Anda di halaman 1dari 5

MPU3052 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

1.0 Pendahuluan
1.1 Pengertian nilai dan nilai universal

Menurut kamus dewan, nilai bermaksud kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian. Identiti
dan nilai berkait rapat antara satu dengan yang lain dan ini kerana nilai-nilai yang dihayati
oleh mana-mana kumpulan manusia membentuk identiti kumpulan manusia ataupun seluruh
tamadun tersebut.
Nila universal bermaksud, suatu nilai atau sifat yang boleh didapati dalam semua
tamadun. Ini termasuklah nilai kepercayaan, nilai ekonomi dan kebendaan, nilai kerja, nilai
kemanusiaan, nilai keilmuan, nilai akhlak, nilai keadilan, nilai kekeluargaan dan nilai alam
sekitar. Nilai-nilai ini boleh didapati dalam setiap tamadun dan ianya diterima secara umum.
Tambahan lagi, nilai universal juga digunakan untuk mendapatkan persamaan dan
perbezaan antara satu tamadun ke tamadun yang lain.

1.2 Nilai umum yang dikongsi oleh Tamadun Melayu, Cina dan India

Salah satu nilai yang boleh didapati dalam Tamadun Melayu, Cina dan India ialah
nilai kepercayaan. Dasar kepercayaan dan agama memainkan peranan yang amat
besar dalam pembangunan sesuatu tamadun dari segi struktur sosial dan intelektual.
Dalam ketiga-tiga tamadun tersebut, nilai kepercayaan amatlah dititikberatkan dan
ianya merupakan salah satu punca berkembangnya tamadun tersebut.
Selain itu nilai keilmuan juga telah diaplikasikan dalam ketiga-tiga tamadun tersebut.
Nilai keilmuan penting untuk membina dan membangun tamadun itu sendiri.
Tambahan lagi, melalui penguasaan ilmu pengetahuan, suatu bangsa akan dapat
berkembang dengan luas. Ini boleh dilihat melalui kejayaan tokoh-tokoh falsafah
daripada Cina, India dan Melayu.
Sebagai tambahan, nilai kemanusiaan juga dikongsi olah ketiga-tiga tamadun
tersebut dan ini kerana, melalui penguasaan nilai kemanusiaan, suatu tamadun akan
mementingkan hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Tambahan lagi, nilai
kemanusiaan ini juga penting dalam penubuhan sistem peraturan dan undang-undang
untuk memastikan masyarakat hidup dalam keadaan yang aman damai.
MPU3052 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

2.0 Fokus
2.1 Tamadun Melayu

Dalam tamadun melayu, nilai kepercayaan amatlah dititikberatkan. Ini kerana kedatangan
agama Islam ke dalam Tanah Melayu telah memberikan impak yang besar kepada
masyarakat Melayu. Melalui penerapan ajaran agama Islam dalam tamadun Melayu,
masyarakat meletakkan kepercayaan kepada Allah sebagai matlamat utama. Selain
daripada itu, segala persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan dan kerohanian adalah
bersumberkan wahyu dan Al-Quran (Yusoff, 2010).
Selain daripada itu, tamadun melayu juga menitikberatkan kepentingan nilai kerja dalam
pembangunan tamadun itu sendiri. Di bawah pengaruh agama Islam, segala pekerjaan
haruslah berasaskan tuntutan syariat dan bertujuan untuk mencari berkat dan pahala
daripada Allah SWT. Tambahan lagi, suatu pekerjaan itu haruslah dilakukan dengan niat
kerana Allah, penuh tanggungjawab, tidak mengganggu ibadah khusus dan menepati
kehendak syarak.
Seterusnya, dalam tamadun melayu, nilai kemanusiaan juga diaplikasikan dalam
pembangunan tamadun itu sendiri. Dalam tamadun melayu, nilai kemanusiaan Islam
merupakan suatu nilai yang wajib dipupuk oleh setiap rakyat dan nilai kebendaan hanyalah
sebagai tambahan kepada nilai Islam. Melalui pemupukan nilai ini, masyarakat dalam
tamadun melayu adalah bersifat lebih lembut, bertimbang rasa, sentiasa mengamalkan sifat
kasih sayang dan banyak lagi.

2.2 Tamadun Cina

Dalam tamadun Cina, nilai kepercayaan merupakan salah satu perkara yang penting dalam
pembangunan dan perkembangan tamadun Cina. Nilai kepercayaan bagi tamadun Cina
adalah berasaskan keagamaan. Di dalam tamadun Cina, terdapat pelbagai agama dan
setiap agama mempunyai kepercayaan mereka sendiri. Kesemua agama dalam tamadun
Cina berfokus kepada konsep buat baik dibalas baik dan sebaliknya. Melalui kepercayaan
ini, masyarakat dapat mengelakkan diri daripada melakukan kejahatan kerana ianya boleh
menyebabkan mereka akan menerima hukuman.
Selain daripada itu, Tamadun Cina juga mementingkan nilai kekeluargaan dalam kehidupan
seharian mereka. Ini boleh dibuktikan melalui kewujudan konsep Ren yang bermaksud kasih
sayang dan sikap ini juga boleh dikatakan sebagai berperikemanusiaan. Melalui penerapan
nilai kekeluargaan, tamadun Cina mampu meneruskan sistem pemerintahan mereka
daripada generasi ke generasi yang lain dengan membawa nilai cinta kasih antara ahli
keluarga dan juga saudara mara.
MPU3052 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Tambahan lagi, tamadun Cina amatlah menekankan bahawa ilmu pengetahuan adalah pintu
kepada dunia. Sebagai contoh, Konfucius dalam tamadun cina mendedahkan pengikut-
pengikutnya dengan ajaran moral dan pelbagai jenis falsafah dalam pengajaran dan
pembelajaran serta dalam kehidupan seharian. Tambahan lagi, beliau juga telah
memberikan pendedahan kepada setiap pemimpin tentang betapa pentingnya sifat baik
dalam kalangan mereka. Dengan ini, Tamadun Cina telah membuktikan kepada dunia
bahawa ilmu pengetahuan tidak akan mati bersama badan.

2.3 Tamadun India

Dalam tamadun India, nilai kemanusiaan dititikberatkan dalam kehidupan masyarakat harian
dan ini untuk mendapatkan masyarakat yang hidup bersama secara aman dan kurang
jenayah. Tambahan lagi, sesuai dengan nilai kemanusiaan, tamadun India juga
mengutamakan keagamaan dan keadilan. Salah satu tokoh bagi tamadun India, Mahatma
Ghandi menerapkan nilai keagamaan dan keadilan dalam diri masyarakat dan dengan itu
berjaya dalam menyelesaikan isu besar bagi Tamadun India pada masa itu, iaitu penjajahan
kuasa besar daripada negara-negara barat. Tambahan lagi, tamadun India juga menerapkan
nilai akhlak dalam pemerintahan mereka dan ini memastikan bahawa masyarakat yang ada
dalam tamadun India, berakhlak mulia dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang
yang telah ditetapkan dalam tamadun tersebut.
Sebagai tambahan, nilai keilmuan juga diutamakan oleh masyarakat dalam Tamadun India
dan ini kerana, ilmu pengetahuan merupakan kunci kepada tamadun yang berjaya dan
berdaya saing. Ilmu bercucuk tanam, menghasilkan tembikar, pengurusan bandar dan juga
perdagangan membolehkan tamadun India untuk terus berkembang sehingga pada hari ini.

3.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, Tamadun Melayu, Tamadun Cina dan Tamadun India sangat
mengutamakan agama dan akhlak di dalam sistem pemerintahan mereka (Ahmad Nasir
Yusoff, 2010). Ini kerana melalui penerapan nilai-nilai yang bersifat keagamaan dan juga
moraliti, keadaan masyarakat akan lebih stabil dan terurus. Tambahan lagi, dengan
wujudnya interaksi antara tamadun, sesuatu kumpulan peradaban mampu untuk mengambil
contoh kejayaan tamadun lain untuk tujuan menambahbaik sistem pemerintahan bagi
tamadun mereka dan pada masa yang sama mencari jalan penyelesaian bagi masalah-
masalah yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat. Seterusnya, dalam setiap tamadun,
adalah dinyatakan bahawa nilai kemanusiaan dan kekeluargaan juga penting dalam
memastikan sesuatu tamadun itu berjaya.
MPU3052 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

4.0 Refleksi
Ketika menjalani kursus MPU3052 Tamadun Islam dan Tamadun Asia, kami telah
diarahkan untuk menghasilkan suatu hasil penulisan yang menyentuh tentang nilai-nilai
universal bagi Tamadun Melayu, Tamadun Cina dan Tamadun India. Dalam proses untuk
menyiapkan tugasan tersebut, saya telah didatangi dengan pelbagai jenis cabaran dan
rintangan dari segi pengurusan masa, pencarian sumber rujukan dan juga gangguan
daripada aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan oleh pihak institut pendidikan guru.
Salah satu daripada cabaran yang saya hadapi semasa dalam proses untuk
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, ialah tugas untuk membahagi-bahagikan masa
bagi tujuan pengurusan masa diri saya sendiri, untuk memberi ruang kepada aktiviti yang
dijalankan oleh pihak institut dan pada masa yang sama, memberikan saya ruang untuk
menyiapkan tugasan tersebut. Tambahan lagi, saya juga didatangi dengan cabaran untuk
memastikan bahawa semua tugasan yang telah diberikan kepada saya oleh pensyarah bagi
kursus lain juga dapat saya siapkan pada masa yang ditetapkan.
Selain daripada itu, ketika dalam proses untuk mencari sumber rujukan bagi untuk
menyiapkan tugasan ini, saya didatangi dengan masalah kekurangan sumber yang diterima.
Kebanyakan sumber yang saya telah temui berumur lebih daripada 10 tahun dan ianya tidak
diterima sebagai salah satu sumber rujukan bagi penulisan esei bagi tugasan ini.
Seterusnya, ketika menyelesaikan tugasan ini, saya telah belajar serba sedikit tentang nilai-
nilai universal yang ada pada setiap tamadun. Tambahan lagi, saya kini sedar akan betapa
pentingnya nilai kepercayaan dalam perkembangan bagi suatu tamadun dan impaknya
kepada masyarakat.
Akhir sekali, ketika dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini, saya juga dapat
menjelaskan persamaan dan perbezaan setiap tamadun berdasarkan dengan nilai-nilai
universal yang ada diterapkan di dalam pembangunan dan juga perkembangan suatu
tamadun. Nilai universal, ini juga membantu saya dalam mengenal pasti betapa pentingnya
sesuatu nilai yang diterapkan ke dalam tamadun tersebut, dalam kehidupan saya seharian.
Kesimpulannya, ketika menyiapkan tugasan yang telah diberi, saya telah banyak belajar
melalui perkembangan suatu tamadun dan bagaimana nilai-nilai universal ini dapat
diterapkan untuk membantu suatu tamadun itu berkembang dan menjadi lebih berkuasa.
MPU3052 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

5.0 References
Abd. Sukor Bin Yusof. (2003, Mei). Pemupukan Semangat Patriotisme di Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah Menerusi pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Satu Kajian
kes Tingkatan Dua. Tanjong Malim: Universiti Sultan Idris.
Ahmad Nasir Yusoff. (2010). Konsep Perkembangan Tamadun, Nilai dan Interaksi. Kuala
Lumpur: Pelangi Publications.
Ching, H. (2017). Konsep Ketamadunan. Tamadun Cina, 4-6.
Ehsan Wakab. (2014). Tamadun India. Perkembangan dan Pencapaian tamadun india, 1-6.
Hadirah Abdullah. (2011). Perkembangan Tamadun. Islam, 34-36.
James, A., & Herold, J. (2014). Eastern Civilization: The Rise and Fall. New York: Times
Publication.
Kamal Shah Rani. (2016). Nilai-Nilai Universal. Ketamadunan, 1-8.
Maruwiah Ahmat. (2014). Tamadun India. Kuala Lumpur: Pelangi Publication.
Mashitah Sulaiman, & Adibah Sulaiman Mohamad. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun
Asia. Negeri Sembilan: University Sains Islam Malaysia.
Open Learning. (2015, Mac 27). Retrieved from Tamadun Islam dan Tamadun Asia:
https://www.openlearning.com/courses/tamadunislamtamadunasia
Rahmah Yusuf, & Hendry Julius. (2015). Perkembangan dan pencapaian Tamdun Melayu.
Kuala Lumpur: jabatan Pengajian Kenegaraan dan ketamadunan.
Yusoff, N. (2010). Konsep Tamadun Melayu. TITAS, 2-6.

6.0 Lampiran