Anda di halaman 1dari 9

Kajian Sistem Buku Kawalan Kelas 2012

Sabtu yg tak bekerja


Tak ke sekolah mcm biasa
Setelah sekian lama

Kajian mengenai keberkesanan buku kawalan diteruskan untuk mengawal kadar ponteng kelas
sesi 2014. Hari ni nak share hasil kajian tahun 2012 yang saya jalankan untuk mengetahui
sejauh mana sistem buku kawalan kelas ini dilaksanakan dan penambahbaikan yang pihak
pentadbir sekolah akan lakukan untuk memantapkan lagi sistem buku kawalan kelas ini.

1.0 Refleksi Yang Lalu

Peratus kehadiran pelajar ke sekolah bagi tahun 2011 adalah lemah kerana hanya 85%
sahaja pelajar yang hadir setiap hari. Dengan jumlah kehadiran yang lemah, peratus
pelajar yang ponteng kelas juga meningkat . Statistik dari data SSM iaitu salah laku
pelajar menunjukkan pelajar yang ponteng kelas bagi tahun 2011 seramai 62 orang.
Dari buku kawalan kelas juga menunjukkan kes pelajar yang ponteng kelas
berlaku setiap hari, sama ada pelajar yang pertama kali ponteng kelas atau pelajar
yang sama dan mengulangi kesalahan yang sama. Kesalahan ponteng kelas adalah
satu kesalahan yang serius kerana pada hari tersebut guru kelas akan mencatatkan
kehadiran pelajar sebagai hadir dalam jadual kedatangan . Oleh itu, jika berlaku
musibah kepada pelajar yang ponteng kelas itu di luar sekolah, maka pihak sekolah
juga yang akan menerima implikasi yang teruk.

2.0 Fokus Kajian

Fokus kajian ialah terhadap guru mata pelajaran yang akan melaporkan mengenai
kedatangan pelajar pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

3.o Objektif Kajian


Objektif Umum

Agar dapat mengurangkan kadar ponteng kelas pelajar SMK Cheras

Objektif Khusus:

1) Agar guru-guru lebih peka untuk mengira bilangan pelajar sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran.

2) Agar guru-guru mencatat jumlah pelajar di dalam buku kawalan kelas dan mengenal
pasti bilangan pelajar yang ponteng kelas.

3) Agar guru-guru mata pelajaran bagi kelas tersebut dapat mengenal pasti nama pelajar
yang ponteng kelas untuk diambil tindakan.

4.0 Kumpulan Sasaran

Semua guru SMK Cheras

5.0 Perlaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

Masalah pelajar ponteng kelas dan merayau-rayau di dalam


kawasan sekolah. Pelajar datang ke sekolah seperti biasa dan kehadiran mereka
dicatat sebagai hadir pada hari berkenaan oleh guru kelas tetapi kemudian pelajar
ponteng kelas. Pelajar bukan sahaja ponteng dan merayau-rayau di dalam kawasan
sekolah bahkan keluar dari kawasan sekolah dan melepak di kawasan Medan Selera
atau siber kafeteria di Taman Tenaga, Veledrom dan kawasan yang lain. Perkara ini
amat merbahayakan mereka kerana ibu bapa percaya pelajar berada di dalam kawasan
sekolah . Ditambah lagi dengan sikap tidak peka guru guru mata pelajaran untuk
mencatat jumlah pelajar yang semakin kurang di dalam kelas atau mencatat nama
pelajar ponteng, menyebabkan sekiranya sesuatu kemalangan berlaku melibatkan
pelajar tersebut maka implikasi terhadap pihak sekolah bertambah buruk. Ini kerana
pada ketika itu dicatatkan pelajar berada di dalam kawasan sekolah kerana
kehadirannya di sekolah. Oleh itu, pihak pentadbir ingin menangani masalah pelajar
ponteng kelas agar dapat mengawal kadar ponteng kelas kepada yang paling minimum
atau penurunan kes dari Januari hingga April 2012 . Oleh itu kajian kes akan dijalankan
bagi bulan Januari April 2012 untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan program
dapat mengurangkan pelajar ponteng.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

1. Analisis bilangan masa pelajar ponteng kelas berdasarkan buku kawalan kelas.

2. Analisis bilangan masa guru yang gagal mencatat dalam buku kawalan
kelas dengan betul.

3. Analisis bilangan guru yang tidak mencatat langsung dalam buku


kawalan kelas.

5.3 Tindakan Yang Akan Dijalankan

Tindakan 1 : Mengadakan format buku kawalan kelas yang lebih baik.

Penambahbaikan format buku kawalan kelas dengan memasukkan jadual masa pelajar
yang ponteng dan tindakan yang diambil dari aspek disiplin dan kaunseling.

Oleh kerana terdapat kes kehilangan buku kawalan kelas, maka hanya guru masa
pertama atau guru kelas sahaja yang dibenarkan mengambil buku kawalan kelas dari
pejabat manakala guru masa terakhir akan memulangkannya ke pejabat.
Buku kawalan kelas juga dibuat dalam 2 versi iaitu versi pertama dari Januari Mei.
Manakala versi kedua dari Jun- November.

Tindakan 2 : Melantik AJK bagi pengurusan buku kawalan kelas.

Melantik guru-guru disiplin yang bertanggungjawab menyelia buku kawalan

kelas untuk diambil tindakan seterusnya.

Tindakan 3. Mengenal pasti guru-guru yang tidak mencatat data bilangan pelajar dengan
betul.

Melalui pemantauan buku kawalan kelas, maka pemantau dapat mengenal pasti guru
guru yang tidak mencatat bilangan pelajar dengan betul. Ini kerana pelajar lebih peka
untuk hadir sentiasa pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran kerana
mengetahui bilangan pelajar dikira di dalam kelas.

5.4 Refleksi Kajian

Setelah menjalankan 3 tindakan di atas, didapati bilangan para pelajar ponteng kelas
tidak menurun kerana mereka masih cenderung untuk ponteng kelas memandangkan
setiap masa pengajaran dan pembelajaran masih terdapat guru-guru yang tidak peka
terhadap kiraan bilangan pelajar di dalam kelas sama dengan bilangan pelajar yang
hadir pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, pelajar yang sama ponteng kelas akan
ponteng dalam beberapa masa pengajaran dan pembelajaran yang lain. Bukan sahaja
data dikira, bahkan nama pelajar yang ponteng juga akan ditulis di dalam buku kawalan
kelas untuk tindakan guru disiplin.

Oleh itu dari data yang ditunjukkan di bawah menunjukkan sistem buku kawalan kelas
sekolah perlu dimantapkan lagi.

Jadual di bawah menunjukkan bilangan masa pelajar ponteng kelas dari Januari hingga
April.

TING JAN FEB MAC APR


PERALIHAN 0 0 0 0
TING 1 2 10 5 15
TING 2 24 16 25 52
TING 3 48 77 132 88
TING 4 22 90 101 70
TING 5 15 23 27 45

Berikut merupakan kelas yang mempunyai kadar masa ponteng tertinggi:

Sesi petang

1) 2 Luhur dengan 29 masa ponteng

2) 2 Setia dengan 21 masa ponteng

3) 2 Makmur dengan 18 masa ponteng

Sesi pagi

Tingkatan 4:

1) 4K5 dengan 164 masa ponteng


2) 42V dengan 61 masa ponteng

Tingkatan 3:

2) 3 Efisien dengan 78 masa ponteng

3) 3 Makmur dengan 70 masa ponteng

4) 3 Tekun dengan 54 masa ponteng

Tingkatan 5:

1) 5S2 dengan 41 masa ponteng

2) 5V1 dengan 31 masa ponteng

Jadual di bawah menunjukkan bilangan pelajar yang ponteng kelas dari Januari hingga
April.

TING JAN FEB MAC APR


PERALIHAN 0 0 0 0
TING 1 1 3 3 3
TING 2 9 8 10 10
TING 3 12 10 10 9
TING 4 15 15 14 15
TING 5 5 8 8 8

Jadual di bawah menunjukkan bilangan masa guru yang tidak mencatat langsung
dalam buku kawalan kelas dalam bulan Januari hingga April.
TING JAN FEB MAC APR
PERALIHAN 22 8 10 5
TING 1 173 173 109 160
TING 2 127 93 82 185
TING 3 107 51 61 100
TING 4 96 102 126 137
TING 5 92 120 127 192

Berdasarkan jadual di atas, di dapati kelas kelas tersebut mempunyai kadar tertinggi
bilangan masa guru tidak mencatat langsung dalam buku kawalan kelas dalam bulan
Januari hingga April iaitu :

Sesi petang

Tingkatan 1

1) 1 Jujur dengan 83 masa

2) 1 Tekun dengan 67 masa

Tingkatan 2

1) 2 Tekun dengan 94 masa

2) 2 Dedikasi dengan 79 masa

Sesi pagi
Tingkatan 3

1) 3 Setia dengan 60 masa

2) 3 Tekun dengan 54 masa


Tingkatan 4

1) 42V dengan 87 masa

2) 4ST dengan 55 masa

Tingkatan 5

1) 5K3 dengan 96 masa

2) 5S2 dengan 87 masa

Jadual di bawah menunjukkan bilangan masa guru yang tidak mencatat dengan
lengkap dalam buku kawalan kelas dalam bulan Januari hingga April.

TING JAN FEB MAC APR


PERALIHAN 6 1 1 12
TING 1 29 22 23 49

TING 2 143 131 109 217


TING 3 29 9 12 9
TING 4 5 10 16 15
TING 5 4 8 7 9

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Kajian seterusnya mendapati adalah lebih baik jika penguatkuasaan buku


disiplin ini dimantapkan dengan melengkapkan data kehadiran pelajar dengan lengkap
terlebih dahulu oleh guru kelas atau ketua kelas. Penguatkuasaan sistem terhadap
guru-guru mata pelajaran yang tidak melengkapkan buku tersebut dengan menegur
secara lisan atau bertulis. Buku kawalan kelas juga perlu diperbaharui setiap bulan.
Tindakan disiplin juga hendaklah dilaksanakan sebaik sahaja pelajar tersebut ponteng
kelas dan guru disiplin perlu menulis di dalam ruang buku kawalan kelas tersebut
komen sama ada pelajar tersebut telah dikenakan hukuman atau tidak bagi
menunjukkan kepada pelajar bahawa tindakan ponteng adalah serius dan tindakan
segera akan diambil.
at May 03, 2014

Anda mungkin juga menyukai