Anda di halaman 1dari 1

Kita perlu memupuk sikap kasih sayang antara anggota keluarga kita demi

mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tuliskan karangan tentang cara-cara untuk mengeratkan hubungan antara ahli


keluarga.

Hubungan kekeluargaan yang erat adalah sangat penting untuk melahirkan


keluarga yang harmoni. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan.

Antara caranya ialah meluangkan masa bersama-sama dengan ahli keluarga.


Ibu bapa boleh meluangkan masa pada hujung minggu dengan membawa anak-anak
melakukan aktiviti yang berfaedah seperti berkelah di pantai, bersenam di taman
ataupun berkebun di halaman rumah.

Selain itu, sebagai ahli keluarga kita juga perlu menanamkan sikap mengambil
berat antara satu sama lain. Anak-anak boleh menunjukkan sikap mengambil berat
dengan menolong ibu bapa melakukan kerja rumah seperti menjaga adik dan mencuci
kereta. Ibu bapa pula boleh merayakan hari jadi anak-anak supaya anak-anak akan
berasa dirinya disayangi. Anak-anak yang tinggal berjauhan juga boleh selalu
menelefon dan bertanya khabar ibu bapa di kampung.

Seluruh ahli keluarga harus selalu makan bersama-sama. Apabila makan, ahli
keluarga boleh bertukar-tukar khabar tentang aktiviti harian masing-masing. Ibu bapa
akan lebih memahami keadaan anak-anak dan anak-anak berpeluang menyuarakan
masalah ataupun isi hati masing-masing.

Kesimpulannya, setiap ahli keluarga memainkan peranan yang penting untuk


mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Keluarga yang bahagia akan melahirkan
masyarakat yang harmoni.

(200 pp)

Anda mungkin juga menyukai