Anda di halaman 1dari 3

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

A. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

1. Mengawal disiplin pelajar.

2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.

3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.


4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.

4. Memastikan keceriaan sekolah dijaga.

5. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.

6. Memimpin rakan-rakan pelajar.

7. Mencegah kes jenayah di sekolah.

8. Menghormati guru.

9. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.

10. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

11. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.

12. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.

13. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk
memperbaiki keadaan.

14. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.

15. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.

16. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.

17. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang
ditetapkan.

18. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar
kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehat

B. BESAR TUGAS PENGAWAS & KETUA KELAS

1. Bertindak sebagai PENDEDAH

2. Bertindak sebagai PEMBIMBING

3. Bertindak sebagai BADAN PERUNDING


4. Bertindak sebagai MOTIVATOR/PENDORONG

5. Bertindak sebagai PERANCANG

6. Bertindak sebagai ROLE MODEL

C. Perincian Tugas KECIL Pengawas di sekolah

1. Pintu Pagar

2. Di Kantin

3. Perhimpunan Sekolah

4. Di kelas

5. Di Koperasi

6. Majlis Perasmian/Perayaan

D. Prosedur Bertugas Di Pintu Pagar Sekolah

1. Kawalan di Pintu Pagar sekolah secara berkumpulan sama ada di hadapan atau di belakang kawasan sekolah.

Masa

Dekati pelajar yang dikesan melakukan kesalahan secara berhemah

Panggil namanya

Tegur dengan cara yang baik

Tanya perkara yang menyebabkan pelajar lewat (Sekiranya lewat) Cth. Boleh awal sikit ke sekolah

Sekiranya baru kali pertama-nasihatkan sahaja

Sekiranya kesalahan yang berulang acapkali-catatkan dalam buku rekod kawalan

2. Catat dalam Rekod kawalan berkaitan kesalahan pelajar berkaitan:

Kesalahan Lewat ke sekolah

Tidak memakai topi keledar

Seluar saiz tidak menepati ukuran

Tidak memakai lencana-perempuan

Tidak memakai tali leher

Rambut panjang
Tidak memakai stoking

Pastikan masuk ke kawasan sekolah dengan basikal yang dibawa dan disusun dengan teratur

3. Prosedur Bertugas Di Kantin dan koperasi sekolah Sekolah

Kaunter membeli-pastikan pelajar beratur mengikut saluran tertentu

Meja makan lelaki /perempuan

Duduk bersopan, lepas makan minta masukkan dalam bekas yang disediakan

Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising ketika makan

Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya, sekali sekali senyum dan jeling

Tegurkesalahan secara berhemah

Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan

Beritahu secara baik

Sekiranya pelajar degil juga perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan namanya.

Catat dalam buku laporan

4. Perincian Tugas Pengawas SekolahProsedur Bertugar Di Dewan/ Majlis Rasmi sekolah

Berada dalam kedudukan masing

Tidak berkumpul dalam kelompok pengawas sahaja

Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising

Beri isyarat jangan bising

Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya

Tegur kesalahan secara berhemah

Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan

Sekiranya pelajar degil juga-perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan namanya.

Catat dalam buku laporan

Anda mungkin juga menyukai