Anda di halaman 1dari 5

Modul 4 : Treasure Hunt

Aktiviti treasure hunt adalah aktiviti luar dimana aktiviti ini akan menguji
kemahiran peserta bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi. Peserta
dibahagikan mengikut kumpulan dan dikehendaki untuk menjelajah dari satu ke
satu checkpoint bagi mencari harta yang disembunyikan. Ssepanjang penjelajahan,
peserta akan diuji dengan ujian yang melibatkan minda, kecergasan dan juga
ketahanan psikologi

Masa:

15 minit : penerangan dan penyerahan barang petunjuk.

3 jam : Aktiviti Treasure Hunt.

Objektif :

Untuk mengasimilasikan sifat kerjasama diantara ahli.

Untuk melatih peserta akan sifat kepatuhan kepada ketua disaat berlakunya konflik
didalam kumpulan.

Menguji kepekaan perserta dibidang ilmu semasa.

Arahan :

1) Sebelum memulakan aktiviti, fasilitator akan menerangkan secara ringkas


aturcara aktiviti.

2) Matlamat aktiviti ini adalah untuk mencari harta hilang. Dan untuk itu, peserta
dikhendaki mengembara dari satu checkpoint ke checkpoint seterusnya bagi
mencari petunjuk disebalik rahsia harta yang hilang. Terdapat sebanyak 6
checkpoint yang harus dilalui oleh peserta.

3) Setiap kumpulan akan diberikan sebiji belon, sekeping peta dan sekeping kertas
petunjuk dimanakah checkpoint mereka yang pertama. Setiap kumpulan tidak
dibenarkan untuk membuka kertas tersebut sebelum diarahkan oleh fasilitator.
4) Sebelum aktiviti bermula, fasilitator akan menunjukkan arah utara bagi
permainan ini. Sebaik sahaja fasilitator mengumumkan pertandingan telah bermula,
peserta dibenarkan untuk membuka kertas petunjuk yang diberikan.

5) Peserta diarahkan pergi ke checkpoint masing-masing.

6) Setiap checkpoint akan dijaga oleh wakil setiap kumpulan.

7) Bagi checkpoint pertama :

Peserta yang tiba di checkpoint pertama akan diberikan ujian minda.

Peserta dikehendaki menyelesaikan ujian minda tersebut hingga selesai.

Penjaga checkpoint akan mencatatkan masa yang diambil bagi setiap kumpulan
menyelesaikan masalah yang diberi.

Setelah selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan
di sembunyikan.

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana


checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.

Peserta dikhendaki menjawab soalan yang tertera diatas kertas.

8) Bagi checkpoint kedua:

Peserta yang tiba dicheckpoint kedua akan diberikan ujian fizikal.

Aktiviti Water in the bottle diadakan dimana peserta dikhendaki mengisi air
kedalam botol mengunnakan tangan.

Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.

Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas
soalan di sembunyikan.

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana


checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.

Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint pertama untuk


mengetahui dimana harta disembunyikan.

Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

9) Bagi checkpoint ketiga :

Peserta yang tiba di checkpoint ketiga akan menjalankan aktiviti Pulse Game
Cara permainan Pulse Game - Peserta diminta berdiri didalam satu barisan
dengan mengengam tangan peserta lain. Barang diletakkan dihujung barisan.
Peserta lain tidak dibenarkan membuka mata mereka kecuali peserta yang berada
di permulaan dan peserta yang berada dihujung. Penjaga checkpoint akan
melontarkan duit syiling dan secara senyap akan menunjukkan kepada peserta
yang pertama. Jika kepala peserta pertama akan mengengam tangan peserta
kedua, dan peserta kedua mengulangi perkara yang sama hingga sampai kepada
peserta terakhir. Peserta terakhir yang menerima isyarat gengaman hendaklah
berlari sepantas mungkin mendapatkan barang yang telah diletakkan.

Penjaga checkpoint mencatatkan masa yang diambil setiap kumpulan. Markah akan
ditolak jika sekirannya peserta tersalah melihat kepala dan ekor duit syiling.

Setelah selesai aktiviti, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas
soalan di sembunyikan.

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk ke mana


checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta ke dua yang perlu
dicari.

Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

10) Bagi checkpoint keempat :

Peserta yang tiba di checkpoint keempat dikhendaki menjalankan aktiviti Trust


walk.

Cara Permainan Trust Walk Peserta kumpulan akan diberi sehelai kertas yang
mengandungi arahan dimana petunjuk serpihan harta disembunyikan. Peserta
kumpulan hendaklah memilih salah satu ahli untuk dijadikan pencari harta. Ahli
yang telah dipilih hendaklah menutup mata mereka dengan sehelai kain. Ahli-ahli
didalam kumpulan akan membimbing pencari harta tersebut bagi mencari petunjuk
serpihan harta kedua.

Setelah harta dijumpai, masa dicatatkan. Penjaga checkpoint memberi petunjuk ke


mana checkpoint peserta seterusnya.

Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint ketiga untuk


mengetahui dimana harta disembunyikan.

Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

11) Bagi checkpoint kelima :

Bagi peserta yang tiba dicheckpoint kelima, aktivit Jejak bertapak akan dijalankan.

Cara permainan Jejak Bertapak Sebelum permainan peserta akan dijelaskan


jarak yang perlu dilalui oleh peserta didalam permainan ini. Peserta akan dibekalkan
dgn 3 keping Tapak. Peserta diminta untuk berfikir bagaimana hendak membawa
kesemua ahli didalam kumpulan ke tempat yang diminta dengan syarat kesemua
ahli mesti tiba di tempat tujuan dgn serentak. Peserta hanya dibenarkan memijak
tapak yang diberikan sahaja. Peserta yang memijak tempat lain selain Tapak yang
diberikan akan dikira gagal dan diminta untuk mengulanginya semula dari
permulaan.

Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.

Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas
soalan di sembunyikan.

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana


checkpoint peserta seterusnya.

Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

12) Bagi checkpoint keenam :

Peserta yang tiba di checkpoint keenam akan menjalankan aktiviti Photo


scarvenger hunt.

Peserta akan diberi sepuluh kriteria yang perlu ditangkap mengunakan kamera.
Contoh kriteria adalah seperti, pokok terbesar dikawasan itu, kereta berwarna
kuning,orang yang bermain bola sepak dan sebagainya. Sebelum permainan
bermula, penjaga checkpoint hendaklah menetapkan had bagi sesebuah kawasan
permainan.

Setelah kesemua kriteria dapat dicari, penjaga checkpoint akan mencatatkan masa
akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana


checkpoint peserta seterusnya.

Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

13) Fasilitator akan menjadi kunci peti harta karun. Bagi fasilitator pertama, harta
yang ada padanya adalah sebatang jarum dan benang. Fasilitator meminta peserta
mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai,
fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.

14) Bagi fasilitator kedua, harta yang ada padanya adalah sehelai kain. Fasilitator
meminta peserta mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar.
Setelah dijumpai, fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.

15) Setelah harta-harta dijumpai, peserta dikhendaki menjahit kain yang menjadi
sebuah baju.
16) Diakhir aktiviti Treasure Hunt, peserta dikhendaki menyerahkan semula kertas
jawapan bagi soalan-soalan yang telah dijawab pada setiap checkpoint dan juga
harta yang telah dijumpai.

17) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.

18) Sampul surat untuk aktiviti seterusnya diedarkan.

Anda mungkin juga menyukai