Anda di halaman 1dari 7

1 | Page

1.0 PENGENALAN

Mempunyai kesihatan yang baik merupakan suatu nikmat yang sangat bernilai bagi
seseorang individu. Walaupun seseorang itu kaya, jika tidak mempunyai kesihatan yang
baik tentulah tidak sempurna rasa kehidupan mereka. Walau sehebat mana pun seseorang
individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan dan dititikberatkan.
Penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat
meneruskan amanah dan tanggungjawab masing-masing secara harmoni.

Berdasarkan Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan ialah satu tahap atau
keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi
fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari penyakit, kecacatan serta
kecederaan sahaja atau tidak berdaya. Ini bermakna secara keseluruhan seseorang itu
perlulah sejahtera dalam semua aspek termasuk jasmani, emosi, rohani, intelek dan social
barulah dikira mempunyai kesihatan dan kecergasan diri. Menurut Kamus Dewan, kesihatan
adalah berhubung dengan sihat, kesegaran, kebaikan keadaan badan dan lain-lain.

Dewasa ini sangat-sangat terdedah kepada kepada pelbagai pelbagai. Daripada


penyakit yang biasa-biasa sahaja sehingga penyakit kronik. Ada yang masih kurang sedar,
dan kurang mengambil perhatian terhadap kesihatan. Melalui isu ini, adalah menjadi
tanggungjawab kita sebagai seorang manusia untuk menjaga kesihatan badan serta aspek-
aspek yang berkait mengenai tubuh badan saya agar tidak mati ataupun berpenyakit
sebelum masanya. Selain itu, tubuh badan yang dikurniakan Allah ini hendaklah kita jaga
sebaiknya kerana kita pasti akan dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti.

Kesihatan badan manusia yang baik memungkinkan seseorang itu mampu untuk
membangunkan dirinya sendiri, sebaliknya, badan yang tidak sihat akan menyukarkan lagi
usaha pembangunan insan terhadap diri seseorang. Memiliki tubuh badan yang sihat
menjadi keperluan bagi setiap manusia. Kesihatan badan perlu dipelihara dan diperbaiki
sepanjang hayat. Secara tabiinya bagi memastikan kesihatan tubuh badan manusia berada
dalam keadaan baik, seseorang itu perlu memiliki tiga keperluan material iaitu makanan,
pakaian dan tempat tinggal. Tiga keperluan material ini merupakan keperluan asas kepada
kesihatan fizikal badan manusia.

Selain itu, perkaitan di antara bahagian rohani dan bahagian jasmani badan manusia
boleh dilihat, jika salah satu daripada bahagian badan manusia terjejas ataupun tidak sihat.
2 | Page

Apabila salah satu darinya sakit, maka kesan dari sakit tersebut akan terjelma pada satu
bahagian yang lain. Sebagai contoh HAMKA (2008; 2007a) menyatakan apabila bahagian
rohani badan manusia ditimpa sakit seperti sakit cinta, marah duka, kesal dan sebagainya,
maka bahagian jasmaninya turut akan terkesan seperti muka, badan dan anggota lain turut
berubah menjadi merah, gementar, pucat, kurus, gemuk dan sebagainya. Begitu juga
apabila bahagian jasmani seseorang ditimpa sakit dan tidak sihat seperti demam, lemah
jantung dan sebagainya, maka bahagian rohaninya akan terkesan, seperti berubah daya
fikiran dari tajam kepada tumpul atau dari kuat daya fikiran kepada lemah. Hal ini
diungkapkan oleh beliau (2007a): Kalau jiwa sihat, dengan sendirinya memancarlah
bayangan kesihatan itu kepada mata, dari sana memancar nur yang gemilang, timbul dari
sukma yang tiada sakit. Demikian juga kesihatan badan membukakan fikiran,
mencerdaskan akal, menyebabkan juga kebersihan jiwa. Kalau jiwa sakit, misalnya ditimpa
penyakit marah, penyakit duka, penyakit kesal, terus dia membayang dan berkesan kepada
badan kasar, tiba di mata merah, tiba di tubuh gementar. Dan kalau badan ditimpa sakit,
jiwa pun turut merasakan, fikiran tidak berjalan lagi, akal pun tumpul.

Oleh yang demikian, HAMKA (2007) menjelaskan bahawa, setiap manusia


bertanggungjawab memastikan badannya sihat. Selagi mana badan manusia hidup,
manusia tersebut bertanggungjawab memastikan jasad dan rohaninya sentiasa berada
dalam keadaan yang sihat. Tanggungjawab ini merangkumi penjagaan bahagian jasmani
dan juga bahagian rohani badan manusia. Membunuh diri sendiri adalah kemuncak, kepada
perlanggaran tanggungjawab terhadap badan. Orang ini digelar oleh beliau sebagai orang
yang memungkiri hidup dan kewajipan manusia.
3 | Page

2.0 KELEBIHAN

Terdapat banyak kelebihan atau kekuatan yang dapat saya garap sepanjang
mempelajari subjek Kesihatan Diri dan Kecergasan dibawah bimbingan oleh Cik Luvrina bt
Jamaluddin. Hasil bimbingan beliau telah banyak menyedarkan saya mengenai peri
pentingnya kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan di samping menitik beratkan gaya
hidup serta amalan bersenam dalam kehidupan seharian.

Dari aspek kesihatan, adalah menjadi keperluan bagi seorang manusia untuk
mengekalkan kesihatan serta kesejaheraan badan dan diri masing-masing. Hal ini
dijelaskan lagi oleh Terri Guillemets yang mengatakan kesihatan adalah hubungan antara
anda dan tubuh anda. Oleh itu, setiap anggota badan yang bersambung dengan badan
saya adalah penting dan perlu saya jaga dengan sebaiknya.

lmu menjadi syarat utama yang perlu dimiliki oleh manusia, bagi memastikan kesihatan
badan manusia sentiasa sihat, sama ada di bahagian jasmani dan bahagian rohani. Ini
kerana, ilmu merupakan sumber maklumat, bagi membolehkan manusia memikir cara
menjaga kesihatan badan. Tanpa ilmu, kemampuan berfikir untuk kesihatan badan tidak
boleh berlaku. Dengan adanya ilmu, manusia sepatutnya mampu untuk membuat
pertimbangan di antara perkara baik dan buruk serta benar dan salah. Bagi kesihatan
jasmani, ilmu akan membenarkan manusia untuk berfikir bagaimana cara untuk sentiasa
memastikan badan manusia sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Begitu juga dengan
kesihatan rohani, ilmu memainkan peranan untuk sentiasa memastikan rohani manusia
sentiasa sihat.

Kesihatan badan menjadi tonggak pertama yang perlu dititikberatkan. Hal ini kerana,
sekiranya badan seseorang individu itu tidak sihat, hal-hal yang dilakukan dalam kehidupan
seharian tidak dapat dilakukan seperti sedia kala.

Selain itu, kelebihan dari sudut kesihatan ini merangkumi pelbagai aspek. Antaranya dari
sudut kematangan dan perbezaan individu. Melalui kesihatan dari sudut ini, saya mampu
mengimbangi sesuatu mengikut keadaan. Sebagai contoh, saya sebagai pelajar uang
sudah dewasa perlulah berfikir secara rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Perkara ini merujuk kepada kematangan dari segi perubahan inteklek. Adapun perubahan-
perubahan dari segi yang lain seperti jasmani, emosi, rohani dan sosial, aspek-aspek ini
4 | Page

turut banyak mengambarkan perbezaan sesame individu khususnya sebagai seseorang


yang telah dewasa dan sebagai seorang kanak-kanak.

Bagi aspek pemakanan dan diet seimbang, saya dapat mengaplikasikan cara
pemakanan yang lebih baik malah sangat membantu saya untuk mendapatkan keperluan
kalori yang sepatutnya saya ambil dalam sehari. Misalnya apabila Cik Luvrina meminta saya
dan rakan-rakan memuat turun aplikasi My Fitness Pal ke dalam telefon kami, kami lebih
menitik beratkan pengambilan makanan yang kami ambil dari semasa ke semasa. Hal ini
menjadi kelebihan untuk saya mengambil keperluan kalori tidak melebihi keperluan yang
sepatutnya.

Seterusnya dari aspek kecergasan, kekuatan yang saya perloleh ialah saya dapat
mengetahui apa itu piramid aktiviti fizikal yang sebenarnya. Melalui kaedah ini, saya dapat
merancang aktiviti fizikal yang saya boleh lakukan setiap hari. Contohnya, melalui sebarang
pergerakan yang mencergaskan badan, saya dapat membakar kalori yang ada dan
selanjutnya akan membakar lemak yang terkumpul dalam badan. Cik Luvrina juga meminta
saya dan rakan-rakan memuat turun aplikasi My Step dimana aplikasi ini akan merekod
jumlah langkah kami setiap masa. Jadi, matlamat untuk mencapai seribu langkah sehari
membantu saya dan rakan-rakan mengekalkan kecergasan badan setiap masa. Hal ini
kerana, kecergasan merupakan cabang daripada aspek kesihatan.

Umumnya, Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu


membolehkan ia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian
dalam sukan atau aktiviti-aktiviti riadah dan masih mempunyai tenaga yang mencukupi
ketika waktu kecemasan. Oleh itu, melalui pembelajaran saya, saya dapat merangka aktiviti
yang boleh mengekalkan kecergasan saya. Misalnya, saya dan rakan sudah mula
berjogging pada waktu petang. Selain itu, saya juga terinspirasi terhadap permainan bola
tampar IPG Kampus Tun Hussein Onn. Justeru, saya juga telah meluangkan masa pada
awalnya sekali seminggu untuk turun ke gelanggang bola tampar untuk mempelajari cara
bermain bola tampar. Ingin saya khususkan di sini, kecergasan itu bukan hanya semasa kita
berlari tetapi sebarang pergerakan yang akan mengeluarkan peluh serta melibatkan
pergerakan yang aktif dapat dijadikan aktiviti kecergasan.

Selanjutnya, dari aspek gaya hidup dan amalan bersenam. Kebaikan utama gaya hidup
yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada
dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah
5 | Page

kepada kecergasan fizikal. Misalnya, dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap,
kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan,
berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan
sistem peredaran darah menjadi lebih teratur.

Kelebihan yang saya dapat ialah saya dapat mengetahui perubahan pada kadar nadi
saya iaitu semasa rehat dan kadar nadi maksimum. Selain itu, aktiviti memanaskan badan
juga memberi impak kepada badan saya kerana apabila saya melakukan aktiviti
memanaskan badan terlebih dahulu, anggota badan yang lain tidak akan mudah tercedera
kerana kekejangan semasa melakukan aktiviti. Hal ini kerana, memanaskan badan perlu
untuk tubuh badan kerana ia sangat terutama sebagai persediaan mental dan fizikal. Aktiviti
ini bermaksud persediaan otot-otot, jantung, paru-paru dan minda untuk acara yang akan
dilakukan.

Sebagai contoh, saya dan rakan-rakan telah menjalani pra-ujian segak iaitu kami perlu
melakukan aktivit seperti naik turun bangku, ringkuk tubi separa, tekan tubi dan jangkauan
melunjur. Melalui ujian ini, kami dapat menyiapkan anggota badan kami untuk menghadapi
ujian segak akan datang. Walaupun kepenatan, tetapi kami turut dapat mengeluarkan peluh
serta mengimbau kembali semasa kami menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
untuk memasuki IPG.
6 | Page

3.0 KELEMAHAN

Pada awalnya, saya sangat tidak mementingkan kesihatan. Pengambilan makanan saya
juga sangat tidak teratur serta saya makan sekiranya terdapat waktu lapang untuk saya
makan. Hal ini langsung tidak saya fikirkan akan menjejaskan kesihatan badan saya. Bagi
saya, walaupun berat badan saya tidak mencapai tahap normal iaitu BMI saya ialah pada
tahap kurus, saya merasakan hal itu lebih baik. Hidangan-hidangan makanan yang tidak
saya ketahui kandungan kalori serta khasiatnya, saya hanya makan begitu sahaja. Selain
itu, sudah menjadi tabiat saya tidak mengambil sarapan pagi. Oleh itu, saya sentiasa
mengantuk dan tidak bermaya dalam kelas pada waktu pagi. Hal ini jelas menunjukkan
saya masih kekurangan kesedaran mengenai tahap kesihatan saya yang semakin hari
semakin merosot.

Selain itu, dari sudut kecergasan pula. Sebelum saya mengamati erti kecergasan dan
kesihatan sebenar-benarnya, saya hanya memikirkan keselesaan saya semata-mata.
Sebagai contoh, pada waktu petang. Kebiasaannya saya hanya terperap di dalam bilik
sambil melayari internet. Tambahan lagi, sekiranya tiada apa yang boleh saya lakukan, saya
hanya akan tidur pada waktu petang. Tabiat ini sangat jelas menunjukkan betapa saya tidak
mementingkan kecergasan badan saya. Kebanyakkan pendapat hanya mengatakan,
dengan mencuci pakaian menggunakan tangan juga boleh mengeluarkan peluh. Namun,
hakikatnya sekiranya saya sudah berada di bilik, amat payah untuk saya keluar ke bilik
mencuci untuk mencuci pakaian. Malah, akhirnya saya akan mencuci menggunakan mesin
basuh sahaja. Pergerakan saya sangat terhad dan saya tidak mementingkan kecergasan
dan keaktifan badan saya kerana saya menggapnya sesuatu yang tidak penting.

Selanjutnya, pada pengamalan gaya hidup dan amalan bersenam saya juga tidak saya
titik beratkan. Sekiranya saya ingin melakukan sesuatu aktiviti, saya hanya akan terus
melakukannya tanpa memanaskan badan terlebih dahulu. Walaupun sepanjang saya
melakukan aktiviti tersebut tidak berlaku sebarang kekejangan pada saya, namun saya
tidak tahu apakah implikasi lain yang akan saya hadapi sekiranya amalan itu saya teruskan.
Di samping itu, bagi sudut kecergasan emosi dan sosial juga ada kalanya tidak dapat saya
imbangi antara emosi dan masaalah. Kadang-kala saya sentiasa berfikiran negative dan
kurang mengawal emosi dengan baik. Hal ini sekiranya berlarutan akan menimbulkan
konflik dalam sosial serta mewujudkan jurang dalam kalangan rakan-rakan dan saya hanya
kerana berpunca daripada saya.
7 | Page

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi masalah pengambilan makanan yang tidak mengikut masa, saya akan cuba untuk
menetapkan masa pada telefon bimbit saya untuk masa makan saya. Contohnya, pada waktu
pagi, saya akan mengambil sedikit sarapan seperti biskut bijirin bersama air susu kotak.
Sarapan yang ringan seperti ini lebih menjimatkan masa dan mudah untuk didapati.
Seterusnya, masalah pengambilan makanan yang tidak mengikut kalori pula. Keperluan kalori
saya ialah sebanyak 1111 kcl sahaja. Justeru, dengan menggunakan aplikasi My Fitness Pal
saya akan mengikuti aturan keperluan kalori. Melalui aplikasi ini, saya akan dapat mengekalkan
badan yang sihat yang terhasil daripada pemakanan yang seimbang serta berkhasiat.
Pengambilan buah-buahan yang banyak juga akan membantu penghadaman saya agar
berfungsi dengan lancar.

Selanjutnya, cadangan untuk saya kekal cergas ialah saya akan mengikuti sebarang aktiviti
tidak kiralah dalam program yang dirangka mahupun secara rawak. Misalnya, program
pertandingan yang dianjurkan yang melibatkan sukan ataupun larian. Selain itu, pada waktu
petang, khususnya pada hari selasa dan khamis saya akan terus ke padang ataupun
melakukan senaman serta berjoging bersama rakan-rakan. Hal ini kerana, pada hari selasa dan
khamis, kami akan berpakaian sukan seharian. Jadi, saya tidak perlu naik ke bilik untuk
menukar pakaian. Waktu bersukan dan berjoging akan saya tetapkan sedikit demi sedikit.
Contohnya, saya akan melakukannya sebanyak dua pusingan dan akan ditingkatkan bilangan
pusingannya sebanyak tiga pusingan misalnya dan seterusnya. Hal ini akan membuatkan saya
lebih mencabar diri saya untuk menghabiskan pusingan joging saya.

Akhir sekali, sebarang aktiviti yang saya jalankan saya akan dahului dengan memanaskan
badan terlebih dahulu. Iringan lagu dan rakan-rakan yang menjadi pendorong membolehkan
saya lebih bersemangat dan menyedari kepentingan regangan otot sebelum melakukan aktiviti.
Bersahabat bersama sahabat yang positif juga akan semestinya membantu saya untuk
mengawal kecergasan emosi saya dari sudut gaya hidup dalam aspek pemikiran.