Anda di halaman 1dari 12

Isi Kandungan halaman

1.0 Pendahuluan................................................................................................... 2

2.0 Ulasan dari artikel/ berita................................................................................... 3

3.0 Kaitan dengan isu sumber manusia.......................................................................4

3.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi Penentu Dasar dan Amalan Pampasan....................6

4.0 Kaitan dalam perspektif Islam............................................................................ 8

5.0 Kesimpulan.................................................................................................. 11

1
1.0 Pendahuluan.

Masalah pemberhentian pekerja merupakan masalah yang paling sensitif di dalam dunia

tenaga kerja dan perlu mendapat perhatian yang paling serius dari semua pihak,

termasuk pengurus sumber manusia dan kerajaan tempatan. Ini kerana masalah ini

memerlukan modal atau dana yang besar semasa proses pemberhentian pekerja. Semasa

masalah pemberhentian pekerja ini, kebanyakan syarikat-syarikat mengalami masalah

kewangan yang menjadi punca utama masalah ini.

Selain dari itu, terdapat masalah-masalah lain yang menjadi punca dan penyebab

pemberhentian pekerja. Antaranya ialah penetapan peraturan baru, lambakan pekerja

asing dan lain-lain. Akibat dari pemberhentian pekerja ini, akan memberikan impak yang

besar kepada syarikat-syarikat dan ekonomi negara amnya. Kesan yang amat ketara akan

dirasai oleh pekerja-pekerja yang diberhentikan terutamanya dari sudut kewangan dan

masalah mencari pekerjaan baru. Bagi syarikat-syarikat pula, masalah utama yang

dialami adalah akan kehilangan tenaga kerja yang mahir dan perlu melatih pekerja yang

baru.

2
2.0 Ulasan dari artikel/ berita.

Dalam tugasan ini, saya akan mengupas dan menghuraikan berita mengenai tajuk Kami

nak Pampasan dalam surat khabar Sinar Harian yang bertarikh 12 April 2016. Dalam

berita ini, isu pemberhentian pekerja disebuah syarikat kilang keluli iaitu Megasteel Sdn.

Bhd di Banting Klang. Syarikat ini telah memberhentikan sementara lebih 400 orang

pekerja di syarikat ini. Menurut pekerja yang terlibat dalam isu ini, mereka hanya

diberikan bayaran gaji sebanyak 50% dari gaji penuh mereka dan bukan diberi

pampasan. Mereka berharap agar pihak kerajaan terutama perdana menteri dapat

membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi ini diselesaikan sebaik mungkin.

Bagi mereka pemberian gaji sebanyak 50% dari gaji penuh mereka tidak

mencukupi kerana kos sara hidup yang semakin serta komitmen lain seperti pinjaman

rumah dan kereta tidak dapat menampung. Mereka juga memohon supaya pihak syarikat

memberikan pampasan dan surat makluman bila masalah yang dihadapi kilang ini akan

selesai. Dalam demonstrasi itu, kira-kira 60 orang pekerja berkumpul meluahkan rasa

tidak puas hati terhadap tindakan pihak mengurusan kilang berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Kanan Perhubungan Pekerja Lion Group, syarikat

Megasteel, P Vasu menyatakan Megasteel Sdn Bhd antara mangsa kejatuhan industry

keluli tempatan akibat daripada penurunan ringgit dan lambakan keluli dari Cina. Beliau

juga berkata, pengedar tempatan kini berdepan persaingan sengit disebabkan kejatuhan

harga keluli dan lambakan keluli dari negara China yang lebih murah selain mengalami

peningkatan kos operasi. P Vasu juga menyatakan bahawa, kapasiti pengeluaran syarikat

Megasteel Sdn. Bhd setakat ini hanya menggunakan 20 hingga 30 peratus sahaja

3
berdasarkan kepada permintaan. Ekoran dari masalah yang sama, menyebabkan berlaku

kerugian sebanyak RM2 Bilion pada tahun 2014 dan paras terkini pinjaman bank

melebihi RM12 bilion.

Mengulas mengenai isu pampasan, P Vasu menyatakan, pihaknya masih tidak

boleh mengeluarkan sebarang kenyataan dan keputusan kerana masih lagi bergantung

kepada pengurusan. Bagaimanapon, pihaknya berjanji akan terus menjaga kebajikan

pekerja dengan mendapatkan pelbagai faedah lain termasuk perubatan. Pihak Megasteel

cuba untuk tidak memberhentikan pekerja, namun bebanan hutang dan kos operasi

memaksa pihak syarikat memberhentikan sementara pekerja mereka.

3.0 Kaitan dengan isu sumber manusia.

Daripada artikel/ berita ini, saya telah mengaitkan dengan pentadbiran pampasan.

Menurut Patten (1991), pampasan adalah merupakan semua bentuk pembayaran atau

ganjaran yang diberikan kepada semua kategori dan peringkat pekerja yang bekerja

dalam sesebuah organisasi. Ganjaran ini dibayar kepada para pekerja dalam organisasi

kerja seperti firma-firma perniagaan, agensi-agensi kerajaan, hospital-hospital, sekolah-

sekolah, badan-badan ketenteraan dan lain-lain.

Milkovich & Newman (2005) mengatakan, pampasan didefinisikan sebagai

semua bentuk pulangan kewangan serta faedah dan perkhidmatan yang nyata atau jelas

yang di terima oleh pekerja sebagai sebahagian daripada ikatan perhubungan pekerjaan.

4
Akta Pampasan Pekerja 1952 menetapkan bahawa apabila seorang pekerja

ditimpa bencana kerja yang terbit dari dan dalam masa pekerjaannya yang menyebabkan

kecederaan atau maut, majikannya adalah bertanggungjawab untuk membayar pampasan

kepada pekerja tersebut atau orang tanggungan si mati. Untuk melepaskan

tanggungjawab tersebut, setiap majikan adalah diwajibkan untuk menginsuranskan

pekerjanya menurut seksyen 26(1) Akta Pampasan Pekerja 1952. Dalam menjalankan

kuasanya di bawah seksyen 26(2) Akta Pampasan Pekerja 1952, Menteri Sumber

Manusia telah membuat Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan Pekerja Asing)

(Insurans) 1998, dimana majikan-majikan perlu menginsuranskan pekerja asingnya

dengan mana-mana penanggung insurans yang dilantik. Penanggung-penanggung

insurans selain dari bertanggungjawab untuk membayar pampasan bagi kes-kes bencana

kerja untuk menyediakan faedah tambahan bagi kes-kes kemalangan ke atas pekerja

yang berlaku di luar waktu kerja.

Di bawah seksyen 8, Akta Pampasan Pekerja 1952, Pesuruhjaya Pampasan

Pekerja diberi tugas untuk menaksir jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada kes-

kes bencana kerja yang terbit dari dan dalam masa pekerjaan. Bagi kes-kes kemalangan

di luar waktu kerja penaksiran pampasan akan dibuat oleh penanggung insurans.

Menurut seksyen 10, Akta Pampasan Pekerja 1952, pampasan bagi kes maut

hendaklah didepositkan dengan Pesuruhjaya Pampasan dimana beliau akan menjalan

pembahagian wang pampasan kepada orang-orang tanggungan si mati.

Di bawah seksyen 13, Akta Pampasan Pekerja 1952, majikan adalah diwajibkan

untuk melaporkan kemalangan yang menimpa pekerjanya dalam 10 hari dari tarikh

5
kemalangan kepada Pesuruhjaya Pampasan Pekerja. Majikan mesti mengemukakan

semua dokumen yang berkaitan untuk membolehkan Pesuruhjaya Pampasan Pekerja

membuat taksiran pampasan bagi tujuan pembayaran kepada pekerja oleh penanggung

insurans.(Kementerian Sumber Manusia Malaysia).

3.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi Penentu Dasar dan Amalan Pampasan.

Dalam dasar dan amalan pampasan, terdapat beberapa faktor-faktor yang

mempengaruhi antaranya ialah faktor dalaman dan faktor luaran. Terdapat

empat yang perlu diambil kira iaitu faktor organisasi, faktor pasaran buruh,

faktor pekerja dan faktor pekerjaan itu sendiri.

1. Faktor organisasi.
Faktor organisasi mengambil kira jumlah yang dibayar oleh organisasi

lain, terutama organisasi yang beroperasi dalam industri yang sama.

Faktor ini berkait rapat dengan kesetaraan atau ikuiti. Faktor lain ialah

Polisi Pampasan, Politik Organisasi dan Keupayaan membayar.

2. Faktor pasaran buruh.


a)Tinjauan Pampasan.
b)Kesesuaian.
c) Kos Sara hidup.
d) Kesatuan Buruh.
e) Masyarakat.
f) Ekonomi.
g) Perundangan.

3. Faktor Pekerja.

Faktor pekerja meliputi faktor prestasi, pengalaman,kekananan dan

kelayakan.

6
a) bayaran berteraskan prestasi.
b) kekanana
c) Pengalaman.
d) Potensi.
e) Pengaruh Politik.
f) Tuah atau nasib.

4. Faktor pekerjaan itu sendiri.


Faktor ini berkaitan tugas, tanggungjawab dan keadaan kerja.
a) Analisis kerja.
b) Deskripsi kerja.
c) Penilaian kerja.

3.2 Bentuk Pampasan.

Dalam pampasan, terdapat dua bentuk pampasan iaitu pampasan bentuk

kewangan dan pampasan bukan bentuk kewangan.

3.2.1 Pampasan kewangan langsung.

Pampasan kewangan langsung merangkumi gaji dan upah serta intensif

seperti bonus dan komisen. Gaji ialah bayaran asas yang diterima oleh

seseorang pekerja dalam sesebuah organisasi setelah tempoh masa

tertentu. Upah pula ialah bayaran diterima kepada pekerja berdasarkan

jumlah jam bekerja atau kuantiti barang yang disiapkan.

3.2.2 Pampasan kewangan tidak langsung.

Pamapasan kewangan tidak langsung merujuk kepada ganjaran kewangan

yang diberi bukan dalam bentuk ringgit tetapi dalam bentuk faedah yang

dapat dinikmati oleh pekerja. Faedah-faedah ini diberikan kepada pekerja

oleh majikan berdasarkan kandungan kontrak perkhidmatan masing-masing.

Faedah biasanya diberi kepada semua pekerja walaupun faedah yang

berlainan mengikut kategori jawatan yang berbeza.

7
4.1 Kaitan dalam perspektif Islam.

Bagi setiap majikan/ syarikat hendaklah bersifat adil pada orang bawahannya iaitu

pekerja mereka. Setiap keringat pekerja mereka hendaklah dibayar dengan gaji seperti

yang dijanjikan setiap bulan bersesuaian dengan perbincangan antara mereka. Jika dalam

perbincangan telah dipersetujui untuk pembayaran akhir bulan maka hendaklah dibayar

pada ketetapan yang disetujui. Jika tidak dibayar, maka ia diketegorikan sebagai zalim

dan berlaku penindasan.

Islam memperkenalkan satu penyelesaian yang amat mudah untuk menyelesaikan

masalah gaji atau upah demi menjaga kepentingan pengurus serta golongan pekerja

mahupun hak-hak kepentingan bersama. Ia sama juga kepada majikan atau syarikat yang

memberhentikan pekerja tanpa memberikan notis atau pampasan, mereka tergolong

dalam golongan zalim. Ini terbukti dalam hadis nabi berkata bahawa :

Berikan kepada seorang pekerja upahnya sebelum keringatnya kering. (HR. Ibnu

Majah, shahih). Maksud hadits ini adalah bersegera menunaikan hak si pekerja setelah

selesainya pekerjaan, begitu juga dimaksud jika telah ada kesepakatan pemberian gaji

setiap bulan.

Dalam surah Al-Najm ayat 39-41 pula menyatakan.

39. Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang Telah

diusahakannya, 40. Dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihat (kepadanya).41.

Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna,

Al Munawi pula berkata, diharamkan menunda pemberian gaji padahal mampu

menunaikannya tepat pada waktunya. Yang dimaksudkan memberikan gaji sebelum

keringat si pekerja kering adalah ungkapan untuk menunjukkan perintah memberikan

gaji setelah pekerjaannya selesai.

Menunda pemberian gaji atau melambatkan pemberian gaji adalah termasuk sesuatu

perbuatan kezaliman terhadap pekerja. Selain dari itu, tidak membayar pampasan juga

adalah dikira sebagai satu kezaliman. Ini kerana pekerja itu sudah berkhidmat kepada

majikan, namun usaha mereka tidak dihargai dengan tidak memberikan pampasan atau

imbuhan apabila diberhentikan kerja. Sebagaimana nabi bersabda

Menunda penunaian kewajiban (bagi yang mampu) termasuk kezhaliman (HR.

Bukhari no. 2400 dan Muslim no. 1564)

9
Dalam sesebuah organisasi Islam, gaji mestilah ditentukan secara wajar dengan

mengambil kira pekerja dan pengurusan. Justeru kedua-dua belah pihak diberi amaran

agar berlaku adil dan saksama kepada semua orang dalam setiap urusan dan tidak sekali-

kali mengkhianati dan merosakkan kepentingan mereka.

Sesungguhnya Islam meletakkan jawatan dan pekerjaan di satu tahap yang tinggi

sehingga ia dianggap satu amanah dari Allah dalam menjalankan tugas sebagai khalifah

dimuka bumi. Pentadbiran yang berpandukan Al-Quran dan hadith akan mendatangkan

kebaikan dan kemanfaatan kepada individu dan juga organisasi dimana pekerja akan

mendapat ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan dan organisasi akan

mendapat keuntungan serta bertambah maju.

5.0 Kesimpulan.

Pemberhentian pekerja merupakan suatu isu yang sedang hangat diperkatakan sejak

kebelakangan. Krisis ekonomi dunia adalah punca utama berlakunya pembuangan

pekerja di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ia sememangnya satu fenomena yang tidak

diingini oleh banyak pihak, tidak dapat diatasi dalam tempoh jangka masa yang singkat.

Krisis yang melanda ini telah memberikan impak yang amat besar, terutamanya dalam

sektor perindustrian. Kebanyakan sektor perindustrian terpaksa mengurangkan operasi

10
untuk mengelakkan kerugian yang besar dan ada sesetengah penguasa kilang yang

terpaksa memberhentikan operasi mereka.

Pekerja merupakan aset yang amat penting kepada sesebuah firma untuk

menjalankan operasi, disebabkan krisis ekonomi duniayang telah melanda, ramai pekerja

telah diberhentikan. Namun begitu, pemberhentian pekerja yang telah dilakukan oleh

majikan haruslah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan agar tidak berlaku

penindasan terhadap pekerja dan pekerja yang diberhentikan mendapat hak yang

sewajarnya.

Bagi menangani masalah ini, serta membela nasib pekerja yang diberhentikan,

semua pihak haruslah bekerjasama dan berganding bahu agar menangani isu ini dengan

lebih efektif dan cekap supaya ianya tidak terus berleluasa. Walaubagaimanapun,

pemberhentian pekerja daripada satu sudut yang lain telah menjadi satu motivasi penting

kepada semua pihak. Semoga isu ini akan dapat diselesaikan dengan baik dan adil.

Bibliografi

Mohd Sapuan Salit et al. (2003). Pengurusa, gelagat dan keselamatan pekerja dalam

industry. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributiors Sdn. Bhd..

Muhammad Nasri Md. Hussain, Ab. Azizi Yusof. 2005. Pengurusan sumber manusia

dari perspektif islam. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

Sarimah Hanim Aman Shah. (2006). Pengurusan Sumber Manusia. Shah Alam. Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

11
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemV/PERKEM2010-2-13.pdf

http://www.mohr.gov.my/index.php/en/

12

Anda mungkin juga menyukai