LATAR BELAKANG
MASALAH
Bahan glass road stud daripada kaca temper 360 dan ketahanannya terhadap
tekanan ialah 35 hingga 45 ton. Ketahanan glass road terhadap lenturan sangat tinggi
apabila tiada keretakan setelah diuji dengan bola baja seberat 1.04 kg dijatuhkan dari
ketinggian 1.5 meter. Bagi daya pantulan glass road stud ialah 100% pada bahagian
yang menonjol. Diameter mata kucing ini 100mm manakala tingginya ialah 44mm.
Bagi pemantul mata kucing, diameternya ialah 60mm manakala tinggi pemantul ialah
19mm.
1. PENGHASILAN PELAN
Menghasilkan pelan merupakan langkah yang paling awal dalam menyiapkan
projek ini. Pelan The Flexile Cat Eyes telah direkabentuk menggunakan perisian
seperti AutoCAD dan SolidWork. Pelan dua dimensi dan tiga dimensi telah dihasilkan
untuk merekabentuk pelan The Flexile Cat Eyes.
AUTOCAD
Pelan dua dimensi The Flexile Cat Eyes telah dihasilkan menggunakan
perisian AutoCAD.
perisian SolidWork.
Rajah
3.2
:Lakaran Tiga
Dimensi
2. PENGHASILAN PROTOTAIP
Langkah seterusnya ialah menghasilkan prototaip The Flexile Cat Eyes.
Setelah menghasilkan pelan yang dikehendaki, proses pembuatan perlulah dijalankan.
Pembuatan adalah proses menukarkan bahan mentah, komponen, atau bahagian ke
dalam barangan siap yang memenuhi jangkaan atau spesifikasi pelanggan. Pembuatan
biasanya menggunakan persediaan manusia atau mesin .Terdapat tiga jenis pembuatan
iaitu subtractive, formative dan rapid prototype. Bagi menghasilkan prototaip The
Flexile Cat Eyes kaedah pembuatan yang telah digunakan adalah rapid prototype.
RAPID PROTOTYPE
Rapid Prototype adalah nama yang diberikan kepada pelbagai teknologi
berkaitan yang digunakan untuk mereka objek fizikal secara langsung dari
sumber-sumber data dari AutoCAD ataupun SolidWork. Kaedah ini sangat
unik kerana ia merupakan proses menambah bahan-bahan bon dalam lapisan
untuk membentuk sesuatu objek. Selain rapid prototype ia juga lebih dikenali
sebagai percetakan 3D.
Memasukkan dakwat
pencetak 3D
vi. Pembinaan setiap lapisan
Langkah keempat
adalah pembinaan
sebenar setiap bahagian model. Mesin rapid prototype membina satu lapisan pada
satu masa daripada polimer, kertas atau logam serbuk. Kebanyakan proses
pembinaan merupakan membina secara automatik yang akan dikendalikan oleh
komputer tersebut. Justeru, proses membina akan dibiarkan begitu sahaja untuk
komputer menyiapkannya. Setiap lapisan kira-kira 0.1 mm ketebalan. Proses ini
boleh mengambil masa beberapa jam atau hari untuk disiapkan bergantung kepada
saiz objek. Bagi satu prototaip The Flexible Cat Eyes, ia memakan masa hampir
satu hari untuk menyiapkan semua bahagian. Semasa proses membina prototaip
tersebut, pembuat harus menyemak mesin secara berkala untuk memastikan tiada
kesilapan yang berlaku.
dibersihkan
4. MENGUJILARI
Selepas prototaip sudah siap dibina, proses seterusnya adalah mengujilari
prototaip tersebut. Prototaip tersebut perlulah diujilari. Terdapat tiga elemen penting
yang perlu diuji iaitu tahap fleksibiliti, pencahayaan dan pantulan.
TAHAP FLEKSIBILITI
The Flexile Cat Eyes ini perlulah diuji tahap fleksibiliti kerana ia adalah ciri
utama projek ini. Prototaip ini telah diuji dengan menggunakan kereta mainan
bersama beban. Ujian ini dijalankan bagi memastikan prototaip ini berfungsi
dengan baik.
TAHAP PENCAHAYAAN
Ciri tambahan yang terdapat dalam projek ini adalah Glow in the dark. Ujian
ini diambil setiap sejam selama 10 jam untuk menguji ketahanan cat Glow in the
dark tersebut. Bagi mengujilari prototaip ini ia memerlukan satu kawasan yang
gelap agar tahap pencahayaan yang dikehendaki tercapai. Bagi memudahkan
proses mengujilari, sebuah kotak untuk menguji telah dibina. Kotak menguji ini
diwarnakan dengan warna hitam agar pencahayaan yang diinginkan tercapai.
TAHAP PANTULAN
Pantulan ini merupakan ciri tambahan untuk cat eyes ini. Pantulan ini terhasil
oleh pelekat pantulan yang diletakkan pada kawasan kecondongan. Ujian ini
dijalankan di kawasan gelap dengan menghalakan lampu suluh pada cat eyes yang
telah diletakkan pelekat pemantul. Ujian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan
ciri pantulan.
Mata kucing ini diperbuat dari Aluminium Aloy dengan sistem cor press.
Ditambah pemantul dari Swarflex, Switchzerland. Mata kucing ini tersedia dalam
ukuran kecil dan besar. Ianya digunakan untuk jalur 1 arah atau 2 arah. Mata kucing
biasanya dipasang pada batas tepi jalur lalu lintas, membujur berupa garis putus-putus
sebagai tanda peringatan dan sumbu jalan sebagai pemisah jalan.