Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN

KETUA DARJAH & PENOLONG, PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS


DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

ATURCARA TINDAKAN

KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum wth dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha Tuan Harmizi bin Mohamed, Guru Besar SK Dato Kramat,
Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan , rakan pendidik dan seterusnya
murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana pada pagi ini dapat bersama-sama
berkumpul di majlis perhimpunan ini bagi menyaksikan Majlis Penyampaian
Watikah dan Pelantikan Ketua Darjah & Penolong , Pengawas Sekolah,
Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya bagi sesi
persekolahan 2017.

UCAPAN GURU BESAR

Bagi menyempurnakan majlis pada pagi ini, dengan rasa takzim


dipersilakan Tuan Harmizi bin Mohamed, Guru Besar SK Dato
Kramat untuk memberi ucapan .Dipersilakan
GB berucap

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn.Harmizi bin


Mohamed atas ucapan sebentar tadi
PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN

1. KETUA DARJAH DAN PENOLONG

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Watikah Pelantikan bagi Ketua


Darjah dan Penolong.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Penolong Kanan 1 Encik Mohd
Yassin bin Mohd Mydin mengiringi Tuan Guru Besar untuk menyampaikan
watikah
Dengan ini dipohon kepada Ketua Darjah dan Penolong untuk bersedia .

Majlis dengan ini menjemput Ketua Darjah 1 Jaya adik ______________


untuk menerima watikah pelantikan .

Penolong Ketua Darjah ______________

2. PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Watikah Pelantikan bagi


Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Dengan ini dipohon kepada pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk bersedia
.

Majlis dengan ini menjemput adik ______________ untuk menerima


watikah pelantikan .

Seterusnya,

Dan diikuti .
3. PENGAWAS SEKOLAH

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Watikah Pelantikan bagi


Pengawas Sekolah.
Dengan ini dipohon kepada pengawas sekolah untuk bersedia .

Majlis dengan ini menjemput __________________ dari kelas


____________untuk menerima watikah pelantikan.

Seterusnya .

4. PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Watikah Pelantikan bagi


Pembimbing Rakan Sebaya.

Majlis dengan ini menjemput adik __________________ dari kelas


____________untuk menerima watikah pelantikan.

Seterusnya..

Dan diikuti..

Pihak majlis merakam jutaan terima kasih kepada Tuan Harmizi bin
Mohamed atas Penyerahan Watikah Pelantikan sebentar tadi
BACAAN IKRAR

1. PENGAWAS SEKOLAH

Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar yang akan disampaikan oleh
barisan Pengawas Sekolah sebagai tanda kesungguhan mereka bagi
melaksana dan memikul amanah yang diberikan.

Dengan ini, dipersilakan Adik _____________________________ bagi


mengetuai bacaan ikrar Pengawas Sekolah.

Dipersilakan.

2. PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Seterusnya dipersilakan Adik _____________________________ bagi


mengetuai bacaan ikrar Pengawas PSS

Seterusnya ialah Bacaan Ikrar Murid. Untuk itu murid-murid dipohon untuk
berdiri dan bersedia bagi mengikuti ikrar yang akan dibacakan sebentar lagi.
Murid-murid diminta bersedia.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Adik ______________________


atas bacaan ikrar itu tadi

BERSURAI
Dengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi maka berakhirlah majlis
Penyerahan Watikah dan Pelantikan Ketua Darjah dan Penolong, Pengawas
Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya
bagi sesi persekolahan 2017. Semoga dengan pelantikan ini akan dapat
memotivasikan para Ketua Darjah, Pengawas Sekolah, Pengawas SPBT dan
PRS untuk melaksana dan menjalankan tugas yang diamanahkan
Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Guru Besar, guru-
guru Penolong Kanan , guru-guru serta murid-murid sekalian atas kerjasama
dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Sekian, Wasalam

Majlis Bersurai..

Anda mungkin juga menyukai