaban yang utama bagi sesuatu bangsa. Hal ini kerana kelainan dan keunikan sesuatu
bangsa itu bukan sahaja dapat dilihat pada budayanya malah pada bahasa sehariannya juga.
Nilai ataupun ketinggian bahasa sesuatu sastera dan karya mampu menambahkan rasa hormat
bangsa lain menyebabkan mereka menjangkakan karya baru yang lebih bagus dan berkualiti
daripada bangsa tersebut. Selain itu, bahasa turut digunakan untuk menyampaikan pemikiran
seseorang kepada pihak yang lain sama ada dalam bentuk rakaman sejarah, buku ilmu, kitab
agama, penulisan kreatif atau pertuturan yang memungkinkan penyebaran ilmu atau
pernyataan perasaan. Penyampaian ilmu yang efektif dan dapat diterima umum menjadi bukti
sesuatu bangsa itu bertamadun tinggi. Walau bagaimanapun, penyampaian ilmu ini haruslah
proaktif dan berterusan melalui apa-apa wadah sekalipun.
Tugasan 2.

Menulis kritikan bedasarkan bahan teks sastera yang telah dipilih menggunakan teori kritikan
sastera yang sesuai.

Takrif atau definisi kritikan sastera yang dipegang oleh setiap pengkritik sastera adalah
berbeza-beza. Seperti Hashim Awang dalam bukunya Kritikan Kesusasteraan: Teori dan
Penulisan,1997 mentakrifkan kritikan kesusasteraan itu merupakan suatu usaha untuk menilai
hasil-hasil ciptaan seseorang sasterawan atau penulis sastera dengan cara yang beralasan
serta bersistem dan bertujuan untuk mengembangkan sesuatu yang difikirkan baik lagi indah.
Beliau juga mengatakan bahawa takrif bagi kritikan sastera itu ialah suatu kegiatan untuk
membuat penilaian, pertimbangan dan penganalisisan terhadap sesebuah karya sastera.

Dalam ilmu kritikan sastera, terdapat jenis-jenis kritikan. Ilmu kritikan dapat dilihat dari
dua penggolongan dasar iaitu Kritikan Teori dan Kritikan Amali. Kritikan Teori ialah kritikan yang
memperkatakan tentang istilah, konsep dan pelbagai masalah yang berkaitan dengan soal-soal
menilai, menimbang, menafsir dan menganalisis. Manakala Kritikan Amali itu ialah kritikan yang
menggunakan atau menerapkan secara langsung prinsip-prinsip teori yang diambil dari Kritikan
Teori yang terberkenaan dan diaplikasikan kepada karya atau pengarang sastera.
Kritikan Sosiologi merupakan satu jenis pendekatan dalam kritikan sastera yang menilai
karya dari aspek-aspek sosio-budaya, politik, dan ekonomi. Kesemua aspek ini adalah
sebagaimana yang ada dalam realiti kehidupan dan sering kali didapati dalam karya sastera
dalam dunia pengkaryaan. Pendekatan sosiologi ini melihat hubungan antara pengarang
dengan masyarakat seperti kedudukannya, pengaruhnya dan status sosialnya. Selain itu,
pendekatan ini juga melihat pengaruh persekitaran (budaya, politik, sosial, ekonomi atau
pendidikan) terhadap diri dan penciptaan pengarang sesebuah karya. Selain itu, ia juga
memperlihatkan reaksi atau peranan pembaca dan pengaruh pembaca terhadap penciptaan
karya sastera.

Kritikan yang menggunakan pendekatan sosiologi adalah tergolong sebagai kritikan


ekstrinsik;iaitu ia mengandaikan sastera sebagai cerminan kehidupan masyarakat, mendapat
pengaruh dari masyarakat dan juga boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat dan
pengarang menjadi anggota masyarakat.

Berdasarkan pendekatan sosiologi, kritikan ekstrinsik dapat membincangkan pelbagai


hal seperti hubungan karya sastera dengan penulis, faktor-faktor yang mempengaruhi atau
mendorong penulis menghasilkan karya sastera, fungsi sosial sastera yang berhubung kait
dengan tema, sastera sebagai cermin masyarakat dan budaya, kesan sesebuah karya kepada
khalayak pembaca dan sebagainya. Untuk mendalami kritikan jenis ini, penulis hanya
menumpukan kepada satu-satu aspek sahaja. Antara aspek-aspek yang ingin dibincangkan
adalah, aspek gambaran masyarakat yang dilukiskan di dalam cerpen Budi yang tak terbeli
beserta fungsi-fungsi yang dapat diambil dalam gambaran tersebut. Salah satu fungsi yang
tergambar dalam cerpen ini ialah amalan menabung dan merancang ekonomi berdasarkan
temanya iaitu peningkatan ekonomi demi masa depan akan datang.

Di dalam petikan.

Mak! Mak dah tua. Dah patut rehat sekarang.Takkanlah seumur hidup nak
bergelumang dengan lumpur di bendang sahaja. Sesekali eloklah senang-senangkan
hati menyedut angin kota, Pujuk Murni tidak jemu-jemu.

Di sini,pengarang cuba sampaikan bahawa amalan menabung itu sangat besar dalam
kehidupan dan kesejahteraan kita akan datang. Gambaran masyarakat kampung yang mana
pengarang gambarkan mempunyai kebun sendiri, bercucuk tanam sendiri dan hasil yang
diperoleh itu dijual memberi mesej yang jelas kepada kita bertapa penting nya ekonomi negara.
Malah mereka tidak putus asa dan tidak penah patah semangat dalam bidang perkerjaan yang
dilakukan.

Namun begitu, pengarang juga cuba sampaikan perbezaan suasana masyarakat di


kampung dan di bandar yang mana membawa perbezaan yang sangat jauh berbeza. Kita
dapat lihat dalam cerpen ini sewaktu Mak Murni iaitu Jemah yang keluar dari rumah awal pagi
dan melihat jiran sekeliling rumah anaknya itu hanya sunyi sepi sahaja. Menandakan semua
golongan masyarakat di bandar itu kebanyakannya hanya bekerja yang makan gaji sahaja.
Kesibukan kerja menyebabkan tiada interaksi sosial antara sesama jiran sekaligus
menyebabkan hubungan kejiranan tidak begitu elok. Berbanding di kampung yang mana lebih
bersifat prihatin antara satu sama lain.
Selain itu, pengarang juga ingin gambarkan masyarakat yang hanya tahu hidup berlagak
senang tapi gagal merancang eknomi untuk jangka masa panjang. Kita dapat jelas lihat di sini
pada petikan .

Ia seorang perancang ekonomi, tetapi tidak pernah berfikir mahu merancang


masa tuanya. Rumahnya besar tetapi masih di sewa, Kereta nya besar tapi
masih belum habis bayar. Perabot rumahnya juga mahal-mahal tetapi semuanya
hutang.Terkaku dia sebentar

Jelas disni kita dapat lihat bahawa kebanyakan masyarakat kini hanya tahu bergaya
tetapi hutang keliling pinggang. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. yang mana
semua hanya tahu bergaya dan hidup mewah tetapi tidak mengikut kemampuan sendiri. Lebih
rela berhutang asal Nampak bergaya. Masalah ini harus dibendung agar tidak melerat hingga
ke generasi seterunya. Budaya berhutang haruslah di elakkan kerana apabila berhutang aka
ada yang lupa bayar.

Seterusnya kita dapat lihat disini latar masyakat yang pandai merancang ekonomi dalam
kehidupan mereka seperti mana mak jemah dalam cerpen nya, yang mana mak jemah simpan
wang yang diberi oleh Murni setiap bulan dan mengumpul duit sendiri hasil kebun untuk
membeli sebidang tanah untuk diberi kepada Murni. Malah mak Jemah juga tidak menggunalan
wangnya sesuka hati. Dia hanya guna untuk keperluan asasnya sahaja dalam kehidupan
seharian.

Disebalik merancang ekonomi, pengarang juga ingin mengkritik sebahagian masyarakat yang mana
memandang rendah terhadap orang lain. Seperti Jamal, menantu Jemah yang mana selalu memerli
Jemah malah menyuruh isterinya memberi wang yang sedikit sahaja untuk bulan itu hanya kerana ibu
mertuanya mencantas rumput di laman depan rumahnya. Akibatnya Jamal berasa malu sendiri apabila
dapat tahu ibu mertuanya mampu membeli sebidang tanah walaupun hanya kerja di kampung sedangkan
dia bekerja di bandar , mempunyai kemewahan tetapi masih tidak mampu membei sebidang tanah.

Sebagai kesimpulan, dari tulisan kritikan yang dilakukan, ternyata dalam cerpen Budi yang tak terbeli
ini memiliki banyak nilai-nilai sosial terutama dari aspek ekonomi. Para pembaca cerpen ini haruslah
memberi perhatian sepenuhnya tentang pengajaran-pengajaran yang ada agar masyarakat pembaca
dapat merancang ekonomi yang baik dalam bermasyarakat.bukan hanya dibaca tanpa difahami maksud
dan pengajaran-pengajaran yang ada.
Rujukan

(n.d.).

Abdul, N. H. (2010). Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: KBSM.

Amin. (n.d.). Fikiran kritikan sastera. Retrieved from

https://aminjamaluddin.wordpress.com/pewajaran-akal-fikiran-kritikan-

sastera/

Hashim, K. (2000). Budi yang tak terbeli. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Junus, U. (1986). Sosiologi sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pustaka, D. B. (1995). Tamadun Melayu. Jilid 5, 226-229.

rahim Tengah, 2006. Fungsi Sastera. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Hamid, 1994. Riak Sastera Darussalam. Kuala Lumpur: Hikamah Enterprise.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS,
JALAN BEHOR PULAI,
01000 KANGAR, PERLIS

KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA


MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(PSV) PENDIDIKAN RENDAH

BMMB3033
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU

TUGASAN PROJEK (INDIVIDU)

NAMA : NUR INTAN NAZIFAH BINTI SHAMSURI

NO. K/P : 960203-08-1996

NO. MATRIK : 0614/3327

PROGRAM : PISMP AMBILAN JUN 2015

OPSYEN : PENDIDIKAN SENI VISUAL(PSV)

PENSYARAH : MOHD RIYAD BIN HJ MOHD. ISA

TARIKH SERAHAN : 11 MAC 2016


NUR INTAN NAZIFAH BINTI SHAMSURI
MAKLUMAT DIRI

No. Kad Pengenalan : 960203-08-5752 Agama : Islam

Tarikh Lahir : 3FEBRUARI 1996 Bangsa : Melayu

: Hospital Teluk Intan Perak


Tempat Lahir
Status : Bujang
Warganegara
: Malaysia

Jantina : Perempuan

Program : Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)

Opsyen : Pendidikan Seni Visual(PSV)

MAKLUMAT PENDIDIKAN

Program : Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)

Nama Institut : Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis

Tahun : Ambilan Jun 2014

Major : Pendidikan Seni Visual(PSV)

Kelulusan : SPM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PERLIS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)
Nama: Angka Giliran Pelajar:
NUR INTAN NAZIFAH BINTI SHAMSURI 2015232340090
Tajuk Tugasan:
1. Menghuraikan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu di Malaysia yang dikatakan hasil
seni yang disampaikan melalui Bahasa berkeupyaan membentuk tamadun bangsa.
2. Mengkritik teks sastera menggunakan teori kritikan sastera melayu secara kritis.
Kursus/Mata Pelajaran:
Pensyarah : EN. RIYAD BIN MOHD IS.
BMMB 3022

Tarikh hantar : 11 MAC 2016 Tarikh diterima :

Pengakuan Pelajar
Kami mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang sediap satunya kami jelaskan sumbernya

Tandatangan : ...................................................... Tarikh : .11 MAC 2016

Perincian Maklumat Tugasan:


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: ......................... Tarikh: .................. Tandatangan: ......................... Tarikh: ..................

Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah.


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan (jika ada)

Tandatangan pelajar: ................................. Tarikh : ..........................