Anda di halaman 1dari 3

981213-06-5440

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat cetakan pertama, perniagaan adalah perihal berniaga
atau perdagangan. Manakala menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Perniagaan adalah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan
barangan atau perkhidmatan, atau kedua-duanya, kepada pelanggan, perniagaan dan entiti-
entiti kerajaan. Perniagaan adalah ekonomi kapitalis yang utama. Kebanyakan perniagaan
adalah milik persendirian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari keuntungan
yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan
sendirinya. Pemilik-pemilik dan pengendali suatu perniagaan mempunyai satu daripada
objektif utama iaitu penerimaan atau penjanaan satu pengembalian kewangan di dalam
pertukaran bagi kerja dan penerima risiko. Pengecualian penting termasuklah perusahaan
kerjasama dan perusahaan milik negara. Perniagaan juga boleh dibentuk menjadi tanpa
keuntungan atau menjadi perusahaan milik negara.

Etimologi perniagaan berkait dengan keadaan kesibukan bagi seseorang individu atau
masyarakat keseluruhannya, membuat dagang berdaya maju dan kerja boleh untung. Istilah
perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya tiga kegunaan, bergantung kepada ruang
lingkup. Bagaimanapun, istilah perniagaan yang tepat, seperti lain-lain di dalam falsafah
perniagaan, adahalah hanya salah satu hal perdebatan dan istilah yang rumit.

Manakala menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Istilah atas talian atau
bahasa inggerisnya online mempunyai maksud tersendiri berkaitan dengan teknologi
komputer dan telekomunikasi. Secara umum, atas talian menyatakan keadaan kesambungan.
Dan menurut erni92.ilearning.me (2015) sesuatu itu dikatakan atas talian apabila ia terhubung
dalam sesuatu jaringan ataupun sistem yang lebih besar. Antara maksud lain atas talian secara
lebih spesifik adalah sebuah sistem yang terkait pada ukuran dalam sesuatu aktiviti tertentu,
sebual elemen dari sistem tersebut dikatakan atas talian jika elemen tersebut beroperasi.
Manakala dalam telekomunikasi, istilah atas talian memiliki maksud lain iaitu sebuah alat
yang diprogramkan dalam sebuah sistem yang lebih besar. Umumnya, jaringan atau network
yang lebih besar dalam konteks ini biasanya lebih mengarah kepada internet, sehingga atas
talian lebih kepada status yang menjelaskan bahawa ia dapat diakses melalui internet
Menurut Jurnalsem.blogspot (2012), perniagaan atas talian bermaksud sebuah perniagaan
yang dijalankan sepenuhnya secara online dengan menggunakan internet sebagai pengantara
atau penghubung di antara peniaga dan pembeli. Secara umumnya perniagaan atas talian dan
perniagaan offline atau cara biasa adalah sama konsepnya cuma perbezaan paling ketara
adalah platform yang digunakan. Perniagaan atas talian menjadi pilihan ramai ketika ini
kerana ciri-ciri dan keistimewaannya yang ada pada sesebuah perniagaan internet. Perniagaan
atas talian merupakan suatu perniagaan melibatkan kos yang rendah apabila seseorang ingin
memulakan perniagaan secara online. Perniagaan atas talian sememangnya bukan sahaja
mempunyai lebih ramai pelanggan malah mungkin juga mendapat permintaan pembelian dari
seluruh dunia.

Terdapat tiga kategori produk yang berbeza dalam perniagaan atas talian iaitu produk
fizikal, produk digital dan perkhidmatan. Produk fizikal merupakan produk yang boleh
disentuh, mempunyai bentuk fizikal tersendiri. Contohnya seperti beg, tudung, baju, barangan
perhiasan, malah produk makanan sepert biskut raya dan kek. Manakala produk digital lebih
menjurus kepada produk-produk bersifat informasi mengenai sesuatu perkara seperti koleksi
resepi dan panduan membuat website. Selalunya informasi tersebut boleh dibuat dalam
bentuk e-book ( buku digital ) atau dalam bentuk video. Hal ini boleh dilakukan melalui
aplikasi muat turun di internet setelah membuat pembelian. Perkhidmatan pula melibatkan
aktiviti contohnya seperti mencipta website, design theme, penulisan, bengkel dan seminar.
Pilihlah sebarang bidang yang kita mahir seperti contoh yang dinyatakan kemudian dengan
kepakaran yang kita miliki itulah, kita boleh menjalankan perkhidmatan melalui perniagaan
atas talian.

Penulisan blog Wan Merah (2012) ada menyentuh tentang dalil Al-Quran tentang perniagaan,
Firman Allah Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-
harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu, dan janganlah kamu
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (An
Nisa : 29). Bahkan dalam Islam urusan perniagaan tidak kiralah sama ada menerusi internet
atau pun yang berpremis sebenarnaya mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT .
Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w sempilan persepuluh rezeki adalah datangnya
daripada perniagaan.(Hadis Riwayat Tarmizi). Oleh itu, sesiapa yang menjalankan urusan
perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih dalam lingkuan perniagaan, mempunyai
kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.
Menurut Bobbitt dan Dabholkar (2001), kelakuan pembelian pengguna secara atas talian
terbahagi kepada dua iaitu pengguna yang menggunakan atau melayari internet untuk
melakukan pembelian dan pengguna yang melayari internet hanya untuk mendapat maklumat
mengenai sesuatu perkara yang ingin dibeli. Mazlina dan Nek Kamal (2014) pula
mengatakan bahawa majoriti pengguna menggunakan internet untuk mencari maklumat
terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembelian. Tujuan pencarian
maklumat ini adalah supaya mereka mendapat pengalaman pembelian yang positif dengan
memanfaatkan maklumat yang betul daripada internet dan berkongsi pengalaman tersebut
bersama dengan rakan-rakan.

Rasional kajian yang dijalankan adalah untuk mendapatkan pandangan tentang perniagaan
serta pembelian atas talian. Oleh itu, pengkaji dapati kebanyakan rakyat Malaysia,
terutamanya golongan remaja meluangkan banyak masa melayari internet untuk melakukan
aktiviti seperti bermainan permainan atas talian, mencari maklumat serta berinteraksi dengan
rakan-rakan (Hamid & Khatibi, 2006). Secara tidak langsung, mereka juga terpengaruh untuk
melakukan pembelian secara atas talian kerana kekerapan mereka terdedah kepada iklan
sewaktu menggunakan internet. Ianya menjadi semakin popular kerana ia adalah cara yang
paling mudah bagi orang ramai kerana mereka tidak perlu membeli barang yang diidamkan
secara terburu-buru. Harapan pengkaji supaya kajian ini dapat dilaksanakan dengan penuh
kerjasama dan keprihatinan oleh remaja di Taman Pandan Damai, Kuantan.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor remaja membeli
barangan secara atas talian di Taman Pandan Damai, Kuantan. Kajian juga dijalankan bagi
mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh remaja yang terlibat dengan pembelian atas
talian di Taman Pandan Damai, Kuantan. Pahang.

Anda mungkin juga menyukai