Anda di halaman 1dari 3

KISAH PERANG UHUD.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih pengacara budiman, Barisan panel hakim, tunjang keadilan
seterusnya hadirin hadirat yang saya hormati sekalian.

Hayatilah, hayatilah cerita saya


(Nasyid)
Kisah........ Perang Uhud.

Kawan-kawan,

Peperangan Uhud berlaku pada bulan Syawal tahun ke-3 hijrah.


Dinamakan Uhud kerana sempena berlaku di kawasan Bukit Uhud berhampiran
Madinah. Seramai 1000 orang tentera muslimin dipimpin Rasulullah terlibat,
tetapi 300 orang berpaling tadah setelah dihasut oleh Abdullah Bin Ubayd.
Manakala tentera Quraisy berjumlah 3000 orang , diketuai oleh Abu Sufyan Al-
Harb. Firman Allah ( Surah As-Saf ayat 4)

Ertinya: Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalanNya dalam


barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang
tersusun kukuh.

Ya kawan-kawan....

Mengapakah tercetusnya Peperangan Uhud?

Di hati kaum Quraisy


Hasad menular
Dendam membara (Sajak)
Kerana Badar
Mereka kalah....kecewa
Tambahan pula
Laluan perdagangan bukan lagi hak mereka
Malah penduduk Madinah menguasainya.
Faktor tersebut mendorong Kaum Quraisy merancang untuk melakukan serangan
balas kepada kaum Muslimin.

Qola Rasulullah SAW:



Ertinya: Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang menaruh dendam
kesumat.
( Hadis Riwayat Muslim)

Kes tembakan sekeluarga 4 beranak di Bayan Baru kerana dendam amat


menginsafkan kita. Oleh itu, jauhilah sifat dendam dalam kehidupan.

Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat.

Strategi dirancang penuh bijaksana


3 kumpulan dibahagi tentera
Sayap kiri kanan penyerang berbis (Nasyid)
Kumpulan pemanah benteng utama.

Kepada pemanah Rasul berpesan


Tetap dipuncak walau apa keadaan (Pantun)
Quraisy bertempiaran membunga kemenangan
Meninggalkan bukit mendapatkan harta rampasan.










" Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu memenangi pasukan musuh,
maka tetapkanlah hati kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya
agar kamu beruntung"
( Surah Al-Anfal : Ayat 45)

Perancangan rapi penting untuk menempah kejayaan. MAPA 21, merupakan


perancangan bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

Ya kawan-kawan
Melihat tentera Muslimin leka dengan rampasan perang, tentera Quraisy
kembali menyerang. Terkejut dengan serangan tersebut, tersebar pula fitnah
kewafatan Rasulullah.

Tentera Islam menjadi huru-hara


Di sangka menang kecundang rupanya (Nasyid)
Luka parah mengundang duka
70 syahid menambah sengsara

Kekalahan diterima penuh redha.........

Surah Ali Imran ayat 166

"Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya 2 pasukan , maka
kekalahan itu adalah dengan izin Allah"

Taatilah pemimpin kita. Ketaatan rakyat Turki kepada perdana menteri mereka
berjaya menggagalkan rampasan kuasa.

Ya kawan-kawan.....

Demikianlah kisah Perang Uhud. Meskipun Islam mengalami kekalahan,


namun peperangan tersebut dapat menguji keimanan.

Ayuhlah kita ambil pengajaran


Mantapkan iman tingkatkan amalan
Dugaan ditempuh penuh kesabaran
(Pantun)
Matlamat kita syurga idaman.

Sekian........... wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh