Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN

PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN


MRSM JOHOR BAHRU
Bagi memastikan ketenteraman dan keselesaan pengguna yang mengunjungi PSP MRSM
Johor Bahru, setiap pengguna tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan seperti berikut:

1. Berpakaian kemas, bersih serta tidak mencolok mata ketika berada di dalam
PSP. Pelajar perlu mengikut kod etika berpakaian yang ditetapkan oleh pihak
maktab.

2. Dilarang membawa masuk barang seperti beg, bungkusan, fail bertutup,


jaket, payung, topi keledar dan senjata. Hanya kertas dan alat tulis sahaja
yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam PSP.

3. Kakitangan PSP berhak memeriksa bahan bahan yang dibawa oleh


pengguna.

4. Pengguna WAJIB membawa dan mengimbas kad PSP ketika masuk dan membuat
peminjaman bahan di dalam PSP. Denda akan dikenakan sekiranya kad PSP tidak
dibawa. Kad PSP TIDAK BOLEH ditukar milik.

5. Guru dan pelajar dilarang masuk ke dalam kaunter PSP. Hanya kakitangan
yang bertugas sahaja berada di kaunter PSP.

6. Pengguna adalah dilarang membuat bising sehingga menganggu pengguna lain.

7. Mesti berkelakuan baik dan dilarang sama sekali merokok, makan, minum,
menggunakan telefon bimbit, tidur dan menganggu pengguna lain.

8. Dilarang meludah dan membuang sampah merata-rata di dalam PSP.

9. Dilarang menggunting atau memotong sebarang artikel daripada majalah, buku,


jurnal, risalah atau surat

khabar.

10. Dilarang menconteng, melukis, menampal apa-apa poster dan mengubah suai
kedudukan susun atur

perabut dan peralatan termasuk menambah bilangan kerusi, meja dan sebagainya
tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada kakitangan yang bertugas.
11. Pengguna adalah dilarang meninggalkan buku yang telah digunakan di atas
meja dan buku yang telah dikeluarkan dari rak hendaklah diletakkan semula di atas
troli yang telah disediakan.

12. Dilarang memindahkan bahan bacaan dari satu rak ke rak yang lain.

13. Bahan yang dipinjam dari PSP tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain tanpa
kebenaran.

14. Guru TIDAK DIBENARKAN membawa pelajar kedalam PSP untuk proses
pengajaran kerana akan mengganggu pengguna lain dan mengganggu kerja-kerja
yang perlu dilakukan oleh kakitangan PSP.

15. Guru hanya boleh membawa pelajar ke PSP bagi mendapatkan maklumat di
dalam PSP dan guru juga harus mengawal tingkah laku mereka.

16. Penggunaan BILIK SEMINAR, BILIK TAYANGAN, MAKMAL BITARA,


KOMPUTER DI RUANG TERBUKA PUSAT SUMBER dan KAWASAN RUANG
TERBUKA PUSAT SUMBER perlulah ditempah 2 hari awal dan mendapat
kebenaran Guru Media atau kakitangan PSP yang bertugas.

17. Guru-guru perlu arif dengan peraturan-peraturan PSP supaya memudahkan


mereka mengawal pelajar.

18. Semua barang kepunyaan pengguna yang ditinggalkan di luar atau dibawa
masuk ke dalam PSP adalah atas tanggungjawab pengguna itu sendiri. Pihak PSP
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang
berlaku terhadap barang tersebut.

19. Kakitangan PSP berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya
terhadap pengguna yang melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan.

20. Semasa hendak meninggalkan PSP, pengguna hendaklah menunjukkan bahan-


bahan yang dibawa keluar kepada kakitangan PSP yang bertugas dikaunter.

21. Peraturan-peraturan yang telah dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada


perubahan dari semasa ke semasa.

Unit Pusat Sumber Pembelajaran MRSM Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai